Selasa, 31 Julai 2012
SELAMAT BERBUKA PUASA
SAJE NAK BAGI SYIOK
HARI SELASA SUDAH 12 HARI PUASA
heboh olympik di london
heboh dalam face book
ada teori dajal
ada teori iluminati
tapi yang jelas kuasa kaum pemodal
lebih kuat dari semua kuasa
dalam dunia pada ketika ini
sukan adalah komodoti
sukan dijadikan bahan untuk jual beli
sukan bukan lagi untuk kesehatan
ramai yang meninati sukan
adalah mereka yang gemok
adalah mereka yang hotok
adalah mereka yang montok
mereka meminati sukan
melalui kaca tv
mereka bersukan melalui jarak jauh
menjadi biawak di ruang tamu
berligar dihadapan kaca tv
mereka hadapi kencing manis
mereka hadapi buasir
mereka hadapi darah tinggi
kerana mereka hanya bersukan di kaca tv
lihat badan atelit yang erotik
lihat badan atelit yang slim
lihat badan atelit yang cun
adalah iklan perniagaan
untuk komoditi kecantikan
KERANA ITU
jangan ada tv di rumah
jangan menonton tv
membaca lebih baik
dari menonton
NOTA:
tiga perenang wakil saudi
ke olympik london
telah mati lemas di kolam renang
tersangkut oleh jubah dan purdah
kah kah kah
APA CERITA ORANG DISANA
jam 7 tadi pintu bilik ditutup
jam 7 tadi pintu sel ditutup
jam 7 tadi semua terkurung
apakah hujan petang ini di taiping
apakah redup petang ini di kamunting
apakah cuaca panas hari ini
apakah kau berpuasa seorang diri
apakah kau dapat berkumpul untuk berbuka
apakah maghrib kamu berjamaah
aku tahu apa berbuka petang ini
aku ingat lagi dua butir buah kurma itu
aku ingat lagi roti dan kaya
aku ingat lagi dulang dan isinya
kamu di dalam
kami di luar
meneruskan perjalanan
kamu didalam
kami diluar
kamulah yang lebih tenteram
Labels:
anak muda berani bangun melawan
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS
SAPERTI YANG DIJANJIKAN
maklumat dari tim teknikal
telah memaklumkan bahawa
radio bagsar utama boleh dilayari
melalui :
- talipon pintar
- ipod
- ipad
bergumbiralaaaa dengan station punk rock
station punk rock yang paling hebat
di timur terusan suez
BERITA BAIK!
Kini anda boleh mendengar Radio Bangsar Utama dari telefon bimbit anda. Berikut adalah caranya:
1.Pengguna Android - Download app 'Radio Bangsar' dari Google Play / Play Store.
2. Pengguna Blackberry / iPhone / iPad - Download app 'Tunein' kemudian search 'Radio Bangsar Utama' di dalam apps tersebut. Sila save sebagai favorite untuk kemudahan masa hadapan.
Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk mendengar Radio Bangsar Utama dari telefon bimbit anda, sila emailkan kepada kami di radiobangsarutama@gmail.com
*Application 'Radio Bangsar' dan 'Tunein' boleh dimuat turun secara percuma.
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SATU PROJEK BELI SENJATA SEDANG DI RANCANG
NAMANYA KEGANASAN BERLESEN
KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?
pertama badan bebas ini
tidak diiktiraf oleh sesiapa pun
hanif omar ialah towkay judi
dengan serta merta tak layak
untuk menilai hak kebebasan
badan ini telah ditolak oleh bersih
badan ini tak ada siapa ambil pot
semua parti politik pelekeh badan ini
hanya SUHAKAM yang diiktiraf
hanya SUHAKAM yang memiliki trampilan
hanya SUKAHAM yang ada rujukan parlimen
apa tujuan badan ini?
jelas tujuan badan ini
untuk membersihkan keganasan polis
tetapi dengan berita ini
ada lagi ajenda yang lebih dalam
apa ajenda itu?
