Ahad, 18 Disember 2022

UNDI TAK PERCAYA ?



MoU kerajaan Anwar terbatal jika ada pihak tarik diri, kata penganalisis


Perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Jumaat oleh parti-parti yang membentuk kerajaan campuran berisiko untuk terbatal pada bila-bila masa jika ada pihak yang menarik diri, menurut penganalisis politik.

Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, ini kerana sifat asas MoU adalah perjanjian yang terbentuk daripada persefahaman pihak-pihak terlibat. 

"Jika tiada persefahaman tidak perlu meneruskan perjanjian yang jelas bersifat zalim. 

"Jika terbatal, maka undi percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh dipersoalkan dan boleh dicabar," katanya kepada MalaysiaNow.

Ketua-ketua gabungan yang membentuk kerajaan campuran menandatangani sebuah MoU yang mana ia menghapuskan hak individu ahli-ahli Parlimen untuk bebas mengundi di Dewan Rakyat.

Gabungan tersebut ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) GRS dan Warisan. 

Katanya, kerajaan dibentuk dengan andaian semua pihak yang bersetuju akan memimpin secara kolektif. 

Namun usul undi percaya kepada perdana menteri dan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan boleh diterima selagi ia tidak memberi impak kepada ahli-ahli Parlimen sehingga hilang kerusi.

"Meletakkan syarat ini tidak betul," katanya merujuk kepada klausa 4 MoU tersebut yang menyatakan ahli-ahli Parlimen parti dianggap mengosongkan kerusi mereka jika gagal mengundi usul percaya, berdasarkan perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut Kartini, syarat klausa 4(b) dalam MoU itu juga melanggar Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan berkenaan syarat kehilangan kelayakan jawatan ahli Parlimen.

Menurut beliau, klausa itu boleh dianggap despotik dan mendorong ke arah pemerintahan diktator. 

Sementara itu, pengamal undang-undang Nizam Bashir berkata, wakil rakyat memiliki tanggungjawab berperlembagaan untuk membentangkan pendirian bagi rakyat yang diwakili mereka. 

"Tanggungjawab ini, dalam pandangan saya, mengatasi apa-apa  yang diperuntukkan di dalam mana-mana MoU.

"Apa-apa kekangan atas tanggungjawab berperlembagaan tersebut, khususnya jika ia membelakangkan kepentingan rakyat, tidak boleh dihujahkan sebagai konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada MalaysiaNow.

Beliau merujuk kepada Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan yang baru dipinda. 

Ia digubal bagi menghalang ahli-ahli Parlimen daripada bertukar parti namun tidak menghalang seseorang anggota Dewan Rakyat daripada mengundi bertentangan dengan parti sendiri.

Menurut fasal tersebut, seseorang wakil rakyat hendaklah berhenti menjadi anggota Dewan Rakyat dan mengosongkan kerusi jika melepaskan keanggotaan parti atau,  menyertai parti politik jika seseorang itu menang sebagai wakil rakyat bebas.

Ia turut menyatakan keahlian dalam Dewan Rakyat tidak terbatal sekiranya partinya dibubarkan atau dibatalkan, dipilih menjadi speaker Dewan Rakyat atau dipecat daripada parti. 

Namun bagi pakar undang-undang dari Taylor University, Wilson Tay, MoU itu tidak mengambil hak berpendirian ahli Parlimen namun parti-parti dibenarkan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Parlimen.

"Ia mengenai hal dalaman disiplin parti, bukan hak-hak ahli Parlimen," katanya.

Katanya, dalam konteks akta anti lompat parti, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini menyatakan bahawa akta itu tidak menghalang kebebasan berpersatuan dalam kes empat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

WOIT

INI SEMUA

NORMAL BARU

AMIN

INI REALPOLITIK

UNTUK PASTIKAN

KUASA TERUS

DITANGAN

KAH KAH KAH

PEKARA KERAJAAN

RUNTUH GANTI

BERGANTI DAH JADI

PEKARA BIASA

AMIN

KHALAS

INI KHEMAH BESAR

 



Pengusaha tapak perkhemahan, 2 pekerja dipanggil polis bantu siasatan 

POLIS memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang semalam. 

