Rabu, 12 Jun 2024
HARGA BARANG NAIK - PASTI ADA TEATER
BELUM 3 HARI
SABSIDI DISEL
DIHAPUS HARGA
BARANG MELEDAK
NAIK
AMIN
MADANON JADI PANIK
APA AKAN BERLAKU
AMIN
BUAT TEATER
TAKUTKAN RAKYAT
TUNGGU DAN LIHAT
KHALAS
BAKAR LAGI !!!
Adakah kerajaan peduli sengsara rakyat?
Penarikan balik subsidi bahan api diesel baru-baru ini oleh kerajaan sebagaimana yang dijangka akan membawa kesan yang besar terhadap ekonomi dan kadar inflasi dalam negara ini.
Sebelum ini kenaikan harga minyak pernah berlaku pada 2010 di bawah kerajaan Barisan Nasional dengan kenaikan sebanyak 5 sen seliter.
Kenaikan pada skala sekecil itu sahaja pun telah melonjakkan Indeks Harga Pengguna dan Pengeluar masing-masing pada kadar sebanyak 3.5% dan 14.3% pada waktu itu.
Hari ini pula, kerajaan Pakatan Harapan menghidangkan rakyat dengan kenaikan yang jauh lebih besar iaitu sebanyak RM1.20 bagi setiap liter diesel (kenaikan 55.8%) menjadikannya RM3.35 setiap liter.
Kenaikan harga diesel dalam skala yang sangat besar dan secara mendadak ini akan mengakibatkan kejutan ekonomi yang akan merebak ke seluruh negara dan menyebabkan kesan gandaan (multiplier effect) kepada sektor ekonomi dan sosial yang lain.
Kesannya mula dirasakan di seluruh negara pada ketika ini dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tidak terpandu di semua sektor ekonomi.
Subsidi diesel RM200 melalui Budi Madani pula dilihat tidak jelas kaedah pelaksanaannya dengan meninggalkan banyak perincian yang mengakibatkan keciciran agihan kepada golongan rentan seperti petani dan pesawah yang terkeluar dari julat kelayakan untuk memohon subsidi ini.
Sekiranya tindakan kerajaan PH adalah murni untuk mengelak penyeludupan, ketirisan diesel bersubsidi dan pemberian subsidi diesel secara bersasar, kami menggesa kerajaan mengkaji semula langkah ini dan memperkenalkan kaedah yang lebih berfokus untuk dilakukan secara berperingkat.
Di samping itu, kerajaan juga perlu memastikan supaya sebarang mekanisme yang dirangka bagi tujuan tersebut lengkap sebelum dilaksanakan supaya tidak menzalimi rakyat Malaysia.
Kerajaan dilihat tidak acuh terhadap kesan besar yang melanda rakyat dan negara akibat tindakan drastik penarikan subsidi diesel ini yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mempedulikan kesukaran rakyat.
Kerajaan PH sedang menjerumuskan negara dan rakyat ke dalam lubang krisis ekonomi yang sangat besar.
Ab Halim Tamuri
Pesuruhjaya PAS Selangor
Adun Paya Jeras.
HASUT & BAKAR
TAPI MASIH
TAK CUKUP
AMIN
SUSUN KE JALAN
RAYA SEBELUM
PILIHAN RAYA
KHALAS
BAKAR DAN HASUT
Teh tarik antara menu berdepan kenaikan harga selepas subsidi pukal diesel ditarik
Pengusaha restoran tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan harga susulan langkah Putrajaya menamatkan subsidi pukal untuk diesel yang menyaksikan harga bahan api yang banyak digunakan oleh sektor industri itu melonjak ke RM3.35 seliter.
Beberapa pemilik restoran yang ditemui MalaysiaNow berkata antara yang terkesan termasuk teh tarik, menu paling popular di Malaysia.
Ini kerana mereka menjangkakan barangan seperti serbuk teh dan susu sejat akan bertambah mahal.
