Rabu, 4 Disember 2013

KE JOLOBAK KE JOLOBU






 KE JOLOBAK  KE JOLOBO
TUAI PADI TIGA TANGKAI
MEMANG HEBAT ORANG JOLOBO
IDEALOJI TEPAT TERUS KEKAL


  MENCARI AISHAH
Talipon berdering.  Saheh – digagang talipon aku terdengar suara  lelaki  yang  bukan dari Kota London. Aku menjawab dalam bahasa Inggeris. Kemudia lelaki ini beralih ke bahasa Melayu. Kemudian beralih lagi ke lorat Negeri Sembilan. Lelaki ini meminta aku tolong carikan adiknya.

Ketika panggilan ini sampai itu aku adalah warga kota London yang tinggal di wilayah Brixton. Panggilan talipon ini datang pada tahun 1991.  Ketika itu aku masih lagi  anak mahasiswa yang belum selesai mengikuti  kuliah filem. Lalu aku meminta masa satu minggu dalam usaha mencari adik Sang Abang. Sebenarnya adik yang dicari  bukan nama yang asing dalam radar otak aku.

Dari hari pertama – malah sebelum aku menjejak kaki ke Universiti Malaya pada Mei 1971 – aku telah berniat untuk menjadi anggota Kelab Sosialis.  Satelah Minggu Orientasi selesai aku mendaftar sebagai anggota Kelab. Ketika aku mendaftar - aku masih dibawah umur dan masih dalam dunia romantik. Ertinya kitab-kitab kiri masih belum  banyak  yang aku layari.  

Ketika itu aku bertukang masih belum berupaya mengunakan perkakas Marxis. Hujah aku masih kelam dan kabut.  Hujah yang aku dirikan tidak teratur dan  tidak tuntas.  Rumah yang ingin aku bina bocor disana ini.  Tetapi melalui pembacaan, mendengar ceramah politik dan melalui perbincangan maka pencerahan sampai. Aku mula mengenal  Marxisma sebagai alat bertukang untuk memahami masyarakat dan mendirikan hujah yang tuntas.

Wajib juga aku terangkan bahawa ketika  aku menjejak kaki ke Lembah Pantai suasana dunia sedang berubah.  Trajedi Mei13 telah berlangsung. Perang Vietnam sedang mengelora. Paris68 baru selesai. Di Amerika Malcolm X telah dibunuh. Revolusi Kebudayaan di Tiongkok sedang membara. John Lennon, Mick Jagger  dan Mao sedang mengoncang dunia anak muda. Parti Komunis Malaya sedang mara ke Selatan.

ANTI-PERANG
Malah,  aku berupaya  mengikuti Mei68 kota Paris dari akhbar tempatan. Aku kurang  faham tapi tahu dan sedar  apa yang sedang berlaku. Tahun-tahun  1969/70 – aku telah mula terdengar nama Daniel Cohn-Bandit,  atau Danny The Red,  Tariq Ali,   Jean Paul Sartre dan  Che Geuvera. Aku juga melihat  gambar-gambar  anak  mahasiswa yang bangun berevolusi di kota Paris 1968 melalui majalah Life.

Di zaman inilah Siti Aisah binte Wahab berlepas ke kota London untuk menjadi anak mahasiswa di LSE – London School of Economic – tempat John F Keneddy belajar. Ini sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru. Ini sebelum adanya diskriminasi positif terhadap  yang bukan Melayu. Ini sebelum  wujudnya konsep Bumiputera.

Aku sama saperti Aishah  masuk belajar ke universiti  kerana keupayaan fikrah kami. Kami masuk universiti   BUKAN kerana kami Melayu. Aishah memenangi biasiswa Colombo Plan kerana dia anak pelajar yang pintar. Bukan kerana dia Melayu. Melayu dan Islam bukan hitungan.

