Rabu, 25 Oktober 2023
SOKONG DASAR BAHASA ANWAR
PM ingatkan jabatan kerajaan jangan layan surat tidak guna bahasa Melayu
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
Berucap merasmikan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan di Cyberjaya, beliau menyedari terdapat sikap yang dirasakan “terlajak” atau “terpesong” oleh beberapa pihak yang sering kali cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.
“Jadi saya ingatkan hal ini, kalau dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk swasta, arahannya ialah siapa sahaja menulis dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan.
“Pemerkasaan budaya, bahasa dan sastera itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa, jadi jangan kita cuba meremehkan.
“Dan, saya harap peringatan ini diambil kira. Arahan yang jelas, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Dr Zulkapli Mohamed) pun ada … tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan rakyat atau syarikat tempatan selain daripada bahasa kebangsaan,” katanya.
Anwar berkata tindakan sedemikian tidak akan menjadikan Malaysia “sempit” kerana kerajaan juga tidak meremehkan penguasaan bahasa Inggeris.
“Ini tidak menjadikan kita sempit, kerana saya sering kali mengingatkan rakan-rakan bahawa saya tidak mungkin diminta mengajar di Georgetown University, Washington DC kalau tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Saya tidak remehkan (penguasaan bahasa Inggeris),” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata budaya membaca wajar dipraktikkan sejak muda lagi sebagai satu “keghairahan” dan bukan hanya wujud disebabkan mahu lulus peperiksaan.
“Saya harap budaya ini harus dihidupkan kerana sebaik sahaja kita mampu membaca, menelaah dan menghadam barulah kita dapat insya-Allah, menguasai ilmu mendalam dalam semua bidang. Kalau tak kita jadi intelektual picisan,” kata beliau.
Anwar berkata dalam keghairahan meneroka pemikiran dan teknologi baharu, aspek penguasaan bahasa kebangsaan dan pemerkasaan budaya tidak boleh dibelakangkan.
Beliau berkata walaupun aspek penerokaan bidang baharu menjadi fokus dalam kerangka Malaysia Madani, ia tidak mungkin mematangkan negara tanpa usaha penguasaan bahasa dan pemerkasaan budaya.
“Kita tak nak orang ingat dalam keghairahan teroka pemikiran baharu tetapi kita tinggalkan landasan akar bumi (bahasa dan budaya),” kata Anwar. – Bernama, 25 Oktober, 2023.
TERBAIK
KHALAS
PERKARA BAHASA
KITA SOKONG
SARANAN PM
ANWAR IBRAHIM
AMIN
UNTUK
MEMBUKTIKAN
PM BOLEH UBAH
PENGGUNAAN
PRESINT
DI PUTRA JAYA
AMIN
BOLEH GUNA
MUKIM KARIAH
ATAU DAERAH
AMIN
KHALAS
PELIK LAGI PELIK - APA INI ?
Penduduk gempar cahaya hijau terangi langit
SABAK BERNAM - Penduduk di Sungai Besar gempar menyaksikan fenomena sebahagian langit disinari warna hijau pada malam Selasa.
Imej itu dirakam seorang pelayar Facebook yang memuat naik gambar fenomena itu di sebuah taman perumahan di sini.
Pemilik akaun Facebook, Man Toya dalam hantarannya berkata, cahaya hijau yang dilihatnya itu mencetuskan tanda tanya.
"Sungai Besar kenapa terang sangat cahaya ini dan bergerak?" katanya menerusi hantaran di laman Facebook kira-kira jam 8.30 malam.
Penduduk yang menyaksikan fenomena itu turut meninggalkan komen pada keterangan gambar berkenaan.
Pemilik akaun Facebook, Cik Faa berkata, dia perasan penampakan cahaya hijau itu di hadapan rumah.
"Habis sahaja azan Isyak (cahaya hijau di ruang udara) terus hilang," komennya.
Seorang lagi pemilik akaun Facebook, Mohamad Amirul turut melaporkan melihat fenomena tersebut.
Menurutnya, kejadian itu dianggap aneh kerana berlaku di hadapan rumahnya yang menghadap jalan.
"Belakang rumah saya laut, tetapi saya nampak depan rumah, (mustahil nelayan) candat sotong dekat jalan, (rasa) pelik," jelasnya.
Bagaimanapun, beberapa komen mengaitkan cahaya itu dari arah bot nelayan yang melakukan aktiviti mencandat sotong di laut berhampiran.