dengan memanggil polis dan orang jahat
dari luar negara bertujuan
untuk membuat laporan
apa laporan ini?
laporan ini ada dua tahap
1 - untuk membeli kelengakapan baru
untuk membantai rakyat
2 - kelengkapan barfu ini ialah projek
untuk membeli kelengkapanm senjata
sekilas asap berkepul
sudah tahu rokok apa
NOTA:
badan ini lebioh baik
buka pejabat di genting
lebih afdal
lebih shafie afdal
HAKIKATNYA PENJENAYAH BERLESEN
DEMONSTARSI : PAKAR UK, AS KONGSI PENGALAMAN - meloya
PUTRAJAYA 30 Julai - Pakar keselamatan dari empat negara dipelawa menyertai rundingan meja bulat bagi berkongsi pengalaman menghadapi perhimpunan dan demonstrasi jalanan di negara masing-masing.
Pengerusi Panel Penasihat Bebas, Mohammed Haniff Omar berkata, rundingan yang dijangka diadakan bulan depan itu akan disertai pakar dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kanada dan Pakistan.
Katanya, pelawaan itu disampaikan melalui wakil-wakil suruhanjaya tinggi dan kedutaan negara berkenaan yang mengadakan perjumpaan dengan pihak panel pada hari ini.
“Mereka akan berusaha dapatkan pakar mengenai kawalan ke atas perhimpunan, protes dan perarakan masing-masing.
“Melalui rundingan itu nanti kita dapat mengetahui undang-undang, falsafah dan metodologi serta kelengkapan yang digunakan untuk mengawal orang ramai ketika demonstrasi berlangsung," katanya.
INI JAWAPAN DARI ORANG RAMAI
NOTA:
kalau gerombolan menang pru13
dengan cara tipu
ini jawapan orang ramai
ini bukan amaran
ini janji!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SATU CADANGAN YANG WAJIB DI DENGAR
TERIMA KASEH ATAS INGATAN INI
sila baca tulisan dibawah
ini adalah kebenaran
ini adlah asas manusia
ini ingtan untuk kita semua
TERBAIK UNTUK SEHAT
MANUSIA BUKAN UNTUK MAKAN DAGING
Itik, ayam ataupun kuda, ataupun lembu, kambing, unta ataupun haiwan mamalia lain, adalah tidak berapa sesuai untuk perut manusia. Daging binatang yang lebih dekat kepada perkataan "sesuai" untuk tubuh manusia hanyalah ikan dan bukannya haiwan laut yang lain. Penganut Islam menganjurkan dengan membuang darah tetapi, hasilnya hanyalah lebih kurang 60%-80% sama dengan tidak membuang darah. Haiwan yang mati dengan lebih cepat adalah lebih baik untuk tubuh badan manusia berbanding dengan mengeluarkan darah secara semulajadi.
sebenarnya, perut manusia direka sesuai dengan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Antara buah-buahan yang dikaji bagus dan perlu pada sistem organ dalaman manusia adalah buah-buah yang mempunya fiber yang tinggi seperti pisang. nota kecil - buah kurma kurang memberi khasiat dan bukanlah digembar-gemburkan sebagai buah yang paling sempurna untuk manusia.
BUAH BUAH OH BUAH DADA
Ini mungkin disebabkan buah kurma mudah didapati di tanah arab dan ketika itu, buah-buahan dari Mediterranean adalah sangat sukar dan mahal untuk diperolehi
By Pelajar Sains on MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA on 7/31/12
Labels:
anak muda berani bangun melawan
TER NOW TER KINI TER HOT
KAH KAH KAH KAH KAH
KENYATAAN ZUNAR TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH
Keputusan mahkamah terbahagi dua. Pertama Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa tindakan polis merampas buku saya, Cartoon-O-Phobia dan sebuah lukisan pada September 2010 adalah salah dari segi undang2 dan polis diminta membayar gantirugi kepada saya. (Jumlah akan ditentu kemudian). Namun hakim juga berkata tangkapan yang dilakukan terhadap saya juga pada September 2010 sah dari segi undang-undang.
