Khamis, 27 Julai 2023

PENCURI YANG BIJAK


Tiada makluman derma akan masuk akaun Najib, kata Zeti

BEKAS gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bekas pengarah urusan Kumpulan AmBank Group tidak pernah menyebut tentang sebarang derma yang akan disalurkan ke akaun Najib Razak di bank itu.

Zeti, 76, berkata Cheah Tek Kuang mengunjunginya di BNM pada 28 Januari 2011 dan memaklumkan bahawa Najib, yang ketika itu perdana menteri, membuka akaun dengan AmIslamic Bank Berhad dan memaklumkan akaunnya akan dirujuk dalam kod untuk ROMS (Sistem Pemantauan Operasi Ringgit).

Semasa membaca pernyataan saksinya, Zeti, saksi pendakwaan ke-46 itu berkata walaupun akaun itu dikodkan sebagai “AmPrivate Banking – MR” untuk ROMS, pembukaan akaun itu mematuhi peraturan yang ditetapkan, iaitu semua akaun peribadi yang dibuka oleh pemegang akaun mestilah di bawah nama pemegang akaun seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan dan bukan dengan nama lain.

“Tiada apa-apa lagi yang dibincangkan dan pertemuan itu singkat. Sepanjang pertemuan itu, Cheah tidak pernah menyebut sebarang derma yang akan disalurkan ke dalam akaun ini.

“Enam minggu kemudian, Cheah mengeluarkan surat bertarikh 22 Mac 2011 kepada timbalan gabenor (ketika itu) Nor Shamsiah Mohd Yunus dan surat hasrat dilampirkan untuk derma yang dijanjikan daripada Saud Abdulaziz Majid AL Saud yang bertarikh 1 Februari 2011 kepada Najib,” kata beliau.

Zeti berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Menurut bekas gabenor BNM itu, selepas menerima surat daripada Cheah pada 22 Mac 2011, tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada AmBank dan tiada maklumat mengenai dana yang telah dihantar ke akaun itu atau dana tersebut tidak teratur atau mencurigakan.

“Seterusnya, dalam surat kepada BNM bertarikh 20 Jun 2013, Najib telah memohon kelulusan FEA (Pentadbiran Pertukaran Asing) untuk meminda jumlah sehingga RM2.26 bilion dalam akaun semasa MYRnya kepada USD bagi tujuan pemulangan/pengiriman keseluruhan jumlah.

“Dalam suratnya, beliau mengisytiharkan dana itu sebagai derma dan hadiah peribadi yang belum digunakan yang diterimanya. Berdasarkan surat ini, bagi dana yang dimiliki oleh pemegang akaun seperti yang telah diisytiharkan dalam surat itu, tiada kelulusan diperlukan di bawah peraturan FEA,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 27 Julai 2023.


NAJIB BIJAK

DUIT CURI

JADI DUIT DERMA

KAH KAH KAH

INILAH CONTOH

PEMIMPIN MELAYU

ISLAM YG BIJAK

KAH KAH KAH

BOLEH PAKAI

NAMA  TOK ARAB

KAH KAH KAH

KHALAS

KERAJAAN BERSEDEKAH LAGI


Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara


KERAJAAN akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bantuan RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara. Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar berkata bayaran bantuan berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang.


Menurutnya bantuan khas itu diumumkan sementara kajian gaji dan elaun diperincikan.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Dalam masa sama, perdana menteri berkata kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam dengan melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan.

“Ekonomi Madani, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,” katanya.

Pada 13 Julai lepas, perdana menteri berkata skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Mohd Zuki serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Sementara itu, Anwar berkata melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Katanya bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion. – Bernama, 27 Julai, 2023.



INI BERITA BAIK

UNTUK RAKYAT

AMIN

DAH SAMPAI

MASANYA ADA

GAJI SEJAGAT

AMIN

BUKAN SEKALI

SEKALA DI MUSIM

MENGUNDI

AMIN

NANTI ANGGAP

SEDEKAH INI

MACAM NAK

PANCING UNDI

AMIN

BUAT SISTEM

GAJI SEJAGAT

AMIN

YG TAK KERJA

DAPAT DUIT POKET

YANG GAJI RENDAH

DAPAT BANTUAN

BULANAN

AMIN

BUKAN SEKALI

SEKALA MUSIM PRN

TAPI SATU

SISTEM AGIHAN

EKONOMI YANG

BERKEBAJIKAN 

SEJAGAT

AMIN

ASAS BUKAN

BANGSA ATAU

AGAMA TAPI

KEPERLUAN HIDUP

KHALAS

SEDEKAH JARIAH DARI KERAJAAN

 


PM umum RM100 kepada 10 juta individu dewasa

RAKYAT Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah akan mendapat RM100 setiap seorang daripada kerajaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Jumlah itu akan dikreditkan ke dalam e-dompet kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dewasa, tambahnya.