Pemilik akaun Facebook, Nor Faridah memberitahu, cahaya itu datang dari bot nelayan di kawasan bagan berhampiran.
Bagaimanapun, cahaya hijau di langit itu dipercayai berlaku dalam tempoh singkat.
WOIT
APA SEBENARNYA
BERLAKU
AMIN
PAKAR SAINS
PERLU BERI
PENCERAHAN
AMIN
JIKA TIDAK
RAJA BOMOH
AKAN BERI
PENJELASAAN
KAH KAH KAH
USTAD U TUBE
AKAN BERI
TANDA DAN MAKNA
KAH KAH KAH
KHALAS
TUNTUTAN DARI SABAH SARAWAK !!!
Sabah, Sarawak perlu diberi satu pertiga kerusi Parlimen – Richard
KUALA LUMPUR – Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berharap agar Sabah dan Sarawak diberi satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Menurut beliau, tuntutan itu adalah selaras dengan maksud perenggan 19 (2) Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.
Richard berkata, laporan tersebut menyatakan, tiada mana-mana wilayah pun yang boleh mempunyai lebih daripada dua pertiga jumlah kerusi di Parlimen.
“Ini bermakna wilayah Sabah dan Sarawak hendaklah diperuntukkan sepertiga atau 35 peratus kerusi-kerusi Parlimen dan bukan hanya 25 peratus seperti yang ada sekarang,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menambah, perenggan 165 dan 199 (g) Laporan Suruhanjaya Cobbold juga menyatakan bahawa perwakilan wilayah-wilayah Borneo bukan sahaja mengambil kira jumlah penduduk malah saiz dan potensinya.
“Ini bukan permintaan tetapi ini terkandung dalam IGC dan Laporan Suruhanjaya Cobbold, ini harapan saya,” jelasnya.
Pada 17 September lalu, Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg berkata, jumlah kawasan Parlimen di wilayah itu dan Sabah sepatutnya ditambah bagi memastikan wujud keseimbangan dengan Semenanjung.
Ketika ini, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi Parlimen. –
WOIT
KERAJAAN
TAKDA PILIHAN
AMIN
DALAM PERJANJIAN
PEMBENTUKAN
MALAYSIA
AMIN
KALI INI PASTI
DAPAT
KAH KAH KAH
TAK DAPAT
KERAJAAN RUNTUH
AMIN
KHALAS
LYNAS - KERAJAAN TIPU RAKYAT
Putrajaya guna gerakan anti-Lynas untuk kepentingan politik, kata Wong Tack
AHLI Parlimen Pakatan Harapan membidas Putrajaya berhubung lanjutan lesen lombong nadir bumi Lynas dan berkata pusingan U berulang oleh ahli politik membuktikan mereka hanya mempergunakan gerakan anti-Lynas untuk kepentingan politik.
Ahli Parlimen Bentong Wong Tack, dalam satu kenyataan hari ini\ berkata, apabila kerajaan PH melanjutkan lesen pelombong itu selepas berkuasa pada 2018, kesalahan itu kemudiannya disandarkan kepada perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad walaupun keputusan itu semata-mata budi bicara menteri yang bertanggungjawab.
Apa yang mengecewakan kata Wong, kerajaan PH “terus cuba menarik perhatian rakyat”.
Putrajaya pada Selasa mengumumkan akan membenarkan Lynas, yang beroperasi di Pahang sejak 2012, mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi dan memproses nadir bumi sehingga Mac 2026 selepas timbul pertikaian yang berlarutan.
Wong berkata kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lesen Lynas dan menarik balik syarat “meretak dan larut lesap” hanya kerana Lynas berkata mereka boleh mengeluarkan torium daripada bahan mentah dan sisa radioaktif mereka, yang kemudiannya boleh dijual.
Itu katanya, seperti sudah banyak kali kedengaran.
“Saya pasti ramai yang ingat bahawa Lynas juga pernah berkata sisa mereka boleh dikitar semula menjadi bahan binaan dan baja.
“Sukar dipercayai untuk melihat penggubal dasar kita terus percaya dengan benda yang sama dan helah lama yang sama sejak 12 tahun lalu. Adakah mereka bodoh atau hanya buat-buat bodoh?” katanya.
