Isnin, 23 November 2026

IRAN BALAS SERANGAN


IRAN 

BALAS SERANGAN

AMIN

PERPADUAN UMMAH


PERPADUAN UMMAH

DI TERUSKAN

AMIN

KONTREK UNTUK KRONI?


ADA SYARIKAT

KRONI DAPAT

KONTREK DENGAN

REJIM MILITER

MYANMAR ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS


LFL: Adakah M'sia 


akan tetap hantar 


pulang Rohingya lepas 


keputusan ICJ


Pertubuhan Lawyers for Liberty (LFL) menggesa kerajaan menjelaskan pendiriannya terhadap pelarian Rohingya di Malaysia, termasuk sama ada negara ini akan meneruskan pengusiran warga Myanmar.

Gesaan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lalu yang mendapati Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap etnik Rohingya, kurang dua bulan selepas Malaysia menghantar pulang hampir 1,500 warga Myanmar.

Dalam satu kenyataan, penasihat LFL, Latheefa Koya mempersoalkan sama ada kerajaan akan terus menganggap mangsa genosid Myanmar sebagai pendatang tanpa dokumen sah serta menahan mereka mengikut undang-undang imigresen.

"Adakah kerajaan akan terus menutup mata ketika ada kumpulan yang bertindak sendiri memburu mereka di jalanan? Atau adakah kerajaan akan melakukan perkara yang sewajarnya dengan memberikan mereka status undang-undang dan perlindungan yang layak diterima mangsa genosid?

"Malaysia bersikap hipokrit apabila lantang memperjuangkan Palestin tetapi pada masa sama bekerjasama dengan rejim Myanmar yang melakukan genosid dan mengabaikan nasib mangsanya di negara sendiri."

"Kamu tidak boleh mengecam genosid di Gaza tetapi bersalaman dengan pihak yang melakukan genosid di Rakhine," katanya.

Pada 19 Nov, ICJ memutuskan Myanmar melanggar beberapa kewajipannya di bawah perjanjian antarabangsa untuk mencegah dan tidak melakukan genosid.

Panel 15 hakim itu memutuskan dengan majoriti sembilan berbanding enam bahawa Myanmar melakukan genosid terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine. Mahkamah turut mendapati negara itu melakukan beberapa pelanggaran khusus lain menerusi keputusan majoriti.

Pada 29 Sept, Malaysia dan Myanmar melaksanakan operasi penghantaran pulang membabitkan hampir 1,476 warga Myanmar yang dibawa pulang menggunakan kapal tentera laut negara itu. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata tiada seorang pun daripada mereka yang dihantar pulang merupakan etnik Rohingya.

Latheefa turut mengkritik Anwar kerana menerima kunjungan pemimpin junta tentera Myanmar, Min Aung Hlaing ke Malaysia pada Oktober lalu.

Dia berkata tentera Myanmar yang bertanggungjawab melaksanakan operasi genosid itu berada di bawah arahan Min Aung Hlaing, yang kini diburu mahkamah antarabangsa berhubung jenayah kemanusiaan.

"Sukar dibayangkan jika Tun Razak menghamparkan permaidani merah untuk Pol Pot pada 1970-an. Apa yang tidak akan dilakukan Tun Razak ketika itu, kini dilakukan Anwar," katanya.

Latheefa turut mengkritik kerajaan kerana berdiam diri berhubung penganiayaan berterusan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia oleh kumpulan yang bertindak sendiri dan mendakwa menjalankan tugas penguatkuasaan.

BAHASA INDAH - POLITIK HALUS


KEMBALI PADA

BUDAYA PANTUN

AMIN

BAHASA INDAH

POLITIK HALUS

KHALAS

Tuan Ibrahim 'risik khabar'


 kerjasama PN- BN Pahang menerusi 


pantun

Status kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) Pahang menjadi mesej utama cuba disampaikan menerusi pantun Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.


Pantun itu dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cheka semasa perbahasan Belanjawan Pahang 2027 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini.