“Dana untuk kemudahan ini akan mencecah kira-kira RM1 bilion,” kata Anwar pada pelancaran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat” di Suruhanjaya Sekuriti hari ini.

Bulan lepas, kerajaan mula mengagihkan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program e-Tunai Belia Rahmah, melibatkan kira-kira 2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan keseluruhan RM400 juta.

Anwar berkata, pengumuman hari ini adalah selepas mengambil kira kejayaan program e-tunai. – 27 Julai, 2023.

WOIT

INI SEDEKAH

DARI KERAJAAN

AMIN

100 RINGGIT

DAPAT BELI APA?

AMIN

KITA PERLU

GAJI SEJAGAT

MACAM NEGARA

FINLAND

AMIN

BARU KITA SEMUA

SESAMA DAPAT

NIKMAT

AMIN

BUKAN CHINA

SAJE YG KAYA

AMIN

KHALAS

MALAPETAKA MELANGGAR CHINA MERAH


MALAPETAKA

MELANGGAR

CHINA MERAH

AMIN

TUAN HAKIM DAN SAKSI ???


TUAN HAKIM

DAN SAKSI ???

AMIN

AIR LAUT ADA GARAM


AIR LAUT

ADA GARAM

KHALAS




Unknown commented on 
"AIR LAUT BERGARAM"

ini soalan terbaik..kenapa air laut tidak digunakan utk padam kebakaran? tt beralasan dgn kandungan garam. lebih terbaik bila negeri byk air tapi takda tempat tadahan menurut timbalan menteri besar negara syurga serambi mekah.barangkali perlu ditanyakan kenapa mercedes tidak membina tempat takungan air di negara german yg ahli2 syorga PAS menonton porno tanpa membayar..

Unknown commented on 
"AIR LAUT BERGARAM"

bagi orang biasa, air adalah air. tapi air laut sangat mematikan hidupan tumbuh tumbuhan darat. ikan darat mati di air masin, ikan laut mati di air tawar


Unknown commented on 
"AIR LAUT BERGARAM"

terima kasih tt menjawab soalan.
moga2 kita boleh bertemu nanti. amin

BUAT KEBAJIKAN TAK PERLU JADI YB


BUAT KEBAJIKAN

TAK PERLU

JADI YB

KHALAS

Unknown commented on 
"POLITIK KECEWA"

Memang cilakat betul dioang yang merungut bila nama digugurkan dari menjadi calon. Masa dulu bila dipilih menjadi calon, gumbira tak abis, lupa kat mereka yang memberi jalan kepada dioang jadi calon. Ini termasuklah dioang yang dari DAPig, dah berpenggal jadi YB, berjawatan tinggi, pas tu wat kacau dengan kenyataan menjolok sarang tebuan, menambah berat kavadi dipikul oleh parti dioang yang diligat berjuang untuk kepentingan semua, tapi sikap dioang itu menampakkan sama dengan mat sakau-mat sakau yang dioang caci dan cuci... 

dioang ini patut disula biar sampai pecah bontot dioang. Dioang ini meletakkan diri dioang sebaris dengan ikon-ikon parti yang masih dicalonkan seperti dioang itu menjadi jenama yang disokong oleh orang ramai... kalau dioang itu ialah ikon lain citer la...

MAHARAJA BARU MUNCUL


MAHARAJA

PULAU PINANG

AMIN


panglimo potaseh commented on
 "PARTI DAP ADA MAHARAJA"

Eh betul ke Penang dah ade Maharaja? .. kok cam tu Tahniah lah .. Ampoong Tuangkue. Maharaja Penang pakai koghih ko podang .. Ampoong tuangku.

Kok camtu kito dah ado sepuluh nogori yang ado Rajo .. yo tak. Patik Yang Hino Ni nak tanyo satu soalang leh tak .. Maharaja Penang boley jadi AGONG tak?

KESAH ORANG BAIK


CONTOH 

ORANG BAIK

AMIN

AKTA HASUTAN - JANJI DI CAPATI


LFL kecam rancangan baharu untuk Akta Hasutan

LAWYERS for Liberty (LFL) menyelar kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung rancangannya untuk meminda dan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan berkata ia “pengkhianatan tidak boleh diterima terhadap janji pembaharuan”.

