Khamis, 10 Mei 2018

APA DIA BARISAN BERSATU




BACA

baca sekali lagi
semuanya bermula dengan
idea pandangan fikrah
disini ianya bermula

APA DIA BARISAN BERSATU
Saya bersama 56 sosok warga Malaysia telah menyokong dan menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat 4 Mac lalu. Saya menandatangani kerana saya yakin Deklarasi Rakyat ini adalah garis politik yang tepat pada tahap pensejarahan negara bangsa kita hari ini.

Untuk memudahkan para pembaca memahami kenapa saya menyokong Deklarasi Rakyat, biar saya beri satu andaian. Jika pada minggu depan Malaysia diserang Indonesia atau Singapura, atau Filipina, Jepun, Amerika, atau mana-mana negara, saya akan siap sedia untuk bekerjasama dengan Najib, United Malays National Organisation dan BN.

Kepentingan dan keselamatan Malaysia didahulukan.

Untuk saya kepentingan negara mengatasi semua kepentingan. Justeru, kita wajib meninggalkan, mengetepikan, menggantung apa saja beban politik yang wujud dalam fikrah kita pada tahap ini.

Kita satukan seluruh tenaga dan upaya intelektual kita untuk satu tujuan - Selamatkan Malaysia.

Gerakan Selamatkan Malaysia ini adalah gerakan induk yang maha penting. Justeru gerakan ini wajib didakap, disokong dan diperjuangkan oleh setiap warga yang memiliki kesedaran politik. Apatah lagi oleh pemimpin parti politik dan aktivis masyarakat.

Terbukti dari apa yang sedang berlaku dalam negara ini, dari babak-babak politik yang terus menghantui warga, kita tidak ada tugas lain selain dari menyelamatkan Malaysia. Menyelamat Malaysia menjadi agenda induk. Pada ketika dan tahap ini, menyelamatkan tanah air kita ini lebih penting dari semua bentuk dan apa sahaja garis perjuangan sekarang.

Ini ajaran mazhab politik yang saya anuti. Ini pedoman politik yang saya pakai. Saya tidak akan belot, tidak pernah belot atau tergelincir dari garis panduan ini.

Apa yang sedang saya lakukan ialah bersama-sama berusaha menggalang perserikatan barisan bersatu yang luas. Mengalang setiakawan yang luas. Atau lebih ringkas mendirikan barisan bersatu atau united front .

Garis dan kerja politik yang saya ajukan ini adalah rasional, ilmiah dan tuntas. Strategi menggalang persatuan yang luas ini bukan hak milik parti kiri, bukan hak monopoli kaum Marxis atau hak milik parti kanan atau hak milik parti poros tengah.

Kerja dan garis politik ini adalah ilmiah, saintifik dan telah dan boleh diuji kesahihannya. Justeru saya wajib sedaya upaya bekerja keras menerangkan dan memberi pencerahan kepada warga Malaysia. Saya wajib memberi pencerahan tentang gerak kerja politik barisan bersatu melalui teori, sejarah dan akal yang rasional.

Dalam usaha mengalang Barisan Bersatu Selamatkan Malaysia, rukun pertama ialah memusatkan satu akidah dan tujuan yang boleh dikongsi bersama. Kerana itu Deklarasi Rakyat 2016 digalang dengan hanya satu tujuan: Singkirkan Najib. Khalas . Najib wajib disingkir untuk selamatkan Malaysia. Najib sedang membawa kemusnahan kepada negara kita ini.

Singkirkan Najib dari jawatan perdana menteri Malaysia adalah rotan, adalah gam yang menyimpai dan mengikat parti parti politik dan badan-badan NGO dan aktivis NGI. Parti politik mazhab kanan, kiri, Islamis, nasionalis, sosial demokrat atau garis tengah akan menggantung ideologi mazhab mereka untuk sama-sama bergerak dalam satu saf yang mencakupi rakyat Malaysia semua jalur.

Mengajukan hanya satu tujuan ini agar semua kudrat dan iradat kita dapat difokuskan. Barisan ini tidak terpencar-pencar atau tercari-cari dengan pelbagai niat dan harapan. Niat dan harapan kita hanya satu - Najib disingkir.

Wajib disedari bahawa Deklarasi Rakyat ditandatangani oleh sosok pelbagai jalur politik. Mereka semua memiliki agenda tersendiri. Jika semua agenda ini ingin disertakan, maka tenaga dan garis kerja juga berkemungkinan cair dan terpesong.

