Isnin, 11 November 2024
WAN SAIFUL TAK FAHAM POLITIK
WAN SAIFUL
TAK FAHAM
POLITIK
VINCENT TAN INI MEMANG
DALAM POLITIK
DIA SEBAHAGIAN
DARI DAULAH TERPENDAM
VINCENT PEMAIN POLITIK
TERUNGGUL
DALAM TANAH MELAYU
MASA MADEY DIA SOKONG MADEY
MASA MUHYIDIN DAI SOKONG ZURAIDAH
MASA ANWAR DIA SOKONG ANWAR
INILAH SOSOK SEBENAR
DI BELAKANG KUASA
DALAM MALAYSIA
SAPA NAIK SAPA TURUN
DALAM KERAJAAN
WAJIB DISOKONG VINCENT TAN
FAKTA INI WAN SAIFUL
TAK FAHAM
HAJIJI TAK SELAMAT - SABAH BERGOLAK
KM Sabah Hajiji jadi tumpuan skandal rasuah yang bakal didedahkan
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, dipercayai kini menjadi tumpuan sebuah skandal rasuah membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), gabungan yang dipengerusikannya yang tidak sehaluan dengan pemimpin Umno negeri, MalaysiaNow difahamkan.
Ia susulan sebuah kempen dilancarkan menerusi laman berita dan media sosial berkenaan skandal rasuah RM4 juta melibatkan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), di samping dakwaan terdapat klip video dan tangkap layar pesanan teks menunjukkan mereka membuat pengakuan menerima rasuah.
Bukti-bukti itu didakwa disimpan seorang pemberi maklumat yang enggan dinamakan, yang mendakwa dia hanya akan mendedahkan butiran lanjut dengan syarat mendapat perlindungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
MalaysiaNow telah menghubungi Hajiji dan pembantunya tetapi masih belum mendapatkan respon ketika laporan ini diterbitkan.
Sementara itu, seorang penyiasat kanan SPRM memberitahu MalaysiaNow, cara kes itu sedang digembar gemburkan menimbulkan keraguan, sambil menambah badan antirasuah itu sepatutnya melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu tanpa perlu mengenal pasti pemberi maklumat.
"Kebimbangan pemberi maklumat itu tidak relevan, apa yang lebih penting ialah dia ada bukti dan itu sudah memadai bagi SPRM melancarkan siasatan serta merta."
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa pemberi maklumat tersebut telah menghubungi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan jaminan perlindungan mengenai perkara itu.
"Anak guam kami mempunyai bukti kukuh, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dengan YB (Adun) terbabit, dokumen dan klip video HD (definisi tinggi) yang mana YB mengaku menerima rasuah," Malaysiakini memetik peguam pemberi maklumat itu dalam sepucuk surat kepada Anwar.
"Untuk makluman, anak guam kami bersedia menjadi pengadu dalam kes ini, menyerahkan bukti dan menjadi saksi SPRM,” menurut surat itu.
Sementara itu, sumber yang sama mempersoalkan keengganan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk memberikan jaminan bertulis melindungi pemberi maklumat itu daripada pendakwaan atau tindakan undang-undang sebagai pertukaran kepada maklumat itu.
"Azam terikat dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan tidak ada keperluan mendapatkan sebarang jaminan lanjut.
"Dalam keadaan biasa, bukti yang ada sepatutnya sudah dapat memulakan siasatan di mana SPRM boleh menahan atau menyoal ahli politik yang terbabit," tambah sumber itu.
Gabungan GRS dipengerusikan Hajiji terdiri daripada lapan parti politik, termasuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), di mana beliau merupakan presiden.
GRS, yang pada asalnya dianggotai Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah dan beberapa Adun bebas, memenangi pilihan raya negeri 2020 yang diadakan pada kemuncak pandemik Covid-19.
Sebulan selepas pilihan raya umum 2022, di mana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentuk kerajaan persekutuan, Hajiji mengumumkan keluar Bersatu Sabah, yang merupakan sebahagian daripada GRS.
Sebaliknya, beliau dan Adun partinya mengumumkan mereka masih sebahagian daripada GRS menerusi keahlian secara langsung kepada gabungan itu.
