Ditolak PKR, Dr Mahathir kerjasama dengan DAP, Amanah
DR Mahathir Mohamad berkata beliau akan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) Plus tetapi terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah, selepas PKR menolak cadangan mencalonkan beliau sebagai perdana menteri.
“Saya tidak akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana dia tidak mahu bekerja dengan saya. Saya perlu cari cara lain untuk jadi perdana menteri. Mungkin ada cara lain,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sin Chew Daily hari ini.
Negarawan berusia 94 tahun itu berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada beliau akan bekerjasama dengan Anwar selepas PKR menolah cadangan PH Plus untuk menjadikan Dr Mahathir calon perdana menteri.
Selain DAP dan Amanah, Warisan dan ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Dr Mahathir juga mahu bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu sekali lagi mengetuai mereka.
Dr Mahathir berkata beliau sanggup keluar daripada PH tetapi akan terus bersama DAP dan Amanah.
“Mereka sudah lama menjadi parti pembangkang. Mereka cuba menang pada 2008 dan 2013 sebelum saya menyertai mereka, tetapi mereka kalah dan tidak boleh menang. Jadi, pada PRU14 saya sertai mereka.
“Mereka tahu mereka perlukan undi Melayu untuk menang, dan mereka fikir saya boleh bawa undi Melayu kerana parti utama ialah parti Melayu dan yang lain parti pelbagai kaum. Melayu tidak akan sokong parti majmuk,” katanya dalam temu bual itu. – 23 Jun, 2020.
Subky bekas wartawan Kumpulan Utusan Melayu, akhbar yang disertainya pada awal 1960-an.
Beliau juga antara pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah, yang terbit pada hujung 1970-an.
Dalam bidang penulisan, Subky diingati kerana kupasannya mengenai politik di Harakah. Ruangannya dulu dikenali dengan nama Dari Mana Nak Ke Mana sebelum ditukar kepada Min Aina Ila Aina, dan kemudian ditukar lagi menjadi Mens Sana In Corpore Sano.
Subky merakamkan pengalaman dalam politik dan kewartawanan dalam autobigrafi Anak Apak yang terbit pada 2011.
Subky pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada bekas perdana menteri kedua Malaysia, Abdul Razak Hussein.
Anwar Gagal Batal Pembelaan Hamzah Dalam Saman Fitnah RM10 Juta
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pembelaan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin dalam saman fitnah bernilai RM10 juta yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa adalah tidak adil baginya untuk membatalkan pembelaan peringkat interlokutori dan memerintahkan satu perbicaraan penuh kes itu diadakan. Tiada tarikh ditetapkan lagi untuk perbicaraan kes itu.
Prasad, bagaimanapun, memerintahkan Hamzah, yang diwakili peguam S. Murali, untuk membayar kos RM2,500 kepada Anwar kerana lewat mengemukakan butiran-butiran berkaitan pernyataan pembelaannya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Anwar, S.N.Nair berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.
Anwar memohon untuk membatalkan pembelaan Hamzah pada November 2009 atas alasan Hamzah telah melengah-lengahkan penyediaan butiran-butiran berkaitan pembelaannya sebagaimana diarahkan Mahkamah Tinggi pada Mei.
Pada 22 Ogos, 2008, Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008, artikel fitnah itu ditulis "Anwar Harrassed My Wife".
Anwar mendakwa perkataan berkenaan yang disiarkan dalam artikel itu, bermakna dan difahami bahawa beliau telah secara langsung dan atau tidak langsung dan atau oleh innuendo, diberikan sebagai gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang dan atau dalam aktiviti yang sama, ialah seorang yang bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.
Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar. - BERNAMA
Saudi Arabia menutup sempadan bagi para hadirin haji
Arab Saudi mengatakan pada hari Isnin bahawa ia akan melarang kedatangan dari luar negeri untuk menghadiri haji tahun ini kerana adanya virus coronavirus, yang hanya memungkinkan sebilangan kecil warga dan penduduk Saudi untuk melakukan ziarah dengan langkah-langkah menjauhkan sosial.
“Keputusan ini diambil untuk memastikan ibadah haji dilakukan dengan cara yang selamat dari perspektif kesihatan masyarakat sambil memperhatikan semua langkah pencegahan dan protokol jarak sosial yang diperlukan untuk melindungi manusia dari risiko yang berkaitan dengan wabak ini dan sesuai dengan ajaran Islam di memelihara nyawa manusia, ”kata kementerian yang mengawasi ziarah dalam satu kenyataan.
Jumlah kes coronavirus di Arab Saudi telah melebihi 160,000, dengan 1,307 kematian, berikutan peningkatan jangkitan baru dalam dua minggu terakhir.
Polis Johor buru Boy Setan, seludup dadah guna dron
JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memburu seorang lelaki warga Singapura dikenali sebagai ‘Boy Setan’ yang merupakan suspek utama bagi kes penyeludupan dadah menggunakan dron ke republik itu, baru-baru ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki itu yang nama sebenarnya Mohamad Azli Ahmad Said, 40, turut dikehendaki pihak berkuasa Singapura kerana kesalahan berkaitan dadah.
KUALA LUMPUR – Nor Ashidah Ibrahim mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan melepaskan jawatan Exco Wanita Keadilan Pusat serta jawatan Naib Ketua Wanita PKR Negeri Johor berkuatkuasa serta merta.
Menurutnya, keputusan itu diambil kerana beliau telah hilang kepercayaan kepada tampuk kepimpinan parti keadilan.
Menurutnya bersama beliau, seluruh sayap pimpinan Wanita Keadilan Johor juga mengikut rentak beliau mengisytiharkan keluar parti yang dibarisi ketua wanitanya, Rahamizon serta timbalannya Tan Poh Lai.
“Mengambil contoh tindakan disiplin penggantungan Ketua Wanita PKR Pusat, Haniza Talha yang mana alasan yang diberikan pimpinan teratas PKR adalah tidak berasas dan tidak adil sama sekali.
“Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada Rahamizon dan Poh Lai serta teman teman seperjuangan yang lain yang dikenakan tindakan pemecatan dan penggantungan tanpa sebab serta alasan yang tidak munasabah.
“Dengan ini saya Nor Ashidah Ibrahim anggota keadilan Rakyat dengan no anggota keahlian J1400000245 selaku Exco Wanita Keadilan Pusat dan saya juga mewakili rakan-rakan pimpinan wanita negeri Johor mengisytiharkan saya akan letak jawatan dan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta hari ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, keputusan juga telah diumumkan beliau menerusi satu sidang media khas keluar parti petang tadi di Johor.
Menurutnya, ia lebih kepada membawa perpecahan serta gagal menjalankan amanah kepada anggota yang telah memilih mereka.
Justeru pemimpin wanita itu juga tidak menafikan kewujudan sentimen kem termasuk di peringkat sayap dalam parti itu.
Menurutnya, selepas ini barisan beliau yang beramai ramai keluar PKR akan menumpukan sepenuh perhatian dalam khidmat masyarakat sosial menerusi NOW (Nation of Woman) demi memperkasa wanita di peringkat kebangsaan.
“Ini jelas menunjukkan apa yang dilakukan pimpinan Pusat parti hanya sekadar lebih kepada meruntuhkan permuafakatan yang dibina dan dijalin selama ini.
“Di sini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anggota yang telah memilih saya dan memberikan mandat kepada saya sebagai Exco Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat semasa pemilihan parti yang lalu.
“Buat masa ini saya dan rakan-rakan saya tidak akan menyertai mana-mana parti da kami akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada NGO NOW (Nation of Woman) dan PKN (Penggerak Komuniti Negara (PKN),” katanya.
Beliau juga menjangkakan akan berlaku keluar parti melibatkan lebih ramai lagi dalam kalangan ahli di negeri itu.- MalaysiaGazette
Katanya, beliau juga melihat bahawa tampuk kepimpinan dalam PKR sudah mula banyak yang alha tentang idealisme serta hala tuju parti.
Bang Mat tak mahu ditipu lagi, bang Mat tak mahu tidur dijalan raya lagi Bang Mat mahu jadi menteri. Bang Mat mahu makan kari kepala ikan Merah dan Jenahak Bang Mat tak mahu ditipu Syeikh Non
mangkuk hisham rais budak kampung dari jelebu pun tahu QE... abam tau kah? guano nak jadi mentari keuangan jikalau abam tak tau QE tu gapo. kah kah kah!
Pihak berkuasa di Korea Selatan mengatakan negara itu mengalami gelombang kedua coronavirus di dalam dan sekitar Seoul, dan memperingatkan bahawa langkah-langkah jarak fizikal yang lebih kuat akan diberlakukan jika peningkatan infeksi setiap hari tidak turun.
Pengesahan gelombang baru datang ketika pemerintah Israel mengatakan penguncian dapat diperkenalkan di tengah peningkatan kes yang tajam, dan sekumpulan pakar mencari yang bersiap sedia untuk mengerahkan ke negara Australia Australia untuk mengatasi wabak baru di Melbourne.
Wabak baru sekali lagi menyoroti kesukaran membasmi virus sepenuhnya, bahkan di negara-negara yang dianggap sebagai panutan dalam tindak balas awal mereka terhadap wabak tersebut.
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market