Isnin, 16 Oktober 2023
ASKAR MALAYSIA KE PALESTIN
Hantar tentera ke Palestin perlu disepakati negara jiran, kata Anwar
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.
Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.
“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.
“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” kata Anwar.
Justeru, Perdana Menteri meminta semua rakyat dan komuniti ummah untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.
Anwar berkata Menteri Luar Zambry Abd Kadir akan berlepas ke Jeddah pada malam ini atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Mohammed bin Salman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mesyuarat tergempar OIC.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata beliau turut akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Khamis ini, serta mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel terhadap Palestin.
“Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Oktober supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.
“Saya akan berbincang dengan beberapa teman lain… UAE (Emiriah Arab Bersatu), Qatar, Mesir dan Turkiye sama ada perlu diadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin-pemimpin negara lain,” kata beliau.
Anwar berkata beliau turut memberikan mandat penuh kepada Zambry untuk berbincang dan mengambil apa jua keputusan bagi menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin oleh kerana Israel telah menyekat sumber asas atau bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Selain itu, Perdana Menteri memberi jaminan untuk terus bersama dengan mana-mana negara yang menunjukkan solidariti dan simpati kepada Palestin.
“Pendirian kita adalah jelas, politik di Palestin ialah politics of dispossession. Tanah, harta benda mereka telah dirampas dan kita mesti kembalikan hak mereka ke atas tanah air mereka.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa sudah sampai ketikanya kerajaan Malaysia dengan hubungan yang diberikan, akan bersama dengan rakan-rakan untuk melakukan apa saja yang perlu,” kata beliau.
Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia secara dasarnya mempunyai hubungan dengan Hamas selepas mereka memenangi pilihan raya bebas dan tidak bersetuju dengan keputusan Eropah untuk terus menekan Hamas.
Beliau berkata ketika ini kerajaan telah menyumbang sebanyak RM10 juta bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.
“Insya-Allah hari Khamis ini, sebelum saya berangkat ke Arab Saudi, sebanyak RM100 juta (tambahan daripada beberapa GLC) yang akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung perikemanusiaan dan perubatan,” kata beliau.– Bernama, 16 Oktober, 2023.
MADEY ANTA
ASKAR KE BOSNIA
TAK PERLU
MINTA KEBENARAN
DARI SIAM
KAH KAH KAH
PASAI APA
PERLU MINTA
ORANG LAIN
CAMPUR
KAH KAH KAH
TAPI NAK HANTAR
APA TUJUAN ?
KAH KAH KAH
LEBIH BAIK
HANTAR SENJATA
DAN BERI
LATIHAN TENTERA
PADA GERAKAN
PEMBEBASAN
PALESTIN
INI LEBIH
MASUK AKAL
AMIN
AWAL WAHID
JANGAN BUAT DEMO
DI MASJID NEGARA
AMIN
DEMO LAWAN
AMERIKA
MASJID NEGARA
BUKAN MUSUH
KITA
AMIN
KHALAS
WARTWAN BBC KENA TANGKAP DI KL
Editor buku ditahan bawah Akta Hasutan
SEORANG editor buku ditahan oleh polis di bawah Akta Hasutan, kata Centre for Independent Journalist (CIJ) hari ini.
CIJ dalam satu kenyataan berkata Kean Wong, editor buku berjudul “Rebirth: Reform, Resistance, and Hope in New Malaysia”, dibawa ke balai polis daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.
“Kami merasakan ini adalah pencabulan hak asasi manusia untuk kebebasan bersuara dan oleh itu akan menyokongnya dalam solidariti,” kata CIJ.
Pada tahun 2020, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan polis meneliti buku dengan kulit muka yang dipercayai bahan ejekan terhadap jata Malaysia.
Buku ini adalah koleksi artikel, esei, dan analisis politik tentang Pilihan Raya Umum ke-14.
Diterbitkan pada Januari, sebelum pertukaran kerajaan, muka depan buku itu memaparkan seekor buaya dan muka pucat dengan bayi telanjang duduk di atasnya sambil diapit dua harimau berwajah manusia.
Kemudian Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata buku itu telah melanggar Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.
