Ahad, 5 Mei 2024
MEDIA ASING SERANG MADANON - BILA NAK SAMAN BLOOMBERG ?
Media asing serang Malaysia dengan laporan tidak beretika, kata Anwar
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan media asing berhubung pemotongan subsidi bahan api sebagai tidak beretika dan tiada keputusan muktamad dibuat di peringkat kabinet berhubung isu itu.
“Saya dapati kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita terhadap politik yang tegas, maka media jiran dan antarabangsa terus menyerang dari segi berita yang negatif, umpamanya isu pembangunan kasino (di Johor)…ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai ke maklumat saya tapi ia dijadikan isu panas.
“Kemudian isu penarikan subsidi diesel, walaupun ada perbincangan awal tapi tidak ada keputusan muktamad berkenaan tarikh pelaksanaan. Kaedahnya perlu diterangkan. Prinsipnya supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya lapor Bernama.
“Kita terima prinsip kebebasan (media) tetapi ada etika berdasarkan fakta. Memetik maklumat perlukan daripada sumber yang boleh dipercayai. Perkara sebegini adalah soal dasar yang memerlukan kerajaan beri notis dan pengumuman,” tambahnya.
Semalam sebuah akhbar berita asing melaporkan Malaysia merancang untuk mengurangkan subsidi bahan api sebagai sebahagian daripada langkah pembaharuan ekonomi.
Laporan itu memetik sumber industri dan kerajaan yang mendakwa harga diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran dalam beberapa minggu pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Ia juga mendakwa langkah itu akan diikuti dengan kenaikan harga runcit petrol.
Susulan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kabinet belum lagi membincangkan kenaikan harga petrol dan diesel.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan menolak laporan media antarabangsa itu.
“Saya meneliti perkara itu dan saya boleh sahkan di sini saya ahli Jemaah Menteri, kita belum bincang perkara ini pun. Jadi, don’t put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum Kerajaan umumkan.
“Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi,” katanya
Menteri itu mengingatkan semua media supaya tidak menyiarkan laporan berdasarkan sumber yang belum disahkan atau dikenal pasti. – 5 Mei, 2024.
MEDIA ASING
MULA SERANG
MADANON
KAH KAH KAH
PASAI APA
DEPA SERANG
AMIN
INI SAMA MACAM
NEW YORK TIMES
BUKA KESAH 1MDB
KAH KAH KAH
KALAU FITNAH
MENGAPA TAK SAMAN
BLOOMBERG ?
AMIN
KHALAS
JANGAN BUANG MAKANAN !!!
Permintaan bantuan makanan melonjak, kata kumpulan
PERMINTAAN bagi makanan daripada kumpulan berpendapatan rendah meningkat sejak awal tahun ini, menjadikan program pengumpulan bank makanan diterajui The Lost Food Project (TLFP) sibuk.
TLFP berkata permintaan untuk makanan meningkat kira-kira 30% sejak Januari tahun ini.
Melabelkan ia sebagai gerakan masyarakat sivil penyelamat makanan sejak penubuhannya pada 2016, TLFP memerangi kelaparan dan perubahan iklim dengan menangani lebihan makanan.
Ia menyelamatkan lebihan makanan dan produk bukan makanan lain daripada dibuang, dan mengagihkannya semula kepada lebih 80 badan amal dan ribuan keluarga B40.
“Kami menyaksikan peningkatan (untuk bantuan makanan). Pada April tahun lalu, kami memberi makan kira-kira 20,000 orang (menyediakan 787,000 hidangan sebulan) dan sejak itu ia meningkat kepada 100,000 orang sebulan tahun ini,” kata Pengurus Perhubungan awam dan Komunikasi TLFP, Gayathri Liew.
“Sejak April 2023 hingga Mac 2024, TLFP menyelamatkan 2 juta kilogram makanan dan menyediakan 5 juta makanan. Lebih banyak kami selamatkan, lebih ramai orang yang boleh kami berikan makanan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau berkata 80% makanan dan barangan diagihkan kepada 33 PPR di sekitar Lembah Klang, dengan 20% disalurkan kepada lebih 80 badan amal dan kumpulan masyarakat sivil untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
Gayathri berkata secara purata lebih 4,000 tan makanan yang boleh dimakan dibuang setiap hari.
Menurut Perbadanan Pengurusan Pembersihan Awam (SWCorp), pada 2023 kira-kira 846,000 tan sampah domestik dikutip, dengan 44.5% adalah pembaziran makanan.
Gayathri berkata teras utama organisasi itu adalah untuk menyelamatkan makanan “dibuang” dan mengagihkannya semula kepada mereka yang memerlukan.
“Kira-kira 80% orang yang kami agihkan adalah keluarga B40 dari rumah pangsa kos rendah sekitar Lembah Klang. Kami menagihkan lebih 30 PPR, kami juga bekerjasama dengan PPR untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.
“Selebihnya diberikan kepada rumah anak yatim, rumah warga emas dan badan kebajikan lain.”
Beliau berkata trak mereka menghantar makanan kepada PPR setiap hari.
Seminggu sekali, kira-kira 30 hingga 40 badan amal akan datang mengutip makanan di gudang TLFP di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Beliau berkata 80% bahan mentah yang mereka kumpul datang dari pasar borong Kuala Lumpur dengan kutipan mencecah kira-kira 191 tan sebulan.
“Kami kumpul lebihan sayur yang tidak boleh dijual oleh peniaga. Antara sayur yang kami selamatkan ialah sayur-sayuran berdaun, jenis ubi dan buah-buahan seperti kai lan, bok choy, timun, kentang, lobak merah, brokoli Cina, kubis Cina, kacang hijau, kembang kol serta oren, tembikai, anggur dan lain-lain.
“Kami mengutip hasil segar dari Isnin hingga Sabtu dan menghantarnya setiap hari secara bergilir-gilir kepada PPR.
“Kami juga mendapat 20% barangan daripada rantaian bekalan kami. Ini adalah barangan kering seperti peket Milo, mee segera, beras dan produk lain.
“Kami biasanya mendapatkan produk beberapa bulan sebelum tarikh tamat tempoh daripada syarikat yang bekerjasama dengan kami selama ini.”
Gayathri juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi sukarelawan kerana bantuan tambahan masih diperlukan.
“Kami mempunyai kira-kira 150 sukarelawan setiap bulan yang datang untuk membantu. Mereka datang dua kali seminggu pada hari Rabu dan Khamis untuk membantu kami.
“Mereka terdiri daripada kumpulan korporat, kumpulan masyarakat, pelajar dan individu berumur antara 15 tahun hingga 75 tahun.
“Kami juga mempunyai sukarelawan tetap yang telah bersama kami selama bertahun-tahun.”
Beliau menambah yang mereka juga mempunyai pemandu sukarelawan “Bread Rescue” yang mengambil roti dari kedai roti dan menghantarnya terus kepada golongan memerlukan di sekitar mereka.
Gayathri berkata sebagai sebuah organisasi yang membantu golongan miskin, mereka bergantung 100% kepada kemurahan hati orang lain.
“Pembiayaan yang kami perolehi adalah daripada individu dan penderma korporat, penajaan, yayasan dan geran.”
Mereka yang berminat dengan TLFP boleh menghantar mesej kepada mereka di Instagram. – 5 Mei, 2024.
INI KERJA AMAL
YANG MULIA
AMIN
SELAMATKAN
MAKANAN DARI
DI BUANG
AMIN
KHALAS
KEPALA RASUAH KEMPEN ANTI RASUAH - KAH KAH KAH
Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional dilancar 7 Mei ini
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, NACS yang akan menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.
Majlis peluncuran NACS akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 7 Mei ini.
Katanya, peluncuran NACS ini merupakan langkah kerajaan dalam membangunkan suatu strategi pembanterasan rasuah nasional selari dengan Artikel 5 United Nations Convention Against Corruption (UNCAC), yang menetapkan bahawa semua negara anggota termasuk Malaysia untuk menghasilkan satu dokumen yang menjadi rujukan utama bagi inisiatif-inisiatif antirasuah di peringkat nasional.
“NACP yang berakhir pada 2023 telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor secara tidak langsung yang membantu kejayaan memperbaiki reputasi negara dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2019 di mana Malaysia melonjak ke tangga ke-51 berbanding kedudukan ke-61 pada 2018.
“Atas faktor ini, NACS dibangunkan dengan memberi penekanan kepada lima strategi utama iaitu Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasaan dan Insentif,” katanya.
Azam berkata, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan NACS, satu mekanisme pemantauan yang menyeluruh akan diwujudkan oleh BPGN SPRM yang mana Laporan Pemantauan dan Penilaian mengenai NACS akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh perdana menteri untuk diperakukan sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Parlimen.
Katanya, SPRM menerusi BPGN bersiap sedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab menyelaraskan pelbagai rancangan di bawah strategi terkandung dalam NACS.
Beliau berkata, SPRM meletakkan harapan tinggi bagi mendapatkan kerjasama semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan NACS bagi tempoh 5 tahun akan datang selaras hasrat untuk mencapai aspirasi nasional iaitu Membangun Malaysia Madani. –
WOIT
BGPN KE
NACS KE
SEMUA KARUT
AMIN
HABISKAN DUIT
NEGARA
AMIN
KERANA KEPALA
ANTI RASUAH
ADA KES RASUAH
AMIN
KES AZAM BAKI
MASIH BELUM
TUNTAS
AMIN
SEMUA INI PROJEK
NAK TUTUP ISU
SAHAM AZAM BAKI
POOODAH
KHALAS
syarikat israeel di jemput sama ?
1,324 firma dari 60 negara sertai DSA-NATSEC 2024
KUALA LUMPUR- Sebanyak 1,324 syarikat pempamer dari 60 buah negara akan mengetengahkan aset-aset pertahanan dan keselamatan yang moden dan tercanggih dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (DSA-NATSEC) 2024 yang diadakan di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Duta bermula esok.
Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata, ia adalah penyertaan terbesar dalam sejarah penganjuran yang memasuki edisi ke-18 tahun ini.
“Lebih signifikan, sebanyak 34 negara mempamerkan pavilion sendiri dan sudah tentulah ia adalah sesuatu perkara yang membanggakan serta menggembirakan semua pihak khususnya Malaysia.
“Pada tahun ini, kita meningkatkan ruang pameran kepada 48,000 meter persegi bersama dengan peningkatan dalam bilangan delegasi terutama orang kenamaan peringkat tinggi (VIP) dari negara luar, dalam jumlah sebanyak 400 delegasi dari lebih 50 negara dan wilayah.
“Selain itu, untuk pameran edisi ke-18 kali ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Türkiye, Amerika Syarikat, Itali dan China, yang sudah pasti bakal menarik perhatian peserta dan orang ramai yang hadir ke pameran itu nanti dengan ruang pameran pavilion terbesar,” katanya dalam sidang media di MITEC hari ini.
Beliau berkata demikian selepas hadir bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan meninjau persiapan akhir menjelang pameran terulung itu.
Dalam perkembangan sama, katanya lagi, terdapat tiga negara baharu yang bakal menyertai keluarga DSA-NATSEC buat pertama kali dalam pameran esok iaitu Iran, Singapura dan UAE.
Tambah beliau, penyertaan yang terbesar dan memberangsangkan pameran DSA NATSEC kali ini sudah akan menjadi satu sokongan bagi memastikan komiten Malaysia bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya tetapi menjadi tarikan utama di rantau ini.
“Saya berharap melalui apa yang dipamerkan tahun ini akan meningkatkan lagi kedudukan negara selain kerajaan dan Kementerian Pertahanan mahu melihat kualiti dan ranking pameran pertahanan dan keselamatan ini naik taraf supaya dunia dapat melihat DSA menjadi antara pameran tersohor di dunia,” katanya pada sidang media selepas melakukan walkabout di sini.
Khaled menambah, DSA kali ini bakal mempamerkan pavilion Sistem Pesawat Tanpa Juruterbang (UAV), dron serta pavilion robotik, selain angkatan tentera masa depan yang bakal mengetengahkan kreativiti produk pempamer.
Ditanya mengenai antara topik penting yang akan menjadi fokus dalam pameran tersebut, Khaled menambah, kementeriannya menganjurkan dua sesi seminar dalam pameran DSA kali ini.
“Salah satunya adalah seminar memperkasa keselamatan negara, tadbir urus dan rakan kerjasama, ’emerging technology dan ancaman semasa.
“Dengan penganjuran seminar ini, saya percaya hasilnya akan memanfaatkan semua pihak dalam pameran tersebut,” ujarnya sambil menambah kehadiran ramai pemimpin kerajaan ke pameran itu diyakini menggalakkan rangkaian kerjasama serantau dan menyumbang kepada keamanan dunia.
BETUL KE
SYARIKAT ISRAEL
ADA DATANG ?
AMIN
JIKA BENAR
INI SUDAH BERAT
AMIN
SYARIKAT SENJATA
BUNUH PALESTIN
AMIN
KITA PULAK CAKAP
SOKONG PALESTIN
AMIN
NAMPAK DULAK
DALIK PUTAR BALIK
KHALAS
ADA APA SELASA 7 MEI ?
SELASA
7 MEI 2024
LAGI SEHARI
JENG JENG JENG
PADA 6 ME1 2024
ADA PAMERIAN
SENJATA
ANJURAN
KEMENTERIAN
PERTAHANAN KITA
AMIN
SYARIKAT ISREAL
AKAN ADA SAMA?
JENG JENG JENG
AMIN
FUCK YOU AMERIKA
Pegawai Perbendaharaan AS jumpa pihak berkuasa Malaysia berhubung sekatan
PEGAWAI dari Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Malaysia dan Singapura ketika Washington menghentikan pembiayaan untuk Iran dan kumpulan proksinya serta mengelak sekatannya ke atas Rusia, lapor Reuters.
Agensi berita itu berkata sumber telah mendakwa bahawa terdapat lonjakan wang yang dipindahkan ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan Malaysia.
Menurut sumber, setiausaha untuk keganasan dan risikan kewangan Perbendaharaan AS, Brian Nelson, akan membincangkan kebimbangan mereka dan risiko sekatan yang ditimbulkan oleh aktiviti tersebut.
Perbincangan itu juga akan diadakan dengan peguam umum Perbendaharaan AS, Neil MacBride.
Lawatan ke kedua-dua negara itu berikutan tumpuan Perbendaharaan AS terhadap pembiayaan pengganas melalui Asia Tenggara.
Ini, kata sumber itu, termasuk usaha mengumpul dana dan penjualan minyak Iran haram.
Pada Disember, jabatan itu mengenakan sekatan ke atas empat syarikat berpangkalan di Malaysia yang didakwanya sebagai barisan hadapan yang menyokong pengeluaran dron Iran.
Washington baru-baru ini telah mengenakan sekatan lanjut yang menyasarkan Iran, termasuk ke atas dron Iran yang digunakan oleh Rusia dalam perang di Ukraine, ketika AS telah berusaha untuk meningkatkan tekanan ke atas Tehran selepas serangannya ke atas Israel. – 3 Mei, 2024.
FUCK AMERIKA
MALAYSIA BUKAN
TANAH JAJAHAN
AMIN
DUIT KITA PUNYA
NAK BERI PADA
SAPA HAK KITA
AMIN
HAMAS DAPAT
FATAH DAPAT
BUKAN
DUIT AMERIKA
AMIN
KITA TAK SEKAT
IRAN RUSIA
ATAU SAPA SAJA
AMIN
MALAYSIA BEBAS
NIAGA DGN SESAPA
AMIN
KHALAS
MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh terima Pingat Kebebasan Presiden daripada Biden
KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood dan pelakon terkenal Malaysia Michelle Yeoh, telah menerima Pingat Kebebasan Presiden dari Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat.
Majlis yang diadakan di Rumah Putih pada Jumaat malam (3 Mei) waktu tempatan atau pada pagi Sabtu (4 Mei) di Malaysia, menandakan satu detik bersejarah apabila Yeoh menjadi pelakon Asia pertama yang menerima penghormatan tertinggi negara berkenaan.
Rumah Putih dalam pengenalannya menyifatkan Yeoh sebagai seorang daripada pelakon paling terkenal pada masa ini dan selama empat dekad telah memecahkan stigma dan stereotaip untuk membina kerjaya yang cemerlang sebagai salah seorang penghibur paling serba boleh di dunia.
“Menjadi warga Asia pertama memenangi Anugerah Akademi (Oscar) sebagai Pelakon Wanita Terbaik, usahanya untuk memajukan kesaksamaan jantina, isu pemuliharaan dan kesihatan global telah dirasai di seluruh dunia.
“Sama ada sebagai penghibur atau perintis, Michelle Yeoh terus memperkaya budaya Amerika dan memberi inspirasi kepada kami untuk mempercayai kemungkinan dalam filem-filem dan seterusnya,” katanya semasa Biden menganugerahkan beliau dengan Pingat Kebebasan Presiden.
Acara itu turut disiarkan secara penstriman langsung di laman Facebook The White House.
Kemenangan bersejarah Yeoh di Oscar pada tahun 2023 untuk peranannya dalam filem “Everything Everywhere All At Once” mengukuhkan statusnya sebagai pelopor dalam industri hiburan.
Beliau merupakan seorang penyokong vokal untuk pemuliharaan alam sekitar dan tujuan kemanusiaan, menggunakan platformnya untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong perubahan positif pada skala global.
Selain pencapaian sinematiknya, usaha kebajikan Yeoh juga mendapat pujian meluas.
Yeoh sebagai duta pertukaran budaya dan persefahaman, menunjukkan nilai keterangkuman, empati dan daya tahan yang mentakrifkan semangat Pingat Kebebasan Presiden.
Selain Yeoh, 18 individu lain turut dianugerahkan penghormatan berprestij itu.
Mereka termasuk Ellen Ochoa, wanita Hispanik pertama di angkasa dan Jim Thorpe, atlet legenda juga Orang Asli Amerika pertama memenangi pingat emas Olimpik pada tahun 1912.- BERNAMA
TAHNIAH
SATU
PENCAPAIAN
HEBAT
AMIN
GUNA AKAL BILA DENGAR ORANG POLITIK
GUNA AKAL
BILA DENGAR
ORANG POLITIK
AMIN
Unknown commented on
"KERAJAAN MAHADANON
KENA TIBAI LAGI"
Semua mereka wayang luar saja kuat, belakang semua berpeluk saja, inilah pentas terhebat dunia orang politik kita kah kah kah dengar boleh tapi percaya jangan, guna akal sendiri lagi baik kah kah kah
MANA KAPAL YANG ZAHID TEMPAH
JANGAN ALIH ISU
MANA KAPAL YG
ZAHID TEMPAH
KHALAS
"KAPAL ISRAEL
MASUK MALAYSIA"
Kalau buat kapal plywood sendiri pun tak siap siap lagi woit, apa cerita Zahid Hamidi buat kapal plywood tu, senyap menyap lupa dengan cerita kapal Yahudi tak? Alih suara alih topik alih isu nampak sangat woit keparat
KAPAL ISRAEL
KAPAL ISRAEL
AHAD 5 MEI 2024
BERITA TERSEBAR ADA KAPAL ISRAEL
MASUK KE PERLABUHAN KLANG
APA INI BETUL?
ATAU BERITA PALSU
DARI MEDIA ASING
ADA BERITA LAPOR
SYARIKAT ISREAL
AKAN PAMIR PRODUK SENJATA
DALAM SATU PAMIREN
MENTERI PERTAHANAN
APAKAH INI BETUL
ATAU
BERITA PALSU?
ADA BERITA LAPOR
KERAJAAN AMERIKA
MAHU SIASAT MALAYSIA
DITUDUH SEBAGAI
TEMPAT IRAN BELI SENJATA
APAKAH INI BERITA PALSU?
YANG DILAPOR OLEH ASING
JENG JENG JENG
GAZA
HARAPAN GENCANTAN SENJATA
MENIGKAT NAIK
BILA WAKIL HAMAS
SAMPAI KE CAIRO
AMERIKA
MICHELLE YEOH
DI ANUGERAH
PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN
DARI BIDEN
INDONESIA
15 MATI
2 CEDERA AKIBAT
BANJIR DAN TANAH RUNTUH
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI BERSINAR INDAH
LANGIT BIRU
BERTOMPOK AWAN PUTIH
AGAK SUNYI PAGI AHAD
JAUH DI DENGAR
TUK TUK TUK
CHIP CHIP CHIP
HARI INI AKAN PANAS
PETANG HUJAN
MALAM SEJUK NYAMAN
BRO
SENYUM
SENYUM. DI PAGI AHAD
BRO
LELEHAN AIR
BOLEH MEMISAH BUKIT
JIKA DIBERIKAN MASA
BRO
LEBIH BAIK
AGAK AGAK BETUL
DARI KEPASTIAN SALAH
BRO
DALM MASA DUA HARI
ESOK DAH JADI
KEMARIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)