Dari segi teori politik, dari segi teori perang, langkah yang tepat ialah membanyakkan kawan dan mengurangkan musuh. Lihat dan baca babak-babak sejarah bagaimana taktik terulung mengalahkan musuh ialah dengan memencilkan musuh. Memencilkan musuh hanya dapat dilakukan jika kita membuat jaringan setiakawan dengan pelbagai kelompok.

Contoh terbaik dan terbaru yang segar dalam ingatan ialah bagaimana Amerika membuat barisan bersatu untuk menyerang Iraq pada 20 Mac 2003. Sebanyak 48 buah negara bersatu dalam apa yang dipanggil coalition of the willing . Bukan semua 48 negara ini menghantar soldadu. Hanya tiga negara - Australia, United Kingdom dan Poland - yang menghantar tentera untuk bersama bala tentera Amerika. Tujuannya hanya satu: singkirkan Saddam.

Barisan bersatu atau u nited front terbukti sebagai strategi perang yang unggul. Dalam apa sahaja pertempuran - politik atau perang - meninggalkan teori barisan bersatu ini akan memastikan kita lumpuh dan tewas.

Mari kita melihat babak babak sejarah barisan bersatu yang pernah terjadi dalam negara kita. Sebelum fasis Jepun melanggar Tanah Melayu, gerakan nasionalisme cukup hebat. Parti Kebangsaan Melayu Malaya dengan pelbagai pihak lagi telah bangun melawan British. Dalam masa yang sama Parti Komunis Malaya (PKM) telah menyusun kaum buruh dan kaum tani untuk bangun menentang penjajah British.

Pada 8 Disember 1941, sesudah Pelabuhan Pearl dibom, tentera Jepun telah mendarat di Kota Bahru. Tanah Melayu diserang oleh Jepun. Akhirnya British lari dan Tanah Melayu jatuh ke tangan fasis Jepun.

Pada ketika ini muncul satu kerjasama, yang pada satu ketika dianggap mustahil akan berlaku. Dua musuh ketat - British dan Parti Komunis Malaya telah menjalin kerjasama - united front - untuk melawan fasis Jepun. Parti Komunis Malaya telah mendirikan kumpulan gerila yang dipanggil Rakyat Malaya Antisoldadu Jepun (Malayan People anti Japanese Army).

Dari mana Parti Komunis Malaya mendapat senjata?

Sejarah telah merakamkan bagaimana senjata awal gerakan anti-Jepun ini telah dibekalkan British. Malah beberapa pegawai tentera perisik dan agen-agen British telah tinggal dalam hutan bersama gerila PKM. Pihak penjajah Britsih juga telah menghantar senjata melalui payung terjun. Pihak British telah menjadikan Ceylon dan Colombo - nama lama Sri Langka – sebagai pusat tentera British yang mengundur dari Asia Tenggara.

Apa yang berlaku ketika ini ialah penggalangan barisan bersatu ( united front ) untuk melawan musuh bersama - fasis Jepun. Maka dua musuh ketat - PKM dan British bekerjasama untuk menewaskan fasis Jepun.

Dalam strategi politik, kita wajib mentakrifkan musuh kepada musuh utama dan musuh sampingan. Kita juga wajib ada kawan, sahabat dan kawan seperjuangan. Semua ini boleh berubah. Sahabat boleh menjadi kawan dan boleh menjadi musuh. Musuh sampingan boleh menjadi musuh utama. Malah musuh utama boleh menjadi musuh sampingan atau menjadi sahabat apabila keadaan berubah. Justeru, diperlukan ilmu politik, ilmu ekonomi dan ilmu tentera untuk membaca dan mengajukan strategi dan taktik perjuangan.

Dalam sejarah moden Tanah Melayu, pilihan raya umum pertama dijalankan pada tahun 1959, dua tahun sesudah British berundur. Dalam PRU1 ini, Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah mendapat 74 kerusi. Parti Islam mendapat 13 kerusi. Barisan Sosialis mendapat lapan kerusi. Parti Negara mendapat hanya satu kerusi.

Parti Negara dipimpin oleh Sir Onn Jaafar - anak didik British, merangkap presiden pertama United Malays National Organisation. Sir Onn Jaafar telah ditendang keluar dari Parti Ketuanan Melayu dan mendirikan Parti Negara.

