PRU UK
ketika ini warga uk
sedang tidur
kita mendahului 8 jam
ertinya ketika
kita nak berbuka
warga uk akan
keluar mengundi
dua parti besar
konservatif dengan theresa may
parti buruh dengan jeremy corbyn
juga parti nasionalis scottish
parti baru UKIP
parti liberal demokrat
parti hijau
party plaid cymru
dan beberapa parti kecil
seramai 3,303 calon bertanding
untuk merebut 650 kerusi parlimen
dua parti induk
parti buruh dan parti konservatif
akan bertempur dasar
kerajaan terakhir
dari parti konservatif
pm ialah theresa may
ini pru selepas BREXIT
dan juga kemunculan jeremy corbyn
sebagai garis baru parti buruh
sebagai pemimpin baru buruh
siapa akan menang?
jika anak muda turun beramai-ramai
maka ada kemungkinan
jeremy corbyn - JC akan menang
jc cukup pop dengan anak muda
membawa garis kiri yang jelas
dari segi sejarah perjuangan
ketika muda jc pernah ditahan
kerana berdemo menentang apartheid
menentang senjata nuklear
politik pop kiri jc
hampir sama dengan
dasar yang dibawa oleh
bernie sanders calon presiden amerika
yang di sabotaj oleh hillary clinton
jc menakutkan kaum pemodal
jc mengerunkan towkay senjata
malah ledakan di manchester
dan ledakan baru di london
dibaca sebagai membantu
theresa may parti kanan
yang sokongan semakin merosot
apa isu?
tentang perubatan percuma
tentang pembelajaran percuma
isu keselamatan
isu pengganas
isu kaum pendatang
isu orang pelarian
garis ekonomi
dasar baru eropah
peranan uk di syria
peranan uk di timur tengah
kalau diperhatikan rapi rapi
media arus perdana di uk
tidak menyokong jc
memihak kepada may
ini adalah pandangan kaum pemodal
ini adalah pandangan elit uk
uk yang jelas masyrakat berkelas
merasa kurang selesa dengan jc
garis politik buruh baru jc
dilihat pengancam
kepetingan kaum pemodal
tim tukar tiub meyokong jc
jika jc menang
ada kemungkinan perubahan
dasar politik uk akan berlaku
ini akan mempengaruhi
dasar politik dunia
kerana dari sinilah
bermulanya kuasa imperialis
anglo-amerika yang kini
telah menjadi
zionis-anglo-amerika
paling asas ialah jc
akan menimbulkan peranan saudi
dan gerakan pengganas
tim tt tidak berani menyatakan
dengan jelas siapa akan menang
jeremy corbyn sosok kiri
yang sedang diserang media
TAPI YAKINLAH
DAULAH TERPENDAM
ELIT POLITIK
ELIT EKONOMI
DAN KAUM PEMODAL
AKAN MEMASTIKAN
JEREMY CORBYN KALAH
SESUDAH KALAH MAKA
PARTI BURUH AKAN ADA
PEMIMPIN BARU
INI DILAKUKAN AGAR
POLITIK COCO COLA DAN PEPSI COLA
ANTARA PARTI BURUH
DENGAN PARTI KONSERVATIF
DITERUSKAN TANPA GANGGUAN
GARIS KIRI
kita tunggu dan lihat
----------------