Pertubuhan masyarakat sivil hak asasi manusia dan pembaharuan undang-undang itu mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika beliau dan gabungan PH berada dalam pembangkang, mereka konsisten berjanji kepada rakyat Malaysia akan memansuhkan Akta Hasutan jika mengambil kuasa persekutuan dan memasukkan ia dalam setiap manisfesto pilihan raya.

“Dengan berkuasa sekarang, mereka kini berubah,” kata penyelaras kempen Nabila Khairuddin dalam satu kenyataan.

“Adalah satu pengkhianatan terhadap janji reformasi bagi kerajaan yang kini berpatah balik daripada janji untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan kononnya mengehadkan penggunaannya kepada perkara melibatkan institusi diraja sahaja,” kata Nabila ketika menggesa kerajaan menggugurkan rancangan mengekalkan Akta Hasutan dan sebaliknya memansuhkan undang-undang itu secara keseluruhannya.

Kumpulan itu mengkritik kenyataan 25 Julai dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman yang berkata Kabinet bersetuju mengkaji semula Akta Hasutan 1948 dan pindaan akan dibuat untuk mengehadkan penggunaannya kepada perkara melibatkan institusi diraja sahaja.

Nabila berkata undang-undang itu, yang digubal semasa era penjajah, adalah “perundangan kuno dan kejam yang menimbulkan ancaman dahsyat kepada kebebasan bersuara yang termaktub di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan (Persekutuan) kita”.

“Akta Hasutan sangat samar-samar dan meluas sehingga hampir mustahil untuk orang awam mengetahui jenis komen yang akan disifatkan berbaur hasutan.

“Oleh itu, ia akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan menghalang wacana yang membina,” katanya.

Nabila juga menegaskan banyak negara komanwel memansuhkan undang-undang era kolonial atau tidak menggunakannya kerana menjadi alat penindasan bagi menyekat ungkapan perbezaan pendapat dan mengekang kebebasan bersuara.

Beliau berkata rancangan kerajaan pimpinan PH untuk memberikan undang-undang itu nafas baharu tidak boleh diterima.

Beliau menambah undang-undang seperti Akta Hasutan, yang menghina hak asasi tidak boleh dipinda, tetapi mesti dihapuskan.

Hanya dengan berbuat demikian, kerajaan akan menunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam menegakkan kebebasan bersuara mengikut Perlembagaan Persekutuan dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, katanya. – 27 Julai, 2023.


WOIT

RAMAI DAH

JADI MANGSA

BAGINDA QUEEN

AMIN

RAMAI DAH LAWAN

AKTA HASUTAN

AMIN

TAPI JANJI

MASIH DI CAPATI

AMIN

KHALAS

TUAN HAKIM JUJUR


Hakim kes 1MDB dedah Jasmine Loo pernah jadi rakan kongsi

HAKIM perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1DMB) Collin Lawrence Sequerah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beliau pernah bekerja dengan bekas penasihat undang-undang 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, yang kini dalam tahanan polis.

Hakim itu berkata demikian apabila Muhammad Shafee yang mengetuai barisan peguam bela Najib Razak bertanya sama ada pihak pendakwaan mahu memanggil Loo sebagai saksi pendakwaan atau menawarkan beliau sebagai saksi pembelaan.

Pada ketika itu, Sequerah mencelah dan berkata “memandangkan isu ini telah dibangkitkan, saya mahu memberitahu kepada pihak-pihak berkenaan bahawa individu yang sama (Loo) dan saya merupakan rakan kongsi, dalam sebuah firma guaman, mungkin dalam 10 ke 15 tahun dahulu. Saya fikir saya dedahkan perkara itu kerana namanya telah timbul dalam perbicaraan,” katanya.  

Terdahulu, Shafee bertanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib sama ada beliau akan memanggil Loo untuk memberi keterangan kerana wanita itu akan menjadi saksi penting, selain ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ahmad Akram menjawab pada masa ini pihak pendakwaan tidak mengetahui sama ada Loo menyerahkan dirinya atau ditahan polis tetapi beliau boleh mengesahkan pihak berkuasa sudah mengambil keterangan wanita itu.

“Jabatan Peguam Negara tidak menerima sebarang keputusan siasatan dan saya tidak boleh membuat keputusan sekarang sama ada beliau akan dipanggil (sebagai saksi pendakwaan) atau tidak.

