Jumaat, 15 Mei 2020

KAMI YANG MISKIN








KAMI YANG MISKIN

BANGUN MELAWAN
 -----------------''




MUKRIZ DISOKONG RAKYAT





HOK INI

MU GI ROYAK

JO BEDUL

KAH KAH KAH


Depa nak ganti Mukhriz pasal politik, kata pengundi Kedah


GERAKAN menyingkirkan Muhkriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah tiada kena mengena dengan kepimpinannya menerajui negeri, kata pengundi, yang melihat perkembangan terkini minggu ini sebagai langkah politik semata-mata.

Pengundi di sekitar Kedah yang ditanya oleh The Malaysian Insight berkata arus perubahan politik di negeri itu minggu ini adalah kesan daripada perubahan politik di Putrajaya, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) diganti oleh Perikatan Nasional (PN) pada Mac lalu.

Pengundi, termasuk mereka yang menyokong PAS dan Umno, menganggap Mukhriz memainkan peranan yang baik sebagai menteri besar. 

Ahli perniagaan, Muhammad Farhan Ahmad, 33, berkata beliau menyambut baik bayang-bayang perubahan kerajaan di Kedah, yang akan diambil alih oleh Perikatan, sama seperti di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun berharap PN tidak mengamalkan sikap “politik dendam”, dengan tidak menyambung rancangan pembangunan negeri yang dimulakan oleh pentadbiran PH sejak dua tahun lalu.

“Politik dendam harus diketepikan demi kebaikan negeri. Dasar-dasar yang bagus patut dikekalkan sebab dalam keadaan kita berhadapan Covid-19, (politik dendam) sedikit sebanyak menimbulkan persepsi tidak elok pada rakyat.

“Mukhriz hilang kepercayaan daripada wakil rakyat bukan kerana kelemahan beliau. Sebagai Menteri Besar beliau tidak ada masalah. 

“Isunya ialah Mukhriz sedang menghadapi masalah dalaman PH. Rakyat semua tahu Bersatu juga berpecah belah,” katanya yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan Parlimen Pokok Sena. 

Angin perubahan dari Putrajaya

Seorang lagi pengundi Abu Bakar Habibullah, 28, turut berpendapat, kemarahan rakyat terhadap PH di peringkat nasional membawa angin perubahan ke Kedah.

Katanya, kerajaan PH campur Bersatu yang dibentuk di Kedah selepas pertukaran kerajaan di Putrajaya pada hujung Februari, tidak stabil.

“Kalau tak berlaku perubahan kerajaan negeri pun susah untuk melaksanakan agenda kerajaan negeri, dari awal nampak Mukhriz boleh hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri.

“Kerajaan PH di Kedah menjalankan agenda pembangunan negeri dengan baik tetapi di pusat, ramai orang Melayu merasakan mereka tidak berfungsi dengan baik  sebab banyak isu-isu perkauman timbul,” jelasnya.

Pada Isnin, ketua pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Mukhriz sudah hilang majoriti sokongan di Dewan Undangan Negeri setelah dua wakil rakyat PKR keluar PH untuk menyokong PN, sementara empat wakil rakyat Bersatu tidak lagi menyokong timbalan presiden parti mereka.

Sanusi berkata, 19 daripada 23 Adun setuju untuk membentuk kerajaan bersama di Kedah menggantikan pentadbiran bersama PH dan Bersatu.

Sejak perubahan politik di Putrajaya, PH dan Bersatu kekal sebagai kerajaan bersama di Kedah dengan 19 kerusi daripada 36 kerusi di Dewan Undangan Negeri, walaupun tidak lagi bersama dalam gabungan politik nasional.

Beringatlah, sekarang wabak Covid 19

Dalam pada itu, seorang pengundi di Gurun, Zunnasrin Zaidi, 23, berkata walaupun beliau menyokong kerajaan PN tetapi perubahan kerajaan tidak wajar dibuat dengan percaturan politik ketika negara sedang berhadapan wabak Covid-19.

“Keadaan satu negara tidak menentu akibat pandemik Covid 19. Rata-rata rakyat Kedah bukannya orang senang.

“Saya risau rakyat bertambah jemu dengan politik kerana mereka boleh bertukar kerajaan dalam waktu yang genting ini. Patutnya selepas berakhir perintah pergerakan baru kita cakap soal lompat parti dan sebagainya,” jelasnya.

Pekerja swasta, Ramachandran, 48, dari Kuala Muda juga berpendapat, amalan melompat parti adalah tindakan yang tidak demokratik.

“Mandat rakyat dicabuli sesuka hati. 

“Sebagai rakyat negeri Kedah, saya lihat pelbagai kemajuan telah dibawa ke negeri. 

“Kita akan rasa satu kehilangan besar sekiranya PH tidak lagi mentadbir Kedah,” jelasnya.

Mukhriz bagaimanapun semalam menegaskan beliau masih menteri besar yang sah dan sebarang usaha untuk mempertikaikan sokongan terhadapnya perlu dibuat melalui undi tidak percaya di dewan undangan negeri.

Katanya, sokongan itu dan pembentukan kerajaan tidak boleh ditentukan melalui sidang media pemimpin dan parti politik semata-mata.

Bukan luar biasa

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sekiranya Mukhriz tersingkir dari kerusi menteri besar kali ini, ia akan jadi kali yang kedua buatnya.

“Sepak terajang dalam politik itu biasa. Ada masa di atas, ada kala di bawah. 

“Tidak bererti pemimpin itu lemah. Malah semua ahli politik alami naik turun ini termasuklah Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu), Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu), Najib Razak (bekas Perdana Menteri) dan yang lain-lain.

“Mukhriz adalah mangsa keadaan dan percaturan politik semasa yang kadang-kadang luar jangkaan kerana perebutan kuasa,” jelas beliau.

Mukhriz letak jawatan menteri besar Kedah pada Februari 2016, ketika itu di bawah pentadbiran Barisan Nasional, selepas hilang kepercayaan majoriti Adun Umno.

Langkah politik terhadap Mukhriz dibuat selepas beliau lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Azizuddin melihat Mukhriz sukar menampilkan dirinya sebagai ahli politik yang berkaliber kerana dibayangi ayahnya, Dr. Mahathir.

“Mukhriz yang sebenar daripada segi kepimpinan mungkin masih belum muncul lagi,” jelasnya. – 14 Mei, 2020.


AWALWAHID

JO BEDUL

DAH SAILANG

NAK JADI 

MB KEDAH

INI SEJARAH

SELAMAT BERBUKA





PUASA KE 22
JUMAAT HARI INI
PANAS YANG PANAS
TAPI BERANGIN

GUA TERASA LETIH
MUNGKIN MALAM KELMARIN
GUA MAKAN KURENG

MALAM NI
MULA MALAM
TUNGGU
LAI LA TUL KADAR

ZAMAN KECIK DULU
SEMINGGU NAK RAYA
GUA DAH PASANG PELITA
MULA BUAT MERIAM BULUH
DAH KUMPUL DUIT
NAK BELI MERCUN

TAHUN INI
KERANA MAT KOBID SAMPAI
SEMUA BATAL

TAPI GUA ADA
BERITA BAIK
GUA DAH JATUH 2 KILO
KAH KAH KAH
GUA RASA LEPAS RAYA
GUA NAK TERUSKAN
PUASA SELANG SELI

PUASA BAIK
UNTUK KESEHATAN

PETANG NI
GUA BERBUKA BIASA
TAPI ADA KUEH MELAYU
KUEH GULUNG
YANG GUA SUKA
KAWAN BELI DI BRICKFEILD
DARI RESTORAN PUTERI

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT

KEADAAN BERTAMBAH BAIK






KEADAAN

BERTAMBAH 

BAIK



Lebih ramai pesakit Covid-19 pulih berbanding kes baharu



Hanya pegawai, kakitangan masjid dan jemaah tertentu dibenar solat Jumaat


PKPD di Selayang berakhir



TERUS

BERHATI HATI

BATAL PARLIMEN LANGKAH TAK BIJAK



DUA SOSOK

INDIA MINTA

PARLIMEN 

DI BATAL

LANGKAH TAK BIJAK

KENAPA TAKDA

NGO MELAYU

IKUT SAMA

Peguam dan aktivis kemuka saman batal sidang Parlimen 18 Mei


SATU tindakan undang-undang difailkan terhadap perdana menteri dan speaker Dewan Rakyat kerana menghadkan persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei hanya untuk titah diraja.

Permohonan itu dibuat oleh peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam yang mahu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan persidangan sehari pada Isnin ini sebagai tidak berpelembagaan.

Kengadharan memberitahu The Malaysian Insight bahawa permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau berkata tidak ada tarikh yang ditetapkan untuk mendengar permohonan itu.


“Kita akan tahu tidak lama lagi bila pemohonan itu akan didengar. 

“Kami mahukan pengisytiharaan bahawa persidangan itu tidak berperlembagaan.”

Mereka menamakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff sebagai defendan sambil menambah bahawa notis yang dikeluarkan kepada ahli Parlimen untuk mengehadkan persidangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam afidavit itu, mereka berkata tindakan itu telah menghalang pembentangan dan perdebatan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang diusulkan oleh beas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. – 15 Mei, 2020.


PEKARA BAIK

TAPI TAK FIKIR

JAUH

MUSUH AKAN

TIBAI INI 

DUA INDIA

NAK LAWAN 

KERAJAAN  MELAYU

HABIS CERITA

INI KELEMAHAN 

NGO MALAYSIA

TAK SENSITIF 

POLITIK

DAN GUNA

BAHASA 

INGGERIS

KHALAS

TEORI KARUT KENAPA PAKATAN JATUH









WOIT

PATUT LAMA

ILANG BUAT

TEORI BARU

KAH KAH KAH

INI BUKAN TEORI INI FAKTA
KENAPA PAKATAN RUNTUH
KERANA MADEY LETAK JAWATAN
KENAPA MADEY LETAK JAWATAN
KERANA YB NIK NAZMI TEKAN MADEY
KERANA OLD TAI
KERANA SAYED HUSIN
KERAN YB WILLIAM LIONG
KERANA YB DOLAH SANI
KENAPA SEMUA MALAON INI
 TEKAN MADEY
KERANA NAK ANWAR JADI PM
BAGAIMANA ANWAR NAK JADI PM
ANWAR TIPU DAP
ANWAR TIPU AMANAH
KLIM DIA ADA SOKONGAN UNDI
DALAM PARLIMEN

BILA MADEY LETAK JAWATAN
BERSATU GANTI MUHYIDDIN
KALAU TIDAK ANWAR MASUK
INI BAHAYA BESAR
KENAPA  RAMAI TAK SUKA 
ANWAR JADI PM

PAS TAK SUKA KERANA 
ANWAR  MAIN JANTAN
KENAPA UMNO TAK SUKA
KERANA ANWAR  MUSUH LAMA
KENAPA RAMAI ABIM TAK SUKA
KERANA ANWAR KAKI KENCING
KENAPA TT TAK SUKA
BAHAYA MALAYSIA KENA PAU

KENAPA DAP SOKONG ANWAR
KERANA   ANWAR SENANG DIPAU

 AMANAH
SOKONG ANWAR?
TAK SEMUA YB AMAMANH
SOKONG ANWAR 

KALAU MADEY TAK DITEKAN
BILA NAK BERHENTI
PAKATAN HARAPAN 
MASIH KERAJAAN

BETUL KOMUNIKASI PAKATAN PALAT
BETUL ADA MENTERI PAKATAN BEWOK
BETUL MELAYU BENCI DAP
BETUL MELAYU BENCI GUANG ENG
BETUL PEGAWAI KERAJAN 
MENYAMPAH DENGAN TONI PUA
TAPI
MADEY TAK AKAN JATUH

AKHIRNYA YANG JATUHKAN
 PAKATAN
IALAH PUNGUTAN SUARA
UNTUK AGONG
ANWAR TIPU DAP
' I HAVE 10 XTRA MP'
ANWAR TIPU AMANAH
AMANAH KENA KENCING

WARISAN
TAK SOKONG ANWAR

SARAWAK BENCI DAP
BILA DAP SOKONG ANWARA
SARAWAK LARI

INI BUKAN TEORI
INI FAKTA
TAK CAYA 
SILA TANYA
YB AMANAH

SILA TANYA 
YB PKR
=======================================================================

Komunikasi dan pengendalian ekonomi lemah punca Pakatan jatuh, kata ahli politik

KOMUNIKASI dan pengendalian ekonomi yang lemah menyebabkan Pakatan Harapan jatuh, kata ahli panel.

“Walaupun Pakatan sudah mencapai kejayaan seperti reformasi institusi dan penurunan had umur mengundi serta pendaftaran automatik pemilih, mereka juga gagal menandatangani beberapa konvensyen yang dijanjikan dalam manifestonya seperti Statut Rom kerana salah strategi,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu seminar online IDEAS hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata adalah satu yang mencabar untuk PH memenuhi manifestonya kerana sebilangan menteri tidak mempercayainya.

“Kami memberi tanggapan yang salah bahawa manifesto tidak dapat dilakukan dan ini berlaku di tangan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata mereka juga tidak menyelesaikan beberapa masalah ekonomi. – 15 Mei, 2020.


PADAN MUKA

JANGAN TIPU

RAKYAT LAGI

WOIT

APA JADI

DENGAN PLAN B

ADAKAH TEORI 

BARU INI

PLAN B

KAH KAH KAH



KOBID TAKUT DENGAN RATU SYABU







KOBID TAKUT

RATU SYABU
Dalam suasana Kobid ni ..alhem ..Nigri Serambi Mosko lah yang paling kureng terancham ..sebab memang dah misking pong ..dan sentiasa terbuai dengan ganja-ran selepas kiok nanti ..toqbeer
 on 
EKONOMI KAPITALIS 
NAZAK DISERANG KOBID
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 15/05/20

Al

ARAB PERLU YAHUDI JADI PEMIMPIN







ARAN PERLU

 YAHUDI

JADI PEMIMPIN

Keindahan Labanon terpapar bila gwa dengar irama 1OO1 night dendangan Beirut Symphony Orchestra pimpinan kondaktor Yahudi ..itu diawal 7Oan. Tapi sekarang Labanon dah hanchor dibawah slogan, Islam Tue Endah. Gwa cakap Lu ..Arab ni perlukan Yahudi utk bimbing mereka jadi manusia. 
Cam kita kok lah tak de kaum CINA ..di Pahang ada Tengku Wong ..Kelantan ada toke balak Tumasik ..Lembah Kelang ..Penang. Tu sebab Malikol ada girlfren cina ..gwa pun dulu ada girlfren cina, ia buat kita lebih RATIONAL.
 on 
BANGUN 
SUSUN LAWAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 15/05/20

A

TEORI BARU KEJATUHAN PAKATAN





TEORI BARU

KAH KAH KAH

Komunikasi dan pengendalian ekonomi lemah punca Pakatan jatuh, kata ahli politik


BERITA MENYUSUL


KES BODOH





INI KES BODOH

ORANG BIJAK

PINJAM DUIT

DI BANK

BUKAN 

DI FACEBOOK

2 lelaki rugi RM18,236.60 ditipu


DUA lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM18,236.60 kerana ditipu satu sindiket yang mengiklankan perkhidmatan pinjaman wang di Facebook, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dua lelaki masing-masing berusia 30-an itu pada mulanya berhasrat membuat pinjaman RM30,000 daripada pemberi pinjaman wang berkenaan tetapi mereka sebaliknya diminta membuat pelbagai bayaran, kononnya sebagai proses pinjaman, bayaran ansuran untuk sembilan bulan, bayaran tamatkan CTOS dan bayaran insurans.

PADAN MUKA

KAH KAH KAH

SAPA BODOH

MEMANG SELALU

KENA TIPU

KHALAS

PUDU JADI PENJARA LAGI






SAPA PULAK

DUDUK DISINI



Kawasan Pudu dipasang kawat duri


BERITA MENYUSUL


BUKAN POLITEKNIK TAPI POLITAK








BUKAN POLITEKNIK

TAPI POLITAK
Politikus sudah jadi Katak!! Sepatutnya katak-katak ini perlu didih oleh Tuanku. Lompat melaompat boleh jadi hanya dengan restu Sultan dan Raja. Dulu Sultan Perak, Sultan Johor. Sekarang Agong. Dan hari ini Sultan Kedah. Penjaga periok nasi Rakyat mengizinkan tikus hadi katak. Raja Facilitator!! 
on
 APA TITAH 
SULTAN KEDAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 15/05/20

D

TAHFIZ PUN DISERANG




KOBID 

TAK PEDULI

TAHFIZ KE 

TAKFUZ KE

TABLIGH KE

TER BALIK KE

SEMUA DIBAHAM


Trend kes positif Covid-19 tanpa gejala di madrasah membimbangkan – Dr Noor Hisham


PUTRAJAYA – Trend kenaikan kadar positif Covid-19 di madrasah membimbangkan kerana ia menunjukkan kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain dalam kalangan kumpulan ini semakin meningkat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, siasatan Kementerian Kesihatan mendapati 96 daripada 635 orang  atau 15.1 peratus yang dikesan positif Covid-19 tidak mempunyai sebarang gejala saluran pernafasan.