Pada Januari 2023, 13 Adun Umno Sabah menarik balik sokongan kepadanya, menyebabkan beliau hilang majoriti DUN. Hajiji kemudian mengumumkan mengambil alih PGRS, dan membawa parti itu ke dalam GRS untuk kekal berkuasa.
POLITIK SABAH
TERUS BERGOLAK
JENG JENG JENG
PRU SABAH
TAK LAMA LAGI
JENG JENG JENG
APAKAH SABAH
AKAN KELUAR DARI
PAKATAN ?
JENG JENG JENG
ATAU KELUAR
TERUS DARI
MALAYSIA
KHALAS
TEMPAT AMAT MENARIK
JIM serbu bistro tawar GRO Thailand yang boleh dibawa pulang
JOHOR BAHRU – Dua pusat hiburan dan bistro di Taman Mount Austin di sini dikesan menawarkan pakej gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand untuk menemani lelaki minum dengan harga serendah RM50.
Bukan itu sahaja premis terbabit turut didakwa menawarkan GRO yang dilanggan boleh dibawa pulang dengan harga sangat berpatutan iaitu sehingga RM800.
Bagaimanapun katanya, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Gegar pukul 1.30 pagi pada Sabtu lalu.
“Dalam serbuan itu seramai 36 wanita Thailand berusia diberkas dipercayai dieksploitasi untuk tujuan aktiviti persundalan.
“Turut diberkas tiga lelaki warga Myanmar serta masing-masing seorang lelaki warga Laos dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, semua GRO dan lelaki warga asing yang ditahan tersebut berusia 21 hingga 47 tahun.
Mohd Rusdi berkata, selain itu, tiga lelaki warga tempatan yang terdiri daripada pemilik premis dan penjaga berusia antara 19 hingga 52 tahun turut ditahan.
Hasil siasatan awal ujarnya, mendapati warga asing itu memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) sebagai pelancong namun menyalahgunakan kemudahan yang diberi itu.
GRO warga asing itu katanya, dipercayai menggunakan nama samaran untuk mengaburi mata penguatkuasa tetapi taktik mereka berjaya dikesan dengan pelbagai bukti yang ditemui di premis tersebut.
Beliau memberitahu, semua warga asing yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.
Mereka turut disiasat bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS).
Sementara tiga warga tempatan yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), katanya.
Tambahnya, sembilan notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan oleh JIM bagi membantu siasatan.
“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.-
WOIT
INI BISTRO
MENARIK
KAH KAH KAH
800RM KIRA
BAJET OK
AMIN
TAK PERLU PERGI
DANOK
AMIN
TAK PERLU LINTAS
PADANG BESAR
KAH KAH KAH
BAWA PULANG
UNTUK BERAPA
HARI ?
KAH KAH KAH
AMIN
LAUTAN SUNDA - WILAYAH PERANG ?
China tegas mempertahankan hak di Laut China Selatan, bantah tuntutan Filipina
BEIJING: China menyatakan bantahan terhadap langkah Filipina menggubal undang-undang untuk menetapkan hak maritim negaranya di Laut China Selatan yang dipertikaikan.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, menandatangani dua undang-undang pada Jumaat untuk menetapkan hak maritim negara itu serta menggariskan laluan laut dan udara bagi 'memperkukuhkan kedaulatan'.
Kementerian Luar China pada Ahad menyatakan bahawa pihaknya 'tegas menentang langkah itu dan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu mengikut undang-undang bagi mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim negara'.
Beijing mendakwa kedaulatan hampir di keseluruhan Laut China Selatan, termasuk kawasan yang turut dituntut oleh Filipina, Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam.
Pada 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague menolak tuntutan meluas China dalam kes yang dibawa oleh Manila, namun China menolak keputusan itu. Amerika Syarikat (AS), sebagai sekutu Filipina, menyokong keputusan mahkamah tersebut.
Dalam kenyataan kementerian itu, China menetapkan asas 'perairan wilayah' di sekitar Beting Scarborough, yang dituntut sebagai wilayahnya dan dipanggil Pulau Huangyan.
Terumbu itu adalah titik utama pertikaian berkaitan hak kedaulatan dan hak menangkap ikan.
