Khamis, 13 Ogos 2020

LAGI BERITA PENINDASAN







LAGI BERITA

PENINDASAN

UMNO TERANG TERANG TIBAI MUHYIDDIN




PERANG 

DAH MULA

AMIN

GEROMBOLAN

DAH BERANI

SERANG

MUHYIDDIN




Namakan Muhyiddin bakal PM: Pas tidak faham sensitviti Umno, kata penyokong Najib

Kenyataan Presiden Pas Tuan Haji Abdul Hadi Awang kononnya Umno dan Pas bersetuju menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri mereka dalam pilihan raya umum ke 15 nanti disifatkan sebagai tidak memahami sensitiviti Umno.

Sehubungan dengan itu, penyokong kuat Najib,  Tuan Haji Lokman Noor Adam bertanya kepada Hadi, apa perasaan Pas jika ada pemimpin Umno berkata, Umno dan Pas setuju Mohamad Sabu dinamakan sebagai calon perdana menteri mereka.
 
“Pas tidak faham sensitiviti Umno apabila membuat kenyataan ini. Samalah kalau kita kata Umno dan Pas setuju calonkan Mat Sabu jadi PM. Apa perasaan Pas,” kata bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu dalam temubual melalui facebook beliau.

Menurut Lokman, tidak ada sebarang perjanjian lagi dengan Pas apa yang patut berlaku selepas pilihan raya umum ke 15 nanti.

Yang ada hanyalah persetujuan bersama sehingga pilihan raya umum ke 15 bukan selepas pilihan raya umum ke 15.

“Bila musuh politik Umno, orang yang pernah jadi timbalan presiden Umno, tubuh parti baru, dia khianat kita, kita tak nak tubuh parti bersama dengan dia, itu hak Umno.
 
“Samalah juga, takkan tiba-tiba Umno membuat keputusan nak mengangkat Mat Sabu jadi PM kita. Apa Pas akan rasa.

“Macam tulah Umno rasa bila Pas kata dia nak angkat  Muhyiddin jadi calon perdana menteri,” kata Lokman lagi.

Baru-baru ini Hadi berkata, Pas dan Umno bersetuju menamakan Muhyiddin sebagai calon PM mereka dalam PRU ke 15 nanti.

Hadi Awang berkata perkara itu turut dipersetujui semua pemimpin dalam parti anggota Muafakat Nasional (MN) seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Ada dua perkara. Yang pertama, kita sudah putuskan, bukan tiga pemimpin (BN, PAS dan BERSATU) tapi semua pemimpin parti dalam PN termasuk MN, kita bersetuju pertandingan dalam dua penjuru saja dalam PRU-15.

“Yang kedua, Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri kita,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila, 7 Ogos lepas.

Menurut Lokman, Umno tidak akan bersetuju dengan cadangan Pas itu kerana Muhyiddin dan juga Dr Mahathir Mohamad adalah perosak kepada Umno.

“Dekat bawah ini, baik ahli Umno atau Pas, tidak boleh terima baik atok (Dr Mahathir) dan juga  Muhyiddin. Sebab mereka ini sebahagian dari Pakatan Harapan.

“Sebab itu dah tukar PM pun, orang-orang yang dilantik mengepalai institusi tertentu masih lagi orang Pakatan Harapan,” kata Lokman.

 
CERITA SEMUA

OKAY UNTUK 

PRU 15  ADALAH

DONGENG

AMIN

GADUH REBUT

LAWAN SAMPAI

REPUT

KAH KAH KAH

JANGAN 

CABUT CABUT

AMIN

CONTOH SOSOK JUJUR




SOSOK JUJUR

WAJIB JADI

CONTOH

Tiada kes jam tangan setiausaha politik Salahuddin, kata sumber SPRM


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan ke atas Ahmad Sabky Yusof, bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertanian Salahuddin Ayub, selepas pihak pendakwa raya memutuskan tiada kes pendakwaan terhadap beliau.

Ahmad Sabky pernah ditahan reman pada awal April 2019 untuk disiasat atas dakwaan menerima suapan berupa jam tangan berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM28,000.

“Siasatan ini ditutup kerana keputusan timbalan pendakwa raya memutuskan tiada pendakwaan,” kata sumber agensi anti rasuah kepada The Malaysian Insight.