Wong berkata jika menteri itu, yang merujuk kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, benar-benar meletakkan kesejahteraan rakyat melebihi keuntungan korporat, beliau mesti terlebih dahulu memaksa Lynas untuk membuktikan “eksperimen” mereka berjaya dengan mengarahkannya untuk segera mengeluarkan torium daripada lebih sejuta tan sisa radioaktif yang telah mereka simpan.
“Adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk menteri melanjutkan lesen Lynas dan membenarkan mereka menjana lebih banyak sisa apabila sisa sedia ada tidak diuruskan dengan selamat,” katanya. – 25 Oktober, 2023.
HUTANG PPTPN
HARGA MINYAK
HARGA TOL
SEMUA PUTAR
KAH KAH KAH
NAJIS LYNAS
INI HANYA
SEBAHAGIAN
DARI PUTAR
YANG SEDANG
BERJALAN
AMIN
KHALAS
MAT SKODENG
MAT SKODENG
AMIN
Unknown commented on
"NIKMAT SKODENG"
kesian mamat ni..kalo la mamat ni ada skill skodeng macam moktar senik, gua fikir mamat ini akan lebih klimak.tar senik siap anta gambo kote besar kpd media zionois israel lagi opsss silap..kpd media bini orang lagi..malah tar senik mampu melihat tetek bini orang tanpa perlu menyamar sebagai perempuan..ini la hebatnya ilmu hafaz dan hafiz..bole menukarkan yg batil kpd yg hak..alhamdulillah..
MUSTAHIL HADI JADI PM
MUSTAHIL
HADI JADI PM
KHALAS
Unknown commented on
"HADI BERI AMARAN
PADA ANWAR"
Hadi lupa, musuh sebenar bukan Anwar tapi orang sendiri jugak. Tuan Ibrahim sekarang sedang bekerja keras untuk mendapatkan jawatan presiden pas. Ada sebab² yang dia percaya Hadi tak akan jadi presiden lagi. Dia berharap PRU 16 nanti pas akan capai kemenangan besar dan dia akan jadi perdana menteri. Dia ada keyakinan. Dia tak berapa kuat ponteng parlimen. Dia juga tak cakap hari ini lain esok cakap lain. Dia juga bukan jenis tanya lain jawab lain. Dia pun ulamak jugak. Tiada lagi sosok dalam pas yang boleh menandingi tuan Ibrahim sekarang. Kahkahkah
NAKBA IALAH MALAPETAKA
NAKBA IALAH
MALAPETAKA
KHALAS
Nakba, yang bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab, merujuk kepada pemindahan besar-besaran dan perampasan rakyat Palestin semasa perang Arab-Israel 1948. Sebelum Nakba, Palestin adalah masyarakat berbilang etnik dan budaya.
SAUDI , ZIONIS DAN AMERIKA
DARI ARKIB TT
13 DISEMBER 2017
SAUDI, ZIONIS DAN AMERIKA
Saya selalu menerangkan bahawa isue Palestin ini bukan isu agama. Isu kota Juruselam atau Baitulmuqadis ini juga bukan isu agama.
Sah tepat dan betul - betul dan benar lagi saheh bahawa kota Baitulmuqadis ini adalah kota suci untuk penganut Islam. Dalam kota ini terdirinya Masjid Al-Aqsa dan arah kiblat bersembahyang pertama untuk penganut Islam sebelum diubah ke Mekah.
Wajib diketahui bahawa kota ini juga juga adalah kota suci untuk penganut Judaisma. Dalam kota ini masih terdiri sebahagian dari Tembok Menangis - The Wailing Wall - yang didirikan oleh Raja Herod. Ini adalah tembok Sinagok Kedua yang didirikan sebelum kelahiran Nabi Isa.
Untuk penganut agama Kristian pula Baitulmuqadis ini adalah wilayah kelahiran agama Kristian dimana Nabi Isa mula menyebarkan agama Kristian. Di kota ini juga Nabi Isa disalib dan naik ke langit. Dalam kota ini didirikan Geraja Petama untuk agama Kristian.
Hakikatnya kota Baitulmuqadis atau Jurusalem ini adalah kota kuno yang dianggap suci oleh tiga penganut agama - Yahudi , Kristian dan Islam. Punca tiga besar ini lahir dari kota ini.
Kalau kota Baitulmiqadis ini dianggap suci kenapa isu Palestin dan Jurusalem ini tidak dianggap isu agama?