“Kemungkinan (pada masa akan datang) kita akan memanggil lagi pihak-pihak yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis di lokasi kejadian di Batang Kali hari ini.

Sebelum ini Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tapak perkhemahan berkenaan diusahakan tanpa lesen kebenaran beroperasi daripada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali di Batang Kali.

Dalam pada itu, Suffian berkata 15 mayat mangsa tragedi iaitu dua lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan telah diserahkan kepada keluarga mereka semalam.

Katanya sembilan lagi mayat masih berada di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan tuntutan oleh waris.

“Kita memohon waris dan keluarga terlibat, rakan-rakan (yang) tahu tentang maklumat ini supaya pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk membuat pengecaman bagi memudahkan urusan pengembalian mayat kepada keluarga,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mempunyai pasukan khas di hospital bagi membantu menguruskan aspek dokumentasi dan urusan penyerahan mayat kepada keluarga mangsa terlibat.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini memasuki hari ketiga dan setakat semalam, sembilan masih hilang dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa. – Bernama, 18 Disember, 2022.

LU NAK 

BERKHEMAH

MANA MANA

LU PUNYA PASAL

AMIN

TAPI BILA LU

MENIAGA

TAPAK KHEMAH

LU WAJIB ADA 

LESEN  

AMIN 

KELUARGA YANG

 GUGUR BOLEH 

SAMAN

AMIN

 


BANJIR DATANG LAGI


Banjir kilat di LPT2 akibat limpahan air cerun

KEJADIAN banjir kilat berlaku di Kilometer (km) 393 Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari arah Ajil ke Kuantan, yang tular di media sosial pagi tadi surut sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan atau kejadian tidak diingini berlaku disebabkan insiden tersebut dan jalan di kedua-dua arah masih boleh dilalui kenderaan seperti biasa.

“Air limpahan telah pun surut sekitar 12.30 tengah hari tadi. Tiada penutupan jalan dan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan di kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hasmira, ketika ini pihak pengurusan LPT 2 sedang menjalankan kerja-kerja penilaian dan pemantauan di lokasi kejadian.

Dalam video berdurasi 16 saat yang tular di laman media sosial, menunjukkan limpahan air yang turun daripada cerun berdekatan LPT 2 memenuhi laluan lebuh raya tersebut namun kenderaan masih boleh melepasi kawasan Ajil.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan telah memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS. – Bernama, 18 Disember, 2022.

BILA BANJIR

LANDA KL

INI ALLAH

BERSIHKAN

MAKSIAT

AMIN

BILA BANJIR

LANGGAR 

KOTA BARU

APAKAH INI

ALLAH BESIHKAN

PAHALA PAK LEBAI

YANG MENIPU

KAH KAH KAH

KHALAS

MALAPETAKA AKIBAT MANUSIA


SEMUA

 MALAPETAKA

CUACA

INI AKIBAT

KERJA MANUSIA

KHALAS

Unknown commented on 
"DARUL MOSKO 
DAPAT RAHMAT BANJIR"

Tak kira mana banjir, mana malapetaka sesama manusia jangan kutuk, jangan Hina, sebab semua perbuatan manusia jugak, bukan binatang bukan anjing berak merata, bukan bukan semua perbuatan manusia belaka, tebang balak, tebang Bukit, tebang gunung demi kemajuan, demi keuntungan demi Wang, tetapi lupa tanam semula balak, lupa selengara sungai parit longkang, semua lupa lupa demi keuntungan tak apa, dunia semakin tidak tahan karenah manusia jahanam, jadi tunggu sahaja masa akan sampai, 


ada masa balasan iklim sampai, ada masa ribut sampai, ada masa hujan banjir sampai kah kah kah, padan muka, tak payah salah Tuhan, tak payah salah rasul, tak payah salah ular emak semua, salah diri sendiri, cermin diri dulu kah kah kah kalau dunia kiamat bukan kerana orang lain tetapi diri sendiri, ingat lepas ini kalau tebang Pokok, Bakar sampah, buang sampah ada ada balasan nanti amin