Jurucakap sebuah gabungan restoran India berkata kenaikan harga diesel yang berkuatkuasa pada Isnin memberikan kesan domino bermula dari logistik ke bahan mentah dan akhirnya harga makanan.
"Beberapa ahli kami sudah menerima makluman bahawa vendor dan pembekal akan menaikkan harga," kata N Shanmugam, setiausaha agung Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia.
"Kami masih belum menerima hitam putih mengenai kenaikan itu," katanya dan menambah antara bahan yang terkesan ialah serbuk teh tarik.
Shanmugam bagaimanapun berkata pengusaha restoran tidak akan menaikkan harga selagi mana pembekal mengekalkan harga.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM3.35 seliter mulai 10 Jun, dalam fasa pertama rancangan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk menoktahkan subsidi pukal melibatkan beberapa barangan asas.
Kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan program Budi Madani, di mana pengguna yang layak boleh menuntut pembayaran RM200 sebulan sebagai gantirugi kenaikan diesel, selain fleet card untuk beberapa jenis pengangkutan seperti bas sekolah, ambulans dan teksi.
Pemborong, pembekal umum kenaikan harga selepas Putrajaya batal subsidi pukal diesel
Kenaikan harga diesel itu mengundang kemarahan umum, yang disalurkan di media sosial dalam bentuk kecaman dan sindiran, termasuk mengulangi janji Anwar dan Pakatan Harapan untuk menurunkan harga minyak dengan cara memindahkan hasil petroleum negara kepada rakyat.
Semalam, Anwar mengakui keputusan mengapung diesel akan menyebabkan kenaikan harga barang.
"Saya tidak kata barang tidak naik. Tapi kadang-kadang dalam perbincangan kita (menyebut) Anwar kata barang tidak naik. Tak ada," katanya.
Sektor makanan dan minuman terkesan oleh inflasi sejak beberapa tahun selepas pandemik Covid-19 di samping faktor geo-politik lain, termasuk kenaikan harga ayam, kekurangan bekalan telur, beras dan bawang.
Sementara itu, Persatuan Restoran Melayu Kelantan berkata kebanyakan pengusaha restoran kini dalam dilema dengan kenaikan harga barangan.
"Macam mana kami hendak serap kenaikan harga barang? Keuntungan kami pun cukup-cukup sahaja. Harga bahan-bahan lain pun sebelum ini sudah naik dengan banyak," kata pengerusinya, Nik Hassan Mohd Zain kepada MalaysiaNow.
Menurut Nik Hassan, ramai pemilik restoran di bawah persatuannya menerima notis kenaikan harga bahan makanan daripada pembekal.
Memberi contoh, beliau berkata harga bahan-bahan untuk menu roti tempayan termasuk kuah telah naik daripada RM120 kepada RM200 untuk kuantiti sama.
Seorang pengusaha kedai makan di Subang Bestari, Selangor berkata kenaikan harga bahan mentah sudah pun berlaku.
Syawaludin Zainal memberi contoh harga daging ayam sejuk beku tanpa tulang yang meningkat kepada RM31 untuk 10 keping sejak Isnin, daripada harga asal RM26.
"Buat masa ini kami belum naikkan lagi harga menu makanan, tetapi mungkin terpaksa naikkan jika pembekal turut menaikkan harga kerana mereka menghantar bahan mentah menggunakan lori," katanya.
Jelasnya, satu cara pembekal untuk tidak mengenakan caj tambahan ialah dengan meningkatkan jumlah minimum untuk sesuatu pesanan.
Jenama kopi tempatan, Kopi Hainan, turut mengumumkan kenaikan harga.
Ia berkuatkuasa pada 15 Julai, dengan harga menu Original Kopi Hainan bersaiz 22oz naik 50 sen kepada RM4.50 di semua cawangannya.
