Rabu, 15 November 2023

ZIONIS MULA MENYERANG HOSPITAL AL-SHIFA


SELASA KELMARIN

ZIONIS MULA

MENYERANG

HOSPITAL AL-SHIFA

AMIN

CONTOH TERBAIK GERBAN - GERILA BANDAR



CONTOH TERBAIK

GERBAN

GERILA BANDAR

AMIN

KEMPEN BOIKOT PRODUK PRO ZIONIS MAKIN MEREBAK



TURKI

KEMPEN BOIKOT

PRODUK PRO ZIONIS

MAKIN MEREBAK

AMIN

WAJIB BACA - DASAR LUAR KITA DENGAN AMERIKA


Malaysia-AS akan rangka pelan perkukuh hubungan 2 hala


SEJAJAR dengan usia Perkongsian Komprehensif Amerika Syarikat (AS)-Malaysia yang bakal mencecah usia sedekad pada 2024, kedua-dua negara kini merancang untuk merangka satu pelan praktikal menjelang tahun ini bagi memperkukuh lagi kerjasama berkenaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Tahun depan genap 10 tahun sejak Malaysia dan AS meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

“Kita akan merangka pelan praktikal menjelang akhir tahun ini bagi mengenal pasti bagaimana perkongsian ini dapat diperkukuhkan lagi untuk manfaat rakyat kedua-dua negara dan rantau terbabit secara lebih meluas,” kata beliau ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” (Persaingan Negara Kuasa Besar dan Peningkatan Ketegangan di Asia Pasifik) di University of California, Berkeley, dekat San Francisco, pada Rabu.

Berkongsi pandangan dengan 250 penuntut yang menghadiri sesi itu, perdana menteri berkata walaupun hubungan Malaysia-AS tidak mendapat perhatian sepertimana membabitkan China, Jepun atau pun Filipina, ia masih dianggap sebagai penting.


“Hubungan itu bukanlah satu pakatan mahu pun bersifat perbalahan dan ia dilihat seolah-olah ‘ditakdirkan’ untuk tidak menonjol atau jelas di mata ramai. Namun, berfikiran sedemikian sebaliknya boleh menjadi halangan kepada jalinan kerjasama serta sikap saling menghormati yang telah dibina oleh kedua-dua negara,” kata beliau.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata Malaysia menganggap hubungan strategik dengan AS sebagai penting untuk merancakkan lagi ekonomi serta kepentingan bagi keselamatan negara.

Malah, beliau menegaskan pendirian itu bersandarkan penilaian objektif, rasional serta kemungkinan penilaian utilitarian mengenai cara terbaik untuk memenuhi keperluan Malaysia di pentas global.

“Biaarlah fakta menjelaskannya - AS adalah antara pelabur asing terbesar Malaysia dengan nilai pelaburan yang diikrar pada tahun ini mencecah lebih AS$100 bilion (AS$1=RM4.72) dan merentasi sektor pembuatan, perkhidmatan dan digital. Jumlah itu mungkin lebih rendah memandangkan banyak firma AS yang bertindak menyalurkan pelaburan mereka menerusi anak-anak syarikat masing-masing di seluruh Asia dan Eropah.

“Pada masa sama, AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia manakala negara ini adalah pasaran eksport ke-17 terbesar bagi AS,” kata beliau.

Selain itu, kerjasama pertahanan dan keselamatan turut menjadi tunjang penting dalam hubungan Malaysia-AS yang lebih meluas, kata Anwar.

“Malaysia menjalankan lebih banyak latihan ketenteraan dua hala dan pelbagai hala dengan AS berbanding dengan mana-mana rakan lain iaitu masing-masing sebanyak 11 latihan dua hala dan lima pelbagai hala setiap tahun.

“Ini membantu dari segi membina kapasiti serta kesiapsiagaan pasukan masing-masing. Bagi tempoh 2018 hingga 2022 misalnya, bantuan keselamatan AS adalah melebihi AS$220 juta yang menyediakan aspek seperti peralatan, latihan dan sokongan penting lain,” kata beliau.

