Rabu, 2 Disember 2015

HARI INI DALAM SEJARAH






HARI iNI

DALAM 

SEJARAH

10 hrs 
 

Alhamdulillah .. SYUKUR !!!

Rakyat M'sia WAJIB berterima kasih kpd pengundi2 BN kerana tanpa mereka tambang LRT & monorail tak dapat naik..

JANGAN LUPA.. klu tak mau bayar lebih LRT & monorail mahal, SILA GUNA PERKHIDMATAN AWAM 'ALTERNAT
IF'..




















-----------

MUAT TURUN DISINI








TPPA

MUAT TURUN

DISiNI


PERJANJIAN TPPA
Download sini tuan TT.. Perjanjian TPPA.. 30 Chapter dan 599 pages dlm PDF.. Print sendiri ye.. 

(http://cenangau.blogspot.com/2015/11/kjaan-akhirnya-dedahkan-teks-penuh-tppa.html?m=1)

Baca jangan x baca.. jangan malas membaca.. boleh kelabu asap nak perabih 600 pages tu.. on KITA SAMA SOKONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/30/15


TERiMA KASEH




----------------

BANK NEGARA MENCARI SAKSI








SAKSi 

DIHiLANGKAN



KOMENTAR
ambil perhatian
sila jangan salah baca
saksi menghilangkan diri
bukan untuk kes 2.6 bilion
bukan kes derma tok arab
ini kes  SRC INTERNATIONAL
dana masuk ke akaoun najib

ketika najib di amerika
akhbar WALL STREET JOURNAL
telah melaporkan bahawa
jamsmine berada di new york
akhbar ini bertanya:
apakah najib ketika di NY
akan berjumpa jasmine

saksi yang lain 
tidak ada khabar berita
jho low dikatakan telah
menjadi warga negara PANAMA


Bank Negara cari dua bekas eksekutif kanan 1MDB


KUALA LUMPUR - Bank Negara masih mencari dua individu yang pernah menyandang jawatan eksekutif kanan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953.
Satu notis mengenai Casey Tang Keng Chee, 50, dan Jasmine Loo Ai Swan, 42,dimuatkan dalam laman sesawang amaran penipuan bank itu sejak Julai lepas.

"Kami belum dapat menghubungi mereka secara langsung," kata Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz kepada media selepas merasmikan Iclif Leadership Energy Summit Asia 2015 di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang dua individu itu boleh menghubungi Bank Negara melalui talian 03-26988044 sambungan 8554/7610 atau membuat laporan di balai polis terdekat, kata laman sesawang itu, 

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0302_seen.htm.  - Bernama

SILA BERi

BANTUAN

JiKA ADA

MAKLUMAT

















----------------

CARI TOK ARAB ITU





INi NAMANYA

DULAK DALiK

FLiP FLOP

KLU KLAK

KOMENTAR
tambang semua naik
tol pun naik
harga barang naik
tapi gaji tak naik
ini maknanya gaji turun
ini maknanya kerajaan
tidak ada duit lagi

kemana semua duit pergi?
ini soalan yang masih
menunggu jawapan




Kadar tol PLUS naik setiap 3 tahun sekali bermula 2016 ...

www.themalaysianinsider.com/...

Translate this page
The Malaysian Insider
2 days ago - Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) akan menaikkan kadar tolmereka di bawah perjanjian konsesi mereka setiap 3 tahun sebanyak ...

Tarif Tol Naik Setiap 2 Tahun Sekali, Ini Dasarnya

finance.detik.com/.../tarif-tol-naik-setiap-2-tahun-seka...

Translate this page
Nov 2, 2015 - Kenaikan tarif tol akan terus terulang setiap 2 tahun sekali, berdasarkan ... (3) Evaluasi dan penyesuaian tarif tol dilakukan setiap 2 (dua) tahun  ...

Tol Plus naik 5% 3 tahun sekali mulai 2016 hingga 2038...

alditta.blogspot.com/.../tol-plus-naik-5-3-tahun-sekali-...

Translate this page
2 days ago - Kadar tol PLUS naik setiap 3 tahun sekali bermula 2016, kata Putrajaya... Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) akan menaikkan kada
Kenaikan tol PLUS belum muktamad
Berdasarkan perjanjian dengan konsesi kenaikan kadar tol PLUS Highways hanya dibenarkan 10 peratus sahaja seperti mana diputuskan Perdana Menteri 

PETALING JAYA: Tidak ada sebarang kenaikan automatik kadar tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini. 

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya,  Fadillah Yusof menerusi kenyataan berkata, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini bagi merundingkan semula kadar tol baharu.

 - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/tiada-kenaikan-kadar-tol-plus/#sthash.oKjnZpw4.dpuf


KAH KAH KAH
woit
duit negara dah abis
kantong negara dah kering
kah kah kah
kena cari tok arab
kena cari derma
kah kah kah

TOK ARAB 



-----------

SERANGAN PARIS MENGOLAH PERSETUJUAN





PARiS MENGOLAH

PERSETUJUAN

Saya membesar di kampong Chenor Jelebu Negeri Sembilan. Ketika saya membesar  ada seorang Tok Bomoh yang dikatakan ada memilihara saekor harimau sebagai pembantu ketika mengubat pesakit. Bayangkan betapa hebatnya Tok Bomoh ini - ada Sang Harimau sebagai pembantu.

Apa sahaja masalah kampong Tok Bomoh ini akan dipanggil.  Tok Bomoh ini akan berkesah tentang hantu ini dan hantu itu. Tentang Jembalang Tanah dan Jembalang Busut.  Tentang Pontianak dan Memanjang. Hanya Tok Bomoh ini berupaya menghalau hantu ,pelesit dan jembalang. Inilah kuasa Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu kampong lima puluh tahun dahulu ketika saya membesar.

Tok Bomoh ini mengubat  hanya diwaktu malam. Wajib disediakan tabir  atau kelambu dimana Yang Dirasuk Hantu akan diubati oleh Tok Bomoh bersama Sang Harimau. Tok Bomoh ini wajib bersendirian. Dan paling penting Tok Bomoh akan berjampi berserapah  berkemenyan berdua-duan bersama  Sang Harimau dalam gelap. Pelita semua wajib dipadamkan kalau tidak gelap Sang Harimau enggan datang.
Lalu saya bertanya - kalau mengubat dalam gelap - dibelakang tabir macam mana kita boleh nampak harimau itu datang atau tidak. Soalan saya dijawab dengan satu penampar. Lalu saya senyap. 

Ini 50 tahun dahulu. Hari ini saya terus  menimbulkan persoalan-persoalan yang sama. Menolak projek pembodohan. Membongkar segala bentuk penipuan. Menyingkap apa dibelakang tabir. Membuka lampu pencerahan agar dapat melihat apakah Harimau itu ada disebelah Tok Bomoh.

Pada hemat saya hari ini cara Tok Bomoh mengubat masih berjalan. Dalam bahasa Latin - modus operandi atau  cara bekerja Tok Bomoh ini masih digunakan. Malah kerja Tok Bomoh makin licik dengan bantuan teknoloji tercanggih.

Hari ini yang saya maksudkan ialah hari ini dalam tahun 2015. Cara kerja Tok Bomoh Harimau masih digunakan  dalam konteks politik moden. Mungkin para pembaca tidak yakin apa yang saya tulis.  Sabar dahulu. Biarkan saya terangkan agar kita semua mendapat pencerahan.
Sesebuah kerajaan yang tidak popular, yang zalim atau yang menang pilihan raya dengan cara undi tipu  - untuk terus berkuasa - akan menggunakn taktik Tok Bomoh. Orang ramai pasti gerun dan takjub apabila mendengar Tok Bomoh ini ada harimau.

Hakikatnya - orang ramai , orang kampong  perlu ditakut-takutkan dengan dengan hantu dan jembalang. Harimau itu kini menjadi Patriot Act, Akta Keganasan, Akta Hasutan dan pelbagai undang-undang yang mengelapkan kita dari melihat  apa yang sebenarnya berlaku.

Bila orang kampong takut mereka akan mencari perlindungan. Orang yang takut tidak akan banyak soal jawab. Orang yang takut akan senang dicucuk hidung. 