Syarikat itu bagaimanapun menafikan keputusan itu ada kaitan dengan kenaikan harga diesel.
"Kos bahan mentah semasa kami yang dah lama naik seperti susu, cawan plastik dan yang terbaru biji kopi dinaikkan harga oleh pihak pembekal kami," tambahnya.
HARGA BARANG
TERUS NAIK
AMIN
INI BERITA BAIK
UNTUK HASUT
RAKYAT BENCI
MADANON
AMIN
INI PELURU
SENAPANG GAJAH
UNTUK TEMBAK
MADANON
AMIN
HASUT BAKAR
CURAH MINYAK
BAGI RAKYAT
BENCI MADANON
AMIN
KHALAS
PERANG MEREBAK KE BEIRUT
Serangan Israel bunuh orang awam di selatan Beirut
BEIRUT: Seorang orang awam terbunuh akibat serangan Israel di selatan Lubnan, semalam.
Media rasmi Lubnan melaporkan mangsa yang terkorban ialah seorang pekerja syarikat air tempatan.
Kejadian itu berlaku selepas kumpulan Hezbollah berpusat Lubnan berkata, mereka menyasarkan kedudukan tentera Israel berikutan serangan di timur Lubnan yang mengorbankan tiga pejuangnya, beberapa jam selepas pergerakan yang disokong Iran menjatuhkan dron Israel.
Pegawai Agensi Berita Nasional berkata, dron musuh melakukan serangan di Naqura dan melaporkan orang awam yang cedera parah dalam serangan itu meninggal dunia.
Agensi itu menerbitkan kenyataan dari Lembaga Air Selatan Lubnan yang memaklumkan seorang pekerjanya terbunuh ketika menjalankan tugas untuk memastikan penyambungan bekalan air di Naqura.
Kenyataan itu menggesa badan rasmi dan pihak antarabangsa untuk mengutuk tindakan berkenan dan menekan Israel untuk menghentikan serangan ke atas pekerja dan sektor penting.
Sementara itu, Hizbullah memberitahu tiga pejuangnya meninggal dunia di kawasan Hermel di timur Lubnan.
Sebuah bangunan di wilayah Hermel turut musnah sepenuhnya.
Sekutu Hamas, Hizbullah dari Lubnan berbalas tembakan hampir setiap hari dengan tentera Israel sejak 7 Oktober lalu, dengan keganasan semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Isnin lalu, Hizbullah berkata, mereka menembak jatuh dron Israel di Lubnan.- AFP
INI BERITA BAIK
LUASKAN LAGI
MEDAN TEMPUR
AMIN
BUKA LAGI SATU
LAMAN PERANG
AMIN
BIAR ISRAEL
TER KANG KANG
KHALAS
BISNES MELAYU DIGANGGU
MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU ("DEB")
KINI DI ASAK
Di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Negeri Kelantan,suatu statistik DEB yang amat membanggakan dalam bidang penyeludupan kini terancam. Penglibatan Melayu dalam sektor seludup lembu,minyak masak,ketum dan dadah ringan,disel, tong gas masak, beras dll adalah hampir 100%...jauh melebehi matlamat 30% di bawah DEB.
Kini disel Malaysia dah sama harga dengan disel Siam. Usahawan2 Seludup Melayu Kelantan dianjurkan menggantikan kegiatan seludup disel ke seludup Ayam Siam bagi menampong kehilangan pendapatan dari penyeludupan disel.
Ayam Siam maseh murah dari Ayam Malaysia,tak kira dari jenis Kampong,Wang Kang maupun selasih( daging hitam).Ayam Siam juga juga lebeh cun,manja dan dengar kata berbanding Ayam Malaysia dan lebih sedap diratah kerana kebanyakan Ayam Malaysia dah banyak lemak
PERANG DUNIA KE 3 SEDANG DIRANCANG
PERANG DUNIA KE 3 SEDANG
DI RANCANG
Saya baru saja membaca berita yang menggerunkan. Tajuk Berita Harian 6 Jun 2024 : Jangan andaikan Russia tidak akan guna senjata nuklear – Putin. Ini berita amat menakutkan.