Kedua-dua negara turut terbabit dalam usaha bersama bagi meningkatkan keselamatan maritim dan memerangi ancaman transnasional seperti jenayah siber, keganasan, ekstremisme dan pengedaran dadah.

Kebimbangan terbabit melangkaui sempadan negara dan resolusinya, kata perdana menteri, memerlukan usaha kolaboratif yang memanfaatkan kapasiti secara kolektif.

Menyentuh ruang lingkup di luar hubungan keselamatan, beliau berkata Malaysia memainkan peranan sebagai rakan kongsi mantap untuk AS dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perubahan iklim, kesihatan awam selain usaha memperkasa kalangan masyarakat yang terpinggir. 

Tidak setakat itu, ribuan pelajar Malaysia turut mendaftar di universiti-universiti AS setiap tahun bagi mendapatkan pendidikan bertaraf dunia sebelum pulang ke tanah air untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Malaysia berminat manfaatkan IPEF

Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi penglibatan aktif Malaysia dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) diterajui AS yang memaparkan komitmennya terhadap usaha penyepaduan dan kerjasama ekonomi serantau.

“Sebagai negara yang terletak atau berada pada kedudukan strategik di Asia Tenggara, Malaysia melihat IPEF sebagai satu platform utama untuk meningkatkan perdagangan, memperkukuh rantaian bekalan, menggalakkan amalan lestari selain menyokong langkah-langkah antirasuah bersama negara-negara peserta yang lain,” katanya.

Bertitik tolak daripada itu, beliau berkata kerajaan Malaysia turut berminat untuk memanfaatkan IPEF bukan sahaja bagi memajukan kepentingan ekonominya sendiri, tetapi turut memberi sumbangan besar kepada pembangunan tonggak utama dalam rangka kerja itu.

Pada masa sama, Malaysia turut menawarkan kapasiti hebat sebagai rakan yang boleh diyakini dari segi teknologi-teknologi utama.

Perdana menteri berkata ini terbukti menerusi keupayaan Malaysia sebagai lokasi penempatan atau tumpuan syarikat multinasional teknologi terkemuka, terutamanya dalam bidang elektronik dan semikonduktor sejak lebih 50 tahun lepas.

“Malaysia berperanan penting dalam industri teknologi global dengan membekalkan 25% daripada komponen semikonduktor yang menjana permintaan teknologi AS,” kata beliau.

Jelas Anwar, sewaktu pandemik Covid-19 misalnya, usaha pengeluaran trak pikap F-150 yang juga model ikonik Ford, turut bergantung kepada keputusan Malaysia untuk menyambung semula operasi perindustriannya.

Beliau juga berkongsi fakta lain yang mana separuh daripada keseluruhan bahagian sayap komposit pesawat Boeing dan Airbus yang dibuat di Malaysia. 

“Kita juga menjadi pihak penting dalam rantaian bekalan teknologi perubatan dengan hampir 300 syarikat menggaji sebanyak 70,000 pekerja mahir,” kata beliau.

Selain itu, kata perdana menteri, syarikat-syarikat gergasi terkemuka seperti Intel, Infineon dan Amazon Web Services membuat pelaburan tambahan bernilai berbilion-bilion dalam usaha mengembangkan lagi kapasiti pengeluaran masing-masing yang serba canggih di Malaysia.

Angka pelaburan asing yang diluluskan pada suku pertama 2023 melonjak 67% tahun ke tahun dan mencecah lebih RM17 bilion. 

“Malaysia gigih dalam usaha merebut peluang dan pada masa sama menyampaikan hasilnya - cara ini membolehkan Malaysia menjadi bahagian penting dalam rantaian bekalan global membabitkan teknologi-teknologi kritikal,” kata beliau. – Bernama, 15 November, 2023.

