Rabu, 8 Februari 2012
BERSEDIA - IRAN AKAN DISERANG ZIONIS
PERANG PECAH - ZIONIS MENYERANG
NEOCON , IRAN dan BOM
Israel's defence minister, Ehud Barak, has said the moment is approaching when any military intervention to halt Iran's nuclear programme will come too late, in a strong indication that the Jewish state is closer than ever to authorising action – THE GUARDIAN LONDON 3 Feb 2012
Ehud Barak Menteri Perang Israel yang juga kenalan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia kini sedang mengolah pandangan dunia untuk melancarkan perang terhadap Iran. Perancangan untuk menyerang Iran ini bukan satu yang baru.
Pada tahun 1997 di Amerika Syarikat satu gerombolan puak kanan yang dikenali sebagai NeoCon telah mengeluarkan Kenyataan Prinsip yang dikenali sebagai Project For The New American Century – Projek Amerika Alaf Baru.
Gerombolan NeoCon ini telah mencadangkan :
- Amerika wajib menambah belajawan pertahanan, memodenkan alat persenjataan untuk mengawal dunia dimasa hadapan
- Amerika wajib memperkukuh hubungan dengan negara rakan yang mengamal demokrasi dan menentang rejim seteru yang berlawanan dengan kepentingan dan nilai Amerika
- Amerika wajib mengembang dan memperluaskan kebebasan politik dan ekonomi perdagangan bebas diluar negara
- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk memastikan dunia antarabangsa selari dengan kepentingan keselamatan, kekayaan dan prinsip Amerika
Sosok-sosok berfahaman kanan ini bernaung dibawah lambang NeoCon. Neo bermakan baru – manakala Con adalah singkatan dari perkataan Conservative. NeoCon bermakna fahaman Konservatif Baru. Dari segi idealogi NeoCon ini berhaluan kanan. Mereka menyokong dasar ekonomi kapitalis – pasaran bebas, penswastaan dan menolak negara berkebajikan. Mereka tidak mahu daulah campur tangan dalam urusan ekonomi. Gerombolan NeoCon ini melihat kuasa imperialis Amerika sebagai sebagai kuasa mutlak dunia sesudah USSR – Union of Soviet Socialist Republic - runtuh.
Adalah salah untuk melunggokan semua bengolan NeoCon ini sebagai Yahudi. Mereka terdiri dari WASP – White Anglo Saxon Protestant, ada ramai Yahudi malah Zalmay Khalilzad - wakil Bush Junior ke Afghanistan adalah contoh NeoCon yng beragama Islam. Agama tidak penting disini. Justeru bukan semua NeoCon beragama Yahudi tetapi semua NeoCon adalah Zionis. NeoCon adalah perserikatan intim antara Yahudi Zionis dan Christian Zionis. Nabi mereka ialah Irving Kristol – seorang pemikir Yahudi dan inteletual kanan. Rukun iman NeoCon ialah memastikan kesejahteraan Isreal.
Secara sedar NeoCon telah merancang dan menyusun. Mereka menubuhkan kumpulan pemikir, kumpulan pelobi, bersarang dimedia dan di dunia akademia – mereka mula berjaya menyusup masuk ke dalam pentabiran Rumah Puteh di zaman Ronald Reagan. Gerombolan in telah mengajukan pandangan mereka untuk dijadikan dasar Amerika. Justeru dunia diberitahu tentang Clash of Civilisation/Bentrokan Peradaban ( 1993) buku Samuel Huntington dan The End Of History/Tamatnya Sejarah (1992) buku Francis Fukuyama. Dua buku ini adalah contoh idealogy kanan yang menjadi rujukan NeoCon.
Presiden Ronald Reagan telah di gantikan pula oleh Bush Senior. Ini adalah zaman kegemilangan gerombolan NeoCon. Parti Republican yang berhaluan kanan dan konservatif telah sedia menerima pandangan dan cadangan dari NeoCon untuk dijadikan dasar. Apabila Bush Senior digantikan oleh Bill Clinton dari Parti Democrat gerombolan NeoCon mengalami sadikit kemunduran. Tetapi apabila masuk Bush Junior ke Rumah Puteh maka inilah masa dan ketika dimana semua dasar dan Projek Alaf Amerika Baru diimplementasi.
