INI MADEY
SUDAH LEBIH
INI SUDAH BERAT
Rafizi tahu semua perkara, sindir Dr Mahathir
DR Mahathir Mohamad menyindir Rafizi Ramli yang mengumumkan kajian mendakwa tahap penerimaan rakyat ke atas kerajaan dan kepimpinan perdana menteri itu merosot teruk.
Ahli Parlimen Langkawi itu dengan sinis berkata, ramalan pengasas badan kajian Invoke itu sememangnya benar.
“Rafizi memang tahu apa akan jadi, dia punya ramalan pasal pilihan raya umum ke-14 pun sangat tepat,” ejek Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di ibu negara malam tadi.
Kajian Invoke itu mendakwa kemerosotan tersebut sebahagian besarnya disebabkan kerajaan gagal tunaikan janji kempen pilihan raya dan mengurangkan kos sara hidup.
Rafizi yang juga bekas naib presiden PKR mendakwa kajian badan itu menunjukkan populariti Dr Mahathir menjunam kepada 53% berbanding 72% pada Jun lalu.
Dr Mahathir bagaimanapun mengejek kewibawaan kajian berkenaan kerana ramalan Invoke sewaktu kempen PRU14 antara lain jauh tersasar.
Badan kajian itu antara lain meramalkan PH hanya akan menang tipis dan merampas tiga negeri – Kedah, Perak dan Johor.
Invoke juga meramalkan PAS kalah teruk, yang juga meleset kerana parti Islam itu tetap menang 18 kerusi Parlimen, selain mengekalkan Kelantan dan merampas semula Terengganu.
Perdana menteri bercakap kepada pemberita selepas bersama Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid malam tadi. – 22 Disember, 2018.
BERANI MADEY
SINDIR
PEMIMPIN AGONG
PAKAR EKONOMIS
TERULONG
PUUKRAK MUKRAK
WARIAH DUNDIAK
---------------------