UMUR SUDAH 77 TAHUN
TAPI
LAWAN TETAP LAWAN
PAK SAMAD AKAN TURUN
PADA MALAM 11 JANUARI
akan bersama
KEBAGKITAN RAKYAT 12 JAJNUARI
Pembangkang Desak Pengurusan
Stadium Merdeka Segera Lulus
Lokasi Himpunan Aman 12 Jan
KUALA LUMPUR: Pembangkang pada Jumaat mendesak supaya pihak pengurusan Stadium Merdeka menyegerakan kelulusan permohonan lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan akan berlangsung secara aman di stadium itu pada 12 Januari ini.
Pengarah Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, ini kerana ia adalah kehendak Perdana Menteri, Najib Razak sendiri yang mencadangkan supaya Stadium Merdeka digunakan untuk tujuan mengadakan perhimpunan.
"Maka kita memohon Stadium Merdeka dan berarap agar pihak stadium mematuhi arahan dan saranan Perdana Menteri.
"Oleh itu, kita harap kelulusan disegerakan supaya pihak kami, sekretariat dan sebagainya dapat menjalankan kerja dengan licin dan teratur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Jumaat.
Sehubungan itu, beliau meminta kelulusan itu diluluskan dengan segera bagi memudahkan tugas sekretariat di samping pihak polis dapat menyediakan garis panduan keselamatan pada himpunan.
Ini kerana katanya, pihak sekretariat sudah menghantar surat kepada Ketua Polis Dang Wangi pada 2 Januari lalu berkaitan dengan kerjasama berhubung keselamatan semasa himpunan berlangsung.
"Polis juga berharap supaya pihak stadium menyegerakan kelulusan tempat perhimpunan yang akan berlangsung pada 12 Januari ini.
"Polis sudah memaklumkan menerima surat pemberitahuan itu. Setakat ini kerjasama begitu baik dan berjalan lancar," katanya.
Beliau menambah, selain surat kepada Ketua Polis Dang Wangi, sekretariat turut menghantar surat kepada pejabat Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mengadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan polis mengenai keselamatan perhimpunan dan gerak kerja menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Ditanya apakah tindakan sekiranya permohonan menggunakan Stadium Merdeka tidak diluluskan, Mohamad Sabu bagaimanapun yakin ianya akan mendapat kelulusan.
"Ia akan diluluskan kerana Perdana Menteri yang membuat 'titah'. Perhimpunan tetap akan diadakan.
"Pilihan pertama adalah Stadium Merdeka, pilihan kedua Stadium Merdeka dan pilihan ketiga Stadium Merdeka. Kami jamin himpunan ini merupakan perhimpunan paling aman," katanya mengenai perhimpunan yang menyasarkan kehadiran sejuta rakyat itu.
-----------