Apabila kita memasuki tahun 2008 Rumah Puteh telah diduduki oleh Obama dari Parti Democrat – seharusnya Parti Democrat ini memiliki dasar yang berlawanan dengan dasar kanan NeoCon. Tetapi politik Amerika telah beralih jauh ke kanan. Hari ini garis dan dasar yang membezakan Parti Republican dengan Party Democrat amat tipis. Malah ada beberapa dasar Parti Republican kelihatan lebih baik dari Democrat. Contohnya : Bush Junior secara terbuka melarang Israel mendirikan perkampongan baru di tanah dan wilayah Palestin yang telah di rampas. Barack Obama hingga ke saat ini langsung tidak berani bersuara terhadap keganasan Israel.
Jangan silap baca. Barack Obama dinaikan ke tahta Rumah Puteh adalah sebahagian dari perancangan untuk mengabui mata rakyat dunia. Jantan berkulit hitam di Rumah Puteh ini tidak akan dituduh rasis apabila membenarkan kapal terbang mengebom Libya atau Syria dan membenarkan drones membunuh Anwar al-Awlaki warga Amerika sendiri di Yamen.
Belum pun habis satu penggal – Obama - Si Jantan berkulit hitam ini juga telah mengarahkan CIA untuk menggunakan drones dan meledakan bom di Utara Pakistan. Lebih banyak bom jatuh di Utara Pakitan di zaman Obama berbanding dengan dua penggal Bush Junior di Rumah Puteh.
Mengikut falsafah NeoCon wajib diwujudkan satu kumpulan kelas elit pemerintah yang bijak bistari untuk mengendalikan sesebuah negara. Manakala orang ramai dan warga negara hanyalah menjadi pengikut. Orang ramai hanya wajib menerima arahan dari pemimpin yang bijak pandai ini.
Jika falsafah ini diterjemahkan untuk dunia maka kelas elit yang berkeupayaan berfikir untuk memimpin dunia hanyalah NeoCon yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Negara-negara lain dalam dunia ini hanya perlu mengikut perentah. Jika falsafah ini diikut maka dunia mengikut pandangan NeoCon akan aman makmur. Inilah yang mereka namakan New World Order atau Tata Dunia Baru - yang sedang dirancang untuk diwujudkan.
Tetapi apa sangkut pautnya semua ini dengan Iran?
Dizaman Shah Ahmad Reza Pahlevi dahulu Iran dianggap sebagai negara sahabat Amerika. Shah Reza menjadi pembeli senjata Amerika yang kedua terpenting sesudah Saudi Arabia. Iran sanggup menjadi Tok Sarjan yang setia untuk mengawal Selat Hormuz. Bala tentera Shah menjadi barua Amerika yang menjaga keselamatan lalu lintas tanker minyak di perairan ini. Hampir 40% minyak dunia melintasi selat ini. Hampir 60% minyak untuk Jepun lalu di selat ini. Iran menjadi negara yang amat penting untuk keselamatan perjalanan minyak yang menjadi asas sistem ekonomi kapitalis.
Justeru, apabila Shah Reza di halau keluar dan Iran menjadi republik pada tahun 1979 maka Iran terus dicap sebagai musuh Amerika. Kerajaan Iran dicap sebagi pengganas.
Mengikut idealogy NeoCon tidak akan dibenarkan lagi muncul mana mana negara yang berkemungkinan bangun untuk menentang atau berani engkar tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat. Tidak juga Iran, tidak juga China – tidak juga Russia akan dibenarkan menggugat kepentingan Amerika dalam dunia hari ini.
Era dua negara super/ two super powers – Amerika dan Soviet Union seperti dizaman Perang Dingin dahulu – tidak akan dibenarkan muncul lagi. Yang wujud hari ini adalah dunia unipolar – dunia Amerika dan empire Amerika.
Justeru, apa yang kita lihat berlaku di Iraq, di Libya dan di Syria adalah contoh dimana rejim-rejim yang engkar atau culas dan tidak berkiblat ke Rumah Puteh sedang dilupuskan. Semua ini adalah perancangan NeoCon. Semua yang berlaku hari ini adalah strateji perancangan mengimplementasi Projek Amerika Alaf Baru.