INI DASAR

LUAR KITA

BERSANGKUTAN

DENGAN AMERIKA

AMIN

WAJIB BACA - DASAR KITA DENGAN AMERIKA DAN CHINA MERAH



Malaysia bukan condong kepada China, secara geografinya memang dekat, kata PM

MALAYSIA bukanlah sebuah negara yang condong ke arah China namun secara geografinya memang negara itu dekat dengan Malaysia dan menjadi rakan serta sekutu yang boleh dipercayai, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Amerika Syarikat juga sama pentingnya dan ia merupakan sekutu tradisional serta pelabur utama yang membantu memacu ekonomi Malaysia.

“Secara keseluruhannya Amerika Syarikat menjadi negara nombor satu dari segi jumlah pelaburan kami, tetapi China semakin hari semakin menjadi salah satu pelabur utama,” katanya pada sesi soal jawab di University of California, Berkeley di San Francisco semalam.

Professor dan Alan P.Bedford Endowed Chair, Pengarah Sains Politik, Berkeley APEC Study Center, Dr Vinod Aggarwal menjadi moderator pada sesi yang berlangsung selama kira-kira sejam itu.

“China adalah negara jiran Malaysia, negara yang penting dan matang dari segi kerancakan ekonominya dan kita akan mendapat manfaat besar sekiranya kita terus melibatkan diri dengannya,” kata Anwar.

“Jadi pandangan saya begini semasa kita perlu dengar negara-negara kuasa besar ini, mereka juga perlu terlibat dan dengar pandangan serta pendirian kita. Kita adalah sebuah ekonomi yang sedang dan pesat membangun, (dan) perlu melibakan diri serta membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk negara,”  katanya.

Mengenai peranan Malaysia atau Asean secara keseluruhannya di Laut China Selatan, Anwar yang berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30 berkata: “Asean ada membincangkan pendiriannya. Secara idealnya Asean perlu mengambil kedudukan serantau pelbagai hala dalam penglibatan dengan China.”

“… dalam peta yang gambarkan oleh China baru-baru ini, ada pertindihan di kawasan yang menjadi tuntutan, namun dalam persoalanan dengan China ini, Malaysia sebenarnya berjaya dari segi rundingan dengan pihak China,” katanya.

Anwar percaya bagi Malaysia, isu itu adalah lebih sukar dalam pertindihan tuntutan yang membabitkan negara Filipina dan Vietnam.

“Malaysia juga berunding dengan mereka tetapi kedudukan kami adalah untuk memastikan kita perlu menjadikan ia kekal sebagai masalah serantau. Jangan benarkan ia melibatkan negara lain, kerana itu akan memburukkan lagi krisis,” katanya.

“Penyelesaiannya sudah tentu adalah menerusi penglibatan diplomatik yang agresif dan yang sedang kita diteruskan, walaupun dalam Asean sendiri, seperti yang saya katakan, dengan Filipina dan Vietnam, bersama-sama dengan Asean dan juga China,” katanya.

Ditanya mengenai apa kemungkinan yang bakal muncul hasil pertemuan dua hala dengan Presiden Joe Biden dan Xi Jinping dari China di luar mesyuarat (APEC), beliau berkata ia tidak boleh diketepikan sebagai wacana biasa.

“Mesyuarat itu diperhatikan, bukan sahaja oleh ekonomi anggota APEC tetapi juga dunia.

“Pertemuan itu (boleh menghasilkan beberapa) resolusi, tidak semestinya mengenai masalah perbalahan Gaza, Palestin atau Ukraine, Rusia,” katanya.

“Sekurang-kurangnya pelaburan perdagangan dan pemahaman tentang isu berkaitan ini akan membantu menanamkan lebih keyakinan kepada ekonomi yang diperlukan, bukan sahaja oleh Amerika Syarikat dan China tetapi juga kebanyakan  negara,” katanya.

Beliau berkata hubungan yang lebih baik antara China dan Amerika Syarikat bermakna manfaat yang besar kepada negara Asean, termasuk Malaysia. – Bernama, 15 November, 2023.