Komen: Saya bersukur atas keputusan mahkamah. Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi saya, tetapi adalah kejayaan kartunis-kartunis Malaysia, khususnya yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
ZUNAR
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SANDIWARA DI RADIO BANGSAR UTAMA
SANDIWARA RADIO BANGSAR PETANG INI
PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
sandiwara ini akan disiarkan
petang ini jam 4:00
kemudian akan diulang siar
jam 10:30 malam
TEKNIKAL
pada ketika ini radio bangsar
sedang menambah tinnggi sistem siaran
justeru akan berlaku ganguan
BERITA BAIK
tidal lama lagi radio bangsar
akan dapat didengari:
dari semua smart pone
dari semua ipod
dari semua ipad
radaio bangsar akan umumkan
apabila semua telah siap sedia
NOTA:
jika ada apa apa cadangan
sila menulis ke : radiobangsarutama@gmail.com
RADIO BANGSAR STESEN PUNK ROCK
stesen punk rock terulung di timur suez
stesen punk rock terulung di asia tenggara
hanya radio bangsar menyiarkan lagu punk
lagu perjuangan
lagu rejimen ke 10 parti komunis malaya
lagu rakyat
lagu kesatuan sekerja
lagui mior
lagu blak
lagu nik jidan
NOTA:
radio bangsar utama tidak
akan memainkan lagu anwar zain.period!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SPR MERANCANG UNTUK MENIPU PRU13
KOMENTAR TUKAR TIUB
spr telah memperkenalkan
sistem undi awal untuk
pejerja yang bertugas dihari pilihanrya
ini adalah baik
tetapi
ada pil kuda dalam teh
rupa rupanya
ini adalah satu dari rancangan untuk menipu
kerana pengudni awal ini tidak
dieknakan dakwat kekal
pasal apa mereak mengundi awal
tapi mereka di kecualikan dari kena dakwat?
justeru:
8 tuntuan tidak ditunai
ini ditambah lagi dengan tipu helah spr
kalau gerombolan menang
makan gerombolan menang dengan cara tipu
orang ramai wajib ke jalan raya!
SEJARAH PERJUANGAN KITA
JANGAN BUAT TUDUNAN MELULU: SPR - berita hairan
Putrajaya: Pihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta tidak membuat tuduhan bersandarkan kepada penemuan sendiri. Sebaliknya, mereka perlu tampil dan mengemukakan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu, semalam.
Kenyataan pembangkang tak benar dan tanpa bukti
Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti.
Kenyataan itu disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 30 Julai hingga 2 Ogos 2012 pada muka surat N22 dengan tajuk ‘Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih’.
MELAWAN TAK MAHU DITIPU
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... KENAPA TAK BOLEH BUAT TUDUHAHN MELULU?.... kah kah kah..
kah kah kah...APA SALAH NYA MELULU?.... kah kah kah...
woit...LEBIH BAIK BUAT TUDUHAN MELULU DARI KENA TIPU.... kah kah kah..
woit...KENA TAK JAWAB PASAL APA 240 RIBU PEKERJA SPR TAK PERLU PAKAI DAKWAT?... kah kah kah..
kah kah kah...240 RIBU INI INI PENGUNDI AWAL.... kah kah kah...
kah kah kah...KENAPA DI KECUALIKAN DARI KENA DAKWAT?.... kah kah kah..
woit..APAKAH MEREKA INI TELAH DILATIH UBTUK MENGUNDI BERKALI KALI?... kah kah kah..
woit...INI BUKAN TUDUHAHN MELULU.... INI PERLU JAWAPAN... kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA
BASASHI - DAGING KUDA MENTAH
Di mana nak cari tapai?hahahahaha
By 6803man sarawak on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/31/12
Kalau daging badak aku ada info la...
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
mau daging kuda TT? datang aje batu gantong,penang. tiap hari minggu ada boyan sembelih kuda lumba yang dah kondem..mau? sms di 012.4036165
By cucupakkasim on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
makan kuda bukan haram ke?????