Ketika tulisan ini digarap media antarabangsa sedang berdondang sayang tentang kemungkinan Iran berjaya menjadi kuasa nuklear. Saban hari rakyat dunia diberitahu betapa kita dalam bahaya jika Iran memiliki senjata nuklear. Tidak cukup dengan dondang sayang ini – kita juga dapat membaca komen-komen dari pegawai tentera Amerika yang telah bersara. Mereka memberi amaran agar ‘dilakukan sesuatu’ : baca serang - terhadap Iran sebelum terlambat.
Kita juga berpeluang membaca komen dari bekas tim risikan Amerika dan Britain. Mereka mengabsahkan bahaya yang akan menimpa dunia jika Iran memiliki bom nuklear. Jika semua ini tidak meyakinkan dunia maka Isreal dan Mossad akan mengeluarkan data dan gambar tentang loji nukelar bawah tanah sebagai bukti yang Iran sedang membuat bom nuklear.
Pada ketika ini semuanya sedang diatur mengikut perancangan. Di Pulau Socotora yang terletak di antara Laut Merah dengan Telok Aden – bala tentera Amerika sedang dikumpulkan. Pada akhir bulan March ini akan cukup 100,000 bala tentera Amerika dari semua pasukan berkampong di Socotora. Jumlah 100,000 ini sama dengan jumlah tentera Amerika ketika Bush Junior ingin menyerang Iraq dalam tahun 2003 dahulu.
Sebelum perang pecah dan Iran diserang , para zionis saperti Ehud Barak terus mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Iran sebagai musuh dunia. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan mengenakan sekatan ekonomi seperti yang telah dilakukan kepda Iraq dahulu.
Media pro Zionis akan terus berdondang sayang untuk memastikan rakyat dunia akan melihat Ahmadinejad Presiden Iran sebagai Hitler baru. Bila label telah dibubuh maka amat senang untuk ditembak.(TT)(bersambung)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
SILA BACA SURAT PENCERAHAN INI
MALAYSIA - AWAS JANTAN NIGERIA
PENCERAHAN DARI PEMBACA
Tuan tt...edisi 2 Ini sebahagian yang saya tulis untuk blog lain yang juga kempen anti Nigerian. I am Malaysian married to African. recently my friend who work with one NGO called me. She wanted to know whether I want a Nigerian boy..mother malay girls, boy friend Nigerian already dissapeared. The girl is suffering, give birth at hospital, without money and husband/boy friend.
I was thinking " if I met the girl I will slap her face first". Since then I have asked many people, including "black embassy-nigeria, sudan, uganda and many black friends. It seems nobody interested with the baby. It is more than one months now. I dont know what else to do. Inilah hasil Nigeria-Malaysia. Anak luar nikah yang tiada siapa mahu, termasuk embassy sendiri, keluarga emaknya, beberapa orang yang pada mulanya sudi menjadikan anak angkat tapi apabila melihat bayi yang begitu "nigerian" tak jadi.
Apakah lagi yang nak kita katakan kepada anak gadis kita yang gatal dan nigerian yang mahukan free sex? Adakah kita welcome more Nigerian? Sampai sekarang bayi ini di rumah kebajikan. Mungkin sesiapa yang berhati mulia menyokong kemasukan Nigeria patut mengambil bayi ini.
By Anonymous on KEMPEN ANTI WARGA JAHAT NIGERIA DI TERUSKAN on 2/8/12
ANAK ANAK MUDA - SIAP SEDIA
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
LEMBU MEMBUREET LAGI - MINTA ALLAH DATANG MEMBANTU
LEMBU SHAHRIZAT REKRUT ALLAH LAGI
SKANDAL NFC: PENGURUSAN NFC MENGUMPUL ASET MEWAH DI SINGAPURA
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.
KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.
Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.
Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.
Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Alamat:
#08-01
Marina Bay Suites
3 Central Boulevard
Singapore 018965
Hakmilik:
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
Harga:
S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209
Tarikh dibeli:
27 Mei 2010
Pembiaya:
United Overseas Bank Limited (UOB)
Alamat:
#11-01
Marina Bay Suites
3 Central Boulevard
Singapore 018965
Hakmilik:
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
Harga:
S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575
Tarikh dibeli:
27 Mei 2010
Pembiaya:
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.
Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.
Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.
Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.
Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:
HARTA
JUMLAH (RM)
2 unit kondominium One Menerong
13,800,000
Mercedes Benz CLS 350 CGI
534,622
2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya
3,363,507
1 unit kondominium Orchard Scotts
9,900,000
2 unit kondominium Marina Bay Suites
34,562,784
JUMLAH
62,160,913
Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:
1. Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?
2. Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?
3. Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?
Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
8 FEBRUARI 2012
NOTA:
kenapa agaknya mat mongol senyap
apa rahsia lembu ini
nak tahu latar belakang?
tunggu dan nanti
hanya tukar tiub pemecah berita!
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
MEMBACA LEMBU DENGAN SEMIOTIK
SAEKOR LEMBU BERNAMA SHAHRIZAT
MIS EN SCENE DALAM SEMIOTIK
lihat klip ini sekali lagi
lihat baju lembu ini hitam
menandakan lembu baru pulang dari umrah
perhatikan juga beberapa kali lembu ini
cuba memasukan rambut rambut degil ke bawah tudung
semua ini adalah percubaan untuk membuktikan
betapa warak dan tawduknya lembu ini yang baru pulang dari menjadi tamu allah
tapi yang paling penting apabila menggunakan semiotik
untuk membaca imej begerak kita wajib tahu mis-en-scene
jangan risau perkataan ini dalam bahasa peranchis
ianya bermakna : apa dalam bingkai
ertinya mata kita wajib diarifkan untuk melihat semua yang
dalam bingkai bukan sahaja imej induk
dalam klip ini imej induk ialah saekor lembu bernama shahrizat
perhatikan betul betul bila lembu ini keluar dari pintu
lembu ini mengucap salam
ini tanda kesucian yang lembu ini telah merekrut alllah
salam ini kepada wartawan yang telah berkumpul disana
walau pun tidak ada imej ini
tetapi dalam ilmu semiotik
mis-en-scene ini juga wajib kita baca
persoalan akan timbul:
mana wartawan tahu lembu akan sampai dari mekah?
ini kerja budak budak lembu yang kelihatan berkeliaran dibelakang ibu lembu
lihat betul betul awalnya ada : ada datuk suhaimi
ini setiausha politik kepada lembu
apabila lembu shahrizat bercakap
suhaimi kelihatan tunduk
apa makna nya tunduk ini
lihat bahasa badan datuk suhaimai ini
lihat mukanya betul betul
semuanya membawa seribu bahasa
untuk beberapa ketika suhaimai ada dalam bingkai
kemudian dia keluar dari bingkai
kenapa suhaimi hilang dari bingkai?
dari ilmu semiotik ini bermakna
suhaimi ini juga sedar bahawa dia tidak mahu
dilihat terlalu rapat dengan lambu yang bernama shahrizat ini
dia masih muda
dia tidak mahu terus diingat sebagai setiausha politik kepada lembu
malah ramai orang tidak sedar dalam kes lembu ini
nama datuk suhaimi tidak muncul dlam kes lembu ini
tetapi mustahil lembu yang bernama suhaimai
ini tidak tahu kes ini
justeru datuk suhaimi tak masuk ke dalam bingkai
kalau terus dilihat dalam bingkai
maka dia juga akan dibaca terlibat sama
dari ilmu semiotik dan bahawa badan datuk suhaimi
membawa makna : tikus sudah lari
bila tahu kapal sudah bocor
kemudian:
kita nampak anak anak lumbu di belakang ibu lembu
inilah adalah para pembodek
ini adalah kaki angkat beg lembu
ini adalah anak anak lembu yang ingin masuk kedlam bingaki
atau lebih pop : nak masuk frame
untuk apa?
dengan harapan dapat projek lembu
atau sedang membina politik lembu
perhatikan betul betul?
anak anak lumbu ini berbisik sesama sendiri
mereka berbual bual sesama sendiri
mereka ketawa sesama sendiri
untuk memahami ilmu semiotik kita wajib bertanya
apa makna perbuatan budak budak lembu ini?