Pantun empat kerat itu berbunyi:

"Satu dua tiga empat,
Bila pula Pahang nak berpakat,
Rakyat menanti penuh semangat,
Semoga Pahang terus berkat,"

Tuan Ibrahim Tuan Man 'risik khabar' kerjasama PN-BN Pahang
Tuan Ibrahim ketika sidang media selepas itu berkata, pantun berkenaan bukan sekadar 'bunga bahasa', sebaliknya gambaran harapan rakyat yang mahu melihat muafakat politik seperti di beberapa negeri lain.

"Pantun itu pantun 'merisik khabar'. Kita tengok muafakat politik ini sebenarnya sangat positif dan rakyat menunggu, rakyat menanti," katanya.

Dia menjelaskan, hasrat itu sering disuarakan masyarakat ketika turun padang, termasuk persoalan mengapa kerjasama seumpama itu tidak dapat direalisasikan di Pahang.

"Saya turun mana-mana pun rakyat Pahang mengharapkan kalau boleh macam negeri lain... kita boleh buat di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Mereka tanya apa payahnya di Pahang?" tambahnya.

Tuan Ibrahim berkata, pantun itu juga membawa mesej supaya perbezaan politik tidak menyebabkan kedua-dua pihak berpecah hingga menghilangkan kekuatan masing-masing.

Dia bagaimanapun menegaskan sebarang kerjasama politik tidak bermakna PN akan mengetepikan tanggungjawab sebagai pembangkang.

"Peranan sebagai semak dan imbang akan kita kekalkan. Yang patut ditegur, kita tegur. Yang dikritik, kita kritik. Yang dicadang, kita cadang," katanya.

Ditanya sama ada sudah ada perbincangan rasmi dengan kerajaan negeri mengenai gabungan PN-BN di Pahang, Tuan Ibrahim berkata, setakat ini hanya pertemuan tidak rasmi.

"Buat masa ini jumpa-jumpa kawan-kawan gitu aje. Minum-minum, duduk-duduk sekali adalah. Tapi kita terbuka untuk berbincang," katanya.

Kelewatan bangunkan sumber unsur REE

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan kelewatan kerajaan Pahang membangunkan sumber unsur nadir bumi (REE) sehingga negeri itu rugi hasil apabila bahan berkenaan dibawa keluar dan diisytihar sebagai tanah liat.

"Pahang perlu memohon projek perintis untuk pemetaan dan pengeluaran REE seperti yang dilakukan Perak dan Negeri Sembilan," katanya.

Tiga isu utama turut dibangkitkan dalam Belanjawan iaitu ketirisan hasil negeri, terlalu banyak peruntukan one-off dan keperluan pendapatan teras yang lebih stabil.

Menurutnya, kerajaan perlu menggerakkan penguatkuasaan bagi mendapatkan semula hasil negeri yang tidak dibayar, termasuk oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sendiri.

Selain itu, dia berkata, terlalu banyak peruntukan one-off dalam belanjawan tidak membantu kestabilan ekonomi jangka panjang, walaupun ia digemari rakyat.

Tuan Ibrahim juga menyentuh isu pemilikan tanah apabila ramai rakyat Pahang yang telah meneroka tanah puluhan tahun masih belum mendapat hak milik.

"Ada yang bapa dan datuk mereka sudah meninggal dunia, tetapi hak milik masih belum dapat. Bila hak milik tidak dapat, kerajaan negeri rugi hasil, orang kampung rugi hak milik," katanya

MANUSIA IALAH VIRUS PEROSAK ALAM


ALAM ROSAK

BUMI KACAU

HASIL KERJA

MANUSIA SENDIRI

KHALAS

COP31 berakhir tanpa persetujuan, presiden kritik sikap segelintir negara


ISTANBUL: Presiden Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-31 (COP31), Murat Kurum secara rasmi menutup persidangan itu di Antalya pada Ahad tanpa mencapai sebarang persetujuan, sambil mengkritik beberapa negara yang gagal menunjukkan fleksibiliti dan komitmen diperlukan untuk mencapai kata sepakat.

Memetik laporan Anadolu Ajansi, Kurum yang juga Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim Türkiye mengumumkan cadangan keputusan menyeluruh tidak diterima pakai sebelum menutup persidangan selama dua minggu itu secara rasmi dengan mengetuk tukul persidangan.

