Kenyataan Umum
18 Oktober 2012
Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES Atau
Rakyat Bertindak Sendiri
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak
keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaan
Sistem AES yang meragut wang rakyat sepanjang 24jam sehari, 7 hari seminggu.
Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanraya
yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya
terhadap poket kerajaan dan kroni. Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan
cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk
keselamatan rakyat di atas jalanraya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya
apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat
dengan sistem saman AES.
AES juga tidak disebut sebagai sistem
keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali
dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan
tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.
Butir perjanjian di antara syarikat pengendali
AES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Ini
mencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untuk
mencuri wang poket rakyat?
Dalam pemerhatian SAMM yang berpengkalan di
setiap negeri seluruh negara, banyak faktor kemalangan seperti jalan berlubang,
tidak rata dan berbonggol-bonggol tidak diambil peduli tetapi dalam masa yang
sama kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk sistem AES semata-mata. Mengapa
kerajaan BN tidak memastikan frasarana yang baik terlebih dahulu?
Sedangkan rakyat semakin ditimpa kesempitan
hidup akan sampai ketikanya terpaksa memilih untuk menangguhkan hasrat menukar
tayar yang sudah botak demi membayar saman terlebih dahulu bagi mengelak denda
berganda jika bayar lewat. Rakyat akan pilih bayar saman daripada servis dan
baiki kereta maka kadar kemalangan akan lebih banyak jika situasi seperti ini
membarah.
SAMM juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa
pecahan statistik kemalangan maut paling tinggi adalah membabitkan penunggang
motorsikal maka sepatutnya kerajaan mengusahakan terlebih dahulu lorong
alternatif untuk keselamatan penunggang motorsikal berbanding memilih sistem
AES yang fokus untuk menyaman pemandu kenderaan empat roda, bukan motorsikal.
Maka atas sebab ini SAMM mendesak sistem AES
ditangguh dan dikaji semula. Jika kerajaan tetap berdegil untuk menyaman rakyat
24jam, SAMM akan melancarkan sebuah kempen untuk rakyat bangkit menutup
kamera-kamera AES yang dipasang di seluruh negara.
SAMM sendiri mempunyai pengikut hampir di
setiap pelusuk negara untuk memulakan gerakan kempen ini. Kempen 'tutup kamera
AES' bukan untuk memusnahkan harta rakyat, tetapi rakyat bertindak menutup
kamera tersebut dengan menggunakan stiker pelekat atau membalut kamera tersebut
dengan plastik sampah (berwarna hitam). Kamera AES tetap selamat dan berfungsi,
cuma ia tidak mampu lagi menyaman. Ini bukan kempen vandelisma tetapi kempen
selamatkan duit rakyat dan negara.
Akhir sekali, SAMM memuji tindakkan Kerajaan
Negeri Pakatan Rakyat yang sebulat suara menangguhkan sistem AES demi
rakyatnya. Inilah kerajaan idaman, yang sentiasa memikirkan kebaikkan demi
rakyat, bukan seperti regim BN yang sentiasa mencukai dan mendenda rakyat
dengan dacing sengetnya.
"Perubahan itu harus didesak"
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
SEMUA MASALAH AKAN DAPAT DISELESAIKAN
APABILA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION DIKUBURKAN
JUSTERU MARI KITA TURUN BERDEMO
SEKALI LAGI
8 TUNTUTAN MASIH BELUM DI TUNAIKAN