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
WA ADA KUDA......kalau lu nak lu sembelih sendiri, masak la ape2....... Wa bole tolong pegang je masa lu nk sembelih. Lu cari gua....KUDA KEPANG.....Parit Sonto...
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
mana2 tempat ada race track boleh cari...daging kuda panasss...ditambah dgn makan mcm2 ubat kimia nak kuat memecut di atas litar lumba kuda...mmg bagus...ini bukan kuda gipsi/ atau kuda padi ka
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
Cuba tanya tpu.upm.edu.my depa ada gak bela kuda mana tau ada daging kuda sembelih hehe.. :D
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
Brader isam bila nk start kempen turun sambut mlm merdeka pakai baju kuning bersih nieeeee...bg meriahhh skit siap ada bunga api tu....bkn senang nk dpt rai camtu...bleh tgk isteri bik mama merah muka...kahkahkahkah..
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
kah kah kah ni aku ni yg komen pasal daging kuda tu. kalau ada lebai internet yg nak kecoh, setahu hamba yg dangkal agama ni daging kuda adalah halal. (pengakuan: macam la gua peduli pun kah kah kah) hujung tahun lepas aku ada gi Bistro a Table kat seksyen 17, PJ. situ ada salami kuda. pastu ada satu restoran Jepun kat Jln Sultan Ismail, Tokutoku. depa ada basashi (daging kuda mentah).
tekstur dia cam salmon yg lebih kenyal. sedappppp pastu kat Penang, ada satay kuda. Ah' Basri Satay kat Sg Ara Bayan Lepas. ni aku tak pasti ada lg ke tak. aku gi sekali je 2 tahun lepas. RM 2 secucuk kalau tak silap. berbalik kat itik. kat area2 Tg Karang.. kat Sekinchan pun ada satay itik, melayu buat. pastu Sen Kee Satay kat Kepong pun ada itik. ni kedai Cina so ditanggung sendiri la bak kata Isham kah kah kah.
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
tempat tinggal aku kt pekeliling ada kedai kuda tt...tpi bkan kuda yg berlari 2 nie kuda yg org tikam no...leh x ?.....x smeke........hahahahaha........ #nuajr#
By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SATU INGATAN UNTUK PAKATAN
DUA EKOR INI KEPALA KONSIRASI
KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau mengikut akal
kalau mengikut bancian
kalau mengikut politik semasa
kalau mengikut sokongan orang ramai
jelas menunjukkan bahawa pakatan akan menang
tetapi awas dan waspada
pru13 yang akan datng ini
bukan membuktikan sokongan
bukan membuktikan dasar dan program
bukan membuktikan siapa lebih popular
bukan membuktikan siapa yang lebih mendapt undi
pru13 ini adalah medan penipuan
dimana spr sedang merancang
tahukah para pembaca bahawa
ada satyu bentuk undi baru
ini dipanggil undi awal
ini untuk mereka yang bertugas
dihari buang undi
spr ada 240,000 pengundi awal
tetapi spr tidak mahu pengundi awal ini
dikenakan dakwat kekal
apa tujuan ini kalau tidak untuk menipu?
ini salah satu bukti penipuan sedang dirancang
INI DIA 8 TUNTUTAN
14 KERUSI UNTUK PAKATAN? - harakah daily
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini.
Ini bermakna, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu tulisannya.
Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.
"Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," tulis beliau.
Anggota Parlimen Kuala Selangor itu mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
"Kejutan buat Najib bukan kepalang, amat menyiksakannnya. Mimpi ngerinya semakin menjadi realiti, tambahan masa bukan disebelahnya untuk membuat apa jua percaturan strategik kecuali memandang ke hujung tahun atau dilajakkan ke tahun depan," ulas beliau ekoran kenyataan kedua-dua anggota Parlimen BN dari Sabah itu.