"Malangnya, beberapa negara gagal menunjukkan usaha dan fleksibiliti yang dituntut oleh tanggungjawab bersejarah ini.

"Kami mengiktiraf kepentingan keutamaan nasional dan menghormati keadaan setiap negara.

"Bagaimanapun, dalam isu sepenting ini yang melibatkan masa depan bersama, kami mengharapkan semua pihak memikul tanggungjawab lebih besar untuk mencari penyelesaian," kata beliau ketika menutup sesi pleno.

Kurum berkata, Türkiye telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kata sepakat sepanjang rundingan berlangsung, sambil menegaskan bahawa krisis iklim tidak akan menunggu sehingga pertikaian diplomatik diselesaikan.

"Dunia tidak menunggu, bencana tidak menunggu dan generasi akan datang juga tidak menunggu," katanya.

Beliau turut menyifatkan Agenda Tindakan, perkongsian antarabangsa dan inisiatif kerjasama yang diwujudkan sepanjang persidangan itu sebagai pencapaian berkekalan, meskipun cadangan keputusan menyeluruh gagal diterima pakai.

"Saya menyerahkan apa yang berlaku di sini, rundingan yang menemui jalan buntu dan keseluruhan prosesnya kepada penilaian masyarakat dunia dan seluruh umat manusia," kata beliau.

Sebelum mengetuk tukul sebagai simbol penutupan persidangan, beliau mengucapkan terima kasih kepada delegasi yang mengambil bahagian, rakan sejawat dari Australia dan Sekretariat PBB atas sumbangan mereka.

"Ketukan tukul ini akan menutup sesi persidangan, namun perjuangan kita akan diteruskan," kata beliau ketika mengisytiharkan penutupan rasmi COP31, CMP21 dan CMA8.

Persidangan itu menghimpunkan wakil dari 196 negara dan Kesatuan Eropah (EU) di Antalya, Türkiye bagi rundingan iklim selama dua minggu. BERNAMA-ANADOLU

IRAN SERANG PANGKALAN ASKAR AMERIKA


IRAN SERANG

PANGKALAN

ASKAR AMERIKA

AMIN

TUDUH IRAN GODDAM AMERIKA


ZIONIS ISRAEL

GODDAM AMERIKA

AMIN

TUDUH INI

KERJA IRAN

KHALAS

Unknown commented on 
"BUKAN CAKAP TAPI BUAT"

hanat yeoh, koming, baru je cakap pasal keharmonian.. tetibe yb ah poey ki marah kenapa tutup kedai solat jumaat

gila puak dapig babi ni...


Unknown commented on
 "ANWAR BIN IBRAHIM JEMPUT NETANYAHU LAWAT KUALA LUMPUR?"

Netanyahu dah lama teringin nak makan daging salai masak lemak cili api

Awaiting moderation
Unknown commented on "APAKAH ZIONIS ISRAEL MAHU DUNIA AMAN ?"
15 hours ago
3 stooges berbincang pasti dunia menjadi kelakar...

Unknown commented on
 "BUKAN CAKAP TAPI BUAT"

Semuanya sudah hancur apabila segala sistem segala peraturan segala undang-undang tajaan penjajah British telah diambil alih oleh orang-orang kita, itu pertama kemudian terus dominan semua walaupun kelayakan masih menjadi persoalan, telah melemahkan sistem telah merosakkan struktur dan perlaksanaan undang-undang, penguatkuasa sekarang semuanya dominan dan dikategorikan rasuah tegar kah kah kah kah kah kah


Unknown commented on
 "APAKAH ZIONIS ISRAEL
MAHU DUNIA AMAN ?"
15 hours ago
Semua salah Yahudi, semua salah DAP, semua salah orang-orang lain, orang-orang kita semuanya syumul suci murni terbaik dalam dunia kah kah kah kah, memang dah bonsai otak pemikiran penulisan engkau TT, orang-orang lama malah terlalu lama hidup hanya akan menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain, sebab itulah mungkin orang-orang baik cepat kembali ke rahmatullah amin, kah kah kah kah tiada satu kebaikan hidup sebegini pun, asyik membuat onar sengeta menghasut semuanya atas semuanya sekaligus kah kah kah kah


Unknown commented on 
"AMERIKA KENA GODDAM !!!"

sendiri hack sendiri takut... tak masuk akal pyongyang yang hack ini negara miskin.. nak makan pun kena mintak izin supreme leader

kah kah kah

Awaiting moderation
Unknown commented on 
"AMERIKA KENA GODDAM !!!"

apa kau nak sibuk? kau ingat muka biawak tak boleh dibekam oops digodam? kah kah kah!