Untuk memahami ini saya wajib memberikan latar untuk kita sesama memahami bagaimana Israel dilahirkan. Dan apa dan siapa dibelakang Israel ini.
Saya paling suka menerangkan perjuangan Palestin ini kerana pada hemat saya kes Palestin/Arab ini amat-amat senang untuk difahami. Ini kerana sejarah Palestin/Arab ini tidak jauh bezanya dengan sejarah Tanah Melayu dan Dunia Alam Melayu.
Kita tidak memerlukan satu kajian halus untuk memahami bagaimana sejarah Tanah Melayu berkait rapat dengan sejarah sejarah Palestin. Saya akan terang sajelas mungkin. Sabar dahulu. Amin
Wilayah Palestin sebelum 1948 adalah sebahagian dari Dunia Arab. Betul dan benar di Palestin sebelum 1948 telah ada penganut Yahudi dan warga Kristian yang menjadi penduduk tetap. Mereka ini adalah penduduik asal Palestin.
Masuk akal dan munasabah jika ada penganut dua agama ini di Palestin. Kerana disini lahirnya ke dua-dua agama ini. Tetapi majoriti warga Palestin sebelum 1948 adalah Arab. Ini fakta sejarah. Bukan kelentong dan putar alam.
Apa yang berlaku ialah ada satu kumpulan Yahudi yang mahu mendirikan Negara. Niat dan cita-cita kumpulan ini telah lama terpendam.
Harus diakui dari fakta dan babak sejarah bahawa Yahudi sebelum 1948 tidak memiliki negara. Kaum Yahudi hidup terpencar pencar di Dunia Arab dan Eropah. Ada yang sampai ke Pulau Pinang dan Singapura.
Orang-orang Yahudi yang berniat untuk mendirkan negara mereka ini telah berkumpul dibawah payung satu gerakan yang diberi nama World Zionist Organisation - wujud seawal 1897. Berpusat di Basel Switzerland.
Gerakan ini membawa fahaman Zionisma. Zionisma ini adalah satu idealoji yang menganggap hanya penganut agama dan bangsa Yahudi sahaja yang dipilih oleh Tuhan. Agama lain adalah ajaran sesat. Agama dan bangsa lain adalah salah dan dilaknati Tuhan.
Ertinya hanya mereka yang beragama Yahudi sahaja yang akan masuk syurga . Bangsa dan kaum mereka telah dipilih oleh Tuhan. Inti pati ideloji ini menafikan agama lain dan bangsa-banga lain. Hanya penganut agama Yahudi yang telah dipilih oleh Ya Rabbi atau oleh Yahwe.
Pada pandangan saya kes Palestin/Israel ini sekali lagi membuktikan dengan jelas peranan putar alam dan kelentong pandangan agama. Dalam konteks gerakan Zionis amat jelas agama ini dimainkan sebagai propaganda untuk mengolah persetujuan. Agama digunakan untuk meraih simpati mereka yang menganut agama Judaisma
Hakikatnya dibelakang agama ini ialah kaum permodal. Dibelakang World Zionist Organisation (WZO) adalah pemodal kaum kapitalis.
Pada awalnya kaum pemodal yang menjuarai WZO ini terdiri dari kaum Yahudi sahaja. Semua ini telah lama berubah. Hari dengan wujudnya globalisasi gerakan Zionis telah meresap dan masuk ke dalam banyak jaringan syarikat global termasuk McDonald.
Awas dan waspada pemimpin gerakan Zionis hari ini masih lagi dikepali oleh Yahudi. Dana induk masih lagi dari kaum pemodal Yahudi.
Dari fakta sejarah - kaum pemodal Yahudi pada tahun 1917 - telah berjaya meluluskn apa yang dikenali sebagai Balfour Declaration. Deklarasi ini telah menunjukan bahwa negara bangsa Yahudi akan diwujudkan di Palestin. Ketika ini dunia dikuasai oleh kuasa imperalis Great Britain. Deklarasi ini adalah janji Lord Balfour Setiausaha Luar Negara Britain kepada Lord Rothschild - seorang Zionis.
Disini bukti amat jelas bahawa Isreal tidak ada sangkut paut dengan agama Yahudi. Agama hanya digunakan sebagai alat untuk mengolah persetujuan. Justeru sila tanya Lebai Google siapa dia Lord Rothschild ini.
Kuasa imperial Britain akan mewujudkan Isreal di bumi Arab kerana pada ketika itu negara Arab termasuk Palestin adalah tanah jajahan Britain.