BAHAYA 

CHINA MERAH

DAN BAHAYA

AMERIKA ADALAH

SAMA

AMIN

DALAM POLITIK TIDAK ADA MUSUH TETAP

 

DALAM POLITIK

TAKDA MUSUH 

TETAP

YANG ADA

KEPENTINGAN

 TETAP

KHALAS

Rice commented on

 "MADEY GUNA PAKAI

 TEORI UNITED FRONT"


Hallo bro TT gua tanya lu sikit lu mesti jawap ,, Lu tengok ada tak org dalam dunia ni yg berani mengaku dia baru sudah berak atas

Tengah jalan, Tapi sekurang kurangnya TunM dalam usia 98tahun masih lagi hero berani berckp benar yg paling win mengaku mengunakan parti keramat DAP dalam erti kata lain kepala kepala DAP kena berak oleh TunM ,, lepas kena berak Tun M, stop the games and reset games,start beri semula kuasa pd melayu,, tapi zahid panas baru dapat bernafas dah mula buat kacau demi utk cikgu terseyang,, akhir nya rosak games,, TT kalau lu jadi zahid lu berani tak seperti TunM untuk berkata benar bahawa lu sedang memperguna kan DAP?lu guna kan ini lu guna kan itu utk kepentinga. lu dan anjing lu yg selalu lu post kan kat blog ni.? Lu jawap tau ,, gua tak mau lu sumpah

TUKAR STARBUCK JADI STARTUM



TUKAR STARBUCK

JADI STARTUM

KHALAS


Ricesaffron@gmail.com commented on 
"BOIKOT MEK DOGAL"

Hoiii kenapa tay boikot FB,, lu berani semua close account,,,
Ini tak payah keluar duit,
McD all the fast-food tak perlu perang baru nak boycot, siang siang lagi dah beri amaran mkn tak sihat,, ketom jadikan mcm starbuk atau ambil alih dr starbuck nama kan startom,, apa lu fikir tt

KEJAYAAN BRIGED AL QASSAM KELMARIN


KEJAYAAN

BRIGED AL QASSAM

KELMARIN

AMIN

KES BUNIUH KES CURI



KES BUNUH

KES CURI

KENA 12 TAHUN

AMIN


panglimo potaseh commented on 
"KES NAJIB BERAPA 
ORANG MATI DIBUNUH ?"

Kalau nak curik ikut cara Najib .. curik ratus puloh juta kono 12 tahun jo .. baru 15 bulan dah honggeh. Sadik curik sojuta jo kono 7 tahun dingan bontot di rembat dongan ekor pari. Paling Best Si Totok bak kato Kutti Kerala songlap ratus juta tapi masih bebas siap bikin mato Korea lagi.

HARI HARI AKHIR SAEKOR ZELENSKY



HARI HARI AKHIR

SAEKOR ZELENSKY

AMIN

Unknown commented on
 "TEL AVIV DISERANG LAGI"


SEBELUM ASKAR BERONTAK
DAN ZELENSKY MATI DIBUNUH
AMIN

sepatutnya dari awal wahid lagi dalam persidangan perjumpaan ketua2 turus tentera
dan angkatan bersenjata wajib timbang habis2 sebarang usul untuk ukraine masuk berperang.

bukannya membiarkan sebarang usul yang melibatkan nyawa rakyat terpacul daripada mulut saekor malaon celaka zelensky. usul yang meranapkan negara yang mengharu birukan dunia.

sekarang semua orang tanggung rugi atas saekor malaon celaka zelensky. apa kita nak buat?
nak heret dia ke penjara? nak jimatkan dia? sudah terlambat.

tapi tt kata betul. kesedaran sampai juga walaupun lambat

BERITA BAIK - YAMAN MASUK MENCELAH



BERITA BAIK

YAMAN MASUK

MENCELAH

AMIN

BOIKOT MEK DONAL BERJAYA !!!


Premis Starbucks, McDonald's terkesan gesaan boikot




PEKERJA tempatan di rangkaian kedai kopi Starbucks kini merasai kesan akibat gesaan boikot terhadap jenama yang didakwa mempunyai hubungan dengan Israel.