Unknown commented on 
"BIAR MATI MADANI"

biar isham, tukang bekam dan sewaktunya mati hangus! ridhuan tee pun sekali! kah kah kah!

AIRPORT KITA MILIK BLACKROCK SYARIKAT YAHUDI



KENAPA

ANWAR BIN

IBRAHIM JUAL

39 LAPANGAN

TERBANG KITA

KEPASA SYARIKAT

ZIONSI ISRAEL

KHALAS








Unknown commented on 
"RAKYAT NAK ALAMI 
KERAJAAN PAS DAN UMNO"

Dari bangku sekolah telah diberi keistimewaan mengikut bangsa agama, perpecahan mengikut kelas, pembahagian kelas mengikut kuota, cerdik lebih cerdik, sederhana ketinggalan manakala yang kurang segalanya ditinggalkan, ini sistem yang ada, sistem pilih kasih, tak ada adil, 

habis persekolahan masuk bekerja lagi hebat, tukang kipas, tukang baca doa, tukang angkat beg, tukang hantar anak boss ke sekolah, tukang buka pintu, tukang cium tangan, bodek bodek tukang kutip imbuhan tukang jadi macai diberikan keistimewaan luarbiasa,

 sama sehingga sekarang, kenaikan pangkat jawatan pingat gaji projek bantuan semua mengikut keputusan atasan, dari kepala ke bawah kaki, kepala dibela kaki dilupakan kah kah kah kah tetapi jangan lupa penyakit kencing manis bermula di kaki, ramai hilang kaki bukan kepala? Kerajaan buat dasar apa pun ditentukan oleh kepala, diberikan kepada orang kenal orang kroni bodek ampu bukan kepada yang layak atau berpengalaman kah kah kah kah

sebab itulah kita lihat semakin lama semakin hancur prestasi agensi kerajaan, semuanya mengikut kaum kerabat kabel fiber optik dan demetia kaum agama salahsilah bukan kelayakan kah kah kah kah tradisi kuno diteruskan oleh golongan perasuah tegar dulu kini selamanya amin kah kah kah kah


Unknown commented on 
"APAKAH ZIONIS ISRAEL
 MAHU DUNIA AMAN ?"

Kah kah kah kita jaga kita dahulu, pasukan keselamatan pun seludup dadah, pasukan keselamatan sendiri tak boleh urus, bukan Yahudi bawa kapal terbang, bukan Yahudi jaga sempadan, bukan Yahudi jaga imigresen polis kastam?

Sibuk bab jual lapangan terbang, adakah semua mereka yang terlibat agen Yahudi bertopengkan manusia kita?

Siasat betul dahulu TT jangan semberono selalu tuduh orang sedangkan bontot sendiri busuk dengan tahi terpaling busuk kah kah kah kah jangan marah-marah kalau bercakap benar amin kah kah kah kah bukan musuh serangan tetapi kebenaran kah kah kah kah


Unknown commented on 
"RAKYAT NAK ALAMI
 KERAJAAN PAS DAN UMNO"

Kah kah kah yang penting matlamat menghalalkan cara, mudah faham, nak berkuasa kena bertolak ansur, masing-masing ada agenda sendiri, parti lain pendapatan berbeza-beza, keuntungan berbeza-beza juga, apapun kompromi tolak ansur janji mencapai kejayaan, kuasa memberikan kekuatan kekayaan kebebasan untuk perubahan, 

baik atau tidak untuk rakyat umum kita akan lihat juga, sebabnya mudah bukan semua keluar dari air liur basi boleh dipercayai, tetapi kena lihat juga negeri-negeri pimpinan parti yang ada dahulu sebagai iktibar, Kelantan Terengganu pimpinan PAS, UMNO banyak negeri, PKR hilang satu persatu, DAP ada satu negeri, 