Ini pendirian kami buat masa ini. Sebaik sahaja kami menerima keputusan siasatan, saya akan mendapat arahan daripada ketua saya sama ada untuk memanggil beliau atau tidak,” kata Ahmad Akram.

Pada 12 Julai, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan dalam siasatan mengenai penyelewengan dana 1MDB.

Beliau berkata Loo menerusi peguamnya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama membantu siasatan polis dalam kes berkaitan 1MDB, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz tiba di mahkamah pada pukul 1.54 tengah hari kerana beliau dijadualkan untuk memberi keterangan selaku saksi ke-46 pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib itu.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung. – Bernama, 26 Julai 2023.


INI CONTOH

HAKIM JUJUR

AMIN

BUKA SEMUA

JANGAN NANTI

AKAN JADI SENJATA

OLEH NAJIB

AMIN

MACAM HAKIM

NAZLAN KES SRC

AMIN

TIM SAKAU AKAN

GUNA HUJAH

UNTUK TUNJUK

NAJIB DI ZALIMI

AMIN

KHALAS

SATU LAGI KES MAHARAJA POTONG KEPALA



Ramasamy pula bantah selepas tidak dicalonkan, dakwa wujud 'tangan ghaib' dalam DAP


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mempersoalkan tindakan DAP menggugurkan beliau dan beberapa exco lain daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, mengulangi dakwaan rakan pemimpin parti itu yang menyelar seorang "maharaja" yang tidak dinamakan yang menurutnya boleh membawa negeri itu ke arah pemerintahan diktator.

Ramasamy, seorang ahli DAP yang lantang dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama tiga penggal, juga bersetuju dengan pandangan penyandang Bagan Dalam, Satees Muniandy bahawa mereka yang tidak tersenarai sebagai calon untuk pemilihan 12 Ogos adalah mereka yang menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk kekal memegang jawatan tertinggi negeri itu.

Katanya, walaupun boleh menerima keputusan untuk digugurkan berdasarkan hujah DAP mahu membawa masuk pemimpin muda, namun ia bukanlah yang sebenarnya berlaku apabila parti itu juga menggugurkan ramai pemimpin lain.

"Tetapi mengapa exco lain yang menunjukkan prestasi terbaik seperti Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee, serta Adun Bagan Dalam M Satees? Anda kata ia adalah mengenai peremajaan. Ini adalah pemimpin muda yang bagus," katanya dipetik New Straits Times. 

"Adakah kerana mereka menyokong Chow, mereka dicantas? Bagaimana lagi anda perlu jelaskan mengenai pemilihan calon? Jelas sekali pemilihan itu berdasarkan kecenderungan politik dalam DAP Pulau Pinang. 

"Maksud saya, pemilihan dibuat kerana penjajaran politik.”

Beliau berkata mereka yang berada dalam kem “tangan ghaib” semuanya dinamakan sebagai calon.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menamakan tujuh muka baru untuk pilihan raya negeri. 

Selain Satees dan Ramasamy, Ketua Wanita DAP Chong Eng juga antara penyandang yang digugurkan. 

Sementara itu, Pengerusi DAP Lim Guan Eng juga disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Air Putih.

Komen Ramasamy dibuat beberapa jam selepas Satees semasa sidang akhbar hari ini menyelar seorang "maharaja" yang identitinya jelas kepada semua orang.

"Kami mengamalkan demokrasi di Pulau Pinang, kami tidak memerlukan maharaja di Pulau Pinang. Saya tidak berada di kem maharaja, saya telah dicantas. Saya nak beritahu maharaja itu: kamu bukan maharaja selama-lamanya," kata Satees.

Satees menyerang seorang individu dipercayai pemimpin paling kanan dalam partinya, tentang ancaman daripada "gelombang hijau", frasa yang digunakan oleh pemimpin DAP kepada pencapaian Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum lalu. 

Beliau menyifatkan amaran mengenai “gelombang hijau” hanyalah taktik untuk menakut-nakutkan rakyat negeri itu, sambil menambah bahawa alternatif mereka ialah "Xi Jinping", merujuk kepada presiden China yang juga pemimpin Parti Komunis.

"Anda tidak mahu 'gelombang hijau'; tapi anda mahu Xi Jinping? Dalam erti kata lain Xi Jinping paling berkuasa. Anda mahu menggunakan 'gelombang hijau' untuk membawa masuk maharaja? Biarkan rakyat menjadi hakim." 

Awal bulan ini, Lim menimbulkan kontroversi berhubung amarannya bahawa "gelombang hijau", frasa yang digunakan oleh pemimpin parti untuk merujuk kepada kejayaan PN dalam pilihan raya tahun lepas, akan menjejaskan kebebasan beribadat dan hak-hak orang bukan Islam. 