MAMAT GILA NAK JADI PM


MAMAT GILA

NAK JADI PM

TAK SABAR SABAR 

TUNGGU BULAN

 APRIL

 TAHUN DEPAN

KHALAS

MALAPETAKA BANJIR


MALAPETAKA

CUACA 

UDAH SAMPAI

KHALAS

RAMBUTAN DARI KAMPUNG


RAMBUTAN

GADING

KELMARIN GUA BALIK KAMPUNG
JELEBU TAK HUJAN
TAPI ADA KESAN
TEBING RUNTUH
DI BUKIT TANGGA

AIR TERJUN TEPI JALAN
BERLUMPUR

SANA SINI ADA
PLASTIK BIRU
MENAMPAL TEBING RUNTUH

HA HA
RAMBUTAN SEDANG BERBUAH
RAMBUTAN  BUDAK SEKOLAH
BUDAK TAK SEKOLAH
DAN RAMBUTAN GADING
SERONOK MENGGUNTING
RAMBUTAN BERBUAH RENDAH

HA HA
GUA JUGA
SEMPAT AMBIL IKAN 
DARI KOLAM

DAH BESAR TALAPIA MERAH
BAWA PULANG KE KL

RAMBUTAN DAN TALIPIA
HADIAH X-MAS UNTUK KAWAN KAWAN
TERUTA ACI DI DEPAN FLET
AMIN

GAGAL DIJALAN RAYA TERUS ANGKAT SENJATA



GAGAL 

DI JALAN RAYA

TERUS 

ANGKAT SENJATA

KHALAS

ISMAIL SABRI DI KETEPIKAN



Masa depan Ismail Sabri suram, kata pemerhati

BEKAS perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah diketepikan sama sekali dalam Umno malah peluangnya untuk kekalkan jawatan naib presiden parti pada pemilihan akan datang sangat tipis, kata pemerhati dan pemimpin Umno.

Mereka berkata Ismail Sabri terpaksa menanggung nasib sebegitu kerana beliau tidak berada dalam kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, selain mendesak untuk berbaik dengan Perikatan Nasional (PN), bukannya dengan Pakatan Harapan (PH).

Pemerhati berkata antara faktor ialah hakikat kebanyakan penyokong setianya digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata Ismail Sabri bukan lagi tokoh yang kuat dalam Umno kerana tidak mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai naib presiden apabila ada peluang.


“Zahid sebagai presiden Umno masih dalam kedudukan yang kukuh dan dapat kawal parti.

“Tetapi, Ismail Sabri dilihat sebagai bukan penyokong Zahid dan ada penyokong sendiri. Jadi, beliau tidak dilihat sebagai salah seorang pemimpin tertinggi yang menyokong Zahid,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mazlan berkata jika Ismail Sabri masih mahu jadi relevan dalam parti, beliau perlu melawan Ahmad Zahid pada pemilihan parti Umno, dan memenangi jawatan tertinggi.

Beliau bagaimanapun mengaku ini boleh menjadi tugas yang sukar untuk ahli Parlimen Bera itu.

“Peluangnya sangat tipis dan jawatan naib presiden pun tidak selamat sebab Zahid mungkin mencalonkan orangnya untuk bertanding.”

Mazlan berkata jelas sekali pemimpin yang menyokong Ismail Sabri diketepikan Umno.

Beliau berkata pemimpin seperti Tajuddin Abdul Rahman, Shahidan Kasim, Noh Omar dan Annuar Musa tidak dipilih untuk bertanding pada PRU15 lepas.

“Kita boleh lihat mereka yang tidak sehaluan dengan Zahid digugurkan pada PRU15.

“Jadi, sukar untuk lawan Zahid dalam pemilihan parti. Masa depan politik Ismail Sabri dilihat suram.”

Tambahnya sebagai perdana menteri, Ismail bukanlah seorang pemimpin yang agresif dan mengikut arahan Zahid.

Profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania James Chin percaya Ismail Sabri dilupakan dalam politik Malaysia dan diketepikan oleh Zahid.

“Alasannya kerana beliau pernah lawan Zahid dan menyokong PN.

“Beliau juga akan berhadapan kesukaran untuk mempertahankan jawatan naib presidennya jika beliau tidak berada dalam blok yang lebih besar (kem Zahid).”

Chin berkata satu-satunya peluang Ismail Sabri untuk kekal relevan ialah mempertahankan kedudukannya dalam parti pada pemilihan akan datang.

“Bagaimanapun, beliau ada sokongan akar umbi yang terhad, mungkin sekarang ini lagi sedikit.

“Ini budaya Umno yang berasaskan naungan. Oleh sebab beliau bukan lagi perdana menteri, orang tidak pedulikannya.”

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata Ismail Sabri kini kelihatan senyap selepas percubaannya gagal untuk menyelaraskan Umno dengan PN.

“Beliau langsung tidak dianggap oleh pucuk pimpinan Umno untuk bersama kabinet baharu.

“Beliau boleh kekal relevan sama ada dengan melancarkan cabaran yang kukuh untuk menentang Ahmad Zahid pada pemilihan parti akan datang atau cuma ikut garisan dan tunggu peluang.”

Bagi kem Ismail Sabri yang tidak dicalonkan pada PRU15, Tunku Mohar mengakui ia melemahkan kedudukan bekas PM itu dalam Umno.

“Tanpa penyokong setia yang boleh meningkatkan sokongan untuknya, ia akan jadi sukar untuk mencabar jawatan yang lebih tinggi.”

Beliau bagaimanapun berkata Ismail akan diingati atas perjanjian yang ditandatanganinya dengan PH yang membawa kembali kestabilan dalam kerajaan.

“Tetapi selain itu, beliau tidak dapat diingati untuk sebarang dasar atau program penting.” – 18 Disember, 2022.

WOIT

MI SPIK NO INGLIS

SEKARANG JADI

MI BUNGKUS

KAH KAH KAH

INI CONTOH PM

YG DIKELILINGI

OLEH MAT BEBAL

KAH KAH KAH

PENASEHAT BEBAL

PA BEBAL

PRESS SEC BEBAL

KAH KAH KAH

JADI KERAJAAN

KELUARGA BEBAL

KAH KAH KAH

KHALAS

BERSATU - PARTI KETUANAN ARAB ?



Bersatu sudah ganti Umno, kata Wan Saiful

BERSATU sudah menggantikan Umno, kata ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan, merujuk keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebulan lepas.

“Bersatu hari ini adalah lebih besar daripada Umno dan lebih besar daripada BN secara keseluruhan,” katanya dalam wawancara dengan Sinar Harian.

“Saya rasa kita telah menggantikan Umno pada hari ini di mata orang Melayu” tambahnya.

Bersatu menang 31 daripada keseluruhan 74 kerusi Perikatan Nasional (PN), lebih satu kerusi daripada BN di Dewan Rakyat.

Daripada 30 kerusi BN itu, Umno menguasai 26 kerusi sementara MCA 2 manakala MIC dan PBRS masing-masing satu kerusi.

Bersatu ditubuhkan pada September 2016 dengan hasrat khusus jadi suara mutlak orang Melayu dan bumiputera.

Parti yang menang PRU14 bersama Pakatan Harapan itu mahu menggantikan Umno yang dianggapnya hilang moral dan integriti serta sudah terbabas dari landasan perjuangan asal.

“Parti yang ada hak untuk bercakap tentang agenda bumiputera, dipercayai oleh rakyat bagi membawa agenda integriti, kerajaan bersih, kemajuan bumiputera orang Melayu-Islam adalah Bersatu,” kata Wan Saiful.

Katanya, Umno sudah hilang legitimasi untuk mewakili suara Melayu terutama selepas parti itu “bersekongkol” dengan PH, dengan DAP komponennya yang berbeza pegangan daripada Umno.