Lihat apa yang berlaku apabila parlimen bersidang. Walaupun parti Islam dan Barisan Sosialis memiliki lebih banyak kerusi, tetapi yang berhormat yang dinobatkan sebagai ketua pembangkang ialah Sir Onn Jaafar, musuh lama garis Islam dan garis Kiri.

Jangan lupa, Sir Onn Jaafar ini pernah berkata “Hubaya, hubaya, bahaya dari gunung”. Bahaya dari gunung ini ialah bahaya parti Islam dari Gunung Semanggul.

Malah Sir Onn ini juga pernah berkata, “Bagaimana orang Melayu nak Merdeka kalau buat jarum sebatang pun tak tahu”.

Ini kata-kata dari agen British yang antikemerdekaan dan antinasionalisme Melayu. Tetapi dalam usaha united front untuk menumpaskan Perikatan, anak didik British ini telah diangkat menjadi ketua pembangkang dalam parlimen Tanah Melayu pertama. Ini babak sejarah barisan bersatu.

Apa yang saya lakar di atas adalah pengalaman yang telah lalu. Pengalaman inilah yang kita jadikan panduan. Pengalaman kerja-kerja politik dari orang yang terdahulu dari kita wajib kita gunakan untuk melihat diri kita hari ini.

Hukum dan syarat politik dalam sistem ekonomi yang ada hari ini sama sahaja. Keadaan tidak berubah, sebelum Jepun masuk, sebelum British mengundur atau sesudah British memberikan kuasa kepada United Malays National Organisation. Politik masih lagi perebutan kuasa. Merebut kuasa untuk merebut punca ekonomi. Hukum ini tidak beralih. Yang beralih hanya musuh kita. 

Pada tahap ini musuh utama kita ialah Najib. Malah dalam menggalang perserikatan barisan bersatu ini kita, dengan berbesar hati memanggil dan menjemput sebanyak mungkin ahli Parti Ketuanan Melayu untuk bersama dalam saf Selamatkan Malaysia. Lebih ramai mereka meloroh masuk lebih cepat kita singkirkan Najib.

Jika masih ada Mat Luncai bebal politik yang gagal diberi kefahaman apa dia barisan bersatu, apa dia mengalang united front , maka pada hemat saya tidak ada satu apa pun kuasa dalam alam maya yang dapat membantu. Mereka ini hanya menghabiskan beras dan mengotorkan oksigen di bumi ini.

Datuk nenek moyang kita beratus-ratus tahun dahulu telah memberi ingatan tentang mereka ini dalam bentuk gurindam dan lagu. Hari ini kita putarkan kembali gurindam itu:

"Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan." (tt)




-----------------

DARI PEMBACA







jadi. adakah hang akan letak jawatan sebagai penghasut? atau hang akan menghasut bagi pihak pembangkang yang baru? on 
SEMUA HASUTAN BERJAYA
Publish | Delete | Spam
underBear
on 5/10/18

Persona Non Grata Najib, Rosmah Mansor, Riza Aziz. Wanted Jho Low. People's Power! on SEMUA HASUTAN BERJAYA
Anonymous
on 5/10/18

OK TT selamat berpuasa dari Amerika...sekarang boleh concentrate lebih ibadah bulan puasa sebab 1st Objective ACCOMPLISHED.....macam kata lu, "...hasutan dah berkesan..." tapi jangan PH jadi setan! OK selamat! on
 SEMUA HASUTAN BERJAYA
Anonymous
on 5/10/18

Bro..kata nak jadi pembangkang, lepas ni kritik kerajaan baru..gua follow on
SEMUA HASUTAN BERJAYA
Anonymous
on 5/10/18

Surayati ROS sila jawab! Padan la ngan muka ko, SIAL! Kah kah kah. on 
SEMUA HASUTAN BERJAYA
Anonymous
on 5/10/18

Tahniah tuan saya mengikuti tulisan tuan sejak 2008 lagi, dari zaman paklah tido,mat mongol, mat sembab, mahathir kutty.. akhirnya hasutan tuan berjaya setelah hampir 10 tahun di medan blogger ini. salut utk rakyat! on 
SEMUA HASUTAN BERJAYA
sweethelwa
on 5/10/18