BALING 1974
Aku  wajib memberikan latar ini agar pembaca yang budiman faham suasana ketika itu. Aku meminta para pembaca  memahami ambience politik ke zaman itu.  Mungkin para pembaca  tidak dapat menghayati 100% suasana ketika itu tetapi akan sedar akan latar politik ini. Tanpa memahami suasana latar ini maka kita  akan gagal untuk memahami kesah Aishah.  Dan tanpa latar ini kita tidak berlaku  adil terhadap Aishah. Ini suasana 40 tahun dahulu ketika saya baru berumur 20 tahun.

Kembali kepada panggilan talipon. Dalam masa  satu minggu  yang dijanjikan – aku pun saperti dialok filem Casablanca – menghubungi ‘the usual suspects’. Aku menalipon Si Anu dan Si Anu – kawan-kawan aktivis dalam kota London. Bertanya adalah  sesipa yang mengenali Cik Siti yang sedang dicari. Aku gagal.

Satu minggu kemudian Sang Abang menalipon aku. Kali ini dengan maklumat bahawa adiknya pernah tinggal di Brixton. Aduh! Wilayah Brixton adalah wilayah aku – sama saperti aku mengenali Brickfield hari ini. Aku mengikuti kuliah Asas Seni di Brixton College. Aku tinggal  di tingkat  7 Southwyck House, Coldhabour Lane Brixton. Brixton adalah wilayah tempat tinggal aku terakhir sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1995.

MANGSA PERANG

Kali ini Sang Abang dengan lorat nogori membuat pengakuan  ‘ kito sokampong’ – ertinya Sang Abang  dan aku berasal  dari Jelebu.  Sebenarnya tanpa menerangkan dirinya dari Jelebu aku sudah tahu siapa yang dicari. Malah nama Aishah telah aku dengar ketika aku di Universiti Malaya lagi. Gulungan kiri terutama  perempuan Melayu kiri agak ‘rare’ justeru aku terdengar nama Aishah dari para ‘senior’
Digagang talipon aku terangkan kepada Sang Abang - walau pun aku dan Aishah  berseliseh di pintu stesen keretaapi bawah tanah di Brixton – mustahil aku mengenali siapa si Aishah ini. Aku tidak pernah melihat adik Sang Abang ini.  Aku mendengar kekecewaan digagang talipon. Aku juga kecewa kerana si gadis  yang dicari dari kampong aku juga. Mencari Aishah  pada tahun 1991 gagal. 

REVOLUSI BUDAYA


Tahun kedua aku di UM  aku mula kenal baik dengan arwah Kakak Sabariah. Pernah Si Arwah ini  bersurah - ketika bersama Syed Husin di London mereka pernah menjadi tamu Chairman Ara.  Mengikut perawi saheh ini  Chairman Ara duduk di kerusi ‘Archie Bunker’ dan menyoal Syed Husin. Soalan ini bukan tentang kejantan Syed Husin kah kah kah. Tetapi tentang garis politik kiri.



Dari surah  Kak Sabariah ini  muncul nama Siti Aishah. Ketika surah ini sampai aku tidak tahu apa itu Brixton. Tetapi apabila Kakak Sabariah menggambarkan  kerusi Archie Bunker ini maka aku faham suasana pertemuan mereka. Malah aku tersenyum kerana Archie Bunker ialah satu watak  siri komidi  tv yang menjadi ikutan dizaman itu.

Tahun kedua di UM  juga , aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha  Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya  (PMUM) – persatuan ini telah diharamkan sama saperti Kelab Sosialis sesudah Demo Baling 1974.  Dari pejabat PMUM aku sering menerima banyak akhbar dari luar negara. Satu hari  aku menerima majalah New Malayan Youth  yang dialamatkan secara rambang ke SU Agong PMUM. Ini bukan majalah cetak tapi di saikostyle. Majalah ini   keluaran anak mahasiswa Malaya di United Kingdom.