Memetik Seksyen 3(1)(a) Akta tersebut, beliau berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk meniru jata Malaysia yang mewakili kerajaan. – 16 Oktober, 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
MAMAT INI
DULU KERJA
DENGAN BBC
KAH KAH KAH
WARTAWAN INI
KERJA
DI AUSTRALIA
DIA SILAP BACA
KAH KAH KAH
SEKARANG
POLITIK LEBIH
GANAS DARI
ZAMAN MADEY
KAH KAH KAH
KESIAN
USTAZ COOL
WAN JI
TIDUR DALAM
PENJARA
AMIN
KHALAS
AMERIKA MUAL BERALIH DASAR HASIL TEKANAN NEGARA ARAB
AMERIKA MULA
BERALIH DASAR
HASIL TEKANAN
NEGARA ARAB
KHALAS
ANWAR BUAT LAWAK BERDIRI
Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat, namun menegaskan ia perlu dibuat penyasaran supaya ketirisan dapat dielakkan dan memastikan hanya rakyat yang layak sahaja mendapat manfaatnya.
Anwar semasa mengetuai pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini semasa kempen pilihan raya membangkitkan isu kenaikan harga minyak yang menekan rakyat, malah semasa dalam satu kongres sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga berkata harga minyak tidak turun kerana ketika itu masih belum menjadi kerajaan pusat.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
TERGOLEK DOG
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
FATWA MUFTI MUDAH
FATWA MUFTI
AMAT MUDAH
AMIN
MANA MANA
SYARIKAT YANG
BANTU ZIONIS
KITA BOIKOT
KHALAS
Unknown commented on
"FATWAA MUFTI YANG BETTUL"
Bukan payah pon. Kerajaang malaysia boleh saja haramkan operasi syarikat tu semua. Kerajaan tak berani boikot. Harap rakyat saja... Apa ni? Ini namanya rakyat dan kerajaan tak seiring. Pasai tu israel bermaharajalela... Teringat aku datul maharajalela... Apa jadi? Nasib jadi rakyar bila kerajaan sokong semua barat dan kapitalis... Punca kepafa madalah palestin datang dari eropah. Tapi apa kerajaan buat. Bersengkongkol. British yang menganiaya palestin dari awal lagi.
Buta sejarah kah? Sudah toba masanya kita hentikan segala aktiviti perdagangan dengan barat teritama US, british eropah. Kita tak perlu iphone. Tak perlu komputer. Tak perlu gacebook. Tak perlu wasap. Tapi nampaknya orang islam mengkayakakan barat untuk menondas islam. Apa punya bangang orang islam. Bodoh kiri kanan.
TRUMP KATA CNN MENIPU - NASIB BAIK ADA AL-JAZEERA !!!
TRUMP KATA
CNN MENIPU
AMIN
NASIB BAIK DUNIA
ADA AL- JAZEERA
AMIN
GAZA
DULU DAN
SEKARANG
AMIN
MEK DONAL DI BOIKOT DI LUAR NEGARA
MEK DONAL
DI BOIKOT
DI SELURUH DUNIA
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"DENGAR APA KATA
PENYANYI ROCK PINK FLOYD !!!"
Alhem .. Pink Floyd terkenal dengan Album Kaver yang memaparkan BABI TERBANG .. tapi merupakan penyokong kuat Palestine. Gwa terringgat riwayat masyur gimana saekor perempuan Yahudi Laknat monogok saekor anjing kahausan dengan air dan .. dan telah dijanjikan syurga.
politikgilababi commented on
"BOIKOT MEK DONAL MEREBAK KE SELURUH DUNIA"
itu di luaq negara bro TT semangat depa lain... kat tmpt aku depan rumah, ataih pokok penuh bendera Palastin tapi mlm minggu depa ni juga yg dok duduk penuh dan berbaris di drive-in di outlat mek di...
