NOTA:
maloan ini akan ditendang oleh najib
pada ketika ini ramai gedebe geerombolan
terutama tim mat isa dan tim budak itam
sedang berusaha kuat untuk membelangkong malaon ini
dokumen dokumen dalam tangan rafizi
ini datangnya united malays national organisation
bahagian kuala pilah kerna banyak sungai dah
kering kerana maloan ini curi balak
SKANDAL PENGURUSAN TANAH NEGERI SEMBILAN:
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 MENEGUR
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN KERANA TIDAK MENGGANTIKAN HUTAN SIMPAN
KEADILAN merujuk kepada kenyataan yang dibuat
oleh Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang disiarkan Sinar Harian
pada 25 Oktober 2012 mengenai pendedahan penyelewengan pengurusan tanah hutan
simpan di Negeri Sembilan.
Antara lainnya, beliau menyebut bahawa
Kerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan
hutan simpan. Malah, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 4,800 hektar tanah
setiap tahun dari hutan simpan bagi tujuan pembalakan dan hasil kayu.
KEADILAN mengulangi kecaman sebelum ini yang
masih belum dijawab oleh Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa keputusan EXCO
membatalkan status hutan simpan kekal di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan
adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976.
Sehingga kini, Mohamad Hassan masih belum
memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri.
KEADILAN beranggapan tindakan beliau berdiam diri itu sebagai tanda-tanda
tuduhan yang dibawa ada asasnya. Oleh yang demikian, saya, pimpinan Pakatan
Rakyat dan aktivis NGO akan membuat satu laporan polis di Seremban pada hari
Khamis 1 November 2012 jam 3 petang agar satu siasatan dapat dimulakan segera.
Kenyataan Mohamad Hassan mengenai penggantian hutan
simpan juga cuba menyembunyikan keadaan sebenar.
KEADILAN telah menyemak dokumen-dokumen rasmi
yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai rekod paling
buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang telah diambil untuk
kegunaan lain. Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar seperti
yang disebut oleh Mohamad Hassan, jumlah keluasan hutan simpan yang dibatalkan
statusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar.
Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia tahun 2007 dan 2010 memberikan perbandingan berikut:
Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tahun 2007 dan 2010 memberikan perbandingan berikut:
Negeri
|
Keluasan hutan simpan baru yang diwartakan* antara 2005 hingga 2010 (hektar)
|
% hutan simpan yang diganti**
|
Perak
|
102,057
|
11.5%
|
Johor
|
76,436
|
21.5%
|
Pahang
|
38,770
|
2.5%
|
Selangor
|
16,348
|
7.0%
|
Terengganu
|
9,072
|
1.7%
|
Pulau Pinang
|
664
|
12.2%
|
Perlis
|
81
|
0.8%
|
Wilayah Persekutuan
|
2
|
3.3%
|
Kedah
|
0
|
0.0%
|
Melaka
|
(367)
|
(7.1%)
|
Kelantan
|
(5,518)
|
(0.9%)
|
Negeri Sembilan
|
(8,616)
|
(5.3%)
|
*Hutan simpan baru yang diwartakan TOLAK hutan simpan sedia ada yang dibatalkan. Angka negatif menunjukkan hutan simpan sedia ada yang dibatalkan tidak diganti
**Peratusan hutan simpan yang tidak diganti berbanding dengan keluasan keseluruhan keluasan hutan simpan yang diwartakan. Angka negatif menunjukkan kadar cepatnya hutan simpan semakin hilang di negeri itu
Oleh kerana rekod Kerajaan Negeri Sembilan
yang buruk dari segi menggantikan hutan simpan, Laporan Ketua Audit Negara 2010
yang dilampirkan bersama (Perkara 3.3.2) menegur dan mengesyorkan Kerajaan
Negeri Sembilan (melalui Jabatan Perhutanan Negeri) untuk mengenalpasti dan
menggantikan hutan simpan yang telah dibatalkan. Ini adalah kerana penggantian
hutan simpan bagi menggantikan hutan yang telah diterokai adalah menjadi
tanggungjawab Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 12, Akta
Perhutanan Negara 1984.
Adalah jelas bahawa kegiatan pembalakan dan
penerokaan hutan di Negeri Sembilan adalah berleluasa dan diluar kawalan
apabila hutan simpan yang dibatalkan statusnya tidak diganti. Pada kadar
kehilangan hutan simpan 5% setiap 5 tahun, anggaran KEADILAN kawasan hutan dan
tadahan hujan di Negeri Sembilan boleh pupus sepenuhnya dalam tempoh 50 tahun,
terutamanya apabila semakin tahun hutan simpan semakin berkurangan.
Oleh yang demikian, KEADILAN menggesa Mohamad Hassan membentangkan kepada rakyat
dengan serta merta semua maklumat konsesi pembalakan yang telah dan akan
diberikan melibatkan kuota 4,800 hektar setiap tahun seperti yang disebut oleh
beliau sebelum ini. Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini,
berapa hasilnya kepada Kerajaan Negeri dan status hakmilik tanah-tanah ini
setelah diterokai.
Sekiranya perkara ini tidak berlaku, KEADILAN
akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat durian runtuh dari
kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan
pimpinan Umno/Barisan Nasional Negeri Sembilan.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
T KUMAR
TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
30 OKTOBER 2012
MARI BUAT RAMAI
DEMO DI SEREMBAN