RAKYAT TELAH BERI INGATAN
NOTA:
kalau gerombolan menang
dengan cara tipu maka
rakyat wajib keluar ke jalan raya
ini bukan satu ancaman ini satu janji!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Isnin, 30 Julai 2012
SELAMAT BERBUKA PUASA
SATU HARI MUSIM PANAS DI STESEN INI
PETANG INI AKU TERIGAT HARI ITU
aku ingin menuliskan lagi
kesah dan cerita sama
tentang hikayat kuno
tentang perjalanan hidup
tentang pertemuan
tentang perpisahan
biarlah aku kesahkan
disatu musim panas
di perhentian kereta api
di kota yang bagitu asing
di wilayah yang bagitu jauh
aku ternampak
seorang perempuan tua
aku ternampak
seorang lelaki tua
bersandar ditembok dinding
menunggu kesampaian kereta api
mereka pastilah sepasang kekasih
mereka pastilah sedang berkasih
aku perhatikan topinya
aku perhatikan kaca mata hitam mereka
aku perhatikan beg selendang mereka
lalu aku ternampak
bekalan air dan roti
lalu aku bertanya diri
apakah aku akan berkasih sademikian rupa
apakah aku akan bersandar di tembok yang sama
apakah aku akan menunggu kereta api distesen ini
aku tidak dapat menjawab soalan itu
aku tidak berani menjawabnya
imijan ini sering berligar
imijan ini terakam ke akhir hayat
kenapa agaknya aku akan teringat
kepada pasangan itu
kenapa agaknya ingatan itu
tidak pernah hilang
kereta api aku sampai dahulu
mereka tidak menumpang sama
ertinya mereka dalam pejalanan
yang maha jauh
apakah mereka dari utara
yang gadisnya bermata biru
atau apakah mereka dari selatan
yang gadisnya berambut hitam
sampai kiamat tidak akan aku
temui jawapannya
kemana agaknya mereka bercanda
kemana agaknya mereka bertenet
kemana agaknya mereka menginang-inang
pada petang ini
aku teringat akan petang itu
tidak mungkin akan aku lupakan
biarlah aku kesahkan
biarlah aku riwyatkan
agar imijan ini akan terus
terakam dalam perajalanan
ketika aku berkelana
AKU MASIH TERINGAT LAGI PETANG ITU
selamat berbuka puasa
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SABAH AKAN JATUH KE TANGAN PAKATAN - HANYA MENIPU SAJA YANG AKAN MENYELAMATKAN GEROMBOLAN
INI BUKAN PERSENDA INI KUTUK
LAJIM DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB, DIANGGAP PERSENDA UMNO - minsider
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Ibu Pejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan dengan mengapa beliau tidak boleh dipecat oleh Umno berikutan dengan tindakan ahli parlimen Beaufort itu mengumumkan meletakkan jawatan dalam Umno dan Batisan Nasional (BN) Sabtu lalu kata setiausaha agung, Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).
Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno, katanya.
“Umno memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno,” kata Tengku Adnan seperti yang dilapor oleh web portal Umno Online.
Di dalam perlembagaan Umno Fasal 20.8 menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti kata ahli parlimen Putrayajaya itu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... LAJIM DAPAT SURAT KERANA PERSENDA GEROMBOLAN...kah kah kah..
woit.... BILA NAK HANTAR SURAT PADA ZUNAR.... kah kah kah..
kah kah kah.. ZUNAR HARI HARI PERSENDA GEROMBOLAN...kah kah kah...
kah kah kah...MALAH ZUNAR DAH LAMA BUAT KERJA PERSENDA INI...kah kah kah..
kah kah kah...DULU DFIA PERSENDA HIDUNG MADEY...kah kah kah..
kah kah kah...PERSENDA TETEK ROSMAH YANG BERCABANG TIGA.... kah kah kah..
kah kah kah...SAMPAI ZUNAR SEKRANG DI PANGGIL MAT PERSENDA...kah kah kah
kah kah kah...RAKYAT SATU MALAYSIA INI PUN SELALU PERSENDA GEROMBOLAN..kah kah kah
woit...KALU BERANI HANTAR LAAA SURAT.... kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT?