maknanya : mereka pun TAK PERCAYA DENGAN APA YANG
DI TUTURKAN OLEH LEMBU SHAHRIZAT
walhal shahrizat adalag menteri lembu
gerak badan budak budak lembu ini
jelas yang mereka tidak ambil pot
sepatutnya mereka hormat dengan lembu sharizat
yang seharusnya dianggap suci
kerana lembu ini baru menjadi tamu allah
kemudian:
perhatikan betul betul budak lembu yang gemok itu
budak lembu gemok ini membisikkan sesuatu
dari ilmu semiotik dengan membaca bahasa badannya
kita tahu apa yang sedang dibisikan:
" kepala butuh laaa... dah dengar ini semua
jangan nak kelentonglaaa...mentang mentang balik dari mekah..."
kah kah kah
NOTA:
kalau datuk suhaimi
melihat kembali klip ini
dan sedar apa dia semiotik
dan sedar apa mis- ebn-scene
maka budak budak lembu ini
akan kena terajang
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
KEMPEN ANTI WARGA JAHAT NIGERIA DI TERUSKAN
DI AFRIKA PUN GAGAK NIGERA BIKIN KACAU
gagak nigeria bukan sahaja tidak disukai di malaysia
tidak disukai di eropah
kerana warna kulit mereka
jangan silap
bukan warna kulit yang di benci
lihaty klip dibawah gagak hitam nigeria
ditangakp di kenya
malah rakyat afrika sendiri
tiak suka kepada warga nigeria
NIGERIAN YANG BAIK ADALAH NIGERIAN YANG SUDAH MATI
percerahan dari pembaca:
nigerian yang baik hanya nigeria yang sudah mati! Aku bukan nak berpihak pada awang hitam, tapi aku memberi pandangan aku sendiri. Cerita yang selalu tt keluarkan berkaitan dengan orang negeria adalah jahat-jahat belaka. Yang baik cuma setelah mati...gitu ? Membuat tuduhan memang mudah, tidak perlu keluar belanja cuma cakap saja tapi kenapa orang negeria itu berperangan dan berkelakuan seperti itu ? Tiada siapa yang peduli, cuma bila dah lakukan kesalahan maka mereka tetap bersalah dan jahat.
Rakyat negeria jadi jahat kerana mereka didik sebagai hamba yang tidak ada masa depan. Keturunan mereka dizalimi ketahap maksima sehingga diri setiap mereka dinilai tidak lebih dari seekor keldai. Boleh disuruh, diperintah, yang perempuan dijadikan pelacur, boleh dijual beli tanpa mempedulikan hak asasi manusia yang layak mereka terima. Kepada siapa nak mengadu ? Tiada siapa kecuali Tun Mahathir yang memahami keadaan kesusahan mereka sehingga membenarkan mereka memasuki negara dengan begitu mudah.
Alasan Tun Mahathir amat mudah, "kita kena tunjuk baik, biar orang antarabangsa pandang kita baik, kita tak risau depa nak buat hal tak baik kerana kita ada polis, kastam, imigeresen. Depa boleh uruskan...." Kesan yang kita lihat hari ini kemasukan mereka seperti tidak terkawal, semua agensi yang disebutkan oleh Tun Mahathir itu secara tak langsung terlibat dengan rasuah sehingga kita tidak dapat nak membezakan siapa pendatang dan siapa warganegara kerana antara awang hitam dari negeria dengan maplei dari india sama hitam. Ramai warga negeria beragama islam, tapi ulamak mereka sama seperti ulamak diMalaysia.
Jual agama untuk kesenangan diri sendiri. Lihat menteri agama diMalaysia, selamba saja guna duit zakat untuk kepentingan diri sendiri. Negara negeria diperintah oleh kerajaan yang korup dan kuku besi. Ekonomi rakyat tidak menentu. Pemerintah tidak mempedulikan kesusahan rakyatnya malahan mereka mencipta jurang dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah merempat. Pengangguran sentiasa meningkat sedangkan perut perlu diisi dan hidup perlu diteruskan.
Apa caranya kalau tidak dengan menipu, mengedar dadah, jadi askar upahan.... Sebenarnya ada hikmah disebalik kehadiran warga negeria kenegara Malaysia ini. Ianya adalah untuk mengingatkan kita bahawa pada suatu ketika nanti tidak mustahil rakyat bangsa melayu akan jadi seperti awang dan minah hitam warga negeria. Hidup merempat dinegara sendiri kerana kebodohan sendiri menyokong kerajaan yang zalim, penipu, rasuah, menindas seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Masih nak sokong UMNO Baru/Barisan Nasional jadi kerajaan ?
