Khamis, 12 November 2026

JANGAN KENA TIPU - TARIKH 28 OGOS 2028

 

JANGAN KENA TIPU

JANGAN KENA DECOY

SEMUA INI NAK

ALIH MATA

AGAR LUPA TARIKAH

24 OGOS 2028

KHALAS

TARIKAH 24 OGOS 2028 LEBIH PENTING

 

MAJLIS PEGUAM

JANGAN ALIH ISU

JANGAN KELIRU

RAKYAT

AMIN

KES TAHANAN

RUMAH BERES

AMIN

PASTIKAN PADA

24 OGOS 2028

NAJIB MASUK

KEMBALI KE JIL

AMIN

INI LEBIH PENTING

KERANA TARIKH

24 OGOS 2028

INI PASTI AKAN

DIPERTIKAI

KHALAS


AGC bantah semakan


 kehakiman Badan 


Peguam cabar tahanan rumah Najib

Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Badan Peguam Malaysia bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan rumah.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi S Indra Nehru hari ini bahawa AGC menerima permohonan Badan Peguam Malaysia itu melalui e-mel dua hari lepas dan memerlukan masa untuk menelitinya sebelum memfailkan hujahan bertulis.

"Sudah tentu, Peguam Negara membantah permohonan kebenaran ini kerana keputusan yang dipertikaikan itu berkaitan dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan, yang tidak boleh diadili di mahkamah.

"Itulah pendirian yang akan kami ambil. Kami memerlukan lebih banyak masa untuk memfailkan hujahan bertulis dan meneliti permohonan tersebut supaya kami dapat mengemukakan bantahan dengan sewajarnya.

“Saya dengan rendah diri memohon masa daripada mahkamah untuk kami memfailkan hujahan bertulis," katanya semasa pendengaran permohonan kebenaran itu hari ini.

Sementara itu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya juga berhasrat untuk memfailkan hujahan bertulis memandangkan sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah susulan pemberian kebenaran itu boleh menjejaskan pelaksanaan tahanan rumah Najib.

Peguam Zainur Zakaria yang mewakili Badan Peguam Malaysia tidak membantah permohonan AGC dan peguam Najib untuk mendapatkan masa bagi memfailkan hujahan bertulis masing-masing.

Hakim Indra Nehru kemudian menetapkan 17 Mac tahun depan untuk pendengaran permohonan tersebut dan mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya pada 14 Dis, manakala jawapan balas hendaklah difailkan sebelum pada 28 Dis.

Pada 10 Nov, Badan Peguam Malaysia memfailkan tindakan undang-undang baharu bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Badan Peguam menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Penjara serta Najib sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Badan Peguam memohon perisytiharan bahawa sebarang prosiding atau keputusan yang didakwa dibuat di bawah Perkara 40 dan 42 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah di sisi undang-undang serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk keputusan yang diumumkan melalui kenyataan media bertarikh 18 Sept 2026 oleh responden kedua, yang membenarkan Najib menjalani baki hukumannya menerusi "tahanan rumah" atau "penahanan di rumah".

Badan Peguam turut memohon perintah untuk membatalkan prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan tersebut, serta perintah agar tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri itu digantung serta-merta sekiranya kebenaran diberikan, sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.

Dalam afidavit yang diikrarkan oleh Setiausaha Badan Peguam Malaysia Jayabalan Raman Kutty, badan itu menyatakan bahawa permohonan tersebut melibatkan prinsip penting berkaitan hak perlembagaan dan hak asasi.

Badan Peguam berkata tahanan rumah tidak termasuk dalam maksud pengampunan, penangguhan hukuman atau peremitan hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Jayabalan mendakwa Lembaga Pengampunan gagal mempertimbangkan faktor-faktor relevan dengan sewajarnya, termasuk sabitan dan hukuman penjara Najib dalam kes lain, beban kewangan akibat jenayah yang dilakukannya serta kesan terhadap keyakinan awam terhadap usaha antirasuah.

Pada 10 Nov, Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di Kuala Lumpur, berkuat kuasa serta-merta.

TAK MAHU YAM SENG BOTOL LAMA

 

SELESAI MACAM

MANA ?

AMIN

NAK YAM SENG

MACAM MANA

BOTOL LAMA

BELUM DITOLAK

KHALAS


Krisis dengan istana akan selesai dalam masa terdekat - MB Ismail Lasim


TAMPIN: Menteri Besar, Ismail Lasim menegaskan kemelut yang melanda Negeri Sembilan khususnya krisis dengan pihak istana akan selesai dalam masa terdekat.