Kenyataan itu mencetuskan beberapa laporan polis terhadap Lim. 

Menurut polis siasatan terhadap ucapan Lim hampir selesai tetapi setakat ini belum ada pertuduhan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Bekas ketua menteri itu melepaskan jawatannya pada 2018 selepas beliau dipindahkan ke Kabinet Persekutuan sebagai menteri kewangan. 

DAP bertanding dan memenangi kesemua 19 kerusi DUN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14

MAHARAJA PENANG

BANYAK PANCUNG

KEPALA YB

KAH KAH KAH

YANG PUTUS KEPALA

TIMBALAN KETUA

MENTERI

KAH KAH KAH

SAPA DIA

MAHARAJA INI ?

KAH KAH KAH

AMIN

MARI BELAJAR JADI ORANG BAIK YANG BIJAK


MARI BELAJAR

JADI ORANG BAIK

YANG BIJAK

KHALAS

PARTI JUAL AGAMA



PARTI

JUAL AGAMA

KHALAS


Unknown commented on
 "PARTI JUAL MELAYU"

ketuanan melayu jual melayu, ketuanan agama ISLAM jual ISLAM bro..bak kata wakil2 PAS, takkan nak jual selain ISLAM..mujur tuhan turunkan islam, kalo tak org2 melayu nak jual apa?jual tanah kpd org luar?jual ree kpd china?

CERAIKAN BINI IKUT SUNNAH



CERAIKAN BINI

IKUT SUNNAH

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "HADI LAWAN ANWAR"

bro..hadi bukan saja lawan anwar malah baiah ahli PAS juga memajakkan isteri utk dicerai talak 3.ini baiah hadi yg ikut sunnah nabi PAS..

POLITIK KECEWA


POLITIK KECEWA



KHAMIS 27 JULAI 2023
NAMA  CALON DAH DI UMUM
HARI HARI KITA BACA
KES CALON
YANG DI PILIH DAN 
YANG TIDAK TERILIH

NAMA NAIK BAWA GUMBIRA
NAMA GUGUR BAWA KECEWA
KAH KAH KAH

PAS ADA MASALAH
PKR ADA MASALAH
DAP ADA MASAALAH
GEROMBOLAN ADA MASALAH
KECEWA DAN GADUH

PERIKATAAN ADA MASAALAH
PAKATAN ADA MASAALAH
BARISAN ADA MASAALAH
KAH KAH KAH

WOIT
TAK PERLU KECEWA
NAK TOLONG RAKYAT
NAK BUAT KEBAJIKAN PADA UMMAT
TAK PERLU JADI YB
NAK BANTU NAK TOLONG
BUKAN PERLU LESEN YB
BUAT SAJA AMAL BAIK
KHALAS

AMERIKA
FEDERAL RESERVE AMERIKA
NAIKKAN FAEDAH BANK
KINI JADI 5%
DOLAR AKAN JADI MAHAL
RINGGIT AKAN TERUS JATUH

NIGER
RAMPASAN KUASA
ASKAR KEPUNG ISTANA PRESIDEN
AMBIL ALIH KUASA
KAH KAH KAH

AMERIKA
KONGRES AMERIKA
HARI INI MULA  MENDENGAR
LAPORAN RAHSIA
TENTANG UFO
DARI PEMBOCOR RAHSIA
DARI ORANG DALAM

AMERIKA ADA SIMPAN
KAPAL UFO
AMERIKA ADA MAYAT UFO
SEMUA DI RAHSIAKAN
KALI INI PECAH

HOKKIEN
PAGI INI KERING
MATA HARI BELUM KELUAR
PEKERJA MESIN RUMPUT
DAH SAMPAI TAPI
MESIN BELUM DI PASANG

TIONG AMAT GEMBIRA
BILA RUMPUT DI POTONG
BELALANG DAN  SERANGGA
LARI LARAU
INI REZEKI TIONG

KESIAN PADA PIPIT
PADANG SAWAH RUMPUT DI POTONG
MANA NAK CARI MAKAN

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
 SAMPAI KE PETANG
WALAU PUN LANGIT
NAMPAK KELAM
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM
MENYAMBUT KHAMIS

BRO
LALAT BUTA TERBANG TINGGI
DIAMUK BADAI KEPALA PENING
BERAT MAT NAJIB PANDANG BINI
GEMUK BAGAI GAJAH BUNTING

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMT MENYAMBUT 
KHAMIS