Kuasa Rakyat lebih Hebat dari Mereka Yang Mempunyai Kuasa. Ingatlah.. WHEN INJUSTICE BECOMES LAW, RESISTANCE BECOMES A DUTY on 
NYAH NAJIB
Anonymous
on 5/10/18

Terima Kasih Tuan, for all the hard works and sacrifice you have made through the years since your UM days...seriously, waiting for an update on new book or documentary film of your journey vis-a-vis Malaysia. Don't let it goes to waste, your experience, for future generations. on SELAMAT DATANG PUASA
Anonymous
on 5/10/18

Tahniah TT. Akhirnya, hasutan kau membuahkan hasil. Bertuahnya aku hidup dapat melihat sejarah yg berlaku di dpn mata. Ini adalah sejarah dlm mengembalikan Malaysia di landasan sebenar. Walaubagaimanapun, atas apa yg telah Najib Razak lakukan, adililah dia secara adil, saksama dan penuh kasih sayang. Ingat, jgn mendendam. Tiada org minta jadi jahat. Dia telah diuji dgn kuasa. Kita di uji dgn dia. Oleh itu, stiap apa yg berlaku di dunia ni adalah ujian. Hadapi lah dgn usaha dan berserah. on 
SELAMAT DATANG PUASA
Nope
on 5/10/18

Tukar Tiub Bersedia untuk mengkritik Kerajaan Baru Jika Meraka Pun Macam Gombolan on SELAMAT DATANG PUASA
Anonymous
on 5/10/18

Alhamdulillah.... Segala doa, maki hamun, sejak 2009...termakmbul akhirnya. Sekarang giliran untuk angkut dan hapuskan pengkianat, perompak,penyamun dan seangkatan dengan nya ke muka pengadilan dan segala harta-harta dirampas dan dikembalikan keperbendaharaan. ..untuk membina satu negara yang bertamadun dan maju on 
DARI ANWAR IBRAHIM
Anonymous
on 5/10/18

The Rakyat has spoken..! It’s time to heed the voice of the masses.. What best way to heal Our Country, Our Home & Her peoples..! on SELAMAT DATANG PUASA
Anonymous
on 5/9/18

ye betul... aku baru balik mengundi dan dah undi calun parlimen & negeri pakatan. selama ni aku penyokong tegar bn. aku tukar kali ni sebab termakan hasutan kau isham! tetapi awas, kiranya mereka semua ni gagal nanti, kau siap isham... aku tendang bontot kau! on 
DAJAL CILAKA
Anonymous
on 5/9/18

ye betul... aku baru balik mengundi dan dah undi calun parlimen & negeri pakatan. selama ni aku penyokong tegar bn. aku tukar kali ni sebab termakan hasutan kau isham! tetapi awas, kiranya mereka semua ni gagal nanti, kau siap isham... aku tendang bontot kau! on 
DAJAL CILAKA
Anonymous
on 5/9/18

Najib tuduh pembangkang mcm2 (senada dgn tuan guru hj hadi). Tapi siapa yg AG usa tuduh sbg the worst kleptocrat? Rasuah scorpene? Ayah altantuya desak supaya kerajaan baru siasat semula siapa yg mengarahkan pembunuhan anaknya. Terlalu banyak skandal sinajib ni. Melayu tak malu ka punyai PM mcm ni? on 
DARI LONDON - LAPORAN NAJIB KALAH
Anonymous

on 5/9/18

Ni hantu sapa.... aik... macam kenal je.... hantu ni jenis suka glamor.... hantu jenis ni juga suka makan duit... klu nak bela hantu jenis ni.. kena standby duit dlm akaun bilion2... klu tak dia akan mengaruk satu dunia... macam hantu toyol.. Dia akan cekik darah rakyat pakai gst... jaga2 tau... on PENGUNDI HANTU








--------------

SATU PERMINTAAN





PERMINTAAN
kepada kerajaan baru
tukar tiub
hanya meminta 
blog TUKAR TIUB
yang dipadamkan
oleh MCMC
dibatkan 



---------------------

SURAT WAN AZIZAH KEPADA AGONG





PRU14 

SURAT

WAN AZIZAH

KEPADA

AGONG
 











---------------------

KITA ADA KERAJAAN BARU









BARU

KITA KINI

ADA KERAJAAN

BARU





------------------

SEMUA HASUTAN BERJAYA






TAHNIAH

AKHIRNYA

SEMUA

HASUTAN

BERJAYA







--------------------