By Anonymous on GAGAK HITAM DARI NIGERIA - WAPADA on 2/6/12
JANGAN LUPA MALAM ESOK
------------------------------------------
JEMPUTAN UNTUK ORANG CELIK
FORUM : ORANG KURANG UPAYA
OKU TERTINDAS ATAU CULAS
10 febuari 2012
jam 8.00 malam
Tempat: Kompleks MAB - Brickfeild
Panel:
Mohd Faizal Che Yusof- penggiat has asasi orang cacat penglihatan
Hishamuddin Rais - penggiat reformis
SEMUA DI JEMPUT HADIR
banguan MAB - malaysian association for the blind
disebelah monorail tun sanbanthan brickfeild
inilah form khusus untuk oku
yang cacat penglihatan
orang celik di jemput datang
untuk memahami agenda dan isu orang buta
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
UCAPAN SELAMAT
NOTA:
bodek punya bodek
kantoi sudah kantoi
ucapan selamat taipusam kepada
mereka beragama buddha
samalah seperti ucapan aidilfitri
kepada sikh
bangang!
NOTA:
nampaknya apa sahaja
yang cuba dilakukan oleh
geromboolan semua kantoi
nak bodeek china
terhadiah sampul puteh
buat kain rentang
tertulis pundek mak kau
buat facebook
ucapan salah agama pulak
kah kah kah
ini kerana lord murujib
cuba lawan lord murogan
atau ini sumpahan natang bewok
kah kah kah
--------------------------------------------
JANGAN LUPA MALAM ESOK
------------------------------------------
NOTA :
FORUM : ORANG KURANG UPAYA
OKU TERTINDAS ATAU CULAS
10 febuari 2012
jam 8.00 malam
Tempat: Kompleks MAB - Brickfeild
Panel:
Mohd Faizal Che Yusof- penggiat has asasi orang cacat penglihatan
Hishamuddin Rais - penggiat reformis
SEMUA DI JEMPUT HADIR
banguan MAB - malaysian association for the blind
disebelah monorail tun sanbanthan brickfeild
inilah form khusus untuk oku
yang cacat penglihatan
orang celik di jemput datang
untuk memahami agenda dan isu orang buta
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
MAK CIK FELDA KENA TIPU LAGI
LEMBU SHAHRIZAT TAK MAHU UNDUR
CUKONG BELIA FELDA JAMIN SELEPAS PENYENARAIAN BERIBU PEKERJAAN UNTUK ANAK FELDA DIWUJUDKAN?
Woit cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda! Dah buat homework belum apa yang berlaku di Felda Global Venture tentang peluang pekerjaan belia Felda akan datang selepas penyenaraian? Makin kencap kencup kempis dan terus kempis...Kah Kah Kah.
Apa bukti???? Tanya si cukong. Woitt!! Cukong-cukong tahukah apa maksud Outsourcing? Ini kata lebai Google “Outsourcing is the act of one company contracting with another company to provide services that might otherwise be performed by in-house employees. Often the tasks that are outsourced could be performed by the company itself, but in many cases there are financial advantages that come from outsourcing. Many large companies now outsource jobs such as call center services, e-mail services, and payroll. These jobs are handled by separate companies that specialize in each service, and are often located overseas” Apa makna ini?? Maknanya anak dara Jengka melepas jadi kerani payroll...dara sunti Trolak melepas jadi receptionist....janda berhias Lok Heng tak ada can jadi sumber manusia...Kah Kah Kah. Mat-mat belia Felda lagi la melepas terus join Pas...Kah Kah Kah.
Kapitalisme duniaberasal dari Wall Street. Kapitalisme Malaysia berasal dari Bursa Saham Kuala Lumpur. Konsep kapitalisme mudah iaitu memperbanyakkan wang dengan cara paling murah. Kalau ada tanggungjawab sosial cuma cara tipu rakyat tak mahu bayar cukai. Faham tidak??