KUALA LUMPUR 1974
Anak mahasisawa ini memanggil diri mereka MASS MOVEMENT – Malayan and Singapore Students Movement. Mazhab ini tidak mengiktiraf Malaysia yang mereka anggap sebagai projek koloni British. Mereka menggunakan Malaya – ertinya termasuk Singapura. Ini garis  politik kaum kiri. Ini juga garis politik kaum progresif   - justeru Dr Buhanuddin Helmi menyokong garis ini. Hasilnya Presiden parti PAS ini ditangkap dibawah  ISA pada thun 1965 kerana menentang projek penjajahan Sabah dan Sarawak. 


Untuk aku pada tahun 1973 - majalah  New Malayan Youth ini telah membawa pencerahan.  Penulis majalah ini bertukang dengan menggunakan Marxisma. Aku menganggap  majalah ini menjadi  satu pembacaan wajib untuk  pencerahan. Isu Perang Vietnam, isu anti-kolonial, isu   Malaya – semua digarap dengan terang dan jelas. Ahli Kelab Sosialis tertunggu-tunggu  akan kesampaian majalah ini. Aku yang ketika itu tinggal di Blok C-206 Kolej Kelima akan menyebarkan majalah ini untuk diperpanjangkan.

PARIS 1968
Memang aku sedar mengikut ajaran Ghazali Shafie -  yang menjadi Zahid Hamidi ketika itu – New Malayan Youth ini satu majalah bahaya. Ianya mengajukan garis revolusi. Majalah ini  menyokong garis perang bersenjata Parti Komunis  Malaya. Ianya menyokong gerakan Naxalite di India.  Malah tanpa segan silu di kulit majalah ini tertera : Long Live Malayan Communist Party. Long Live Charu Mazumdar. Long Live Mao Zedong. Aku masih ingat lagi beberapa isi tulisan majalah ini. Aku mula mengenal nama-nama yang muncul dalam majalah ini. Siapa mereka satu kesah yang lain.

Satelah membaca 4 atau 5 keluaran majalah New Malayan Youth  aku pun menulis  surat kepada New Malayan Youth c/o NUS – Malet Street London. Aku menghantar  aerogram – harganya pada ketika itu agak mahal untul aku – 25sen. Isinya adalah satu pekara yang TIDAK pernah berganjak dari  garis perjuangan hidup aku.

Pekara yang aku tulis kepada New Malayan Youth 40 tahun dahulu telah juga aku sampaikan kepada Wong Tuck dari Himpunan Hijau, kepada Maria Chin dari Bersih, kepada Mas Jaliza dari CiJ dan kepada banyak NGO di Malaysia.  Aku pernah secara terbuka dalam forum menerangkan  bahawa kegagalan perubahan berlaku di Malaysia ini ialah kerana TIDAK menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat berhubung.

BRIXTON
Selagi Bahasa Melayu/Malaysia tidak digunakan untuk  menyebar propaganda kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda maka  TIDAK akan berlaku apa-apa perubahan di Malaysia.  Malah aku telah menulis dan menerangkan secara teoritikal bahawa Bahasa Melayu ini BUKAN bahasa kebangsaan tetapi bahasa stratejik untuk perubahan.

Mungkin ada yang akan bertanya apakah semua  yang aku tulis ini  betul. Disini aku berani menyatakan bahawa semua  ingatan ini masih cerah dalam kepala aku.  Ingatan dan nama-nama  inilah yang menjadi rujukan  aku ketika  wartawan  Dean Nelson dari akhbar Daily Telegraph datang menemu bual pada malam Ahad 22 haribulan November lalu.