dalam semuanya negeri mana maju, negeri mana mundur, negeri mana bagi teh tarik, negeri mana bagi bonus bantuan kewangan infrastruktur terbaik boleh kaji boleh lihat sendiri sebelum memilih, 

ini bukan tunggu nasib baik tetapi guna akal yang logik, itu sahaja, orang-orang terutamanya orang politik terlalu bijak, pandai lidah berpusing berputar berlipat-lipat kah kah kah kah,

jadi pilihan masing-masing itu hak utama, yang selalu bercakap pasal orang lain terpaling mudah tetapi diri sendiri pun tidak sempurna, cakap pun pakai loghat Arab negeri termundur mungkin rakyat tidak mahu orang cerdik sebabnya entah? Kah kah kah kah


KES KENA BUNUH DALAM LOKAP


KES KENA BUNUH

DALAM LOKAP

KHALAS

NAK DAPAT UNDI MELAYU


ANWAR

BIN IBRAHIM

NAK DAPAT

UNDI MELAYU

TIBAI 

PENDATANG

ROHINGYA

KHALAS



Anwar membisu selepas ICJ sabitkan Myanmar dengan genosid Rohingya, ‘pelan Turkiye’ cetus tanda tanya

Ketika laporan ini diterbitkan, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih belum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi berhubung keputusan bersejarah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap rejim Myanmar, meskipun beberapa negara lain menyambut baik keputusan itu dan menggesa tindakan diambil terhadap junta tentera bagi menamatkan penindasan berpanjangan ke atas umat Islam Rohingya.

Sikap membisu itu dilihat berlawanan dengan respons pantas kerajaan sebelum ini terhadap usaha mengheret Israel atas tuduhan genosid dua tahun lalu, sekali gus mencetuskan kritikan mengenai sikap tidak konsisten dalam menangani isu genosid apabila ia berlaku dalam kejiranan Malaysia sendiri.

Keputusan 19 November itu disambut baik kerajaan di seluruh dunia, termasuk Bangladesh, negara yang paling terkesan dengan krisis pelarian yang tercetus susulan serangan berterusan junta Myanmar di Arakan, yang memaksa jutaan umat Islam Rohingya mencari perlindungan di negara-negara jiran.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bersama blok antarabangsa seperti Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengulangi kecaman mereka terhadap penindasan junta Myanmar ke atas umat Islam Rohingya.

Sementara itu, United Kingdom bertindak mengusir seorang atase pertahanan Myanmar di kedutaannya di London sebagai langkah awal melaksanakan keputusan ICJ itu.

Malah pentadbiran Amerika Syarikat yang kini bermusuh dengan ICJ turut menyatakan solidaritinya terhadap nasib etnik Rohingya.

“Kami menyatakan sokongan kami kepada rakyat Burma dan berkongsi kebimbangan yang amat mendalam terhadap pencabulan hak asasi manusia yang berterusan ke atas umat Islam Rohingya serta kumpulan minoriti lain,” kata seorang jurucakap kerajaan AS yang dipetik Al Jazeera.

Di pihak Malaysia pula, tiada sebarang kenyataan solidariti diutarakan terhadap etnik Rohingya, yang kini diiktiraf di peringkat global sebagai mangsa pembunuhan beramai-ramai, atau genosid.

Rohingya_turkiyeDi sebalik sikap membisu itu, suatu kenyataan luar biasa secara tiba-tiba dikeluarkan Putrajaya apabila ia mengumumkan rancangan latihan kemahiran dan penempatan semula 10,000 pelarian Rohingya ke Turkiye, negara yang jaraknya 8,000 km.

Bagaimanapun, kenyataan yang dimuat naik semalam di laman Facebook Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi itu diturunkan tanpa sebarang penjelasan. Kerajaan Turkiye juga masih belum memberikan sebarang ulasan.

Tindakan itu mencetuskan spekulasi sama ada pengumuman tersebut dibuat terlalu awal tanpa mendapat persetujuan Turkiye, atau sekadar sengaja direka bagi menenangkan anasir xenofobia, yang kini lantang mengganggu pelarian Islam Rohingya di Malaysia untuk menekan pihak berkuasa mengusir mereka.

