Kartunis disekat ke luar negara, dakwa 'arahan polis'
Kartunis kontroversi Zunar disekat daripada meninggalkan negara ini, didakwa susulan “arahan polis”.
Katanya, beliau disekat daripada menaiki pesawat ke Singapura pada jam 3 petang ini oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Menurut Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ul-Haque lagi, beliau diberitahu terdapat arahan daripada polis.
saya mengucapkan
selamat datang
kepada saudara zunar
selamat masuk ke kelab
paling eksklusif di malaysia
ahli kelab paling rare
bukan kerana hutang
bukan kerana jenayah
bukan kerana bangkrap
saudara tony pua
telah dikeluarkan
dari kelab ini
kini tinggal hanya
orang beberapa
selamat datang
berbanggalah
bila musuh menyerang
itu petanda baik
ertinya
apa yang kita buat
menyengat bukan sia sia
------------