Tanpa ingatan dari kepala aku tidak mungkin wartawan akhbar London ini dapat memecahkan misteri siapakah dia perempuan Malaysia – the Malaysia woman – yang telah dikatakan menjadi ‘ hamba’ selama 30 dalam kota London.  Polis Britain telah melarang nama perempuan ini diumumkan. Ingtaan akulah yang  memecahkan berita ini untuk pengetahun dunia.  ( TT) ( bersambung )

NOTA
untuk memahami lagi tulisan ini
sila google semua nama-nama
yang telah ditulis


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minngun ini sila pukul talipon:
03-92-21-1045


YANG INI FLET GUA DI LONDON
tempat terkencing lagi dikenang
ini kan pula tempat  terpancut






-----------

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau cakap betul2 kau kenal tak dengan minah esah ni???cakap?cakap?cakaapppp????ko jangan nak tipu aku orang lain bolehla...

Tanpa Nama berkata...

1.alahai!!kununnya ko masuk UM kerana kepandaian ko dan bukan kerana dasar DEB ketika itu!!kalau ko betul-betul otak cream!ko tak buat sejarah la !!ko ambil kedoktoran ka!kejuruteraan ka!!!masa tu berapa kerat je melayu yang ambil jurusan tersebut!!jurusan sejarah atau jurusan arts adalah untuk budak-budak yang lulus cukup-cukup makan jee!!!ko tahu kenapa sistem dimalaysia ni jadi tak ketahwan hala!!sebab diperintah oleh budak-budak arts dalam semua bidang,jabatan atau politik!!bila otak agak lembam!!cara pentadbiran jugak lembam selamanya!!
2.punya la bodong piang tahap gaban bila ada umat islam yang terpengaruh dengan ideologi kumunis yang terang-terang tolak mana-mana agama dimuka bumi ini!!malah dichina sendiri ketika itu rakyatnya hidup tak beragama!!umat islam dichina pada masa itu telah ditindas habis-habisan oleh idola ko dan siti aishah tu!!
3.biasalah!!yang pandai akan memperbodohkan yang lembam!dalam apa-apa situasi pun selalunya yang pandai akan mempengauhi yang lembam untuk kedepan dalam memperjuangkan sesuatu situasi!!termasuk dalam bab peristiwa baling!!yang lembam macam ko telah dipergunakan hingga merempat kemerata tempat!yang pandai sikit!selamat!!pegang jawatan penting sekarang!!
4.dalam kes sekarang terdapat sorang macam ko!!budak UPSI yang turunkan bendera najib tempohari!!dia akan senasib dengan ko lah!! akai tak dak punya olang!!!!
5.kih!kih!kih!

Tanpa Nama berkata...

Secara umum komunisme berlandasan pada teori Materialisme Dialektika dan Materialisme Historis oleh karenanya tidak bersandarkan pada kepercayaan mitos, takhayul dan agama dengan demikian tidak ada pemberian doktrin pada rakyatnya, dengan prinsip bahwa "agama dianggap candu" yang membuat orang berangan-angan yang membatasi rakyatnya dari pemikiran ideologi lain karena dianggap tidak rasional serta keluar dari hal yang nyata (kebenaran materi).

Tanpa Nama berkata...

kau terpancut pada lubang apa?
kah...kah...kah.....

Tanpa Nama berkata...

Tuan banyak tahu hal isamudin rais ni. Ada blog tak. Nak imbang pengaruh tukartiub ni. Mcm dorang ja yang betul dan banyak tahu

Tanpa Nama berkata...

Setuju bahasa melayu perlu dijadikan medium bagi semua bangsa.bukan sbb nak jadikan bahasa ibunda itu menjadi pilihan, tapi ini tanah melayu, bahasa melayulah.jika ke indonesia, semua berbahasa indonesia.bangga, anak kacukan eropah pun boleh berbahasa indonesia walaupun tidak pernah menjejak kaki ke indonesia dan membesar di eropah.sekolah vernakular penghalang utama.

budak kampar berkata...