Sikap berdiam diri Anwar mengenai keputusan ICJ selari dengan langkah drastik beliau membelakangi dasar kerajaan yang sekian lama berpegang kepada prinsip solidariti dengan umat Islam Rohingya, yang berdepan diskriminasi dan keganasan sistematik daripada junta di Myanmar.

Bulan lalu, di sebalik kebimbangan disuarakan oleh pelbagai pihak, Anwar memilih untuk meraikan pemimpin Myanmar, Min Aung Hlaing – individu yang dinamakan oleh ICJ sebagai jeneral kanan yang bertanggungjawab menyemai kebencian terhadap etnik Rohingya semasa kempen ketenteraan pada 2016-2017.

“Mahkamah menyatakan bahawa ucapan kebencian yang diatur dan disebarkan oleh tentera Myanmar, sebelum dan semasa operasi pembersihan tersebut, menggambarkan etnik Rohingya sebagai golongan yang bukan manusia (subhuman) serta sebagai ancaman keganasan, dan keadaan ini mewujudkan suasana yang membolehkan sesuatu kelompok menjadi sasaran untuk dihapuskan,” menurut penghakiman ICJ itu.

Kempen kebencian anti-Rohingya yang serupa kini berulang di Malaysia, malah dibiarkan merebak oleh pentadbiran Anwar.

Sejak beberapa bulan lalu, sentimen permusuhan terhadap pelarian Rohingya semakin diperhebat, termasuk menerusi kempen media sosial yang sarat dengan ucapan kebencian, kumpulan vigilante yang berkeliaran di kawasan bandar untuk mengganggu pelarian, serta desakan supaya mereka diusir pulang walaupun ia bermakna kembali ke tangan junta Myanmar yang terbukti melakukan genosid.

Anwar dan sebilangan kecil ahli politik dilihat bersetuju dengan naratif yang melabelkan pelarian Rohingya sebagai golongan yang mencetuskan kekacauan.

Pada September, Anwar mengulangi naratif yang melabelkan pelarian Islam Rohingya sebagai golongan yang menimbulkan kekacauan, dengan mendakwa mereka “melanggar kampung, melanggar peraturan, buat perhimpunan haram dan mempertikaikan kedudukan rakyat Malaysia”, tuduhan yang tidak disokong sebarang bukti.

Ini disusuli dengan tindakan beliau mengubah pendirian Malaysia yang sekian lama melindungi pelarian Islam, dengan melancarkan program penghantaran pulang pelarian walaupun dikecam pelbagai kumpulan hak asasi.

Langkah Anwar untuk berbaik-baik dengan rejim Myanmar tidak mendapat sokongan Asean, blok serantau yang dianggotai 10 negara dan pernah dipengerusikan beliau tahun lalu. Sehari sebelum keputusan ICJ diumumkan, Sidang Kemuncak Asean di Manila bertindak melanjutkan larangan terhadap pemimpin Myanmar daripada menghadiri mesyuarat blok tersebut atas kegagalan rejim itu melaksanakan pelan damai “Konsensus Lima Perkara” (5PC) yang bertujuan menamatkan keganasan di Myanmar serta menyalurkan bantuan kemanusiaan.




TEATER TONI LOKE BERSAMBUNG LAGI


TEATER

TONI LOKE

BERSAMBUNG LAGI

AMIN

JEREBU BAWA KERUGIAN BESAR



MALAYSIA PILIPINA

SINGAPURA

RUGI BERAPA?

AMIN

KITA SEMUA

JADI MANGSA

AMIN



Kerugian ekonomi akibat kebakaran Indonesia cecah RM123 bilion

JAKARTA: Kerugian daripada kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan dan tanah gambut di Indonesia pada 2026 dianggarkan sebanyak AS$30 bilion (RM123 bilion).

Menurut kajian baharu oleh Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-Undang (CELIOS) yang berpangkalan di Jakarta, mendapati kerugian aset fizikal dan gangguan aktiviti ekonomi sahaja dianggarkan sebanyak 340 trilion rupiah.