China meluluskan beberapa undang-undang domestik berkaitan Laut China Selatan, termasuk undang-undang pengawal pantai pada 2021 yang membenarkannya menahan warga asing yang disyaki menceroboh.
Dengan armada kapal pengawal pantainya, Beijing kerap menuduh kapal-kapal menceroboh kawasan Laut China Selatan yang berada dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) negara-negara jirannya dan telah kerap berkonflik dengan Filipina dalam tempoh setahun ini.
Pengawal pantai China mengeluarkan kenyataan pada Ahad bahawa Filipina kerap menghantar kapal perang serta pesawat ketenteraan untuk 'menceroboh' perairan dan ruang udara berhampiran Terumbu Scarborough, dan menuduh Manila menggalakkan 'penangkapan ikan haram' di kawasan tersebut.
Pada Ogos sahaja, kedua-dua negara melaporkan enam pertembungan di udara dan laut di laluan perairan yang dipertikaikan itu.
Ketegangan yang semakin memuncak ini berisiko melibatkan AS yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina.
AS berjanji untuk membantu Manila sekiranya berlaku sebarang serangan bersenjata oleh pihak ketiga terhadap tentera Filipina, termasuk anggota pengawal pantai, pesawat atau kapal awam 'di mana-mana sahaja' di Laut China Selatan. - AGENSI
KAWASAN
LAUT SUNDA
MAKIN JADI
HANGAT & TEGANG
AMIN
KITA TENGOK
NANTI APAKAH
DAP DAN CHINA
DI MALAYSIA
AKAN SOKONG
SAPA?
JENG JENG JENG
KHALAS
ANWAR BUKAN ROBIN HOOD
ANWAR BUKAN
ROBIN HOOD
AMIN
ANWAR IBRAHIM
ROBIN BUTT
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"SAPA ROBIN HOOD"
Sapa cakap dia Robin hood? Dia Hobin butt....hahaha
CHINA MERAH LESAP 1.2 JUTA DATA KDN SENDIRI
DATA 1.2 JUTA
CHINA LESAP
DATA KDN SENDIRI
AMIN
Unknown commented on
"BAJU NAMPAK BULU BURIT"
Kerakyatan warga China: ‘Bukan sahaja maklumat tersasar, tapi sudah jadi fitnah’
Unknown commented on
"BAJU NAMPAK BULU BURIT"
KDN nafi dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia
Unknown commented on
"BAJU NAMPAK BULU BURIT"
gua selalu tengok pornstar pakai baju jala ikan ni.. entah kenapa gua tak stim langsung.. gua prefer tak yah pakai langsung..
Unknown commented on
"BAJU NAMPAK BULU BURIT"
Satu lagi tempat nikmat hancus dikacau kah kah kah mana nak cari nikmat lagi, semua dikacau tetapi mereka bagi masuk beribu sampai negara dipenuhi pendatang haram jangan cakap pendatang tanpa izin sebabnya mereka haram dan sindiket bekerjasama secara baik dengan kerjasama agensi penguatkuasa kah kah kah, yang bayar lepas yang tak bayar tangkap kacau sampai ada bayaran masuk ini mo sekeliling kita diketahui difahami tetapi sebab orang kita apa saja akan jadi halal kah kah kah
INI CARA MADANON KUMPUL DUIT
INI CARA
MADANON
KUMPUL DUIT
UNTUK PARTI &
UNTUK DIRI SENDIRI
KHALAS
Unknown commented on
"RAJA KENA PUKEE MAK"
berselindung dengan "tender terbuka", "pemilihan yang telus", "mengikut standard pemilihan kontraktor yang ketat" semua lanchau.
walhal di belakang sudah kawtim siapa yang akan dapat.
menipu melayu dari sejak merdeka sampai ke kiamat. amen
TRUMP JADI PRESIDEN SEKALI LAGI
DONALD TRUMP
JADI PRESIDEN
SEKALI LAGI
Mengundi pemilihan Presiden Amerika berlaku pada Selasa 5 November 2024. Di Amerika hari Selasa - kita di Malaysia dah masuk hari Rabu. Keputusan muktamad kita ketahui pada hari Khamis.