Aku tertarik dgn kenyataan no 5.."yg macam ko sorg aje"...tp yg macam hassan malek kat sebelah ko lagi ramai..hahahahaha..kiranya Isham Rais sorg pengikut,tp pengikut hassan malek rrraaaaaaaammmmaaaaaiiiiiii..kagum aku siot..hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

Malaysia dalam mod perang dingin.......pemerintahan parti umno hanya pandai mengodam kuasa dari pembohongan sentimen bangsa dan agama....perlu ada manusia berdosa besar mati hidup semula untuk mengajar kepimpinan rasuah umno berhenti mendapatkan komisen dari wang negara kerana itu suatu dosa besar yang menempatkan pelakunya dineraka....perang oh perang..... perang dingin antara agama islam dan agama kristian gara-gara khalimah allah......perang dingin antara ketuanan melayu dan bangsa malaysia.....peqrang dingin antara ekonomi non-melayu dan ketuanan melayu.....sudahlah berperang dibawah batang kote umno dan tempurung kelapa perkakas umno......

fauzipng berkata...

Ckp la mcm org TanpaNama

Mimpi berkata...

Biaso kalau orang tu dah start kenang kenang...alamat nak ni lah tu.....hehehehehhe...alamat orang tu dah lembek......api dalam diri sudah padam....sunyi peneman setia....macam kapal nak masuk dock.....alahai......

Tanpa Nama berkata...

buat benda yang sama berulang2 dengan harapan akan berlaku perubahan adalah kerja bodoh-einstein

haha itulah yang ishamrais ni buat..sosialis buatlah apa pun,dunia ni tak berubah punnnnn...kata revolusi,kata itu kata ini...tak ada apa punnnnn...kahkahkah

kalau aishah power sangat,kalau aishah sosialis sangat,kalau aishah kata 'we will not talking to u' sangat...apehal talipon ngo tu?nak mintak bantuannn keeee?dah lemah keeeee kena strok?

sosialis dengan taliban ni sama je.Taliban sembah mullah,sosialis sembah marxist,aishah sembah mao...opss...aishah sembah chairman ara to be exact...kahkahkah

p/s:woit...tukartiub angkat bakul woi...konon2 dia pandai la zaman tu...kahkahkah...woit...ni memang perangai sosialis ke?kahkahkah..macam samaaa je dengan umno...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Aishah dalam usia yang agak lewat, 25 tahun klo x silap matematik saya, baru nak pergi ke London ambil Ijazah Quantity Surveying? (Kat LSE? Setahu saya LSE bukan la mashor dlm bidang QS).

Maka bermakna Aishah terlewat 5 tahun dari segi urutan "pembelajaran" yang normal.

Persoalannya skg apa kah yang dia buat dlm (tak kurang dpd) 5 thn itu yang terlalu lama untuk sesiapa pun mengabiskannya (sia-sia shj?).

Lagi pun bagaimana kerajaan boleh meluluskan biasiswa (Colombo Plan pulak tu) kepada beliau tanpa mengambil kira "kelewatannya" yang bukan sedikit.

Apa kah yang Aishah boleh buat kat Jolobo selama 5 tahun, TT? Klo org lelaki boleh la buat bising-bising kat pekan Tampin. Org pompuan camno, jang?

Tanpa Nama berkata...

Tanpanama 424 ni mmg jenis UMNO bingai.. dia tak paham, hidup ni datang bertelanjang, maduk kubur pun bertelanjang.. sbb tu sebok nak kumpul sijil dan wang fiat serta selesa dgn riba. Mengaku Muhammad sbg rasul, tetapi x reti pikir pasal melawan riba. Mmg hidup untuk neraka selama2nya sajalah walaupun amalan bergunung2...pui.. bodo mcm pelir lps panchut jer..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Majoriti menyokong bukannya jamin masuk syurga bingai 4.24 ooi.. 1/73 golongan jer..

Tanpa Nama berkata...

terbaik...aku suka...teruskan menulis wahai encik hisham rais.....penggunaan bahasa melayu memang penting...