Maklumat sumber mengesahkan kenyataan Ahmad Sabky bahawa kesnya telah ditutup.

Kes ini pernah jadi perhatian kerana melibatkan pegawai menteri dalam pentadbiran Pakatan Harapan, menjelang genap setahun gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Ahmad Sabky berkata beliau hari ini mengambil barangan peribadinya yang ditahan semasa siasatan agensi itu pada tahun lalu.

“Pagi tadi saya telah dipanggil oleh pegawai penyiasat dan memaklumkan siasatan telah lengkap dan tiada tindakan lanjut dan semua barang-barang dan dokumen saya dan saksi-saksi yang lain dikembalikan semula,” katanya.

Antara yang dikembalikan ialah jam tangan yang dipertikaikan sumbernya itu.

Jelas Ahmad Sabky, jam tangan itu adalah hadiah daripada rakan yang juga kliennya semasa menjadi peguam.

Katanya, beliau mengenali mereka sebelum memegang jawatan dalam kerajaan, selain pernah menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat milik kliennya itu.

Menurut Ahmad Sabky, beliau menerima pemberian itu selepas rakannya mendesak. Hadiah jam tangan itu bagaimanapun diisytiharkan kepada pihak yang berkenaan di Kementerian Pertanian dan Asas Tani, sebagai mematuhi prinsip integriti dan urus tadbir baik, katanya.

“Saya diberikan borang dan mengisi borang yang berkaitan.

“Malangnya, selepas 8 bulan pengisytiharan dibuat, borang pengisytiharan itu dijadikan asas untuk membuat tohmahan rasuah ke atas saya. 

“Seharusnya, pihak berkenaan memberi keputusan mereka sekiranya hadiah itu perlu dipulangkan kepada pemberi atau dilupuskan, sepertimana amalan prosedur ‘no-gift policy’,” katanya.

Menurut Ahmad Sabky, beliau sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM selama ini dalam siasatan mereka dan mengelak membuat kenyataan terbuka demi menghormati siasatan.

“Alhamdulillah. Moga Allah terus melindungi kita semua daripada ujian fitnah,” katanya. – 13 Ogos, 2020.

SETPOL  BERSIH

ERTINYA

BOSS BUAT

PILIHAN TEPAT

AMIN

SLAH EJA SATU TRADE MARK





SALAH EJA

SATU TRADE MARK
FORCESES OF RENEWA SOUTH EAST ASIA? FORCESES tu ape bende TT. RENEWA pulak ape bendenya? Petai ke? Patutlah (sic) Choam Nomsky tak mahu datang. Rong sepelling. 
Keh Keh keh 
on 
NOAM CHOMSKY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/08/20

A

UMNO TAK SOKONG MUHYIDDIN






BERITA GADUH



Namakan Muhyiddin bakal PM: Pas tidak faham sensitviti Umno, kata penyokong Najib


BERITA MENYUSUL


DEGIL LAGI BANGANG





BANGANG

DAN DEGIL

BAWA PADAH

PADA RAMAI


Pesakit Covid-19 pertama dipenjara dan didenda langgar perintah kuarantin

PEMILIK kedai nasi kandar yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000, lapor Bernama.

Dia menjadi pesakit Covid-19 pertama yang didakwa dan disabitkan kesalahan selepas tidak mematuhi perintah kuarantin.

Kluster Sivagangga yang pertama kali dilaporkan pada 28 Julai berasal dari Napoh, Kubang Pasu selepas seorang warganegara India dengan status penduduk tetap di Malaysia tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah setelah kembali dari India.

Sehingga semalam seramai 45 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan selepas mempunyai kontak dengan pesakit indeks. 

Sehingga 11 Ogos, seramai 5.645 telah diperiksa oleh Kementerian Kesihatan selepas berhubung dengan pesakit indeks atau mereka yang pernah mengunjungi restoran itu.

Usaha pihak berwajib menghubungi mereka yang pernah mengunjungi kedai makan itu juga terhalang kerana mereka tidak menyimpan rekod siapa yang pernah datang ke situ.

Khamis lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata bahawa kluster PUI Sivagangga mungkin berasal dari strain virus Covid-19 “super-spreader”.

Beliau berkata kluster itu mempunyai kadar jangkitan yang lebih cepat berbanding sembilan kluster lain. – 13 Ogos, 2020.