Bila saya menulis pada hari Khamis keputusan ialah Donald Trump dari Parti Republikan mendapat 295 undi negeri dan 226 untuk Kamala Harris dari Parti Demokrat. Ini keputusan 49 dari 51 negeri di Amerika.
Kamala mendapat 67,919,116 undi popular atau 48%. Manakala Trump mendapat 72,615,305 atau 51%.
Keputusan ini memenangkan Donald Trump untuk jadi Presiden Amerika ke 47. Kamala Harris telah mengucap tahniah dan menerima kekalahan. Presiden Biden juga memberi ucapan yang sama.
Dalam pemilihan 2024 kali ini Parti Republikan juga menang di kedua-dua Dewan Kongres – Lower dan Upper House.
Ini bermakna Parti Republikan tapau semua punca kuasa di Amerika. Ini bermakna Trump menjadi amat kukuh sebagai Presiden kerana semua punca kuasa kini dimiliki oleh Parti Republikan. Amin.
Seyogia diingatkan bahawa sosok yang bernama Donald Trump ini masih berhadapan dengan 4 pertuduhan jenayah dan 34 pertuduhan penipuan dalam hal perniagaan. Ketika menjadi Presiden kali pertama (2016-2020) - Trump mahu di pecat sebanyak dua kali.
Jangan lupa fakta ini : sebelum menceburi politik Trump adalah ahli perniagaan. Dia pernah berhadapan dengan 4000 kes dakwaan yang bersangkutan bil yang tidak dibayar, tipu jual beli dan tipu ijazah universiti.
Hebat sosok ini. Tetapi kenapa rakyat Amerika secara beramai-ramai mahu sosok ini menjadi Presiden sekali lagi. Malah ketika pemilihan tahun 2020 Trump enggan menerima kekalahan. Dia menuduh Biden dan Parti Demokrat telah menipu undi. Hebat sosok ini.
Pandangan politikus dunia terhadap Trump pada satu ketika dulu agak mencurigakan.
Justeru kita membaca tweet Perdana Menteri Keir Starmer dari UK : Apabila penunjuk perasaan pro-Trump menyerang bangunan Capitol pada Januari 2021, Starmer menulis tweet: "Ini bukan 'penunjuk perasaan' - ini serangan langsung ke atas demokrasi dan penggubal undang-undang yang melaksanakan kehendak rakyat Amerika."
Yang berdemo adalah penyokong Trump. Mereka memecah masuk ke dalam Dewan Capitol. Dewan ini sama seperti Dewan Parlimen kita.
Pada Selasa 5 November Starmer mengalih kemudi dan terus mengucap tahniah kepada Trump dan berharap Amerika dan UK dan terus bekerja sama. Kah kah kah.
Ucapan tahniah juga sampai dari Macron di Paris, dari Modi di New Delhi, dari Olf Sholf di German.
Perdana Menteri Hungary Viktor Orbán menulis dalam media sosial “Selamat pagi, Hungary! Menuju kemenangan yang indah,”.
Orbán sekutu garis kanan Trump yang lama di Eropah. Dia menganggap Trump ini mati hidup kembali. Pandangan Orban ini adalah pandangan semua pemimpin parti politik garis kanan di Eropah termasuk Meloni dari Itali.
Netanyahu yang sedang berperang di Gaza dan Lebanon menganggap Trump sebagai "kemunculan semula terbesar dalam sejarah!". Netanyahu meramalkan "komitmen semula yang kuat" kepada pakatan Amerika -Israel.
Gendang perang juga telah di pukul oleh Mark Rutte Setiausaha Agong NATO bekas Perdana Menteri Belanda.
“ Saya mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Saya berharap dapat bekerjasama dengannya sekali lagi untuk memajukan keamanan melalui kekuatan melalui NATO.
Saya melihat NATO menghadapi semakin banyak cabaran di peringkat global, daripada Rusia yang lebih agresif, kepada keganasan, kepada persaingan strategik dengan China, serta peningkatan penjajaran China, Rusia, Korea Utara dan Iran.”
Satu ketika dulu NATO bertelagah dengan Trump. Bertelagah kerana Trump mahu 31 anggota yang lain wajib bersama keluar duit untuk membiayai bajet NATO.
