Selasa, 7 Mac 2023
GEROMBOLAN PARTI TIDAK SAH ?
Keputusan menteri bayangkan ada yang salah, kata ahli Umno
KEPUTUSAN Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengecualikan peruntukan pembatalan pendaftaran terhadap Umno mengesahkan ada yang tidak teratur dalam urusan parti itu tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden, kata ahli Umno Kuala Nerus Aizat Fikri Nasir Fikri.
Aizat adalah salah seorang ahli Umno yang mengemukakan bantahan terhadap perjalanan Perhimpunan Agung Umno 2022 kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada Januari lepas.
Katanya, pengecualian melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1996 itu boleh disalah guna untuk membetulkan segala ketidakaturan yang dilakukan oleh mana-mana pertubuhan.
“Secara tidak langsung, pengecualian ini telah mengesahkan ketidakaturan yang sememangnya wujud di dalam proses mengangkat usul tambahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Saifuddin awal hari ini yang mengesahkan beliau menggunakan kuasa budi bicaranya selaku menteri untuk mengecualikan Umno daripada pemakaian Seksyen 13 akta yang sama berhubung pembatalan pendaftaran.
Keputusan Saifuddin itu berhubung usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu pada pemilihan yang akan berlangsung bulan depan.
Jelas Aizat, jika Umno tidak melanggar peraturan mengikut Akta Pertubuhan, logiknya menteri tidak perlu menggunakan kuasanya bawah undang-undang.
Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) juga boleh menghantar surat memaklumkan tiada pelanggaran telah berlaku, tambahnya.
“Sejujurnya saya agak kecewa dengan tindakan ini memandangkan kerajaan dan kepimpinan hari ini yang dikatakan sangat mengangkat kedaulatan undang-undang, telah menggunakan kuasa bagi memastikan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingan sebagaimana yang sepatutnya dijalankan melalui proses demokrasi,” katanya.
Aizat berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil serius perkembangan ini yang boleh mencalarkan kewibawaan kerajaannya dan menyebabkan rakyat hilang percaya kepada sistem dan agensi penguatkuasa kerajaan.
“Saya akan berbincang dengan rakan saya saudara Fiqri Firdaus dan juga peguam kami bagi mempertimbangkan semakan kehakiman terhadap keputusan RoS tersebut,” katanya.
Pada 20 Januari, Aizat dan Fiqri membuat aduan meminta pendaftar pertubuhan meneliti kesahihan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 yang berlangsung pada Januari lalu. – 7 Mac, 2023.
INI BARU
BIJAK GUNA
KUASA
AMIN
JIKA GEROMBOLAN
DI HARAM ROS
MAKA PMX AKAN
JADI XPM
KAH KAH KAH
LANGKAH TEPAT
DARI MENTERI KDN
AMIN
AHLI YANG
TAK PUAS HATI
LU NAK BUAT
APA ???
KAH KAH KAH
LU RABA TELOR
KALAU BERANI
TURUN BERDEMO
KAH KAH KAH
KHALAS
GEROMBOLAN DISELAMATKAN
Saifuddin sahkan guna kuasa menteri elak Umno dibatal pendaftaran
MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengesahkan beliau menggunakan kuasanya sebagai menteri mengikut Akta Pertubuhan 1996 untuk mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya berhubung isu pemilihan parti itu.
Dalam satu kenyataan, Saifuddin berkata beliau menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan mengecualikan Umno daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta yang sama.
Seksyen 13 memperincikan pembatalan pertubuhan yang berdaftar mengikut akta.
Seksyen 70 pula memperuntukkan kuasa budi bicara menteri untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan daripada pemakaian mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.
Menurut Saifuddin, keputusan dibuat berhubungan usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti yang akan berlangsung 18 Mac ini.
Katanya, keputusan menggunakan kuasa menteri itu dibuat selepas merujuk perlembagaan dan peraturan persidangan Umno.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata Umno akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti yang menjadi titik pertikaian.
Beliau mahu pendedahan surat itu kepada umum menamatkan polemik berkenaan.
Zahid menjawab gesaan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang mahu surat berkenaan didedahkan kerana ada percanggahan laporan media mengenai keputusan RoS.
Beliau juga sebelum itu berkata Saifuddin telah mengecualikan Umno daripada peruntukan Akta Pertubuhan berkenaan pembatalan pendaftaran.
Keputusan RoS dan kuasa menteri mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan ini berbangkit selepas dua ahli Umno membuat bantahan berhubung keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 pada 14 Januari yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.
Pemilihan Umno akan diadakan pada 18 Mac ini selepas tertangguh sejak pertengahan 2021. – 7 Mac 2023.
JEMPUTAN MUDA
Sekolah MUDA Bangi #1 - Sejarah Awal Gerakan Reformasi 1998
Sekolah MUDA Bangi adalah inisiatif Parti MUDA Parlimen Bangi bagi mengangkat budaya intelektual dikalangan ahli dan masyarakat, yang akan dijalankan secara berkala - melalui forum, dialog, diskusi, debat dan lain-lain.
Untuk siri pertama ini, kami membawakan Sdr Tian Chua, seorang tokoh yang tidak asing lagi.
Kita mungkin pernah melihat gambar ikonik beliau duduk di hadapan trak FRU ketika demonstrasi reformasi, atau membaca tulisan-tulisan berkaitan peranan besar beliau dalam menggerakkan reformasi, namun apa sebenarnya yang berlaku? Siapa disebalik tabir reformasi? Dan apa yang mempengaruhi beliau untuk melibatkan diri dari zaman mahasiswa hingga kini? Semua ini ingin kita dengar dari mulut beliau sendiri.
Semua dijemput hadir bersama pada:
Tarikh: 11 Mac 2023
Masa: 4 petang
Tempat: Rumah Hitam Bangi, Tingkat 3, Jalan Impian Mahkota 1, Saujana Impian, Kajang, Selangor
*Terbuka kepada ahli dan bukan ahli MUDA. Tempat adalah terhad. *
Mohon daftarkan kehadiran di: www.tinyurl.com/TianChua atau scan QR code yang tertera dalam poster
Solidariti | Ilmu | Aksi
MUDA Bangi
KAKI LEBONG
MAT LEBONG
KAH KAH KAH
AMIN
Mamatgetah commented on
"MASIH ADA TAK PERCAYA
CAKAP ZAHID"
No nuar no dap..kaki lebong
Ricesaffron@gmail.com commented on
"ZAHID TIDAK TIPU"
Hayyy TT lu tau kan org putih cakap " you scratch my back and l'll scrach you back"
Zahid dgn Nuar ni kalau main main garuk garuk tapi dua dua belakang ni berkurap teruk,, tt tolong cari minyak 3 senapang atau acid getab simbah kan belakang dua org ni
PAK LAH TAK BERSUARA KERANA KURANG SEHAT
PAK LAH
TAK BERSUARA
KERANA
KURANG SEHAT
KHALAS
Unknown commented on
"MAIL BERA BANGUN
MELAWAN ZAHID"
Bukan Mail Bera sahaja, malah semua bekas bekas mantan mantan sama perangai, anggap diri syumul terbaik sebab nikmat jawatan begitu, PM 4 sampai sekarang anggap dia terbaik sekali, yang lain semua haprak, kah kah kah cuma seorang saja yang terbaik Pak Lah kaki terbaik, antara semua dia saja pencen senyap senyap tanam orkid, kah kah kah yang lain adoi bekas mantan punya karenah tak habis habis, sabotaj tikam kacau porak peranda semua cukup lengkap lah, masa berkuasa tak ada apa nak dibangga pun, tapi selepas dipencenkan terus free sangat, otak free, minda free semua free sangat sampai kacau bilau tikam orang bukan orang lain, bukan bangsa lain, bukan agama lain, semua yang sama sama dulu, cium tangan dulu, cium kaki pun sanggup kalau dapat jawatan amin, malu lah sikit woit kah kah kah orang kurang cerdik pun ingat boleh jadi PM kah kah kah
JANGAN HANYA BERCAKAP - LAKUKAN !!!
JANGAN HANYA
BERCAKAP
JANGAN HANYA
KOMPLIN
AMIN
LAKUKAN SESUATU
KHALAS
Unknown commented on
"BERJAYA DI NEGARA KAPIR"
jadav molai. seorang tua dari assam india menanam hutan seorang diri. hutan yang ditanam sangat luas sehingga boleh menahan banjir dan kekalkan sungai dimusim kemarau.
LARI KE NEGARA KAPIR
NEGARA KAPIR
TELUS JUJUR
SISTEM BAIK
AMIN
RAMAI ORANG ISLAM
LARI KE NEGARA
KAPIR BUKAN
KE SAUDI
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"BERJAYA DI NEGARA KAPIR"
Negara kafir bagi peluang lebih adil lebih saksama lebih telus, kalau baik jadi baik, kalau buruk jadi buruk, manakala di negara Isle penyamun perompak pencuri dianggap Bossku, mi rest my case mi lord baginda Queen bila mahu sampai kah kah kah
HARGA AYAM NAIK - PEMBELI JANGAN RISAU
Apung harga ayam, telur boleh cetus kenaikan harga, peniaga beri amaran
CADANGAN Putrajaya untuk mengapungkan harga ayam dan telur selepas Jun ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan, demikian amaran peniaga.
Menurut mereka keputusan itu tidak akan menyelesaikan masalah penawaran dan permintaan di negara ini.
Bulan lalu, kementerian pertanian dan keterjaminan makanan dilaporkan menjangka harga ayam dan telur diapungkan selepas Jun ini dalam usaha memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi.
Ketua Unit Aduan Gabungan Persatuan Penjaja Selangor dan Kuala Lumpur Boon Kok Choon memberitahu The Malaysian Insight langkah itu hanya akan menyebabkan harga makanan meningkat jika dibiarkan pasaran yang menentukannya.
“Pada pandangan saya apungan harga ini memang tidak boleh selesaikan masalah (bekalan) tapi akan bawa beban kepada peniaga dan pengguna.
“Kerajaan perlu cari dasar untuk selesaikan masalah bukannya campak (apungan harga) kepada rakyat. Ia akan makin teruk.
“Telur dan ayam merupakan bahan utama yang digunakan peniaga dalam kuantiti yang besar dan membenarkan apungan harga sudah tentu bakal meningkatkan harga makanan.
“Setakat ini peniaga masih cuba menyerap kenaikan harga tapi jika harga telur dan ayam tidak dikawal, peniga tidak lagi boleh serapnya dan akan naikkan harga (makanan mereka).
“Untuk kenaikan kami masih perlu teliti trend keseluruhan selepas Jun,” katanya.
Di Pulau Pinang, Vinah Yee Yook Pengerusi Persatuan Restoran dan Kedai Teh Koo Soo Kwong Choon Tong Chee berkata menu industri restoran hanya akan dikemas kini setiap enam bulan atau setahun sekali untuk semakan harga.
“Jadi jika harga ayam dan telur turun naik, memang akan menyusahkan kami kerana kami tidak boleh bekalkan produk yang mahal setiap hari jadi kami akan jual pada harga yang tinggi dan sudah tentu pelanggan akan marah kepada kami.
“Ada juga pakej jamuan perkahwinan. Pelanggan mungkin dah tempah setahun awal. Jadi apabila kita nak tempah bahan, jika harga ayam melambung tinggi kita tak boleh ubah sebab harga (pakej) sudah ditetapkan,” katanya.
Beliau melihat langkah apungan harga ini perlu diubah oleh kerajaan setiap tiga hingga enam bulan sekali supaya industri katering boleh menyesesuaikan harga dengan perubahan harga tersebut.
“Sekurang-kurangnya tetapkan tarikh akhir sebelum ubah supaya kami bersedia secara mental dan mungkin boleh tahu bahan mana yang akan naik harga berikutnya.
“Juga apabila kita buat menu, kita juga boleh sesuaikan yang sepatutnya seperti jika harga makanan ayam meningkat maka harga ayam pun akan naik dan industri akan kerjasama untuk kurangkan makanan lauk atau bahagian ayam,” katanya.
Tambahnya, jika apungan harga menyebabkan harga ayam dan telur melambung, menu di industri restoran juga perlu diubahsuai.
“Tapi tiada siapa nak takutkan pelanggan. Kita perlu buat keputusan akhir berdasarkan keadaan. Lihat langkah demi langkah,” katanya lagi.
Sementara itu pembuat biskut dan roti masih belum membuat keputusan untuk menaikkan harga selepas Jun ini susulan apungan harga bagi bahan utama iaitu telur.
Presiden Persatuan Pembuat Roti, Kek, Biskut, Gula-Gula, Mee Dan Kuay Teow Malaysia Lai Yee Kein berkata pihaknya akan meneliti perkara itu pada Jun.
“Keadaan pasaran sekarang teruk dan tiada siapa berani bertindak terburu-buru,” katanya.
Tambahnya, pengilang mungkin melihat bahagian telur yang digunakan untuk setiap produk sebelum memutuskan untuk pelarasan harga.
“Walaupun keuntungan sangat kecil, keadaan juga suram sekarang, kami tidak berani naikkan harga,” katanya. – 7 Mac, 2023.
HARGA AYAM
HARGA TELOR
AKAN NAIK
AMIN
PEMBELI JANGAN
RISAU
AMIN
PEMBELI JANGAN
GENTAR
AMIN
MALAYSIA ADA
MAT MASLAN
PAKAR EKONOMI
YANG HANDAL
KAH KAH KAH
AMIN
KELMARIN
MAT MASLAN KATA
EKONOMI KITA
TEGUH & BAIK
KAH KAH KAH
MAT MASALAN
BUKAN
LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH
KHALAS
ZAHID TIPU TUHAN - TAMRIN
JIKA TUHAN PUN
SANGGUP DI TIPU
Jumaat - 03/03/23
1. "Bukanke you guru dan sifu saya"
itu kata - kata manis Zahid Hamidi , Presiden UMNO sewaktu perbualan telefon SELEPAS Persidangan Agung UMNO atau PAU dan SEBELUM Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke10 atau PMX
2. Perbualan tersebut membuktikan Zahid lansung tidak peduli keputusan PAU yang tolak Anwar , PH dan DAP
3. Walaupun pada mulanya dinafikan tapi akhirnya mereka TERPAKSA mengaku perbualan tersebut
4. "WALLAHI
WABILLAHI
WATATLLAHI"
tanpa mengambil kira apa yang berlaku terhadap Najib yang rajin bersumpah dengan nama ALLAH , Zahid juga menggambil jalan sama bagi tujuan menyakinkan beberapa Ahli Parlimen UMNO bahawa beliau TIDAK akan menyokong Anwar sebagai PMX dan tidak akan bekerjasama dengan DAP
5. Oleh kerana telah TIDAK MENGHORMATI keputusan PAU dan lebih serius SANGGUP BERBOHONG dengan menggunakan nama ALLAH SWT , jika UMNO maseh mahu kekal 'relevan' dan disokong rakyat khasnya orang Melayu maka UMNO misti berani menggambil tindakan luarbiasa dengan MENDISIPLIN malah MEMECAT beliau sebagai Presiden PARTI
7. Bagi mendapatkan sokongan Wakil - Wakil Rakyat UMNO Zahid menggambil kesempatan dengan alasan sebagai Presiden Parti Anwar tidak ada pilihan melainkan melantik beliau sebagai salah seorang Timbalan Perdana Menteri
8. Jika Fadillah Yusof dari Sarawak yang BUKAN Presiden Parti BOLEH dilantik juga sebagai Timbalan PMX maka sudah terbukti Zahid lebih pentingkan diri dari memberi keutamaan kepada Anwar
9. Menjelang PRU 15 yang baru berlangsung saya telah memberitahu seorang pemimpin UMNO yang kini berjawatan Menteri bahawa UMNO akan hanya perolehi 30 Kerusi Parlimen jika ia diterajui Zahid dan Najib
10. Ahli - Ahli UMNO perlu sedar , Najib TERPAKSA melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengurusi BN kerana hanya berjaya memperolehi 73 Kerusi Parlimen sedangkan UMNO dibawah pimpinan Zahid hanya perolehi 26 Kerusi sahaja
11. Wan Saiful melepaskan jawatan Ketua Penerangan BERSATU setelah dituduh rasuah atas prinsip TIDAK mahu melibatkan Parti sedangan kan Zahid pula yang dalam perbicaraan maseh bergayut dengan harapan sebagai Presiden UMNO dan sebagai TPM beliau akan dibantu oleh PMX dan SPRM MELEPASKAN diri dari dipenjara
12. Pengakuan Zahid semasa ditemurah TV Indonesia bahawa ibu bapa beliau dari Ponorogo , dan beliau 'BALIK KAMPUNG' di Indonesia membuat ramai tertanya - tanya apakah UMNO sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa seperti Tengku Razaleigh Hamzah atau majoriti Perwakilan ketika itu seperti ular sawa yang kenyang akibat terlebih makan 'dedak'
13. Usaha Anwar memerangi rasuah , penyelewangan kuasa dan ketirisan bukan sahaja perlu diberi pujian malah perlu disokong namun usaha murni tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan sepenuhnuya kerana orang dibawah dagunya sedang dibicarkan dengan 47 pertuduhan di Mahkamah
14. Bolehke seorang Timbalan Perdana Menteri meggunakan 'outrider' , kereta peronda polis dan pegawal pengawal ke Mahkamah dan berhadapan dengan Hakim didalam kandang
15. Di dunia ini hanya di Malaysia saja terdapat Timbalan Perdana Menteri memohon Mahkamah memulangkan Pasport Antarabangsa nya bagi tujuan tertentu TAPI permintaan tersebut ditolak
16. Jika Mahkamah membenarkan permohonan tersebut , Mahkamah juga harus bersikap adil kepada mereka yang berada didalam situasi sama
17. Cuba bayangkan jika Anwar ditimpa kemalangan serius atau meninggal dunia maka sudah tentu Malaysia akan dipimpin seorang penjenayah dan kaki pukul
18. Ingatkah peristiwa dimana Zahid terlibat bukan sahaja mencedera malah hampir menanam hidup - hidup Amir Bazli Abdullah dari Kelantan , kekasih anak beliau Nurul Hidayah yang kebetulan seorang janda ketika itu
19. Pepatah Cina ada menyebut :
NANG BO TI NANG
KUI BO TI KUI
yang membawa maksud
MANUSIA BUKAN
HANTU PUN BUKAN
ini lah gambaran sebenar Zahid Hamidi , Presiden UMNO
20. UMNO misti BERANI BERTINDAK dari sekarang lagi dengan membuat pembersihan dari atas hingga ke peringkat cawangan jika ianya mahu di percayai :
IKAN ITU BUSUK
BERMULA DARI KEPALANYA
22. UMNO juga harus kikis sikap 'SINDROM PENAFIAN' atau 'DENIAL SYNDROME' dan misti terima pandangan yang berbeza
23. MAJORITI PERWAKILAN HARUS DIPERSALAHKAN KERANA MEMILIH ORANG SEBEGINI SEBAGAI PEMIMPIN ; BAGI MENGISI PERUT MEREKA SANGGUP MENJUAL MARUH DIRI
Wassalam
Terima Kasih
By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at March 05, 2023
AAYM SIAM MOGOK ?
AYAM TELOR
MOGOK KIRA OK
AMIN
AYAM SIAM
MOGOK JADI
HURU HARA
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA HARGA TELOR NAIK"
Ayam sudah mogok, ayam rasa leceh tidak dihargai, ayam ayam selalu berkorban bertelur setiap hari sampai burit ayam koyak, manusia tidak pernah menghargai ayam selama ini, kah kah kah, makanan mahal, peranan orang tengah ada projek komisen, mana mahu bela ayam, bela kambing bela lembu untung woit, kah kah kah manusia semakin banyak makan telur, ayam pencen pun jadi mahal gila sejak warga asing berduyun duyung sapu ayam pencen, terlalu ramai warga asing masuk Malaysia ini, yang sah berjuta, tidak sah berjuta jugak kah kah kah sampai bila? Majoriti tu aku kisah Ker? Asal ada bantuan masuk simpanan habis tak apa kerana kerajaan akan bantu, sikap sikap manusia majoriti amin
KENALI MUSUH DALAM SELIMUT
KENALI MUSUH
DALAM SELIMUT
AMIN
Unknown commented on
"MAIL BERA BANGUN
MELAWAN ZAHID"
Musuh dalam selimut, manusia kena faham, selalu musuh yang patut kita semua takut ialah musuh dikalangan kenalan kita, tahu rahsia kita, bersama sama kita, selalu tunggu peluang masa tikam kita, bukan Yahudi bukan DAP bukan bukan Jho Low, bukan bukan, bila kita jatuh kucing berak atas kepala dan kambus dengan tanah kah kah kah awas bila kawan dengan orang orang politik woit kah kah kah syukur alhamdulillah selalu dapat pencen terlalu bebas kacau kacau akan Mula, kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)