WAJIB TERUS

HATI HATI

AMIN

SATU LAGI KES JAM OMEGA ?





OMEGA ?

Tiada kes jam tangan setiausaha politik Salahuddin, kata sumber SPRM


BERITA MENYUSUL


SAPA ORANG ITU ?





SAPA
Soalan: Sapo manusia bengong tarak pendirian makan keliling? Jawapam: Seorang manusia yang anggap diya tu MAKSUM. Soalan Lagi:Sapo siya tu? Jawapan yang terpaksa: TT Fikir2kan lah... 
on 
CANTIK MOLEK 
JADI REBUTAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 16:42

TT

FREELOADER






FREELOADER
woit Melayu suka rasuah mana boleh terima? melayu nak.barang free, nak berlian emas harta karun, tak percaya tanya kakak Ros, kah kah kah on 
YANG COOL 
BANGUN BERJUANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/08/20

m

JUAL MINYAK DAB







JUAL MINYAK

DHAB
betul mereka tak jual agama 
tapi mereka jual minyak ular.
 sama saja. 
on 
PARTI PEJUANG 
BUKAN 
PENJUAL AGAMA
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 13/08/20

b

CANTIK MOLEK JADI REBUTAN



BILA CUN

BERGETAH

SEMUA JADI

REBUTAN

Kerusi Bandar Tun Razak 

jadi rebutan

KERUSI Bandar Tun Razak kini menjadi rebutan selepas dua wakil rakyat PKR yang diberi kepercayaan untuk mewakilinya berpaling tadah.

Khalid Ibrahim yang menang pada untuk penggal kedua keluar parti selepas gerakan politik menjatuhkannya sebagai menteri besar Selangor pada 2014, sementara Kamaruddin Jaafar keluar PKR dalam gerakan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hujung Februari lalu.

Di sisi PH, kerusi itu menjadi rebutan di antara PKR dan Amanah manakala di pihak Perikatan Nasional (PN), ia direbut Umno dan MCA.

Umno sudahpun mula tanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) – kali pertama MCA beralah untuk memberi laluan kepada parti peneraju dalam Barisan Nasional (BN) itu.

Kini Amanah menyatakan hasrat untuk mengambil alih kerusi tersebut daripada PKR kerana percaya parti itu dapat menunjukkan prestasi lebih baik dengan calon yang lebih berintegriti.


BANDAR

TUN RAZAK

ADALAH MALAYSIA

AMIN

INI GAMBARAN

POLITIK 

TANAH AIR

KITA SEKARANG

AMIN

JANGAN PUTUS ASA





BRO JANGAN

PUTUS ASA
Aku dah berusia 63 tahun.. aku dah hilang kepercayaan kepada rukun negara.. hilang kepercayaan/malu dengan politik orang melayu... semua hampe.eeh belaka... 
on 
MAKLUMAT
 TERBARU
Publish | Delete | Spam
zaharuddin ahmad
on 12/08/20

L

YANG COOL BANGUN BERJUANG




YANG COOL

BANGUN BERJUANG

JEMPUTAN BERJUANG




MADEY JEMPUT

KITA SEMUA

SAMA BERJUANG

LAWAN RASUAH

AMIN

Masuklah parti Pejuang kalau benci rasuah, kata Dr Mahathir

DR Mahathir Mohamad malam ini menyeru bekas ahli Bersatu dan rakyat Malaysia yang benci rasuah untuk menyertai parti baharu yang sedang beliau dan beberapa pemimpin lain tubuhkan.

Parti baharu itu, katanya, tidak menjanjikan ganjaran kebendaan kepada mereka sebaliknya menawarkan peluang untuk bersama-sama menyelamatkan Malaysia daripada dirosakkan oleh rasuah.

“Inilah parti kami yang kami namakan Parti Pejuang Tanah Air,” katanya, mengumumkan nama rasmi parti itu di Slim River, Perak, malam ini.

Parti baharu ini akan berjuang melawan rasuah dan politik yang berasaskan wang semata-mata, tambahnya.

“Parti ini mesti bersih. Dia bukan parti apa aku dapat,” tambahnya.

“Parti aku dapat” adalah momokan Dr Mahathir dan penyokongnya parti pimpinan Muhyiddin Yassin sejak presiden Bersatu itu membawa parti keluar dari Pakatan Harapan pada hujung Februari lalu.