Untuk saya pemilihan Palestin ini adalah bukti bahawa agenda agama ini hanya agenda putar alam. Saya berani berkata sademikian kerana sabelum Palestin dipilih ada lagi wilayah-wilayah lain yang dicadangkan untuk dijadikan wilayah penempatan Yahudi.
Pada tahun 1918 - Rusia mencadangkan bahagian Timur Sungai Amur wilayah Birobidzgha dijadikan penempatan Yahudi di Rusia. Pada 1903 kerajan British telah juga mencadangkan Uganda sebagai wilayah penempatan Yahudi. Ini kerana Uganda adalah tanah jajahan British.
Awal lagi - pada tahun 1820 seorang Zionis bernama Modecai Manuel Noah telah mencadangan Grand Island di Sungai Niagara sebagai tempat Yahudi. Pada tahun 1939 British Guyana di Amerika Latin juga dicadangkan. Madagascar juga pernah dicadangkan.
Semua tempat-tempat yang dipilih adalah tanah jajahan British kecuali di Rusia. Dan rata-rata wilayah ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau budaya Yahudi atau budaya dunia Timur Tengah.
Dari wilayah-wilayah yang dicadangkan sebelum Palestin dipilih - amat jelas projek Isreal ini adalah projek merampas tanah. Atau lebih tepat lagi projek penjajahan.
Zionis yang mendirikan Isreal pada tahun 1948 di Palestin bertujuan untuk menjajah bumi Arab. Ini jelas. Wailing Wall atau Tembok Suci Yahudi hanya alat untuk menghalalkan penjajahan bumi Arab oleh Zionis.
Kes Isreal ialah kes tanah. Pesoalan Palestin ialah persolan tanah dan bumi Palestin yang dijajah. Jangan silap faham perjuangan rakyat Palestin ialah untuk menuntut dan membebaskan tanah air mereka yang terus dijajah oleh Zionis Israel. Amin
Awas dan sedar negara yang teguh menyokong dan membantu gerakan pembebasan Palestin pada satu ketika dahulu ialah Blok Sosialis - Rusia, Rumania, Bulgaria, Czechoslovakia, Poland, Hungry dan China. Apabila blok ini tidak wujud lagi maka kita lihat bagaimana rakyat Palestin semakin diinjak-injak oleh Zionis Isreal.
Hari ini negara yang paling setia dan masih menyokong pejuangan rakyat Palestin ialah Cuba dan Venezuela. Dua negara ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Malah ramai pemimpin dan rakyat negara ini tidak percaya kepada mitos agama.
Manakala negara-negara Arab kebanykaan bersuara lantang - saperti Tok Arab menjual Makjun dan Minyak Attar - tapi hampeh. kesemuanya.
Bukan sahaja negara-negara Arab ini TIDAK membantu malah mereka bersubahat dengan Zionis untuk terus memukul rakyat Palestin. Negara-negara Arab ini juga amat licik dalam hal pembelotan mereka. Dengan menggunakan ketayap, serban, hadis Nabi dan ayat suci pemimpim negara Arab ini telah belot dan bersekongkol dengan Zionis.
Negara-negar Arab ini terutama Saudi Arabia melaungkan bendera Islam sebagai garis perjuangan Palestin. Negara-negara saperti Pakistan, Bangladesh dan kita di Malaysia juga terikut-ikut dengan agenda Saudi Arabia.
Saudi melaungkan Islam maka kita sama-sama menjerit melaungkan Islam. Banyak negara dan orang ramai terikut-ikut dengan rentak dan gendang Saudi kerana Saudi Arabia memiliki kuasa minyak dan dinar.
Walhal, hakikatnya perjuangan Palestin ini adalah perjuangan merampas kembali tanah air mereka yang telah dirampas dan dijajah oleh Zionis.
Jangan lupa, jangan tidak sedar dan jangan buat-buat tidak tahu bahawa di Palestin sekarang ini ada diantara 10-15% rakyat Palestin yang beragama Kristian. Mereka ini Arab Kristian. Jangan salah baca jurucakap Palestin Liberation Organisation Hanan Asrawi itu seorang wanita Kristian. George Habash pemimpin Popular Front for The Liberation of Palestine ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual Arab Palestin yang tersohor itu adaah seorang Kristian. Justeru bukan agenda agama di Palestin. Tapi agenda perjuangan melawan penjajahan Zionsi Israel.