Katanya, perkara itu sudah pun dibincangkan di peringkat kepemimpinan UMNO negeri dan pusat, namun beliau tidak mengulas lanjut perinciannya.

"Insya-Allah, melalui perbincangan kita, semua perkara yang berlaku di Negeri Sembilan ke arah positif," katanya selepas menyempurnakan Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2026 di Kompleks Arena, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

INDON : POTENSI HURU HARA

 

INDONESIA

DALAM KRISIS

AMIN

POTENSI

HURU HARA

AMIN

EKONOMI PARAH

RUPIAH JATUH

PRABOWO GAGAL

KHALAS



Naib Presiden Indonesia Gibran serah surat peletakan jawatan secara rasmi


JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR).

Speaker MPR, Ahmad Muzani, berkata Gibran menyerahkan sendiri surat itu dalam pertemuan selama kira-kira 20 minit di bangunan Nusantara III, kompleks Parlimen di Jakarta.

Beliau berkata, Gibran turut memaklumkan kepada pucuk pimpinan MPR bahawa surat yang sama turut diserahkan kepada Presiden Prabowo Subianto.

"Semasa pertemuan itu, Gibran menjelaskan bahawa tujuan beliau bertemu dengan pucuk pimpinan MPR adalah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Republik Indonesia," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Desakan supaya Gibran berundur berulang kali disuarakan susulan keputusan Mahkamah Agung bulan lalu yang membatalkan kelayakan sijil sekolah menengahnya.

Naib Presiden Indonesia tidak mempunyai banyak kuasa yang ditetapkan dalam Perlembagaan, selain mewakili Presiden dalam acara rasmi dan mengambil alih tugas sekiranya ketua negara itu tidak berupaya menjalankan tanggungjawabnya.

Anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu menjadi naib presiden termuda Indonesia selepas memenangi Pilihan Raya Presiden pada Februari 2024 bersama Prabowo sebelum kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober 2024. - Agensi


TAMATKAN SISTEM VISA DI AIRPORT


BATALKAN

SISTEM DAPAT

VISA DI AIRPORT

AMIN

MINTA VISA

DIPEJABAT

AMIN

PENDATANG CHINA

INDIA AFRIKA

MELOROH MASUK

KHALAS

MEREKA AKAN UBAH

DEMOGRAFI MELAYU

 DARI MAJORITI 

JADI MINORITI

KHALAS


Unknown commented on 
"SAPA CADANG NAJIB DIAMPUN ?"

Cadang lulus semuanya kaki tahi, jenama free loader, jenama makan tanggung berak merata, kah kah kah diketahui umum siapa menjadi free loader, peminta sedekah lebih dihormati daripada freeloader kah kah kah kah


Unknown commented on 
"PAGI INI"

Lu rasuah lu kepala rasuah lu terpaling tahi palat, lu tahu ramai orang lu tahi palat sekarang? Sekarang semua guna agama sebagai wayang, saban hari postingnya pasal agama supaya tahi palat tidak diketahui, tetapi lu ingat orang boleh kena tipu, 

lu silap banyak, ramai sudah tahu, sampai tahi palat mati kemalangan pun netizen cukup gembira, itu menunjukkan tahi palat memang dibenci, tahi palat ada kerjasama sebab untung jadi tahi palat tetapi mangsa mangsa tahi palat dipaksa bayar jadi meluat meludah benci kesumat, 

tahi palat diketuai oleh Bossku, ketua geng tahi palat termasyhur seluruh dunia amin, rakyat biasa diam senyap menyap memerhatikan tindakan majoriti tuan tanah yang tidak kisah kah kah kah kah kah


Unknown commented on 
"SAPA CADANG NAJIB DIAMPUN ?"

suspek yang tetak putus tangan anggota polis, puak rohingya kesayangan kau ke? tanya je!


Unknown commented on 
BAHAYA MAT SKODENG"

Siapa bayar gaji semua? Kakakaka...otak kat jubo kaum majority.
Unknown commented on
 "APA JADI KES MAFIA KORPORAT ?"

Kes dnaa dan berihat kat rumah...kakakaka...sohai punya melayu isle my arse.


Unknown commented on
 "CADANGAN TERBAIK MAT SABU"

Terbaik Mat Sabu


Unknown commented on 
"LANGKAH SIAM YANG BETUL"
19 hours ago
setuju..

Unknown commented on 
"CADANGAN TERBAIK MAT SABU"

Ramai buat komidi dalam media sosial, agensi jadi peminta sedekah beruniform, doktor selamat nyawa pun jadi tukang kutip duit, orang politik syaitan topeng manusia, akademi hancur dengan Prof Terbang, semua bidang sumbat masuk atas agama bangsa ketuanan semakin hancur, kepala bapak perasuah jadi ketua, manakala yang telus ikhlas masuk tong sejarah, kah kah kah kah

Unknown commented on 
"BAHAYA PERANG DUNIA"

Kah kah kah siapa takut? Siapa relax tak ada ambil pot? Yang dah himpun banyak harta benda duit takut mati, takut tidak dapat menikmati semua, manakala jenama yang hidup biasa lurus kurus kering tak ada apa-apa untuk hilang, terima seadanya, kita tahu perang ini satu cara promosi kapitalis dulu sehingga kini, malapetaka alam semakin ganas, sudah hampir pupus semua kemanusiaan durjana, 

letupan bom nuklear dalam perut bumi, korek laut korek bukit, korek lombong korek minyak, semuanya korek korek korek sehingga perut bumi muntah lava gunung berapi merata dunia sekarang, tak ada takut tak ada gentar relax saja kah kah kah kah ketawa lagi supaya melihat segala hancur depan mata amin

MOGOK NASIONAL - KOS SARA HIDUP

 

SEPANYOL

MOGOK NASIONAL

KOS SARA HIDUP

KHALAS

DARI BALKONI

 

DARI BALKONI

LE CHATEAU

PETANG INI JAM 3.30
CUACA SUNYI INDAH 
MATAHARI BERSINAR LEMBUT
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

TERDENGAR SUARA GURUH
BUNYI DATANG DARI WILAYAH JAUH
SUARA GURUH TAK KUAT
APAKAH HUJAN DI TEMPAT LAIN
DAN  AKAN SAMPAI? 
amin

NAJIB DIAMPON CADANGAN ANWAR BIN IBRAHIM


ANWAR 

BIN IBRAHIM

CADANGANKAN

PADA AGONG BERI

AMPON PADA NAJIB

KHALAS


Unknown commented on
 "SAPA CADANG NAJIB DIAMPUN ?"

https://www.facebook.com/share/r/1CexqQFgSL/


Unknown commented on 
"SAPA CADANG NAJIB DIAMPUN ?"
12 hours ago
woit biar betui....

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

abih nak marah sapa ni ?

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

PENDATANG BAWA BAHAYA!!!

 

PENDATANG

BAWA BAHAYA !!!

AMIN

NAJIB DAPAT PENGAMPUNAN


 NAJIB DAPAT

PENGAMPUNAN


Minggu ini atau bulan atau lebih tepat lagi satu dekad ini  nama  Malaysia telah berjaya di hebohkan oleh Datuk Seri Najib Razak.  Malah lebih tepat lagi sosok yang bernama Najib ini telah berjaya menghebohkan nama Malaysia ke seluruh dunia.

Pertama  dulu Minah cun Altantuya Shaariibuu model penterjemah dari Mongolia telah mati dibunuh  oleh dua pegawai polis  Malaysia – Azilah dan Sirul.

Pada 17 Oktober 2019 Ketua Inspektor  Azilah Hadri telah mengeluarkan Akuan   Bersumpah dimana dunia telah diberitahu bahawa Altantuya ini dibunuh atas  arahan  Najib.

Mengikut Akuan Bersumpah Azilah   kerja menjimatkan Altantuya telah dilakukan bersama Sirul  Azahar Umar. Mayat Minah Cun ini telah diledakkan dengan  bahan letupan C4 dalam hutan Pucak Alam di pinggir Shah Alam.

Azilah dan Sirul di jatuhan hukum mati. Sirul sempat melarikan diri ke Australia.  Hukum mati Azilah  telah di ganti dengan hukuman 40 tahun penjara dan 12 sebatan. 

Hari ini bekas Ketua Inspektor Azilah masih di tahan di Penjara Kajang.  Satu Malaysia tertanya-tanya apakah bekas Perdana Menteri Najib ada bertemu  dengan Azilah dalam penjara Kajang.

Tidak cukup dengan kes pembunuhan Altantuya  Si Najib ini terlibat juga dengan kes 1MDB. Ini kes pencurian moden yang klasik. Kes 1MDB ini telah menonjolkan dan menyemarakkan  nama Malaysia ke seluruh dunia. Hingga ke tahun 2026 kes  kleptokrasi 1MDB ini masih tercatat sebagai kes Penipuan  Terbesar Dunia.

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggap secara meluas oleh pihak berkuasa antarabangsa—termasuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)—sebagai salah satu kes penyelewengan kewangan, pengubahan wang haram, dan kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia.

Ketika tulisan ini di garap Najib  masih dalam Penjara Kajang kerana Kes SRC Internasional. Ini kes rasuah  dan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd - anak syarikat 1MDB. Kes SRC ini Najib di kenakan hukuman 12 tahun penjara. Khalas.
Manakala dalam kes 1MDB  Najib  telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan denda berjumlah RM11.38 bilion oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Disember 2025.

Kes 1MDB  ini Najib telah merayu di  Mahkamah Rayuan.

Najib memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.27 bilion.

Rayuan Najib di tolak pada 14 Oktober 2026. Hukuman penjara 15 tahun terhadap Najib bermula selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara dalam kes SRC International.

Ketika dalam Penjara Kajang hukuman kes SRC Najib telah mendapat pengampunan untuk tahanan di rumah. Ini titah  pengampunan dari Agong yang terdahulu - Sultan Pahang.

Jangan lupa warga Malaysia berkenalan dengan perkataan Latin Addendum . Perkataan ini jadi  perbualan nasional  yang heboh bersangkutan dengan arahan Agong yang mengampunkan Najib untuk  di tahan di rumah : Kes SRC.

Pada  20 September 2026 Berita Harian telah melaporkan  pada Jumaat 18 September 2026 , Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bersidang di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim  - Sultan Johor - yang mempengerusikan mesyuarat, memperkenankan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat ditetapkan.

Laporan ini amat jelas. Terang  macam tengah hari  musim panas bulan Jun.

Najib perlu bayar denda 50 juta kemudian pindah dari Penjara Kajang ke tahanan rumah.  

Sila jangan kelam kabutkan dengan  soalan remeh  seperti :  Bilik  tahanan rumah macam mana ? Sapa boleh lawat ?  Makanan dari mana ? Dan... dan... dan....kazak.. kazak.. kazak...Semua ini akan mengusutkan keadaan.

Arahan Agung cukup jelas. Najib jalani tahanan Kes SRC selebihnya di rumah.

Apa yang ingin kita cari dan guna pakai ialah keadilan. Sistem keadilan hukum hakam  yang  wujud dalam Perlembagaan  Negara.

Jangan lupa Malaysia bukan Berunai, bukan Saudi Arabia  - Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan. Amin.

Saya nyatakan  sosok bernama Najib Razak ini bukan kawan saya.  Saya bukan penyokong Najib Razak.

Saya juga tahu apa yang telah Najib  lakukan.  Saya tidak menaruh simpati kepada orang  jahat. Untuk saya Najib ini orang jahat.  Orang jahat ini telah di dapati bersalah.  Maka saya akur terhadap apa hukuman dari mahkamah terhadap Najib.

Dalam masa yang sama juga saya mempersoalkan apa yang sedang berlaku hari ini. Jelas kelihatan kekalutan dan tidak tentuan sedang berlaku dalam kes  penahan Najib di rumah.

Kelam kabut ini berlaku satelah Najib   berjaya membayar denda 50 juta. Saya anggap ini tidak memberi keadilan terhadap Najib Razak. 

Saya pernah di dakwa di bawah Akta Hasutan. Hukum penjara 9 bulan. Saya merayu di Mahkamah Rayuan. Hukuman penjara  di ganti dengan denda 6 ribu ringgit. Pagi saya jatuh hukum.  Tengah hari saya bayar denda. Petangnya saya bebas. Ini keadilan.

Pada hemat saya apa yang berlaku pada Najib minggu ini tidak adil.

Jangan salah anggap saya bukan jadi penyokong Najib. Saya mahu menegak keadilan untuk sesiapa saja  yang saya baca tidak mendapat keadilan. 

Saya juga bukan monarkis. Saya Republikan. Tapi saya akui hak mutlak  Raja Berperlembagaan  yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. 