AMARAN DAH BANYAK - KITA TUNGGU AKSI
AMARAN BANYAK
KITA LIHAT DAN
TUNGGU APA
AKAN TERJADI
KHALASI
Unknown commented on
"ZIONIS MASUK KE GAZA - HEZBOLLAH MASUK KE ISRAEL"
Jika keadaan Israel dan Amerika dalam keadaan teruk dan hampir kalah, baru lah semua orang pergi kesana. Semua akan pakat pakat nak membunuh musuh. Buat masa ni semua masih takut lagi, biarkan Hamas bersendirian berjuang. Kami semua tunggu last minit, kalau nak kalah kami cabut dulu kalau nak menang kami datang, boleh sama sama rebut Ghanimah. Paling mudah punya alasan ialah kita tunggu imam Mahadi keluar dulu. Kah kah kah
Unknown commented on
"YAHUDI TAK AMBIL POT"
Alasan ada kerja jalan laju, satu dunia tengok bising tak jadi apa apa, engkau hentam dia, dia balas balik 10 kali, kah kah kah apa boleh buat? Demo depan KFC atau Mc Download? Masih berbaris panjang jugak woit kah kah kah
Unknown commented on
"MASUK DUA MINGGU"
Satu saja nak cakap bagi lah bulan bintang sekalipun manusia ini tidak pernah tahu bersyukur, ada saja tak cukup, kifarah begitulah manusia pakai serban kah pakai jubah kah pegang tasbih kah nafsu sama, padahal kadang kadang lebih kuat lebih hebat, ada saja tak puas-puas kah kah kah nasib baik Malaysia tak kena hujan roket macam rakyat Palestin woit
KOMANDER TENTERA ISRAEL BERJAYA DIBUNUH !!!
Commander of IDF’s Nahal Brigade killed in clashes with Hamas on Gaza border
Pegawai pemerintah Briged Infantri Nahal, Kol. Jonathan Steinberg, terbunuh pada hari Sabtu semasa pertempuran dengan gerila Hamas di kawasan Kerem Shalom berhampiran sempadan dengan Semenanjung Gaza, tentera mengumumkan.
Pasukan Pertahanan Israel berkata Steinberg, 42, dari bandar selatan Shomria, sedang dalam perjalanan ke tapak pertempuran yang diuruskan oleh orang bawahannya apabila dia bertemu dengan seorang gerila yang membunuhnya.
Dia adalah pegawai paling kanan yang disahkan mati dalam pertempuran setakat malam Sabtu, dan salah seorang pegawai paling kanan telah terbunuh dalam pertempuran dalam ingatan baru-baru ini.
SATU KEJAYAAN
BESAR MEMBUNUH
KOMANDAN KEM
AMIN
ZIONIS YANG BAIK
ADALAH ZIONIS
DAH MATI
KHALAS
PANDANGAN SOSOK INTELEKTUAL EROPAH TENTANG PALESTIN
PANDANGAN
SOSOK
INTELEKTUAL
AMIN
EROPAH JUGA
BERTANGGUNG
JAWAB
MEMBANTU ISRAEL
KHALAS
DUA BILION UNTUK ANWAR DARI NAJIB
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib, anak
MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin untuk membatalkan penghakiman terus terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan yang masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM36.7 juta.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh P Nallini sebulat suara menolak rayuan mereka berhubung tunggakan cukai pendapatan untuk membentangkan penyata pembelaan mereka terhadap saman cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Mereka mendakwa bahawa Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) adalah tidak sah kerana melanggar Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 121 yang berkaitan dengan kuasa badan kehakiman di Malaysia.
Seksyen 106 secara amnya memberi kuasa kepada LHDN untuk memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi mendapatkan semula tunggakan cukai dan penalti daripada pembayar cukai.
Seksyen 106(3) secara khusus menyatakan berhubung dengan tindakan sivil LHDN untuk mendapatkan semula cukai, mahkamah “tidak akan melayan sebarang pengakuan bahawa jumlah cukai yang ingin dipulihkan adalah berlebihan, tidak betul ditaksir, di bawah rayuan atau salah dinaikkan”. – 16 Oktober, 2023.
WOIT
SELAMA INI
NAJIB ANAK
BERANAK TAK
BAYAR CUKAI
AMIN
AMBIK KAU
BUJET ANWAR
TAMBAH DUA BILION
KAH KAH KAH
KHALAS
HAMAS BERJAYA TAWAN ASKAR ISRAEL
Tentera Israel dakwa 155 orang masih dalam tawanan Hamas
JERUSALEM: Angkatan Pertahanan Israel mendakwa, seramai 155 tawanan dari negara itu masih berada di tangan pasukan Hamas.