Barista tetap dan sementara melahirkan rasa kurang senang terhadap konflik berterusan di Gaza yang mungkin memberi kesan kepada kehidupan mereka di sini.

Serangan di Gaza oleh tentera Israel sejak sebulan lalu mengorbankan lebih 11,000 rakyat Palestin, majoritinya orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Serangan itu berlaku selepas beberapa siri serangan yang diselaraskan oleh kumpulan Palestin Hamas, dari Semenanjung Gaza ke kawasan sempadan di Israel, 7 Oktober. Laporan menyatakan lebih 1,200 warga Israel terbunuh dengan lebih 230 diculik.

Banyak kumpulan pro-Palestin tempatan menggesa boikot produk yang dikaitkan dengan perniagaan Israel. Mereka juga telah menganjurkan beberapa perhimpunan jalanan untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Starbucks adalah salah satu daripada banyak syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel walaupun dalam banyak kenyataan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Howard Schultz telah menafikan membiayai Tel Aviv. Starbucks mempunyai 365 cawangan di Malaysia.

Seorang barista sambilan di sebuah kedai Starbucks di Setia Alam, Selangor, berkata perang di Gaza telah memberi impak yang besar kepada jualan harian mereka.

Pelajar yang ingin dikenali sebagai Alya itu berkata, pekerja sambilan diarah bercuti kerana kekurangan jualan.

“Jualan harian kami biasanya antara RM13,000 dan RM15,000 sehari tetapi sejak dua minggu lalu ketika kemuncak ketegangan, jualan harian hanya RM7,000,” katanya.

Alya berkata, dia tidak pasti sama ada boikot itu yang menyebabkan penurunan jualan harian tetapi menegaskan bahawa pelanggan Melayu kurang berbanding sebelum ini.

“Saya rasa boleh jadi kerana seruan boikot. Pekerja sambilan diberitahu mereka diberi cuti kerana jualan tidak seperti biasa dan kurang orang,” katanya.

Seorang lagi pekerja Starbucks di Setia City Mall, juga di Selangor, berkongsi sentimen Alya.

Beliau berkata kini terdapat kurang pelanggan Melayu sejak konflik di Gaza bermula.

“Beberapa malam, kedai ini hampir kosong. Hanya beberapa orang yang masuk untuk minum kopi. Selebihnya adalah tempat duduk kosong. Saya tidak pernah melihat situasi seperti itu sebelum ini.”

Pekerja wanita yang enggan namanya didedahkan itu berharap keadaan kembali pulih tidak lama lagi.

“Saya memang faham keadaan sekarang, saya harap sesuatu boleh dilakukan dan ia tidak menjejaskan kami sebagai pekerja.

“Ramai yang bekerja sambilan adalah pelajar, jika mereka tidak boleh bekerja, mereka tidak boleh mendapatkan wang untuk biaya pelajaran mereka. Saya kesian dengan mereka,” tambahnya.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insight baru-baru ini, Pengerusi BDS Malaysia Prof Dr Nazari Ismail berkata rakyat Malaysia mesti memboikot syarikat dan jenama yang dikaitkan dengan Israel.

“Israel kini melakukan jenayah apartheid dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Memboikot Israel adalah jalan tanpa kekerasan yang boleh diikuti oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu,” katanya.

Mengenai boikot yang mungkin merugikan pekerja tempatan, Nazari berkata pengguna mempunyai hak untuk memilih.

“Pasukan pengurusan mesti merancang strategi untuk memastikan ia selaras dengan cita rasa, nilai moral dan emosi pengguna.”

Tinjauan di kedai Starbucks di tengah-tengah Kuala Lumpur membuktikan gesaan boikot mendapat sambutan.

Sebuah kedai di Avenue K yang terletak betul-betul di hadapan KLCC menyaksikan kurang daripada 10 orang berada di kedai kopi itu.

Bagaimanapun pengurus kedai itu enggan mengulas.

McDonalds Malaysia juga menghadapi situasi yang sama. Syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatannya dengan Israel tetapi tinjauan menunjukkan pelanggan kurang daripada biasa.