“Saya harap mereka yang sudah tinggal Bersatu, mereka yang sudah jadi blackout, boleh sekarang ini cerah balik, masuk Parti Pejuang Tanah Air. Inilah parti kita,” kata Dr Mahathir.

Ketika krisis kepimpinan dalam Bersatu memuncak, penyokong Dr Mahathir menggerakkan kempen “Bersatu Blackout” dengan menghitamkan bendera merah putih parti itu sebagai tanda bantahan kepada Muhyiddin.

Dr Mahathir membuat seruan itu pada majlis memperkenalkan calon partinya bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, yang ditetapkan pada 29 Ogos ini. 

Beliau turut membacakan tulisannya “Parti Baharu - Pejuang” yang dikarang seperti sajak, yang disiarkan di blognya beberapa petang tadi. Tulisan itu secara ringkas menjelaskan sebab-sebab penubuhan parti baharu itu.

Sebelum mengumumkan nama parti baharunya, Dr Mahathir menyerahkan watikah pencalonan kepada peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang akan mewakili parti itu.

“Oleh sebab parti ini belum didaftarkan, maka calon kita adalah calon bebas tetapi dia adalah calon parti kita,” katanya.

Pengumuman calon itu dibuat beberapa jam selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon mereka iaitu timbalan ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, 43.

Dr Mahathir juga menjelaskan beliau bukannya berminat untuk menubuhkan parti baharu tetapi parti Bersatu yang asal, yang beliau ikut sama menubuhkannya, telah dirampas oleh Muhyiddin.

“Kita tubuhkan parti ini bukan untuk memecahkan orang Melayu lagi, tetapi untuk memberi tempat kepada orang Melayu supaya dapat memilih sebuah parti yang berjuang untuk mereka, untuk rakyat, dan bukan untuk apa aku dapat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil DUN Slim pada Sabtu ini, dengan tempoh kempen dua minggu sebelum pengundian pada 29 Ogos. – 12 Ogos, 2020.


MARI BERJUANG

LAWAN RASUAH

BUKAN MARI

ENJOY DE  MENJOY

MANDI LAUT

DI PORT DICKSON

ATAU

BECUTI KE CHALET

JANDA BAIK

AMIN

SIASAT INI DULU







SIASAT NI DULU
adakah pegawai kerajaan dan para pemimpin kita dah dipau China? kena siasat. Dasar luar malaysia seperti cenderung pada china.. dapat pulak menteri luar yang bodoh 
on 
MANA TV HIJRAH
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 12/08/20

Aba

BETUL KE TELAH DITEMUI ?







MUJARAB KE ?

JIKA MUJARAB

INI TERBAIK


We have no idea if the Russian Covid vaccine is safe or effective



Sepanjang pandemi Covid-19, ada satu harapan yang kita semua andalkan. Kita semua menunggu, dengan nafas yang terengah-engah, untuk hari para saintis mengumumkan vaksin coronavirus yang berjaya, kerana ketika itu kita dapat mendapatkan suntikan dan kembali ke keberadaan kebiasan yang kita nikmati pada tahun 2019.

Dan, menurut Rusia, hari itu adalah hari ini. Dalam 24 jam terakhir, Vladimir Putin nampaknya telah menyetujui vaksin koronavirus pertama di dunia. Ini berita memang besar.


KITA  SABAR

TUNGGU

DAN LIHAT

APA PENDAPAT

PAKAR UBAT

AMIN

MADEY AJAK BERJUANG



SATU JEMPUTAN

Masuklah parti Pejuang kalau benci rasuah, kata Dr Mahathir


BERITA MENYUSUL


INI NIAT BUKAN NAMA






INI NIAT

BUKAN NAMA
apa benar tuan TT ikhlas 
mengatakan nama Pejuang pun cool? 
on
 SUMPAH JEBAT
Publish | Delete | Spam
yusoferman
on 13/08/20

s

TERIMA KASEH BERI TEGURAN






TERIMA KASEH 

BERI TEGURAN
semua nak salahkan kapitalisme... komunis pemalas.. kerja pun malas.. lepas tu salahkan orang..! Marx dari Jelebu pemalas....
 tidur je kerja 
on 
PERUBAHAN 
STRUKTURAL
Publish | Delete | Spam
Ketua Pengarang
on 12/08/20

ht

PENGUNDI LARI DARI PKR





PENGUNDI LARI

TAKUT DARI PKR
PKR dah khianat pengundi Batu Pahat, nak rebut kerusi pulak. Kali ni orang Batu Pahat akan undi UMNO. Kat DUN Bandar Penggaram pun, orang Cina akan undi DAP. Langsung tak ada PKR, buat apa gaduh? Baik tinggalkan Anwar, masuk parti lain. 
on 
GADUH 
JANGAN TAK GADUH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/08/20