NOTA:
daging kuda adalah
diantara daging yang masih
belum di cemar
kuda saperti itik
berlari liar
tidak suka dikandang
justeru dagingnya
bersih dari hormon moden
di belgium daging kuda
satu makanan yang termahal
manakala di sepanyol
daging kuda untuk si gipsi
NOTA:
di kuala lumpur
dulunya hanya orang boyan
yang tahu di mana boleh
didapati daging kuda
ini kerana mereka banyak
menjadi penunggang kuda lumba
mana kuda yang terjatuh
makan akan disembelih
untuk dijadikan makanan
PEBCERAHAN DARI PEMBACA
aku bet mesti ramai yg mengidam itik lepas kau da heboh2 pasal itik ni. lepas ni daging kuda lak. ni aku tahu kat mana ada kat kl ni kah kah kah
By Anonymous on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12
Hidup ketuanan daging itik!!!
By Anonymous on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12
Engkau ni TT, tak habis-habis dengan mencari gulai itik, sampaikan gaya jalan pun dah macam itik. Kalau nak panjangkan tengkuk (tiada tengkuk) kau tu tak payahlah nak berdiet dengan itik, gantung aje tengkuk kau tu kat kipas angin siling kat rumah, dah tentu tengkuk kau akan jadi jenjang..... Kalau kempunan sangat, kau pergi cari itik gantung kat restoran Hokkien Ipoh, dah tentu sattle. Kau tu bukannya puasa pun....tak gitu TT. Kalau tak betul telahan ini, aku mohon maaf OK.
By 1Crony on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12
RENDANG DAGING KUDA MASAKAN BATAK
Bro TT...semalam aku ke bazar SS14..ade terserempak dgn itik panggang..ade 3 4 ekor yg masih tergantung...harge tak tahu berape...bole dtg test try itik subang...lepas tu bole tgk2 awek2 subang yg cun dan begetah...sume slim2...takde yg gemok2 pendek2 takde leher...kahkahkah...
By Hasrul Affandi a.k.a CarbonizerFreak on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12
seterusnya - DI MANA NAK CARI TAPAI??
By Johan H on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12
Labels:
anak muda berani bangun melawan
PILIHANRAYA AKAN DI TANGGUHKAN LAGI KERANA RAMAI YB SABAH AKAN LARI
KEMARAHAN RAKYAT SABAH
KENYATAAN MEDIA | 30 JULAI 2012
KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen.
Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan.
KEADILAN mengalu - alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan.
Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah.
Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO - Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO - BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia.
RAKYAT SABAH JADI MONORITI
Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato' Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji.
Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar - dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita - cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat.
KEADILAN turut mengalu - alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Salam reformasi
Mohamed Azmin Ali
Labels:
anak muda berani bangun melawan
HIDUPKAN NASIONALISMA KADAZAN - BANGASA MAJORITI DI SABAH
KOMENTAR TUKAR TIUB
satu segi ini berita baik
tapi sebenarnya ini berita tak baik
dengan beita ini gerombolan
akan lebih bersedia dengan
pelbagai bentuk tipu helah
di sabah akan lagi ramai
warga pilipina akan mengundi
di selangor akan ramai lagi
pengundi hantu di datangkan
MAKNA DALAM BERIAT INI
dari berita ini kita faham
bahawa gerombolan telah bungkus disabah
gerombolan akan kalah di sabah
berita ini adalah trend politik sabah
tapi awas!
gerombolan akan menipu
sama saperti di selangor
walau pun rakyat berpadu
sokong kerajaan pakatan
tetapi melalui penipuan
gerombolan akan menang!
NOTA:
warga asli sabah
amat marah kepada gerombolan
kerana memberikan kad pengenalan segera
kepada beratus ribu pilipina
yang kini boleh mengundi
inilah kemarahan rakyat sabah
inilah sebab mereka melaungkan
sabah untuk sabahan
hidupkan nasiolisma kadazan!
KAD PENGENALAN SEGERA
KERAJAAN BN SABAN PASTI TUMBANG PRU13 KALAKU UNTOL - keadilan daily
KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.
Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.
“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.
PENGUNDI HANTU BANYAK MASUK KE SABAH
Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.
Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya.
LAGU MALAPETAKA DI CIPLAK LAGI DARI INDONESIA
KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU
PENCERAHAN DARI PEMBACA
Lari topik skit ye bro TT Lagu tema merdeka macam sama je dengan lagu orang kristian bertajuk SERUKAN NAMANYA .. sedih menjadi warga Malaysia , lagu kemerdekaan pun curi dari lagu org lain..kah..kah..kah.. Lagu tema pun ada kedai 1Malaysia.. apa ke jadah tu bro TT..komen skit..
By Anonymous on ANAK MUDA TELAH BANGUN MENENTANG RAJA SAUDI - TEMB... on 7/29/12
LAGU MALAPETAKA DI CIPLAK DARI LAGU JESUS
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
woit...MANA ZUL BISUL PEJUANG ISLAM... kah kah kah..
kah kah kah...MANA DIA NGOK MELAYU...kah kah kah..
kah kah kah..MANA DIA NGOK ISLAM ...kah kah kah...
kah kah kah...MANA DIA HIMPUAN HASAN ALI?.... kah jkah kah..
kah kah kah...KENAPA TAK BANTAH LAGU INI...kah kah kah..
kah kah kah...KENAPA TAK MAHU DENGAR LAGU INI...kah kah kah..
kah kah kah...INI LAGU MALAPETAKA.... kah kah ka
INI BENDERA PERJUANGAN DARAH RAKYAT
LAGU MALAPETAKA YANG BARU DICIPLAK
berapa punya ramai designer kat Malaysia ni takan takleh produce logo yang berkualiti.. berapa ramai pemuzik penulis lirik kat Malaysia Rais yatim gak yang tulis lagu haha hayati lagu yang tak seberapa ini http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DG--QGXqnlM Berapa Kos claim untuk hasilkan lagu ni yea.. ada sampai juta tak? http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/504/300x259x8e1140fc27b14bc613a35066a164ed19.jpg.pagespeed.ic.-UNfWASleE.jpg http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/504/240x244xc4de70aee4028fb1805426ee79d2866f.jpg.pagespeed.ic.d9mbB42vQx.jpg
By Anonymous on 31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA - 16 SEPTEMBER MALAP... on 7/29/12
lu taknak komen lagu merdeka rais yatim tulis lirik?
By Anonymous on 31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA - 16 SEPTEMBER MALAP... on 7/29/12
Lari topik skit ye bro TT Lagu tema merdeka macam sama je dengan lagu orang kristian bertajuk SERUKAN NAMANYA .. sedih menjadi warga Malaysia , lagu kemerdekaan pun curi dari lagu org lain..kah..kah..kah.. Lagu tema pun ada kedai 1Malaysia.. apa ke jadah tu bro TT..komen skit..
By Anonymous on ANAK MUDA TELAH BANGUN MENENTANG RAJA SAUDI - TEMB... on 7/29/12
NOTA:
sila dengar du lagu ini
lagu untuk hari malapetaka
rupa rupanya diciplak dari indon
sekali lagi warga indon akan marah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
BAPA PENGUMUMAN BUAT PENGUMUMAN LAGI!
INI HEBOH MACAM NAK KIAMAT
NAJIB UMUM RM43.3 JUTA DUIT RAYA FELDA - mkini
Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.
Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.
Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.
Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.