Menurut laporan CELIOS turut mendedahkan jumlah itu adalah kira-kira 2.69 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Indonesia.

Selain itu, kos kesihatan tambahan akibat jangkitan saluran pernafasan akut yang berpunca daripada kebakaran hutan di kepulauan Borneo, Sumatera dan Papua pula boleh mencecah hingga 225 trilion rupiah.

"Terdapat juga kos ekonomi yang ditanggung oleh orang awam, secara langsung mahupun tidak langsung," kata Pengarah CELIOS, Nailul Huda, yang juga pengarang bersama laporan itu.

Menurut pemantau penebangan hutan Nusantara Atlas, kebakaran hutan sudah memusnahkan 2.88 juta hektar setakat 2026.

Kawasan terjejas itu adalah 18 kali lebih besar daripada saiz London.

Indonesia mengalami kebakaran setiap musim kemarau, namun kebakaran pada 2026 adalah amat teruk.

Penyelidik berkata, fenomena cuaca El Nino yang kuat, perubahan iklim, penebangan hutan dan penyaliran tanah gambut untuk kegiatan perlombongan dan perladangan telah memburukkan lagi musim kebakaran 2026.

Kebakaran berkenaan membawa jerebu yang menyebabkan ratusan ribu penduduk di Indonesia jatuh sakit, malah kesan jerebu sehingga ke Malaysia dan Singapura.

Dalam satu sesi mesyuarat ASEAN pada 15 November lalu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura bagi pihak pemerintah beliau atas sebarang impak yang mungkin ditanggung oleh rakyat kedua-dua negara akibat kebakaran hutan di Indonesia.

Beliau juga menyatakan pihak berkuasa negaranya akan terus mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang dikaitkan dengan punca kebakaran itu.

Prabowo menarik perhatian bahawa pemerintah Indonesia telah dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang terbabit dalam kes kebakaran hutan yang menyebabkan masalah jerebu.

Beliau berkata, negaranya juga bersedia untuk menubuhkan sebuah badan baharu bagi memperkukuh langkah-langkah pencegahan kebakaran hutan. – Agensi

PAGI INI


PAGI INI






HARI INI

SENIN 23 NOVEMBER 2026

PERANG ATAU DAMAI ?


LEPAS G3 BERTEMU APAKAH DUNIA MENUJU DAMAI?

LIBYA
Kapal Perang Rusia di perairan Libya di bom – pasti oleh Ukraine dengan  bantuan CIA, MOSAD dan MI6.

Dunia tunggu jawapan dari Rusia.

TELOK
Keadaan makin tegang – apakah Teram akan menyerang ? Jeng jeng jeng.

NEGERI SEMBILAN
Apakah akan ada PRN sekali lagi – kah kah kah.

SELAGI YAM SENG MASIH DISITU KRISIS TIDAK AKAN PADAM – KUNCI TAMAT KRISIS IALAH TAMATKAN YAM SENG  amin.

BERITA MAKIN KUAT
PRN akan berjalan di Perak dan Pahang – untuk pastikan PAKATAN HARAPAN pupus.

Pemerhati politik berkata : Jika PRU diadakan minggu depan – hanya Selangor dan Pulau Pinang masih DIMENANGI  PH – yang lain BUNGKUS.

PKR bungkus – hanya dapat undi China.

PUTRAJAYA di duduki oleh BN/PN. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – Matahari dah keluar – gua rasa pipi dan lengan  nikmat sinar pagi. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin renyai renyai.

Pagi ini ramai makan – Siti dan Puppy Kurus datang sama . Geng putih tak muncul - yang ramai Geng Itam – Tiong dan Terkukur juga datang – gua tabur Jagung.

Berjalan pulang di Wakaf  Satu ramai menunggu – wow – Puppy Itam muncul sekali lagi  Dia makin berani makan bersama Abang  dan Kakak.

Awal pagi Minah seperti biasa di Gelanggang Tenis – Minah gigit jaring tenis – kah kah kah

Hari ini akan panas – jika petang hujan – malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Kes 1MDB  Najib masuk penjara
Duduk di Kajang samai ke tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Rosmah rabun, Najib buta
Dua dua kaki pencuri

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA