DARI SEGI
TEORI MASUK
AKAL TAPI...
KOMENTAR
dari segi teori memang masuk akal
tapi hakikatnya mustahil
malah satu kerja gila:
kerana hadi telah makan dedak
kerana pas telah terima dedak
kerana pas bukan lagi mahu
jatuhkan najib dan gerombolan
kerana hadi kini jadi penasehat najib
parti pas kini menjadi ajen
untuk memastikan parti ketuanan melayu
terus menang dan terus berkuasa
selagi hadi menjadi presiden pas
mustahil akan ada kerjasama
ini bukan pasal ego
jika pun PAS PKR DAP AMANAH
telah membuat satu persetujuan bersama
bila keluar dari bilik mesyuarat
hadi akan bukan pekaran lain
ini hadi sosok yang telah hilang pendirian
ini telah berlaku berkali kali
NOTA:
sila baca AMANAT HAJI HADI
dan lihat perangai dan kenyataan
hadi ahri ini
‘PKR, DAP, PAS perlu kembali ke meja rundingan’
PAS kini keseorangan dan bersekutu dengan parti Ikatan yang tak teruji, masih baru dan tidak ada kekuatan di Parlimen.
KUALA LUMPUR: PKR dan DAP perlu membuang ego dan kembali berunding dengan PAS bagi membentuk gabungan baharu sepertimana Pakatan Rakyat, sekiranya mereka mahu menguburkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, menurut seorang pemerhati politik.
“PKR dan DAP perlu melakukan rundingan dari hati ke hati dan sanggup berkompromi dengan PAS sekiranya tak mahu perkara ini berlaku (BN kekal memerintah).
“DAP perlu melenturkan sikap yang dilihat PAS sebagai agak keterlaluan untuk PAS terus menjalinkan hubungan dengan DAP,” kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
WOIT
KALAU PAS DIBAWAH
TUAN IBRAHIM
ITU LAIN CERITA
ITU CERITA BARU
FILEM GERMAN
-----------