Sehubungan itu, pelbagai usaha berterusan dilakukan tentera Israel untuk membebaskan tawanan-tawanan tersebut.
Pasukan tentera dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan tawanan-tawanan itu "segera" dan tanpa "sebarang syarat," kata Presiden Israel, Isaac Herzog pada Ahad.
"Kita berusaha yang terbaik, tentu saja, untuk mengenal pasti nasib mereka dengan tepat melalui pelbagai sumber dan kita menuntut kecaman yang tegas daripada masyarakat antarabangsa serta menuntut pembebasan tawanan-tawanan ini," kata Herzog dalam temubual dengan Wolf Blitzer CNN.
Herzog berkata, apa yang berlaku adalah "situasi yang rumit" kerana Hamas tidak "mengikut mana-mana peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam sebarang cara atau format.
“Selama bertahun-tahun, mereka telah mengekalkan tentera Israel, mayat, warganegara daripada konflik sebelum ini, tanpa memberikan sebarang maklumat tentang nasib, lokasi, dan keadaan mereka."
Beliau turut mendakwa, ada "usaha antarabangsa yang besar" untuk membawa pulang tawanan-tawanan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat khususnya atas sokongan mereka.
Presiden Israel berkata, beberapa daripada tawanan-tawanan itu memerlukan ubat-ubatan dan rawatan khas selain menyifatkan situasi berkaitan kesihatan mereka sebagai "sangat rapuh." - Agensi
WOIT
155 INI TERMASUK
SEORANG KOLONEL
AMIN
YANG INI MEDIA
TAK HEBOHKAN
KERANA MALU
ISRAEL
KOMANDAN KEM
KENA TAWAN
KAH KAH KAH
KHALAS
PERANG DUNIA KE TIGA SAMPAI ?
PERANG DUNIA
KE TIGA SAMPAI ?
KHALAS
Unknown commented on
"PERANG BESAR AKAN MELEDAK
DI TIMUR TENGAH - PUTIN"
Kena ingat satu, orang berkuasa tidak mahu hilang kuasa, cakap apa majoriti mahu dengar tapi NATO juga, tak kira negara mana semuanya sama, sesama bangsa sesama agama pun tutup pintunya kah kah kah apakan pula Rusia duduk jauh-jauh kah kah kah selagi tak kacau aku buat apa mengacaunya balik, asal jual senjata bisnes untung, kalau nak tambah order beres, kalau tidak sendiri urusan saja kah kah kah
Unknown commented on
"PERANG BESAR AKAN MELEDAK
DI TIMUR TENGAH - PUTIN"
Masa sudah sampai, tak boleh elak, ramai kata sudah takdir, tak boleh tolak tak boleh elak masa sudah sampai, manusia angkuh ego sudah perlu dihapuskan melalui sesama sendiri, cara paling cepat perang, atas alasan apa pun sudah tidak menjadi soal selidik lagi kan? Penting buat kerja yang patut dibuat setiap manusia, jaga diri jaga keluarga jaga kerja kah kah kah dengan teknologi sekarang nak padam muka bumi sekejap saja kah kah kah sementara itu yang meniaga t shirt meniaga stickers meniaga air jampi meneruskan kehidupan mencari duit kah kah kah semuanya sekali kah kah kah
YAHUDI TAK AMBIL POT
YAHUDI
TAK AMBIL POT
KHALAS
Unknown commented on
"PERANG BESAR AKAN MELEDAK
DI TIMUR TENGAH - PUTIN"
Perang antara Hamas dan Israel itulah sinopsis cerita sekarang, ramai menonton cerita yang dibawa pengamal media seluruh dunia, masing-masing ada skrip masing-masing ada justifikasi masing-masing mengatakan benar salah kejam terrorist? Apapun cerita sebenarnya tetapi rakyat hilang makanan minuman rumah pendapatan segalanya kerana perang ini, seluruh dunia membantah tetapi apa akan berlaku?