JATUH - TAPI TAK DI HEBOH
NOTA:
lihat graf ini
jelas kelihatan
saham felda jatuh mendadak
tapi mak cik dan pak cik
tidak diberitahu
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... BAPA PENGUMUMAN BUAT PENGUMUMAN LAGI.... kah kah kah....
kah kah kah... INI KERANA HARGA SAHAM FELDA JATUH MENDADAK... kah ah kah..
kah kah kah...INI KERANA BANK SIMPANAN DI SABAH SUDAH PECAH.... kah kah kah..
kah kah kah.... YANG TINGGAL HANYA UNDI MAK CIK FELDA.... kah kah kah...
kah kah kah...BERITA SAHAM FELDA JATUH DI SENYAPKAN.... kah kah kah..
kah kah kah...TAK BUAT HEBOH HEBOH... kah kah kah....
woit....BUAT LAH JOM HEBOH SAHAM JATUH.... kah kah kah...
woit.... KESIAN MAK CIK DAN PAK CIK FELDA... TAK BACA LONDON FINANCIAL TIMES...kah kah kah
kah kah akh... SEDIH KERANA TAK LAPORAN DI RTM.... kah kah kah..
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK
ITIK PANGGGANG ITIK GULAI
PANDUAN ITIK DARI PEMBACA
oleh kernaa ko gagal cari gulai itik....tahun nie aku nak calonkan ko dalam list gagalist.... selamat buka bro
By Anonymous on SELAMAT BERBUKA PUASA on 7/30/12
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3039734290661&set=a.1577840664234.66339.1782175808&type=1&comment_id=1506228 kalau TT nak rasa ITIK PANGGANG.......
By amizan on SELAMAT BERBUKA PUASA on 7/29/12
Nak gulai serati sedap di kedai selera pantai timur, sksyen 7, bdr baru bangi. Sederet dgn opis jpj bangi..
By Che Li on SELAMAT BERBUKA PUASA on 7/29/12
DEKAT HUKM
tt, macam ada pembaca lain bagitau tuhari, masakan itik ada dijual di bazar ramadhan bandar tun razak tepi tasik dekat hukm. Tapi tak tau masak menu apa, cuma nampak tergantung je. Gerai deretan paling awal (lebih hampir arah hukm, palng jauh dari restoran santai tasik di situ) Tapi siapa pulak tau mana boleh dapat umbut (mentah, bukan dah dimasak, dan lembut gebu bukan macam batang kelapa)? Terimakasih -average joe- klakka-la.blogspot: abu t-shirts by klakka-la (kemeja-t abu oleh klakka-la)
By Anonymous on SELAMAT BERBUKA PUASA on 7/29/12
senor TT, apa la KL ni , gulai itik pun susah nak cari..meh kat sini kat pmtg pauh..kulim..area DSAI berlambak kedai juai gulai itik, itik mopden..itik kpg..ayam kpg semua ada.. pelan tgk ..mai sini..
By Saiful on SELAMAT BERBUKA PUASA on 7/29/12
PANTAI DALAM
ish2 orang tua ni fail la dalam hal menGoogle ni. kesian aku tengok kau meracau2 pasal cari itik kah kah kah. ni aku tolong tanya lebai google. hasil carian: tak tahu di mana foto tu tapi kat Restoran Anis Putri Pantai Dalam ada gulai itik. Dekat ajer dengan stesen komuter Pantai Dalam Restoran Anis Putri No. 4, Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur Tel: 019-282-6908 koordinat GPS: 3° 5′ 42″ N, 101° 40′ 11″ E info didapati dari sini. sila terliur tengok gambar2: http://www.elissmie.com/2011/05/pekena-gulai-itik-restoren-anis-puteri.html http://hamydy.wordpress.com/2011/11/30/restoran-dangau-anis-putri-corner-pantai-dalam/
By Anonymous on SELAMAT BERBUKA PUASA on 7/29/12
SRI MUDA TAPI PETANG
bro tt, bro pegi sri muda s.alam,bazar tepi mydin..dlam pukul 6.15ptg keatas(peniaga tu lambat sampai,biasa la kedai laku,lambat start),bro tengok 1 bazar yg kena hurung,kena likung,situ ada gulai kawah,gulai ayam kg dan gulai itik serati..gua dah bertahun2,malas nak kempen lebih2,bukan dapat pitis ihsan pun,bukan sedara mara atau kroni,kenal pun tidak..tp angkat jari la..
By Anonymous on SELAMAT BERBUKA PUASA on 7/29/12
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catatan (Atom)