Gerbang Alaf Restaurants, yang memiliki McDonald’s Malaysia, dalam satu kenyataan berkata, mereka adalah firma tempatan yang 100% milik Muslim.

Ia juga berkata tindakan sebuah kedai McDonald’s di Israel menyediakan makanan kepada tentera Israel bukanlah keputusan global dan diluluskan oleh pengendali tempatan lain.

McDonald’s mempunyai 21,000 pekerja di 350 cawangan di Malaysia.

Seorang pengurus McDonald’s di Shah Alam mengakui boikot menjejaskan restoran makanan segera itu.

Pengurus itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, terdapat kejatuhan besar dalam perniagaan, terutamanya dalam kalangan pelanggan Melayu.

“Kami terpaksa memotong waktu bekerja kerana tidak ramai pelanggan terutama orang Melayu selepas konflik Gaza meletus.”

“Saya dengar di beberapa tempat, mereka kini beroperasi sehingga 2 pagi dan bukannya 24 jam,” kata pengurus itu.

Terdapat juga laporan mengenai kakitangan McDonald’s dilabel sebagai penyokong Yahudi dan menerima pelbagai cemuhan dan penghinaan.

Sebuah agensi PR yang diupah oleh Gerbang Alaf memberitahu The Malaysian Insight ia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gesaan boikot itu.
 – 15 November, 2023.

WOIT

TERUSKAN

BOIKOT

AMIN

JANGAN BENARKAN

DUIT BELI BURGER

JADI DUIT BELI

PELURU

AMIN

SATU DUNIA KEMPEN

BOLIT MEK DONAL

AMIN

KHALAS

NILAI RINGGIT JATUH LAGI


Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS 

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan para peniaga menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan lewat hari ini.

Data IHP itu akan menentukan hala tuju pasaran susulan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powel mengenai dasar monetari AS minggu lepas, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada  4.7165/7210 berbanding dolar AS 4.7065/7105 ketika ditutup pada Jumaat. Pasaran ditutup semalam berikutan cuti gantian Deepavali.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun pertemuan dijangkakan berlaku antara Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ia tidak membawa banyak sokongan untuk ringgit.

“Walaupun data ekonomi AS dijangka agak positif dan tidak dijangka bergerak melebihi konsensus pasaran, pelabur juga sedar sepenuhnya mengenai turun naik inflasi. Namun, jika ia berlaku lebih cepat daripada jangkaan, kita boleh melihat kedua-dua kenaikan kadar Fed secara tiba-tiba pada Disember dan Januari,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata harga gas asli Eropah kini menurun, dan berikutan Malaysia merupakan pengeksport besar komoditi itu, harga yang rendah boleh memberi kesan negatif kepada margin ringgit.

Pada penutup dagangan, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.1091/1123 daripada 3.1072/1101 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding euro kepada 5.0570/0619 daripada 5.0232/0275 sebelumnya, dan menurun berbanding pound Britain kepada 5.8032/8087 daripada 5.7480/7529.

Mata wang tempatan itu ditutup bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4675/4713 daripada 3.4599/4631 Jumaat lepas dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 300.4/300.9 daripada 299.8/300.2 sebelum itu.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada  13.0760/0946  daripada 13.1108/1267 pada penghujung minggu lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42. – Bernama, 14 November, 2023.


WOIT

JATUH LAGI

PASAI APA ?

AMIN

WAT IS DE

BEKOS

JENG JENG JENG

KHALAS

HAMAS MENJAWAB KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN ISRAEL DENGAN ROKET


HAMAS MENJAWAB

KENYATAAN MENTERI

PERTAHANAN ISRAEL 

DENGAN MEROKET

 TEL AVIV

KHALAS

AKTA IBRAHIM ALI JADI AKTA BADUIN


AKTA IBRAHIM ALI

JADI AKTA BADUIN

JENG JENG JENG

AMIN

Unknown commented on
 "TERUSKAN MENCUBA"

tt katak2 kini dah tak "lompat".. mkni kata "pindah".. kata dah jadi nomad.. mungkin kini kita kena gubal akta baru.. akta anti nomad law.. kah kah kah