Yahudi tak ambil pot, siapa serang dia kata akan balas balik, kalau lu hentam satu dia balas 500 , setakat pagi ini 35,000 rumah dirobohkan, semuanya hilang lenyap, jiran tetangga dekat tak mahu buka sempadan untuk saudara seumat itulah hakikatnya sebenarnya, cakap saudara cakap seagama sebangsa tapi bila kena semua tutup pintu dan duduk dalam rumah tapi cakap cakap sampailah air liur kering, teriak, demo kiri kanan kah kah kah kesian oh kesian belajarlah sedikit susah senang kena sendiri tanggung
MASUK DUA MINGGU
MASUK
DUA MINGGU
SENIN 19 OKTOBER 2023
PERANG MELAWAN ZIONIS ISREAL
DAH MASUK DUA MINGGU
DI MALAYSIA
BELANJAWAN DAH DI UMUM
BANYAK TAK PUAS HATI
PENIAGA KECIL
MAK CIK WARUNG
MERUNGUT
BARANG MAHAL
BUJET TAK BAANTU
DAN CUKAI JUGA DI KENAKAN
PALING AFDAL
SABSIDI PADA AYAM & TELOR
DI TARIK
SABTU LALU GUA
DI PASAR CHOW KIT
LIHAT HARGA TELOR
MASIH 16.50 SEN SEPAPAN
ERTINYA HARGA LAMA
AYAM JUGA HARGA LAMA
BILA NOVEMBER MASUK
JENG JENG JENG
INALIL LAH PADA MENU RAHMAH
TAKDA SAPA AKAN SANGGUP
BUAT MENU RAHMAH
MENU RAHMAH TINGGAL KENANGAN
ISREAL
TEL AVIV BANJIR
HUJAN LEBAT
APAKAH INI BALA DARI TUHAN ?
GAZA
MASIH DI KEPONG
TAPI AIR DAH DI LEPAS MASUK
TANPA API LETERIK
MUSTAHIL DAPAT PAM AIR
MESIR
ANTONY BLINKEN
SETIAUSHA NEGARA AMERIKA
DI CAIRO UNTUK PASTIKAN
MESIR TAK MASUK PERNAG
PRESIDEN SISI ENGGAN MENERIMA
RAKYAT PALESTIN
YANG DIPAKSA LARI
POLAND
PRU SELESAI
BERITA AWAL KERAJAAN
LAMA KALAH
NEW ZEALAND
PRU SELESAI
KERAJAAN LAMA KALAH
PARTI KONSERVATIF MENANG
HOKKEIN
PAGI INI INDAH
KERING CERAH SEGAR
MATA HARI DAH BERSINAR
LANGIT BERAWAN BIRU
BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL CERAH
JEREBU DAH HILANG
DI BAWA ANGIN
TERKUKUR BERLAGU
DI PARLIMEN ARA
GUA TERNAMPAK
BAYANGAN BEBERAP EKOR UNGGAS
ENTAH BURUNG APA
TAPI PAGI INI
TIDAK SERAMAI TIGA HARI ULU
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
JIKA PANAS TERIK
PETANG MUNGKIN HUJAN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SENIN
YANG CERAH INDAH
BRO
MARAH MEMANG SENANG
NAK MARAH PADA SOSOK YANG TEPAT
PADA MASA YANG BETUL
KERANA SEBAB YANG BENAR
DENGAN CARA YANG BETUL
BUKAN SATU YANG MUDAH
BRO
KEBENARAN ITU INDAH
ITU YANG LU TAHU DI BUMI INI
DAN ITU MENGCUKUPI
BRO
CARA MENGENAL MAT BEBAL:
DIA MARH TAK TENTU HALA
DIA BERCAKAP TAK BAWA UNTUNG
BUAT PERUBAHAN TANPA PROGRES
MENYIASAT TANPA TUJUAN
PERCAYA PADA ORANG TAK DIKENALI
KAWAN DI SANGKA LAWAN
INILAH MAT BEBAL
BRO
TUJUH JENAYAH NASIONAL
LU TAK NAK BERFIKIR
LU TAK NAK TAHU
LU TAK PEDULI
LU TERLALU SIBUK
LU OKAY SENDIRIAN
LU TAKDA MASA UNTUK BACA
DAN MENCARI PENCERAHAN
LU TAK MINAT
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENYAMBUT
MINGGU BARU
Langgan:
Catatan (Atom)