Sebulan kebelakangan ini saya meneliti rapi berita dari Ukraine dan Rusia. Saya juga meneliti berita tentang Perang Ukraine dari media Amerika. Berita-berita yang saya baca semuanya menakutkan.
Dari apa yang saya baca saya yakin Perang Dunia Ke3 sedang di rancang. Apa yang lebih menakutkan ialah bom nuklear adalah sebahagian dari perancangan.
Malah anggapan saya tentang Perang Dunia Ke3 sedang dirancang mungkin dianggap naif. Ini kerana telah ada pemerhati militer dan pakar geo politik seperti Scott Ritter yang menganggap perang dunia telah bermula di Ukraine dan Gaza.
Saya masih menyimpan harapan ledakan bom nuklear ini tidak akan terjadi. Ini harapan. Dalam realiti geo politik dan perang ledakan ini boleh berlaku bila-bila masa saja. Harapan tinggal harapan
Malah lebih memeranjatkan ada laporan berita dari Barat yang memberi tarikh 18 Julai 2024 hari Perang Dunia Ke3 akan pecah.
Tukang tilik bernama Kushai Kumar, klim dirinya sebagai 'Nostradamus baharu', mendakwa beliau mempunyai sejarah meramal konflik dengan betul . Sebelum ini Kumar membayangkan ketegangan antara Israel dan Hamas, Korea Utara dan Selatan, China dan Taiwan, serta Rusia dan Ukraine .
Ini ramalan tukang tilik yang boleh kita abaikan tapi cuba perhatikan tajuk-tajuk berita dari akhbar arus perdana yang tersebar baru-baru ini.
Akhbar The Telegraph London pada 23 Mei 2024 : This may be the last election before the next world war – PRU akhir untuk UK sebelum perang dunia.
Sky News pada 16 April 2024 : Are we heading for world war three? Apakah kita menuju ke perang dunia ketiga?
Amat jelas disini ada persekongkolan yang intim antara media dan industri perang. Media arus perdana bukan cuba menghalang perang. Tidak. Mereka sedang mengolah persetujuan agar kita semua bersedia menerima perang.
Media arus perdana di Barat kini menjadi tokan perang.
Media arus perdana di Barat sedang menyediakan saikoloji kita semua untuk menerima perang sebagai satu yang normal – satu kebiasaan.
Dari pungutan suara terbaru di dapati 61% warga Amerika percaya perang dunia akan sampai.
Ketika tulisan ini dilakar kempen PRU sedang berjalan di United Kingdom. Kempen Parti Konservatif telah melaungkan : Parti Konservatif lebih bersedia dari Parti Buruh untuk menghadapi perang.
Untuk bukti - kerajaan Sunak telah memulakan kembali dasar Khidmat Negara. Dasar ini memastikan jantan betina yang berumur 18 tahun ke atas akan diwajibkan menjadi askar.
German, Denmark dan Sweden juga telah memulakan dasar Khidmat Negara. Dasar rakyat dipaksa jadi soldadu ini telah di mansuh satelah tamat Perang Dunia Kedua.
Tahun 2024 negara-negara ini telah kembali memaksa rakyat untuk menjadi soldadu. Jelas dasar baru ini adalah persediaan menghadapi perang dunia.
Malah di German sendiri seperti di Jepun satelah tamat Perang Dunia Kedua dua negara pencetus perang ini telah dilarang mendirikan bala tentera. Jepun dan German hanya ada pasukan keselamatan seperti RELA.
Kini semuanya berubah. Jepun dan German kembali membina bala tentera.
Di UK agenda perang dunia ini dilihat amat serius. Dalam portal resmi kerajaan telah ada saranan agar warga menyimpan lilin dan bahan makanan dalam tin.