Woit cukong-cukong! Kepala kapitalisme dalam Felda Global adalah Sabri Ahmad. Siapa dia ni?? Sime Darby tendang dia sebab kena kencing RM120 juta. Tak sampai setahun pegang Pengerusi MPOB pun kena tendang juga tak cerdik buat kerja. Sapa sudi ambil dia kerja dan kasi upah lebih RM2 juta setahun? Felda....Kah Kah Kah.
Woit cukong-cukong! Kapla jingga kapitalis Sabri Ahmad ada idea meletopp...untuk fokus teras perniagaan maka kerja remeh temeh perlu kita kontrakkan keluar. Jadi kita lebih berjaya dan tak kencup macam Nokia katanya...Kah Kah Kah. Sabri rasa dia lagi pandai dari Nokia, jadi Sabri mahu kontrakkan kerja-kerja kepada syarikat luar. Ini kerja hebat...anak Melayu yang hebat ini Sabri. Orang Finland yang asaskan Nokia dan korporat dunia patut datang berguru dengan Sabri. Macam mana FGV syarikat rugi bakal jadi syarikat besar sebab pakai tanah bapak 360000 hektar dan gadai aset Felda milik Koperasi Felda di BSKL...Kah Kah Kah. Tak perlu susah payah macam Nokia kena buat R&D, bina kilang dan macam-macam...Kah Kah Kah.
Projek Outsourcing Felda Global Venture ada nama menarik...Shared Service Centre. Untuk potong kos buruh+kebajikan+bonus (overhead), kapitalis Sabri Ahmad rekrut bekas CEO Proton Edar jadi kapla jingga. Kalau mahu rekrut CEO kenalah gaji sama CEO Proton Edar atau lebih...berapa gaji kapitalis Sabri bayar ex-CEO Proton untuk kurangkan pekerja? Ironi sungguh..Kah Kah Kah. Kita tumpang bangga kapitalis Sabri kepala hotak bijak...bayar gaji tinggi untuk kurangkan pekerja..Kah Kah Kah. Kita lagi bangga kalau ada Call Center Felda Global di Mumbai.... “Yellow...Felda Global Venture Call Center Here. Yes Sir you are calling Felda Global Call Center. You ask me Anak Peneroka mana? Of course sir I'm from Felda Bombay not that far from Felda Kampung New Zealand, only 3500 miles far only.” Kalau ini berlaku sudah sah anak dara Jengka cuma ada peluang jawab sms dan telefon balak...
Cukong-cukong Belia Felda tak percaya...anak-anak Felda tetap ada jawatan banyak dalam Felda Global Venture selepas penyenaraian. Itu janji Kaki Lutu pada kami...Kah Kah Kah. Woit! Cukong-cukong tengok nama-nama dalam projek outsourcing ini:
• Sri Asnita Mashat
• Masrina Wijee
• Andrew Lee
• Kavita Rekhraj
• Glenn Tann
• Lee Pooi Chie
• Cinty Chandrasekharan
• Therese Tan
• Lee Sok Chen
• Farahana Azmin
• Dennis Cheek
• Christine Kon
• Frank Chai
• Lasti Hardiani
• Kania Adityarani
Woitt!! Ini betul-betul 1 Malaysia. Kalau betul-betul Felda nak jadikan 1 Malaysia cakap saja Melayu Felda tak marah. Ini sudah Kaki Lutu sudah janji kerja-kerja keutamaan Melayu sebab Kaki Lutu mahu cari makan dan populariti dalam parti Melayu. Kaki Lutu janji belia Felda dapat banyak kerja lepas penyenaraian. Sebelum penyenaraian sudah jadi 1 Malaysia, nasib-nasib awek Melayu No. 10 itu anak Felda, kalau tidak 0%, zero..yilek...anak Felda...Kah Kah Kah. Woitt!! Nama-nama tersebut bukan direka-reka...ada susuk tubuhnya, yang slim, yang gedempul, yang cokelat, yang hitam yang sepet...semua wujud di Balai Felda tempat Kaki Lutu bersemayam.
Cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda berani lagi jamin beribu-ribu pekerjaan untuk anak Felda akan terhasil selepas penyenaraian....Kah Kah Kah.
p/s: Anak dara, dara sunti dan janda berhias sila mogok dari melayan cukong-cukong ini berkaraoke dan ambil kesempatan atas diri anda lagi sampai Out Sourcing ini dibatalkan....Kah Kah Kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catatan (Atom)