Dari apa yang saya fahami dari segi hukum dan perlembagaan , Raja dan Sultan dalam negara kita ini akan membuat  sesuatu yang penting  dengan mendengar nasihat  Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. 

Saya juga di fahamkan Agong hanya ada tiga  perkara dimana  Baginda boleh membuat tanpa nasihat dari kerajaan. Pertama : Memilih siapa jadi Perdana Menteri. Kedua : Hak membubar Parlimen. Ketiga: Memanggil Raja-Raja Melayu bersidang. Ini hak mutlak Agong.

Justeru Najib di tahan di rumah ini pastilah atas  pandangan dan nasihat Kerajaan Madani hari ini.

Wajib diberitahu bukan Najib bin Razak dan Anwar bin Ibrahim sahaja yang ada kes  minta ampun dari Lembaga Pengampunan. Di setiap negeri di Malaysia ini ada warga yang minta pengampunan , terutama kes bunuh dari   Raja , Sultan atau Tuan Gabenor. 

 Raja, Sultan dan Tuan Gabenor ini  pastilah akan mendapat nasihat dari Kerajaan Negeri. Mustahil  Raja, sultan dan Gabenor tahu kes-kes yang meminta pengampunan.

Sistem memberi pengampunan kepada  pesalah dan banduan  bukan hanya di guna pakai di Malaysia. Di Amerika – Presiden Amerika bila habis tugas berhak memberi pengampunan kepada sesiapa  sahaja.

Pada 1 Disember 2024, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Joe Biden, telah memberikan pengampunan penuh dan tanpa syarat kepada anaknya, Hunter Biden.

Pengampunan ini merangkumi semua kesalahan persekutuan yang dihadapi oleh Hunter Biden, termasuk kes berkaitan kesalahan senjata api dan pertuduhan cukai persekutuan.

Manakala  Donald Trump  memberikan pengampunan dan peringanan hukuman kepada kira-kira 1,500 individu yang didakwa atau disabitkan kesalahan berkaitan dengan insiden serangan ke atas Bangunan Capitol pada 6 Januari 2021.

Raja Siam di Hari Kelahiran  Baginda akan memberi pengampunan.

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Raja Siam sekarang  pada Julai 2021: Pengampunan diraja diberikan kepada kira-kira 200,000 tahanan penjara.

Ini termasuk kes berprofil tinggi : Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, turut memohon pengampunan diraja untuk mengurangkan hukuman.

Hasilnya, Thaksin telah dibebaskan sepenuhnya setelah menerima pengampunan diraja pada Jun 2026.

Hakikatnya Pengampunan ini bukan hanya di Malaysia.

Ketika tulisan ini selesai di garap Mahkamah Tinggi  Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah baharu yang membolehkan bekas Perdana Menteri,  Najib Razak, menjalani baki hukuman penjaranya melalui tahanan di rumah bermula 10 November 2026  hingga ke 23 Ogos 2028 berkuat kuasa serta-merta.

Jelas perintah Mahkamah Tinggi selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan.

Sila buka mata dan catat agar tidak kelam kabut sekali lagi.  Peguam Negara, Peguam Najib  dan semua warga  Satu Malaysia wajib ingat Najib di tahan di rumah hanya untuk kes penjara 12 Tahun kes SRC.

Hukuman kes SRC ini berakhir 23 Ogos 2028.

Pada  24 Ogos 2028 Najib akan menjalani penjara 15 tahun kes 1MDB.  Bukan lagi di tahan di Langgak Duta tetapi pulang ke penjara – Kajang atau Sungai Buluh.

Jangan ada Peguam Najib atau pihak apa pun akan memutar tarikh ini.  Atau mencelarukan sekali lagi kes ini.

Kepada Peguam Negara dan pengamal undang-undang sila  terangkan perkara ini dalam bahasa yang mudah di fahami oleh rakyat biasa. Jauhi bahasa Guaman  yang menjadikan orang ramai keliru.

Saya akhiri degan kata-kata Albert Einstein "Jika kamu  tidak dapat menjelaskannya kepada kanak-kanak berusia enam tahun, bermakna kamu sendiri tidak memahami perkara itu". Amin (TT)

TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/888916-kolum-najib-dapat-pengampunan











 

PENCERAHAN ISHAM JALIL

 

ISHAM JALIL

BUKTIKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

PENIPU

KHALAS