Dalam semua ucapan ini ada satu sosok yang semakin terdesak. Sosok ini ialah Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. Dia dilapur menalipon dan mengucap tahniah pada Trump.
"Saya menghargai komitmen Presiden Trump terhadap pendekatan 'keamanan melalui kekuatan' dalam hal ehwal global," tulis presiden Ukraine ini dalam sosial media.
Sama seperti Netanyahu Presiden Zelensky juga bergantung nafas dengan Amerika. Tanpa bantuan dolar dan peluru dari Amerika perang Ukraine dan perang Gaza ini telah lama tamat.
Hakikatnya pada ketika ini dua sosok yang mewakili dua perang ini sedang berdebar-debar menunggu apa yang akan dilakukan oleh Presiden Amerika ke 47.
Saya sendiri penyokong tegar Trump. Saya gembira apabila Trump menang. Saya penganut garis kiri akan dianggap pelik dan belot kerana menyokong Trump dari garis kanan. Apakah ini satu kontradiksi? Apakah ini satu kejulingan politik?
Tidak. Saya memiliki hujah untuk mempertahan garis politik yang saya pegang. Untuk saya sistem dua parti di Amerika ini sama seperti memilih Coca Cola atau Pepsi Cola. Tidak ada beza. Kedua-dua kompeni milik syarikat kaum pemodal Zionis.
Arwah Presiden Cuba Castro (1926-2016) ditanya mengenai pilihan raya Amerika tahun 1960, calon mana yang lebih disukainya, Nixon atau Kennedy?
Castro menjawab: "Ia seperti membandingkan dua kasut yang dipakai oleh orang yang sama. Amerika hanya ditadbir oleh satu parti, iaitu parti Zionis, dan ia mempunyai dua sayap: Sayap Republikan mewakili kuasa Zionis yang melampau, dan sayap Demokrat mewakili kuasa Zionis yang lebih lembut. Tidak ada perbezaan dalam matlamat dan strategi. Walau bagaimanapun, cara dan alat berbeza sedikit untuk memberikan setiap presiden rasa keunikan dan ruang untuk bergerak. “
Saya amat bersetuju dengan pandangan arwah Fidel Castro ini tentang parti politik Amerika. Satu pandangan yang tepat benar dan sahih.
Untuk saya apa yang menarik dan menonjol dalam pemilihan tahun 2024 ini ialah peranan media. Hampir ke semua stesen TV dan media cetak arus perdana di Amerika dan di Eropah memperlekehkan Donald Trump.
Media liberal dari London , dari Paris atau dari Berlin semuanya menganggap Trump ini tidak layak menjadi Presiden Amerika. Donald ini membawa bahaya jika menjadi sosok paling kuat dalam dunia hari ini.
Trump dianggap rasis kerana Trump mahu semua pendatang haram di Amerika di hantar pulang. Trump dianggap sexist kerana banyak kes Trump mengomol, meraba kopek dan celah kangkang wanita yang cantik jelita.
Trump telah di saman oleh beberapa wanita termasuk oleh seorang bekas pelakon filem porno.
Hanya satu lapikkan dari semua laporan ini . Media-media ini hanya tidak menuduh Donald Trump ini gila sasau dan wajib dikurung.
Malah dua hari sebelum hari mengundi akhbar The Guardian telah memaparkan di muka hadapan gambar Trump bersama dengan Jeffrey Epstein.
Jeffrey Epstein (1953-2019) yang dilapur mati membunuh diri dalam penjara ialah seorang jutawan ahli perniagaan, juga bapak ayam dan pengedar sex bawah umur – pedofil.
Tujuan berita ini ialah untuk memburukan watak Donald Trump yang berkawan baik dengan bapak ayam. Membayang-banyakan kemungkinan Trump juga peminat gadis bawah umur.
Saya adalah pembeli pembaca setia akhbar The Guardian ini semenjak saya bermukim di London. Di Kuala Lumpur saya membaca melalui Internet. Saya anggap akhbar ini liberal dan demokratik. Tetapi dalam hal Trump ini saya dapati The Guardian juga hampir sama garis dengan akhbar lain.