“Saya tak tahu mana orang Umno nak letak muka, terutama di sebelah Pulau Pinang,” katanya, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

“Bagi saya kalau sekiranya ada lagi mereka yang bersemangat untuk mempertahankan agenda bumiputera, integriti, politik baru untuk orang Melayu, maka sebenarnya tempat untuk mereka dalam Bersatu, bukan dalam Umno lagi,” tambahnya.

Dalam wawancara sama Wan Saiful juga berkata sokongan pengundi kepada PN pada pilihan raya umum lepas bukan sekadar gelombang Melayu dan Islam.

“Kalau nak kata ini gelombang Islam atau gelombang Melayu, bagaimana kita nak rasionalkan sokongan yang kita dapat daripada pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.

“Bagi saya, ini adalah satu gelombang masyarakat yang mahukan integriti, pembaharuan, kerajaan yang bersih dan menolak amalan salah guna kuasa,” katanya.

Pada PRU15, PN menyapu hampir bersih kerusi Parlimen luar bandar dan pinggir bandar kebanyakannya di Perlis sampai ke utara Perak, serta Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang.

Beberapa menteri Umno dalam pentadbiran lepas juga kalah, antaranya naib presiden Mahdzir Khalid (Padang Terap), Khairy Jamaluddin (Sungai Buloh), dan Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas).

BN juga tidak mempunyai wakil di Dewan Rakyat dari tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, dan Melaka. – 18 Disember, 2022.



WOIT

DARI  PARTI

KETUANAN MELAYU

BERTUKAR JADI

PARTI KETUANAN

ARAB

KHALAS

BANJIR DI KELANTAN RAHMAT


BANJIR DI KL

TANDA BALA ALLAH

AMIN

BANJIR 

DI KELANTAN

RAHMAT ALLAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"DARUL MOSKO
 DAPAT RAHMAT BANJIR"

gua teringat satu video mengenai majlis syura pas. ahlinya terbilang, gelaran nya tinggi2 belaka, hafiz hafiz hadis quran..dan kepandaian yg allah berikan kpd mereka ni, mereka boleh memilih ayat2 suci mana, dalil mana yg boleh menghalalkan kebobrokan mereka.tanpa segan silu.islam pas umpama vending machine ,asalkan ada duit anda bole memilih ayat suci mengikut selera tembolok ahli pas..negeri2 jajajan pas, wajib ditekan dari segi ekonomi sepertimana mahiaddin menafikan peruntukkan utk pembangkang PH ketika darurat dulu kala.islam pas bukan islam kasih sayang..pada ketika ini, pas wajib ditekan,dipijak dan disimen dan dibuang kelaut pasific..penceramah2 islamis versi pas, bole ceramah di negeri2 pas..
Unknown commented on
 "DARUL MOSKO 
DAPAT RAHMAT BANJIR"

takyah ckp pasal kelantan..sampai kiamat pun negeri islam asal gay ni tidak akan berubah.letak la professor2 handalan jd pemimpin pun, tiada yg berubah.serambi mekah yg kotor, tiada infra,pemimpinnya tiada kemaluan.dijualnya syurga2 palsu dan rakyat kelantan yg pandai2 ini suka dgn syurga ciptaan pas

SAUDI IKTIRAF ISREAL - APA PAK LEBAI NAK BUAT ??


APAKAH MALAYSIA

AKAN IKTIRAF

ZIONIS ISRAEL ?

KHALAS 

APA PAK LEBAI

NAK BUAT

KAH KAH KAH

AMIN

BURUH TANI WAJIB MENYUSUN


KAUM BURUH

KAUM TANI

WAJIB MENYUSUN

KHALAS

Unknown commented on
 "TERBAIK DARI KERAJAAN BARU"

halo bro..profesionalisma pun bukan nya bagus pun.lu tgk profesionalisma ahli pas, bangunkan negeri dgn taukey judi, beli mercedes tapi rakyat sendiri adalah taukey2 kosmetik kaya raya.majlis profesor negara, ramai prof2 kangkung kaki bodek.dgn ilmu profnya, para profesorr gagal membangunkan negeri,pemikiran bangsa malaysia.ketika fitnah oleh PN PAS berleluasa, mana hilang org2 handal dari prof2 universiti? malah mereka turut bersekongkol dgn penfitnah.