Untuk mengafdalkan saranan ini Timbalan Perdana Menteri UK Oliver Dowden telah membuat kenyataan yang seirama.
Seorang YB dari Parti Buruh Andrew Bridgen telah berkata ‘.... perang dunia dah bermula... hanya tidak diumumkan...’
Di Amerika naratif perang dunia akan meletus juga sedang tersebar meluas.
Ketika ini kempen ke Rumah Putih sedang berjalan. Isu perang menjadi agenda kempen. Pendatang haram yang menceroboh masuk ke Amerika seramai lebih dari dua ribu sehari dibaca sebagai soldadu luar yang akan menyerang Amerika dari dalam. Ini tema kempen Parti Republikan.
Tidak cukup dengan ini pada 9 Mei 2024 media melaporkan Trump telah menuduh Biden membawa dunia ke kancah perang.
Mengikut Trump dalam masa 5 bulan lagi perang dunia akan meledak. Menurut Trump perang dunia berlaku kerana Biden lembik dan tidak tahu mengurus kuasa dunia yang dimiliki oleh Amerika.
Ini isi dan nada kempen Trump untuk sekali lagi dipilih sebagai Presiden Amerika.
Trump dengan bangga klim jika dia masih Presiden Perang Ukraine dan Perang Gaza tiak akan berlaku.
Ketika tulisan ini digarap dua perang – Ukraine dan Gaza sedang berjalan. Saya memberi penekanan kepada Perang Ukraine. Telah 10 tahun jika dikira perang bermula dari 27 Februari 2014. Operasi Spesial Putin sudah masuk tahun ketiga.
Perang masih berjalan. Rusia menang dan Ukraine kalah. Hakikat ini amat payah hendak diterima oleh NATO dan sekutunya.
Saya tidak perlu jadi pakar perang dan geo politik untuk memahami hakikat Ukraine telah kalah. Lebih 600 ribu soldadu Ukraine telah gugur. Hampir 1 juta cedera. Berjuta warga Ukraine melarikan diri -pelarian perang.
Hari ini wanita hamil pun ditangkap di pasar raya untuk dipaksa menjadi soldadu. Anak-anak muda malah lelaki pencen pun semua dipaksa menjadi soldadu.
Mereka yang dicekup oleh Polis Militer beri latihan dua minggu dan terus di hantar ke medan tempur. Fakta ini saya pungut berasaskan klip Tik Tok seorang anak muda yang minta maaf kepada bondanya kerana mungkin mereka tidak akan bertemu lagi. Sedih.
Macron Presiden Peranchis kini dilihat sebagai kepala perang dari NATO. Macron bersedia menghantar soldadu untuk memberi sokongan teknikal kepada tentera Ukraine.
Bila berita ini tersebar Rusia memberi jawapan bahawa soldadu Rusia berhak menembak mati soldadu Peranchis walau pun sebagai penasihat.
Dalam suasana tegang ini Putin memberi arahan kepada pasukan senjata nuklear Rusia untuk memulakan latihan persediaan.
Pada 5 Mac 2024 The Guardian London melaporkan satu kontinjen soldadu dari UK sedang membantu soldadu Ukraine menggunakan misile jarak jauh Strom Shadow senjata yang diberi oleh UK.
Maklumat ini terbocor dari panggilan sulit tentera German. Semua ini menegangkan lagi keadaan.
Apa yang lebih memarakkan keadaan ialah perubahan dasar Amerika dan NATO. Kini Ukraine telah di beri peluru dan senjata jarak jauh. Awal perang senjata NATO hanya senjata jarak dekat untuk di gunakan dalam wilayah Ukraine. Kini senjata jarak juah berupaya menembak ke dalam wilayah Rusia.
Setiausaha NATO Jens Stoltenberg mengalu-alukan dasar baru Presiden Biden ini. Melonggarkan dasar penggunaan senjata ini di tafsir kan memenangkan Ukraine.
Jawapan Putin kepada Biden cukup jelas. Rusia boleh juga menyerang mana-mana negara NATO yang tafsir menjadi musuh kepada Rusia.
Putin memberi ingatan – lebih tepat lagi amaran bahawa Rusia jika wujudiah Rusia terancam Rusia akan menggunakan apa saja senjata untuk bertahan diri.
Amaran Putin ini dibuktikan dengan laporan ABC News pada 6 Jun 2024 : Kapal perang laut dan pesawat udara Rusia yang dijangka tiba di Caribbean untuk latihan ketenteraan dalam beberapa minggu akan datang.
Kapal-kapal perang itu juga dijangka akan membuat panggilan pelabuhan di Venezuela dan Cuba.
Langkah dari Putin ini jelas. Jika Amerika dan NATO boleh hantar bala tentera ke sempadan Rusia maka Rusia juga boleh menghantar bala tentera ke sempadan Amerika.
Saya tidak menyangkal atau memperlekeh jawapan Putin ini. Ini jawapan tepat. Tetapi untuk umat manusia keadaan ini amat-amat mencemaskan.
Kapal perang Rusia itu mungkin ada membawa senjata nuklear. Jika Presiden Biden di tekan apa pula jawapan Amerika.
Bulan November ini akan ada pemilihan Presiden Amerika. Biden tidak mahu dilihat lembik oleh para pengundi. Jika Trump terus memperlekeh Biden sebagai ‘lembik ‘ maka Biden akan bertindak.
Apa tidakkan Biden bila kapal perang Rusia ini sampai ke Cuba dan mengadakan latihan perang.
Seyogia diberi ingatan – Cuban Missiles Crisis – dari 16 ke 28 Oktober 1962. Selama dua minggu dunia paling hampir akan meledak dengan senjata nuklear.
Ini berlaku bilamana Rusia di bawah pimpinan Nikita Khrushchev (1894-1971) memasang senjata nuklear di Cuba yang jauhnya hanya 90 kilometer dari Amerika. . Presiden John F. Kennedy (1917-1963) wajib bertindak tegas. Akibatnya dua minggu warga dunia dalam ketakutan.
Hari ini dari pandangan pesimis saya Perang Dunia Ketiga pasti akan sampai. Suasana geo politik dan keadaan ekonomi hari ini menunjukkan kepada saya para peniaga senjata di Amerika sedang merancang perang melalui politikus yang mereka taja.
Kemelut zaman ekonomi meleset tahun 1930’an di selamatkan dengan Perang Dunia Kedua. Apakah krisis ekonomi sekarang akan diselamatkan dengan Perang Dunia Ketiga?
Perang dulu dan perang sekarang jauh bezanya. Dulu hanya Amerika ada bom Atom. Monopoli itu telah tamat.
Lalu persoalan timbul apakah kita umat manusia dapat menghalang ledakan bom nuklear ini ? Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DI PORTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/708475
ANAK PRESIDEN PENGHIDU KOKAIN
Anak Presiden AS didapati salah dalam perbicaraan senjata api
WASHINGTON: Pihak juri mendapati anak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Hunter Biden, bersalah atas semua tiga pertuduhan dalam perbicaraan kes senjata api persekutuan, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik beberapa laporan media pada Selasa.
Hunter Biden dituduh membuat kenyataan palsu semasa membeli senjata api pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadahnya pada masa itu.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.
Namun, tidak jelas seberat mana berat hukuman akan dijatuhkan oleh hakim yang bertanggungjawab, memandangkan Hunter Biden tidak mempunyai rekod jenayah.
Presiden AS sebelum ini berkata beliau tidak akan mengampuni anaknya sekiranya dia disabitkan kesalahan. – BERNAMA-dpa
MAT PET
PENGHIDU KOKAIN
DAPAT BELI SENJATA
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)