Satelah Trump diumumkan menang - saya telah menerima surat dari akhbar ini : Congratulations on being one of our top readers globally – you've read 1310 articles in the last year.... Tahniah kerana menjadi salah seorang pembaca terbaik kami di seluruh dunia – anda telah membaca 1310 artikel pada tahun lepas.
Penjenayah yang disabitkan kesalahan Donald Trump akan berkhidmat untuk penggal kedua sebagai presiden Amerika Syarikat. Ini adalah satu lagi detik yang mengejutkan bagi Amerika dan seluruh dunia.
Seperti yang kita lakukan pada 2016, Guardian akan menyahut cabaran untuk mempertanggungjawabkan pentadbiran Trump kerana ia menyerang norma demokrasi dan mengancam kesihatan planet ini.
Bolehkah anda membantu kami mencabar autoritarianisme, berdiri untuk akhbar bebas dan mendedahkan langkah-langkah yang akan membahayakan generasi akan datang? ( Ini isi surat yang saya terima).
Saya faham akan permintaan akhbar ini. Tetapi The Guardian ini tidak memahami sikap saya sebagai seorang aktivis penganut fahaman kiri dari Dunia Ketiga.
Saya bukan tidak memahami atau tidak menyedari siapa Donald Trump. Sama seperti Fidel Castro saya juga menganggap Amerika adalah musuh rakyat sedunia. Donald Trump mewakili kepentingan kaum kapitalis dunia. Mempertahan dan mengembangkan industri senjata. Mengancam alam sekitar dunia. Donald Trump bukan Lebai Sudin yang tinggal di belakang kampung saya.
Donald Trump ini orang jahat.
Kalau Trump orang jahat kenapa sokong dia?
Jawabnya mudah. Saya mahu Trump yang kasar lucah dan rasis ini akan mengharukan dunia. Saya mahu melihat dalam masa empat tahun ini Trump dalam kegilaannya akan memporak perandakan sistem ekonomi kapitalis yang sedia wujud. Saya mahu Trump seorang bilionair akan mengganggu gugat sistem kewangan di Wall Street. Saya mahu melihat Amerika bergaduh dengan China Merah.
Saya mahu melihat Trump membantu Zionis Israel menyerang Palestin. Saya mahu melihat perang di Timur Tengah merebak ke Iran, Saudi, Jordan dan Mesir. Saya mahu Trump menaikkan kemarahan dunia Arab dan dunia Islam yang pada ketika ini berpura-pura menyokong Palestin.
Paling penting saya mahu melihat warga Arab di Mesir , Jordan dan Saudi turun ke jalan raya menjatuhkan rejim yang ada sekarang.
Dengan kasar Trump akan menelanjangkan dasar imperialis Amerika ke mata dunia. Trump akan menunjukkan taring sistem ekonomi kapitalis. Tidak berlapik, tidak berselindung di bawah payung demokrasi, tidak berkhutbah tentang hak asasi manusia.
Empat tahun rejim Trump ini adalah rejim brutal dan ganas. Kita lihat dan nanti pasti ada banyak rejim-rejim dari Dunia Ketiga yang ganas dan jahat akan menjabat tangan dengan Trump.
Rejim dari negara Asean termasuk Malaysia akan ditelanjangkan sama oleh Donald Trump. Trump tidak dulak dalik putar alam. Trump tidak berselindung di belakang akhbar seperti The Guardian.
Kontradiksi rakyat dunia dengan sistem kapitalis global akan lebih tajam.
Apa yang wajib kita semua lakukan ketika menyambut Donald Trump ialah bersedia untuk menghumbankan rejim yang pura-pura demokratik walhal zalim dan ganas.
Pada 8 Disember 2023 agensi berita AP melaporkan yang Trump telah berkata jika berkuasa sekali lagi dia akan menjadi difaktor sehari pada hari pertama.
Warga dunia sedang menunggu kedatangan diktator ini. Saya juga mengalu-alukan Donald Trump dengan ucapan selamat menghuru harakan dunia. Amin (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW . COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/11/11/mengalu-alukan-trump-untuk-menghuru-harakan-dunia
Langgan:
Catatan (Atom)