INFLASI AKAN SAMPAI


TUNGGU

AMIN

INFLASI SAMPAI

HARGA MAKANAN

AKAN MELEDAK

KHALAS


Unknown commented on
 "PROJEK KOBID - SAPA BUAT DUIT ?"

bro..lu perasan tak berita2 mengenai inflasi negera sudah tidak kedengaran? tetiba pakar2 ekonomi sudah tenggelam dlm universiti.tetiba2 minyak masak turun harga.tetiba astro awani nak pantau kerajaan sedangkan dirinya sendiri terbelenggu dgn rantai pantau.ini bukti kenaikkan harga barang boleh diatasi walaupun ada kesan globalisasi. syukur alhamdulillah tok pa asal kelantan tidak jadi menteri ekonomi lagi..kalo tak, mahu dijual malaysia kpd tppa.

ESOK PAGI PARLIMEN BERSIDANG


SIDANG PARLIMEN


AHAD 18/12/2022
ESOK SENIN PARLIMEN BERSIDANGA
SECAR RESMI ANWAR IBRAHIM 
MENJADI PM X

UNDI PERCAYA DI AMBIL
TAKDA MASALAH
MUHYIDIN & HADI
AKAN MENJADI PEMBANGKANG
AMIN

KITA TUNGGU DAN NANTI
PERUBAHAN 
PEMBAIKAN 
YANG AKAN KN DIBAWA

KITA LIHAT APAKAH
NAJIB AKAN DIBEBAS
KITA LIHAT APA AKAN JADI
PADA ZAHID
AMIN

QATAR
CROTIA - 2
MOROKO - 1
CROTIA NO TIGA
PINGAT GANGSA

AHAD
PERANCHIS LAWAN ARGENTINA
KITA TUNNGU DAN NANTI
AMIN

DI UK
MISI DAN JURURAWAT
AKAN MOGOK
DI AMERIKA
BURUH KERETA API
AKAN MOGOK

DI GHANA
GUDU DAN PENSYARAH
AKAN MOGOK

SEMUA MOGOK
KERANA INFLASI
GAJI MEREKA MAKIN SEMPIT
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
AGAK JAUH
TAPI KERAP BERKOKOK
ARAH ISTAN LAMA

DI UDARA 
GAGAK MELINTAS
SUARA GAGAK INI
SERING BERLAGU SEDIH
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR BERSUARA

AH !
PAGI AHAD YANG INDAH
DARI BALKONI GUA
CAHAYA MATAHARI DAH SAMPAI

MURAI DALAM BELUKAR
DEPAN RUMAH
BERKICAU KICAU
ADUH !
SANG MURAI MENAMBAH
INDAH PAGI AHAD

GUA RASA  HARI INI
AKAN PANAS
GUA NAK MEMBASUH
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT 
PAGI AHAD YANG SEGAR

BRO
KEPALA KITA BULAT
SUPAYA KITA BOLEH
BERFIKIR UNTUK MENGUBAH
ARAH TUJUAN

BRO
KITA BOLEH MENERIMA
BALA YANG KITA FIKIRKAN
MUSTAHIL
PENGALAMAN MANUSIA
MEMBUKTIKAN KITA BOLEH

BRO
HANYA HIDUP
YANG MEMBERI KEHIDUPAN
KEPADA YANG LAIN
ADALAH HIDUP YANG BERMAKNA

BRO
HIDUP KITA INI
BUKAN MILIK KITA SEORANG SAJA
HIDUP KITA DIPERLUKAN JUGA
OLEH ORANG LAIN 
YANG MEMRLUKAN KITA

BRO
JANGAN TUNGGU
MASA DAN KETIKA YANG
SESUAI UNTUK MEMULAKAN
MEMULAKAN AKAN MEMBAWA
MASA DAN KETIKA 
YANG SESUAI

BRO
KEBIJAKSANAA
TERUNGGUL IALAH BERHATI BAIK
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
AHAD YANG INDAH