Jumaat, 19 Disember 2014

TURUN BERDEMO 31 DISEMBER




KOMENTAR

jadikan jalan raya
wadah politik anak muda
jadikan jalan raya
pentas mengubah politik
jadikan jalan raya
sabagai jawapan tipu pilihan raya




NGO sasar 10,000 turun ke Dataran

Satu gabungan 15 NGO mensasarkan untuk menghimpunkan 10,000 orang pada malam sambutan ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.

Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berkata demikian selepas pelancaran risalah #Tuntut Harga Minyak RM1.90 di Masjid Negara petang ini.

Katanya, TURUN yang mengetuai gerakan itu juga akan meneruskan jelajah khususnya di Lembah Klang bagi menarik sokongan rakyat untuk turun bersama mereka untuk perhimpunan jam 9 malam itu.

"Di peringkat negeri, kita serahkan kepada (jawatankuasa peringkat) negeri. Kita sasarkan 10,000 rakyat akan turun pada malam tersebut," katanya.

Beliau berucap sewaktu mengumumkan pelancaran risalah itu di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat petang ini.

Selain TURUN, kempen itu juga digerakkan oleh Pemuda PAS, sayap pemuda PKR, AMK, Gamis dan juga PROTES.

Turut serta di pelancaran itu ialah Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dan juga wakil mahasiswa.
 
Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan sepatutnya menurunkan harga minyak dengan segera, memandangkan situasi harga minyak dunia semasa yang kini jatuh mendadak.
 
"Tak perlu tunggu enam bulan lagi baru nak turun.


TURUN 

BERDEMO

jangan tak turun





-----------

MELAWAN & MENGHASUT SANA SINI





MALAM INI


radio bangsar jam 9:00



PAGI SABTU

ymca brickfield

 MALAM 

31/12/14
dataran merdeka








------------

BERITA TER KINI TER NOW







BERITA

 EKONOMI

ketika  krisis ekonomi kapitalis tahun 2008
mangsa pertama ialah sebuah bank di UK
yang bernama NORTHERN ROCK
bank ini jatuh muflis apabila
penyimpan datang ingin mengelurakan duit

kali ini pada disember 2014
mangsa pertama  RED FORK ENERGY
sebuah syarkat cari gali minyak
di barat australia

mengikut laporan bloomberg
pada ketika ini syarikat-syarikat
cari gali minyak dan pasir minyak
sedang terhutang sebanyak 550 bilion dolar

NOTA
petronas juga
dikatan telah melabur dicanada
untuk mengali shale atau pasir minyak
saperti biasa kita tidak akan dengar berita
sahingga media luar melapor
'


------------

ROSMAH SUDAH LOHE







BILA SUDAH LOHE
Guna 'senjata rahsia' pada suami, kata Rosmah 2:43PM Dec 16, 2014 VIDEO Golongan perempuan patut menggunakan “senjata rahsia” masing-masing untuk mendapatkan apa yang mereka mahu daripada suami, kata isteri perdana menteri Rosmah Mansor. Beliau mencadangkan kaum hawa menggunakan “pendekatan lembut” dan kuasa memujuk.


 “Jangan minta banyak sangat. Jangan minta, saya mahu itu, saya mahu ini. Lelaki tidak suka, betul tak. “Jika dia nak bagi, dia akan bagi. Kita boleh bayangkan (mahu apa), tetapi jangan minta atau paksa mereka dapatkan untuk kamu. “Kamu boleh pujuk. Kita ada senjata rahsia, jadi gunakanlah sebaiknya,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin. Rosmah (atas) berkata demikian ketika berucap dalam pusat bantuan wanita dan nasihat guaman MCA, yang dikenali sebagai “LAWA”.

wa chaya sama lu lah memang akui senjata rahsia kak mah lebih hebat dari nuklear lebih hebat dari atom lebih hebat dari siku lebih hebat dari.kaki lebih hebat dari perut lebih hebat dari... on BERITA SAHEH DARI PARLIMEN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/16/14


------------

SATU LAGI BERITA BAIK








PTPTN
KUALA LUMPUR - Kurang dua minggu sahaja lagi masa yang tinggal buat 173,985 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum nama mereka tersenarai di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).


KAH KAH KAH

woit
ini berita baik
173,985 anak muda
akan membenci
parti ketuanan melayu
kalau dihasut baik baik
173,985 akan jadi
penentang gerombolan
hidup mereka disekasa
mereka dibebani hutang

NOTA:
jelas gamin
dah abis duit
semua duit kerajaan
habis digunakan rosmah

KAH KAH KAH

NOTA
tunjukkan kemarahan
datang berdemo


---------------

MEMIKUL BIAWAK HIDUP







KOMENTAR
sekarang jelas
najib hendak di terajang keluar
gantinya ialah muhyiddin

ada dua pekara timbul

1 - penjelasan sampai
2 - najib perlu dipertahankan

rosmah dan najib
adalah beban kepada
united malays national organistaion

rosmah dan najib  beban
kepada parti ketuanan melayu ini
ahli partiketuanan melayu
sedang memikul rosmah dan najib
bayangkan betapa beratnya
lebih berat dari memikul biawak hidup

ini bermakna rosmah dan najib 
adalah SENJATA kepada pakatan rakyat
lagi berat BEBAN ini 
lagi molek untuk pakatan rakyat

lagi berat ROSMAH lagi ringan kerja pakatan
lagi berat rosmah lagi senang buat kerja
lagi gila rosmah shopping lagi baik

kalau rosmah dan najib berjaya ditendang
muhyiddin menjadi ganti
maka pakatan rakyat akan susah