Katanya, keadaan itu boleh mengakibatkan penularan Covid-19 yang lebih meluas di kalangan ahli keluarga mereka dan juga masyarakat setempat, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil.

Sehubungan itu,beliau berkata, KKM telah membangunkan beberapa saranan sebagai pelan tindakan, iaitu pelajar madrasah dan pusat tahfiz yang sudah pulang ke rumah ibubapa atau penjaga, dimohon menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Klinik Kesihatan atau Hospital saringan berdekatan untuk menjalani persampelan ujian Covid-19.

Pelajar-pelajar yang belum pulang pula, katanya, diminta supaya kekal berada di madrasah atau pusat tahfiz, serta menghubungi PKD atau Klinik Kesihatan saringan terdekat agar dapat dijalankan aktiviti persampelan.

Beliau juga merayu pengurusan madrasah tampil menghubungi PKD berdekatan untuk memberi maklumat yang diperlukan berkaitan pelajar atau kakitangan di pusat masing-masing agar KKM boleh menjalankan tindakan pendekatan tertumpu yang berkaitan.

“Satakat ini salah satu kompilasi madrasah yang dikenal pasti ialah 370 madrasah dan 120 madrasah adalah berkait dengan jemaah tabligh yang mana sudah dikenal pasti telah dikunjungi jemaah tabligh lebih lima kali.

“Kita sedang giat menjalankan saringan ke atas 370 madrasah itu.

“Dalam pada itu kita difahamkan lebih 1,000 madrasah persendirian masih belum tampil menjalani ujian saringan Covid-19 dengan jabatan kasihatan dan kami seru golongan ini berhubung segera dengan pihak kesihatan daerah untuk tindakan lanjut.

“Malahan di 120 madrasah kita akan kesan pelajar-pelajar dia yang sudah pulang ke rumah dan yang masih duduk di madrasah termasuk ahli keluarga mereka untuk ujian saringan Covid-19,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini, seramai 19, 209 orang pelajar, guru dan kakitangan telah dikenal pasti dari sebanyak 370 buah madrasah dan pusat tahfiz di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 12,384 sampel telah diuji (iaitu 64.5 peratus) dan memperolehi keputusan saringan Covid-19.

“Hasilnya, 235 kes disahkan positif Covid-19 manakala 10, 755 kes negatif manakala sebanyak 994 kes masih menunggu keputusan ujian.

“Berdasarkan keputusan saringan ini, didapati kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 5.1 peratus dan jika dibandingkan dengan situasi pada satu (1) minggu lalu (7 Mei 2020), kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 4.4 peratus. .-MalaysiaGazette


PENDATANG 

HARAM HALAL

WARGA NEGARA

KAYA MISKIN

BERAGAMA

ATEIS GAY SAJAT

ITAM PUTEH

SEMUA DIBAHAM

VIRUS KOBID 

MENSAMARATA

DERAJAT MANUSIA

AMIN

PENJARA PUDU SEKALI LAGI






INI ADA KES

KOBID ATAU

KES PENDATANG


Kawasan Pudu dipasang kawat duri

KAWASAN sekitar Pudu diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan separa ketat, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim.

“Bukan lockdown (perintah berkurung) tetapi memperkemas dan memperkasa PKP tapi bukan PKP diperketatkan.

“Serupa macam kita buat di Pasar Raja Bot,” katanya ketika dihubungi.

Pasar Raja Bot baru-baru ini ditutup selama dua minggu bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan pengesanan kes Covid-19 di kawasan sekitar.

Kawasan Pudu diletakkan di bawah PKPD separa selepas Kementerian Kesihatan (KKM) semalam berkata 18 kes baharu Covid-19 di Wilayah Persekutuan dikesan di sekitar Pasar Pudu membabitkan pekerja asing.

Ramai pendatang asing Myanmar dan pelarian bekerja di Pasar Pudu dan beberapa perniagaan lain.

Lebih 500 pekerja asing di Pasar Pudu dan kawasan sekitar menjalani saringan Covid-19.

Anggota tentera memasang kawat duri di kawasan berkenaan lewat malam tadi. – 15 Mei, 2020.



APA YANG JELAS

KAWASAN PASAR

JADI SASARAN

PASAR 

CHOW KIT

SELAYANG

PASAR MOGAH

JALAN OTHAMAN

SEKARANG  PUDU

SEMUA KAWASAN

MISKIN 

BERASAK  ASAK

JANGAN LUPA

KOBID BERMULA

DI PASAR BASAH

WUHAN

AMIN