Wajib juga saya nyatakan disini bahawa di Palestin juga ada Yahudi yang menentang projek Zionis Isreal yang menjajah Palestin. Mereka ini warga asal Palestin. Gerakan Yahudi anti-Zionis Isreal berkumpul dan berkempen dibawah organisasi bernama Neturei Karta.
Malah NGO dan Parti-parti politik di Amerika, Amerika Latin dan di Eropah menyokong perjuangan Palestin bukan kerana agama Islam. Mereka bangun menyokong kerana mereka sedar bahawa projek Israel ialah projek penjajahan - projek Zionis merembat tanah Arab.
Apa yang saya tulis ini membuktikan bahawa perjuangan rakyat Palestin itu bukan perjuangan agama. Bukan untuk tunjuk agama siapa yang betul dan agama siap yang salah.
Projek agama siapa yang betul dan agama siapa yang salah adalah fahaman Zionis. Awas dan waspada. Zionisma hari ini bukan lagi dianuti oleh Yahudi sahaja. Malah sesiapa saja yang percaya bahawa agama mereka sahaja yang betul bermakna mereka berkiblat ke fahaman Zionis. Atau lebih tepat lagi menghayati Zionisma tanpa sedar.
Justeru pada 10 November 1975 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu telah menerima dan meluluskan Resolusi 3379. Resolusi ini menganggap Zionisma satu bentuk faham rasis dan fahaman yang menggalaknan penindasan. Resolusi 3379 ini disokong oleh 72 negara , 35 menolak dan 32 berkecuali.
Bagaimana pula hubungan antara Tanah Melayu dengan Palestin dan Bumi Arab. Betul ke ada hubung an yang amat amat rapat? Bani Arab Palestin dan Bani Melayu di Tanah Melayu memiliki sejarah yang sama? Sama bagaimana? Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
---------------------
HADI BERI AMARAN PADA ANWAR
Kalau kerajaan tak bela undang-undang syariah, PN akan bertindak
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) memberi amaran kepada Kerajaan Perpaduan agar lantang membela undang-undang syariah dan hukum ditetapkan Islam supaya ia tidak dicabar pihak tidak bertanggungjawab.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya langkah itu tidak diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, maka PN akan bertindak.
“Saya beri amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana ini (tindakan mecabar undang-undang syariah) menyentuh umat Islam, Allah dan institusi diraja.
“Kalau PH tidak mahu bertindak, kami (PN) akan bertindak. Bagaimana kami mahu bertindak, tunggu dan lihat,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.
Jelas Ahli Parlimen Marang itu, ketegasan itu perlu kerana syariah Islam kini dicabar.
“Sekarang ini pandai-pandai cabar Islam, cabar mahkamah syariat. Ini satu kerja yang orang Islam tidak boleh biarkan sekali-kali.
“Keadaan yang munasabah, kalau nak bawa ke mahkamah, kita pergi, ke mana pun kita pergi sehingga kita berjaya pertahankan kedaulatan syariat ini.
“Bukan bermakna kita menafikan hak orang bukan Islam, sebab dalam Perlembangaan Persekutuan kebebasan kaum lain dijamin, ini dipersetujui parti yang terlibat dalam kemerdekaan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menyebut secara spesifik pihak mana yang mencabar undang-undang syariah.
Ogos lalu, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan telah mendengar petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut, terbatal dan tidak sah.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel bersidang mendengar petisyen difailkan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.
Pada prosiding itu, mahkamah sebulat suara menolak permohonan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) untuk bertindak sebagai pencelah dalam pendengaran petisyen berkenaan atas alasan permohonan itu tidak berasas.
Ketika menolak permohonan itu, Hakim Tengku Maimun menarik perhatian semua pihak dan menegaskan, petisyen berkenaan hanya berkaitan pentafsiran perkataan-perkataan dalam Perlembagaan Persekutuan dan tiada kena mengena dengan doktrin Islam.
Dalam prosiding itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kedua-dua pempetisyen berhujah, 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bertindan dengan undang-undang Persekutuan yang turut meliputi kesalahan sama.
WOIT
HADI BERI
AMARAN
KAH KAH KAH
NAK BERTINDAK
MACAM MANA
AMIN
NAK BUAT
DEMO ATAU
NAK AMBIL ALIH
KERAJAAN
AMIN
JADI
Langgan:
Catatan (Atom)