muhyiddin memiliki imej warak
anak tok guru
tidak ada skandal sex
isteri dilihat soleh 
isteri muhyiddin tidak gila SHOPPING

hasilnya: 
BERAT kerja pakatan rakyat






Pemimpin Umno cawangan mahu Muhyiddin ganti Najib, anggap Khairy angkuh


Pemimpin Umno cawangan Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, Najib Razak perlu berundur dari kedudukannya dalam parti serta sebagai perdana menteri agar ruang itu dapat diberikan kepada timbalannya,  Muhyiddin Yassin.
"Saya cadang timbalan perdana menteri ambil alih kedudukan Najib. Beliau lebih layak dan ini supaya dapat memberi nafas baru kepada parti," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Cadangan ini dibuat sebagai tambahan kepada surat terbuka Ketua Penerangan Umno cawangan Taman Chempaka, Pandan, sebelum ini yang menuntut supaya Najib berundur.
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno Taman Chempaka, Pandan, itu berkata beliau bebas menyuarakan pendapatnya menggunakan media sosial tanpa sekatan.
"Saya ikhlas apabila menyuarakan hal ini, saya rasa ia salah satu cara menarik perhatian pemimpin Umno. Saya bukan ahli majlis tertinggi juga bukan berada dalam Kabinet. Saya tidak ada akses untuk bercakap terus dan surat terbuka merupakan medium saya.
"Saya juga tidak mendapat apa-apa manfaat, tidak ada projek atau tender yang saya perlu jaga. Saya cuma ahli biasa, apa yang saya cakap adalah luahan dari hati yang bimbang dengan masalah parti," katanya.
Tambahnya lagi, gesaan mendesak Najib berundur bukan hanya datang daripada suara akar umbi, malah daripada pimpinan tertinggi sekalipun, seperti bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.
"Seperti saya nyatakan dalam surat terbuka, Najib perlu berundur kerana sudah menjadi liabiliti dalam parti, terlalu banyak isu seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau sepatutnya sebagai menteri kewangan menjawab isu tersebut, namun hanya bertindak mendiamkan diri," katanya.
Selain itu, Syed Rosli mengakui tidak gentar sekiranya Umno bertindak memecat atau menggantung keahlian beliau kerana kelantangannya itu.
Beliau berkata sekiranya parti itu bertindak menggantung atau memecatnya, ia membuktikan tiada kebebasan untuk ahlinya bersuara atau bercakap mengenai pemimpin.
"Saya ini lebih sayangkan parti daripada pemimpin dan andai kata saya dipecat, jadi perjuangan saya bersama Umno akan terhenti setakat ini, namun perjuangan saya bersama rakyat akan berterusan," katanya.

Dalam surat terbukanya, Syed Rosli menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.
Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu, mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti berteraskan bangsa Cina dan India.
Pada masa sama, Syed Rosli turut mencabar Najib membuat undian secara online, adakah khidmat perdana menteri itu masih diperlukan bagi membuktikan dakwaannya mengenai penolakan akar umbi.
"Selama ini Najib pegang jawatan tersebut tanpa bertanding, jadi saya cabar, adakah beliau berani secara terbuka mengadakan undian online dan saya jamin daripada situ kita tahu beliau diperlukan atau tidak," katanya. – 19 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-cawangan-mahu-muhyiddin-ganti-najib-anggap-khairy-angkuh#sthash.jqEYQDCN.dpuf

-----------

SYABAS WIRA PERKASA






Perkasa langgar syarat punca pertemuan dibatal

SHAH ALAM - Langgar syarat perjanjian antara punca mengapa Pemuda Pas Pusat membatalkan pertemuannya dengan Wira Perkasa pada saat akhir, semalam.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizat Kaiat berkata, beliau juga kesal apabila Wira Perkasa didakwa tidak memenuhi permintaannya untuk tidak melibatkan pihak media pada pertemuan itu.

"Bila saya kesan (maklumat bocor) pada malam itu (kelmarin), media sudah tahu pertemuan itu, bila saya dapat tahu, jadi saya tiada pilihan dan terus batalkan saja.

"Kita tidak mahu libatkan media, bukan sebab kita tidak percaya kepada pihak media, tetapi kita khuatir benda itu mudah disalahtafsirkan.



KAH KAH KAH

woit
biar betul berita ini
biar saheh berita ini
syabas wira perkasa
kalau TIDAK kerana
wira perkasa
satu dunia tak tahu
pemuda pas nak buat
kentut senyap-senyap
nak kahwin senyap 
nak entot senyap di golok

KAH KAH KAH





-------------

TENGKU FRAUD LAGI





Penjawat awam diingat tidak sebar 

dokumen  kerajaan di laman sosial 

Penjawat awam di negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat serta dokumen berkenaan kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan  Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).
Beliau berkata perkara tersebut tidak harus diambil ringan berikutan ia membabitkan kedaulatan dan keamanan masyarakat di negara ini.
"Sebagai penjawat awam kita diberi amanah dan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penjawat-awam-diingat-tidak-sebar-dokumen-kerajaan-di-laman-sosial#sthash.13izOY2E.dpuf

KAH KAH KAH

woit
tengku fraud lagi
memang digalakkan
pejawat awam
bocor kan  maklumat
kes rasuah negara
kes cukong rembat 
tanah orang kampong
kes bil kenduri tunang
anak rosmah yang
pakai duit kerajaan

inilah tugas suci
pejawat awam
berjuang untuk rakyat

KAH KAH KAH

-------------