APA PROJEK DATUK BOTAK


APA PROJEK

 DATUK BOTAK

AMIN

Unknown commented on
 "DATUK BOTAK BANYAK FULUS"

Kah kah entah nak cakap apa? Kalau baik sokong pun tak boleh, kalau jahat bantah pun tak boleh, kena ikut parti keputusan parti kepimpinan parti kah kah kah, kalau sokong maksud ada masuk, kalau tak sokong tak masuk begitulah pemikiran tahap orang-orang kita sekarang, semakin maju teknologi semakin mundur pemikiran dayus kah kah kah syurga kepala kena bagi tiket dahulu kah

DATUK BOTAK


DATUK BOTAK


RABU 15 NOVEMBER 2023
HEBOH PASAL DATUK BOTAK
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
SAPA DATUK BOTAK NI
KAH KAH KAH

PEMUDA PN TUDUH
DATUK BOTAK BELI
YB BERSATU
KAH KAH KAH

WOIT
NAK BELI BERAPA SEKILO
KAH KAH KAH

WOIT
KALAU BOLEH JUAL BELI YB
MENGAPA PN
TAK IKUT SAMA MENIAGA
MODAL JANGAN RISAU
PN ADA EMPAT NEGERI
PASTI ADA PROJEK
BOLEH BUAT MODAL

MADANI BELI YB
PERIKATAN PUN BELI YB
BARU POLITIK RANCAK
KAH KAH KAH

AMERIKA
INTEL AMERIKA BUAT LAPORAN
DI BAWAH HOSPITAL AL-SHIFA
IALAH PUSAT HAMAS
DAN JUGA PUSAT ISLAMIK JIHAD

GAZA
KUBUR BESAR DIGALI
UNTUK KEBUMIKAN BERAMAI-RAMAI
RATUSAN MANGSA BOM
DI AL-SHIFA

UKRAINE
PERANG DAH MASUK KE HARI 630
UKRAINE DAH ABIS ASKAR
KAH KAH KAH
TUNGGU NAK RUNTUH
SENJATA SAMPAI TAKDA SOLDADU
NAK GUNAKAN
KAH KAH KAH

SUARA DAN MEDIA ARUS PERDANA
AMERIKA MULA MENCADANGKAN
CARI JALAN DAMAI
SEBELUM UKRAINE
RUNTUH TERBARAI
SEBELUM ASKAR BERONTAK
DAN ZELENSKY MATI DIBUNUH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH SEGAR
HUJAN PETANG KELMARIN
BAWA KABUS NIPIS
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS

MATA HARI DAH KELUAR
CENGKERIK BERSIMPONI
BEBERAPA EKOR TIONG
MENCARI CACING ATAS JALAN
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU

HUJAN PANAS HUJAN PANAS
POKOK POKOK JADI GUMBIRA
BUNGA KEMBOJA
BUNGA RAYA 
BERKEMBANG INDAH

HARI INI AKAN PANAS
LIMPAHAN CAHAYA MATAHARI
DAH SAMPAI KE BALKONI GUA
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU
DENGAN SENYUMAN

BRO
JIKA LU DALAM GELAP
FOKUS MINDA LU
UNTUK MELIHAT CAHAYA

BRO
WAKTU  YANG LI NIKMATI 
DIHABISKAN UNTUK IMPIAN BUKAN
WAKTU YANG TERBUANG

BRO
LU WAJIB BANGGA DENGAN
APA YANG TELAH LU LAKUKAN
INGAT PERJUANGAN NYA

BRO
RASA DISPLIN ADALAH MOTIVASI
JIKA LU ADA MOTIVASI
DISPLIN AKAN DATANG
DENGAN SENDIRINYA

BRO
UNTUK LU MEMAHAMI
HATI DAN PIKIRAN
SESEORANG  JANGAN LIHAT
APA YANG TELAH DIA  CAPAI
TAPI LIHAT APA YANG DICITA CITAKAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BER RABU