Seda

PARTI COOL DUDE - LAWAN PARTI PANAS BARAN




PARTI COOL DUDE

LAWAN PARTI

PANAS BARAN
 
Wow dah ada nama parti, Parti Cool Dude. Gua mahu daftar lah masuk Parti Cool Dude. Tapi lebih afdal kalu diberi nama dlm bahasa melayu  -Parti Pemuda Sejuk. 
on 
PARTI COOL
 MAKIN COOL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/08/20

La

SILAKAN







SILAKAN
Tanpa dap - pan pun pkr mampu utk mendapat majoriti kerusi yg cukup utk memerintah negara.pkr blh bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen dgn calon dr berbagai kaum- etnik. dulu pun sewaktu pru-14 dap - pan pakai logo pkr utk bertanding.
 on 
DAP AMANAH
 TINGGALKAN ANWAR
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 12/08/20

Le

PARTI PEJUANG BUKAN PENJUAL AGAMA







PARTI PEJUANG

BUKAN PARTI

PENJUAL AGAMA
Partai Pejuang vs partai penggubah.. 
Wang vs partai penjual ugama 
Yeayyy 
on 
MADEY 
NAK TIBAI ANWAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/08/20

Da

BERKHALWAT 149







KHALWAT 149
HARI INI KHAMIS 13/8/2020
KITA  MASUK KE HARI 148 
BERKHAWAT

DUNIA MASIH KELAM KABUT
AMERIKA AUSTRALIA BRAZIL
DALAM GAWAT
ANGKA WARGA TEWAS
TERUS MENINGKAT

KITA DI MALAYSIA
MASIH BERTAHAN
PASOKAN DEPAN
SEDANG BERTARUNG

PARLIMEN KITA SEDANG BERSIDANG
MEMBINCANG
BUJET KOBID

SEBELUM MEMBUKA
PINTU  MASUK HOKKIEN
GUA DENGAR KICUAN MURAI
MEMANG INDAH
BISING TAPI MANIS

MASUK HOKKIEN
MATAHARI DAH KELUAR
UDARA NYAMAN SEGAR
BANGUNAN TINGGI
DI KUALA LUMPUR
DIPANAH MATAHARI PAGI
INDAH

LORONG AWAL HOKKIEN 
GUA HANYA DISAMBUT
OLEH SIMPONI CENGEKRIK

BUMI
LEMBAB DAN BASAH
ADALAH SUASANA
YANG MOLEK UNTUK CENGKERIK
BERLAGU

GUA PASANG TELINGA
JELAS
ADA BEBERAPA JENIS CENGKERIK
MACAM MANA RUPA
DUDUK DALAM LUBANG APA
MACAM MANA
GUA TAK TAHU

ARAB KATA
MA BA ARIF

KADANG KADANG KITA RASA
KESAORANGAN
TERUSKAN KERJA TUGAS
PASTI SATU KETIKA
KAWAN YANG TAK PERNAH DIKENALI
AKAN DATANG MENJENGOK

DALAM HIDUP INI
ADA HUKUM YANG WAJIB
KITA KETAHUI

ADA PEKARA BOLEH KITA KAWAL
ADA PEKARA DILUAR KAWALAN
BILA DAH FAHAM INI
MAKA JIWA KITA JADI TENANG
DAN
LUARAN KITA CERGAS 
 BERGERAK

KALAU ADA KAWAN
YANG  KATAKAN INI SALAH 
MAKA KITA AKUR
TAKDA SIAPA ROSAK BINASA
YANG BAWA ROSAK
IALAH 
SOSOK YANG TIPU DIRI
DAN 
MENOLAK PENCERAHAN
YANG MACAM INI
 AKAN BAWA MASALAH

KALAU DI MERATA MERATA
SEBENARNYA
KITA TIDAK DIMANA MANA
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT