Selasa, 1 November 2016

NAJIB JUAL TANAH MELAYU PADA CHINA







The Scribe A Kadir Jasin


Bahaya Terlalu Bergantung Kepada China



MUTAKHIR, 1 Nov - China akan bina dan biayai Projek Kereta Api Pantai Timur yang berharga RM55 bilion (AS$13.1 bilion), kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Dr Irwan Serigar Abdullah. Perjanjian kontrak akan ditandatangani hari ini. (Berita lanjut di sini).

POSTING ASAL

MULA-mula sekali permohonan berbanyak-banyak maaf kerana lama tidak buat posting baru. Maklumlah dalam usia macam saya, ada saja roadblock. Tapi Alhamdulillah dah ok dan berdaya menulis semula.

Kedua, komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: “Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…”

Petikan di atas adalah jawapan beliau kepada tampalan saya mengenai mesej Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengenai lawatannya ke China.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Mohd Najib berkata: “Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita.”

Pengulas yang curiga terhadap apa yang Mohd Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman.

Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China.

Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB?

Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku.


Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia.

Cai Zemin menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.”

Ingat tu – “koridor kereta api China” - yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dengan Asia Selatan.”

Seperti sesetengah orang telah sedia maklum, China Railway Group (CREC) dan rakan kongsinya, Iskandar Waterfront Berhad milik tauke (Tan Sri) Lim Kang Hoo kini memiliki 60 peratus saham syarikat yang akan memajukan Bandar Malaysia. Baki 40 peratus dipegang oleh 1MDB.

Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pantai daripada China. Menurut agensi berita Reuters tampalan itu bagaimanapun ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Hishammuddin Hussein itu.


Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun pada 10 hingga 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen.

Dalam lawatan kali ini Mohd Najib dipercayai akan cuba “menjual” beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Jual Harga Lelong

Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion.

Saya kata “harga lelong” sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi.

Ikut perjanjian konsesi di antara kerajaan dengan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran RM50 hingga RM100 saja.

IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy kepada China Nuclear tahun lalu.

Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama, 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua, RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB.

Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra. Rancangan asal adalah menjual saham Edra untuk mengumpul modal, tetapi dirasakan tidak “viable” apabila skandal 1MDB meledak.

Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran.

Kita Tidak Mampu?

Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar?

Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London, apakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia?

Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB, dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri?

Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China?

Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP?

Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan?

Bukankah memberangsang bagi anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau LTAT turut terbabit memajukan Bandar Malaysia kerana tapak itu dulunya milik TUDM?

Mengapa China?

Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal?

Adakah kerana China ada kepakaran, tetapi kita ketandusan kepakaran?

Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB?

Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negara China?

Seperkara lagi kalau kita tidak buta sejarah dan tidak buta politik, kita tentu sudah lama nampak bahawa China hari ini bukan China pada tahun 1405.

Pada tahun 1405 hingga 1433, Laksamana Zheng He atau lebih kita kenali sebagai Cheng Ho mengepalai armada China ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan barat Afrika dalam misi tinjauan dan persahabatan.

Hari ini armada Tentera Rakyat China melayari Laut China Selatan dan Utara bagi menunjuk kekuatan dan memperluas tuntutan.

Kalau kita ada otak, kita perlu berasa bimbang dengan hegemoni baru China ini. Lihat bagaimana "politik" China sedang mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya!

Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukannya China mendominasi kita dengan wang ringgit.

Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, Presiden mereka sendiri sangat intim dengan negara China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China.

Wallahuaklam.












------------------

MANA DIA KETUANAN MELAYU?










NAJIB JUAL

TANAH MELAYU

PADA CHINA

MANA PERGI

PENASEHAT 

MANA PERGI

NGO MELAYU

MANA PURKASA

MANA PURKIDA

BAJU MERAH

TANAH MELAYU

TERGADAI 

PADA CHINA

SEMUA SENYAAP







---------------

NAJIB JUAL TANAH MELAYU







TANAH MELAYU

DIJUAL PADA

CHINA

KOMENTAR
dalam negara najib anti china
dalam negara najib jadi pemimpin
parti ketuanan melayu
parti ini benci pada china

dulu najib jual tanah melayu
pada china singapura

hari ini najib jual
lagi banyak tanah melayu
pada china

ahli ahli parti ketuanan melayu
tidak tahu najib jual tanah pada china
ahli ahli parti ketuanan melayu
tidak sedar harta melayu kena jual

pada ketika ini china telah memiliki
semakin banyak  tanah melayu ini

akhirnya orang melayu akan
menjadi macam red indian
china akan menjadi tuan kepada melayu

parti ketuanan melayu
akan menjadi parti hamba melayu
melayu akian bertuankan china


Malaysian PM to sign 

'significant'  defence deal 

with China amid US 

strains
Najib Razak will sign 10 agreements during Beijing visit as 1MDB corruption scandal taints US relations

Malaysia’s prime minister begins an official visit to China on Tuesday where he will sign a “significant defence deal” in a potential strategic shift as his ties with the US fray over a corruption scandal.

Ma-lah-sia Province’ the newest colony of the PRC

The Malays, who dislike their fellow Malaysians of Chinese extraction, calling them “pendatang” and “illegals”, denying them equality as citizens, had better look away now.

We were colonised by the Portuguese, then the Dutch and the British. The Ketuanan Melayus must be bristling with pain. Malaysia will soon be "Ma-lah-sia Province", part of the Greater "People’s Republic of China". The writer Howard French called Africa, China’s “second continent”.

NEGARA 

KETUANAN 

MELAYU JADI

NEGARA 

KETUANAN

CHINA




--------------

MUSIK BANGUN MELAWAN







BAND PUNK

BANGUN LAWAN

PALING COOL









SILA TANYA KU LI










SIAPA HAMZAH?
Kasihan HAMZAH Nama jadi BUSOK Semua pasal Melayu tak nak ber fikir Bahalol on SIAPA DIA HAMZAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/1/16

KESIAN KU LI

NAMA JALAN 

DAPAT JALAN

PURAK LUTRAK

KAH KAH KAH



-------------

BETULKAH BERITA INI






BETUL KAH

BERITA INI

diberita pengarah FBI
mr james comey
telah mengarah 
ajen FBI
di hong kong & taiwan
untuk masuk 
ke beijing
kerana seorang lelaki
yang paling dikhendaki 
oleh FBiI
telah dilihat di cina



-------------

ALI BABA DAN TIGA PENYAMUN




ALI BABA

DAN 

TIGA PENYAMUN



ALI BABA BERTEMU TIGA PENYAMUN
FBI DALAM PERJALAAN KE BEIJING
KANTOI RIZA AZIZ MUNCUL
DARI KAPAL TERBANG
KAH KAH KAH




-----------

PANDANGAN DASAR TRUMP





LIHAT DENGAR

APA DIA 

GLOBALIS

DEEP STATE &

KAUM PEMODAL



TRUMP MENANG

TAPI AKAN KALAH

KERANA UNDI TIPU




ADAKAH INI WAKIL TUHAN?







MAMAT NI

DARI MANA

DIA WAKIL

TUHAN KE?

SAJE TANYA

KALAU KALAU

BOLEH KAUTIM

BIDADARI




NIAT MAHATHIR, MUHYIDDIN JATUHKAN NAJIB HARAM, 
KATA MUFTI KELANTAN

KUALA LUMPUR – Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan orang ramai supaya tidak termakan ‘hasutan’ Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Muhyiddin Yassin dan Pengasasnya,  Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib.
Beliau berkata demikian, selepas tindakan kedua pemimpin parti BERSATU itu mahu menjatuhkan Najib secara terbuka.
“Haram jika niat ingin menjatuhkan pemimpin apatah lagi menghasut rakyat seperti yang diluahkan Muhyiddin dan Tun Mahathir secara terbuka baru-baru ini.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


-------------

SEDANG DI CARI FBI










LELAKI CINA 

SEDANG DICARI 

OLEH FBI

DAN JUGA

POLIS SWISS





-------------

ADA KONSPIRASI






KONSPIRASI JATUHKAN NAJIB
korang tahu tak nape subsidi minyak sawit ditarik??cuba korang cari cerita pasal negara kafir perancis menaikkan cukai sawit dari malaysia..korang tau tak syarikat ioi telah ditamatkan kontrak kerana ioi melakukan pembakaran terbuka di indon dan menjadi jerebu dimalaysia..

korang tau tak, indon memang buat dek hal jerebu sb syarikat malaysia yg buat hal..korang cuba cari syarikat mana yg mendanai pembunuhan warga west papua utk tanam sawit..korang jgn pelik kalo warga eropa mmg tak guna minyak sawit utk masak, tak cya tanya chef2 di europe..diorg guna minyak dara zaitun dan bukan minyak janda rosmah..

sawit digunakan dlm makanan2 proses spt susu, gula2 dan dan..disbkan negara kafir luar negara menaikkan cukai samada sb ekonomi jatuh atau sb mrk mahu kenakan najib rosmah maka kerajaan malaysi terpaksa menyah subsidikan harga minyak..korang jgn gundah gulana akan hal minyak ni, korang tonton cj wow shop dan beli kuali2 yg bole masak tanpa minyak..yakin la, suatu hari nanti subsidi minyak on SILA TANAM UBI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/31/16





-----------

HARGA MINYAK DUNIA JATUH MURAH








BERITA PELIK

TETAPI BENAR

HARGA MINYAK

DUNIA TELAH

JATUH MURAH

HARGA MINYAK

DI MALAYSIA

MAKIN NAIK



Harga minyak dunia jatuh paras terendah sejak sebulan

 | November 1, 2016
Harga minyak jatuh lebih 3% pada keraguan rancangan pemotongan pengeluaran OPEC, dengan pasaran dibebankan dengan jangkaan yang kartel itu mempunyai rekod pengeluaran pada Oktober.







NEW YORK: Harga minyak jatuh mendadak semalam sehingga wujud keraguan terhadap kemampuan OPEC untuk melaksanakan rancangan pemotongan pengeluarannya, sementara harga ekuiti dunia goyah apabila Wall Street sukar membina rangsangan sentimen daripada urus niaga M&A.
Pengimbangan semula dan ketidaktentuan pada hujung bulan lalu menjelang minggu pemilihan presiden Amerika Syarikat membantu permintaan terhadap bon meskipun dicatatkan pencapaian bulanan yang lemah.
Harga minyak jatuh lebih daripada 3% pada keraguan mengenai rancangan pemotongan pengeluaran OPEC, dengan pasaran dibebankan dengan jangkaan yang kartel itu mempunyai rekod pengeluaran pada Oktober.
“Pasaran jadi sedikit tidak bermaya,” kata Kyle Cooper, analisis di ION Energy di Houston.
APA KAH INI

KONSPIRASI

GENG ANWAR

UNTUK HASUT

1 JUTA TURUN

KE DATARAN?

SAJE TANYA

KERANA BERITA

AMAT PELIK


-------------

TIKUS CHEF RESTORAN JEPUN




CHEF CHEF JEPUN
mohon pembaca2 tukar tiub tidak menyalah restoran berkenaan kerana seekor tikus..tahukah anda bahawa tikus itu adalah chef yg membikin roti2 berkenaan..sila tonton ratatouille..kisah seekor tikus yg berusaha menjadi chef..

chef spt ratatoille ini juga berkeliaran bebas memasak didapur2 milik golongan eee..maka tikus jadi teeekus..tikus susah lama hidup tertindas dgn kaum2 manusia yg mjdkannya bahan ujikaji makmal..

hargai tikus kerana wali2 songo juga menghargai nyawa2 tuhan allah azzawajalla yg lain termasuk pokok2 renek rumput2 apatah lagi mahu mengambil nyawa pohon2 kayu balak yg berusia ratusan tahun seusia sang jin..jin masih hidup menyaka dan manusia cukup sekadar 60an.. on CARI ROTI HALAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/31/16




---------------