Justeru, serangan yang berlaku di Paris pada 13 November dahulu  adalah projek untuk menakut-nakut rakyat Peranchis. Untuk menakut-nakutkan rakyat Eropah termasuk warga dunia bahawa ada POLONG bernama ISIS yang wajib ditentang. Polong ISIS sedang merasuk maka perlu ada Tok Bomoh.

Dalam dua tulisan awal tentang Serangan Paris saya telah membuktikan bahawa apa yang berlaku di Paris adalah Projek Salah Bendera. Memunculkan projek salah bendera ini bukan satu yang baru. Ini cara daulah mengolah persetujuan agar orang ramai akan bersetuju dengan dasar yang akan dimunculkan.

Dibelakang projek salah bendera ada perancangan yang lebih besar. Ada ajenda yang ingin dimunculkan. Ada strateji yang sedang menunggu.

Media arus perdana akan menghebohkan serangan yang berlaku. Tetapi media arus perdana  hanya akan  melakar berita kulitan dan tidak akan pergi mendalam.  Tv akan memainkan imej-imej yang sensasi. Tidak ada media arus perdana yang akan berani membuat siasatan mendalam. Justeru CNN, BBC, ABC, FOX NEWS dan dan dan  TIDAK akan bertanya  polong yang bernama ISIS ini  anak didik siapa?

Jawapannya cukup jelas - polong yang bernama ISIS ini ditelorkan, dieram dan menetas dalam tapak tangan  CIA , MOSSAD  dan MI6.  Polong bernama ISIS ini adalah alat yang dilahirkan oleh badan-badan risikan dan intel  empire Zionis-Anglo-Amerikan.

Lalu persoalan timbul - apa tujuan semua ini. Kenapa ISIS menetas.  Dunia sedang melihat perang dan kemusnahan di Timur Tengah. Eropah sedang dilanda oleh orang pelarian perang. Perang tidak reda-reda malah makin meluas. 

Perang sedang dipentaskan di Afghanistan, di Pakistan, di Syria, di Iraq, di Palestin, di Libanon dan di Libya.  Panggung baru sedang i buka di Somalia, di Nigeria di Ukraine dan di Mali. Kenapa semua ini berlaku? Apa tujuan perang ini?

Sayugia diingati bahawa perang ini tidak ada sangkut paut dengan tujuan Amerika untuk memberikan  kebebasan kepada kaum wanita di Afghanistan. Perang yang dilancar ini tidak ada kaitan langsung dengan hak kebebasan rakyat Iraq atau Syria. Perang yang sedang berjalan di Syria tidak ada kaitan  dengan hak mengundi rakyat Syria.

Jadi apa sebenarnya  tujuan perang ini?

Dalam sistem ekonomi kapitalis perang bertujuan  untuk mencari harta kekayaan. Melalui perang wilayah dapat ditaklok, wilayah diperluaskan, hamba abdi  dan buruh dapat ditemui, pasaran dapat dibuka dan bahan mentah dapat ditawan. Sejarah manusia dari zaman berzaman telah merakam pelbagai bentuk perang. Perang dizaman Iskandar Zulkarnain ke perang di zaman Obama - semuanya bertujuan sama.  Selagi sistem ekonomi kapitalis diguna pakai maka perang akan muncul.

Apa yang sedang direbut dalam perang yang sedang berlaku sekarang? Tanah jajahan? Hamba abdi? Membuka pasaran?

Belanda, Portugis dan Bengali Puteh datang ke Melaka  500 tahun dahulu dari  negeri atas angin kerana rempah rampai. Hari ini yang direbut  ialah emas hitam dan emas biru.

Emas  hitam ialah bahan bakar petrolium. Emas biru ialah gas. Dua bahan asli ini adalah  oxygen kepada sistem ekonomi kapitalis yang kita ketahui hari ini. Tanpa petrolium dan gas - sistem ekonomi kapitalis akan terhenti. Malah tamadun manusia kurun ini adalah tamadun minyak petrol. Tanpa bahan bakar  petrol dan gas  dunia yang kita ketahui hari ini akan berhenti.

Dari kajian geoloji terkini gas banyak tersimpan dalam perut bumi di Qatar dan Iran. Dua negara ini memiliki 9% simpanagn gas dunia. Manakala dalam perut bumi Iran dan Rusia terdapat 20% simpan bahan bakar petrolium  dan  50%  gas.  Dalam masa yang sama gas banyak terpendam  dalam perut bumi di Afghanistan dan Turkmenistan. Negara-negara ini menjadi amat penting dan amat stratejik.

Sila kembalikan ingatan  sebelum Afghanistan diserang sesudah ledakan WTC 9/11. Para pemimpin  Taliban pada tahun 1985 pernah menjadi tamu Presiden Reagan di  Rumah Puteh. Dibelakang tabir ialah Syarikat Unocal Corp - syarikat  minyak Amerika yang sedang melobi Taliban untuk mendapat hak cari gali gas dan memasang paip menyalur gas dari Turkmenistan.

Apabila lobi Unocol ini gagal kerana Taliban tidak mahu dicucuk hidung maka Afghansitan diserang. Walhal  kerajaan Taliban  tidak ada sangkut paut dengan ledakan di WTC. Yang meledakan WTC di New York ialah warga Saudi Arabia.

Syria diserang kerana Presiden Bashar al-Assad enggan membuat saluran paip gas dari Qatar untuk terus ke Laut Tengah. Qatar merancang untuk menjadi perlabuhan Syria sebagai loji tempat Qatar mengekspot gas mentah ke Eropah. 

Bashar bukan sahaja telah menolak cadangan Qatar malah Bashar telah membuat penjanjian dengan Iran dan Iraq dimana paip gas dari Iran akan melintasi  Iraq untuk masuk ke pelabuhan Syria di Laut Tengah. Perjanjian ini akan membuka pasaran gas Iran ke Eropah. Ianya akan  menjadikan Iran negara penting dan membawa pulangan ekonomi.

Jelas bahan bakar petrolium dan gas ini adalah sebab utama perang dilancar di Timur Tengah.

Berhenti saketika. Para pembaca jangan sesekali terlupa bahawa ada lagi satu sebab mengapa perang  berterusan merebak di Timur Tengah. Jawabnya ialah Israel.

Isreal sebuah entiti Zionist yang telah dipacakkan  ke  bumi Arab pada tahun 1948. Negara kolonial ini  dibuktikan sebagai punca utama kacau bilau yang berlaku di Timur Tengah. Malah kacau bilau yang berlaku dibanyak wilayah dalam dunia ini adalah kerja-kerja jahat yang dirancang oleh gerakan Zionis Antarabangsa.

Sekali lagi saya nyatakan disini bahawa Zionisma bukan agama. Zionisma ialah gerakan politik. Yang mendukung fahaman zionis ini tidak semesti beragama Yahudi. Kita bukan menentang penganut agama Yahudi.  

Arab, German, Melayu, Jepun China dan lain lain  - ada terlibat dalam gerakan zionis antarabangsa.  Contoh terbaik ialah kaum kerabat keluarga Ibnu Saud. Pada ketika ini musuh utama rakyat dunia ialah gerakan zionis antarabangsa.

Semenjak Amerika melancarkan dasar  War on Terror - Perang Menentang Keganasan - kelihatan entiti Israel semakin selamat.

Iran dan Iraq telah berperang lebih dari 10 tahun. Iraq telah memerangi Kuwait. Irag  telah diserang oleh bala tentera Amerika. Kini Iraq sebuah negara Arab yang paling kukuh politik dan ekonominya telah punah ranah. Kini Iraq terbahagi kepad tiga wilayah. Wilayah Sunni, wilayah Shiah dan di Utara wilayah Kurdish. Iraq tidak ada kepuayaan menentang Israel.

Libya telah hancur. Gadaffy telah dibunuh. Libya sebuah negara Arab-Afrika yang kaya dan kuat kini ranap. Mesir - sebuah negara Arab yang berpotensi -  kini sedang dihantui oleh  ISIS. Ledakan dan serangan keatas Mesir selalu belaku. Serangan keatas Mesir dilakukan atas nama Islam. Lebanon telah punah ranah semenjak meletusnya perang saudara  pada tahun 1975 dahulu.

Maka kini yang masih bertahan ialah Syria. Negara Arab ini sedang diserang oleh pelbagai negara. Amerika, Turkey United Kingdom dan Peranchis - semua menyerang Syria. Musuh Syria mahu menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad. Dibelakang semua ini ialah Tok Bomoh Israel dengan Harimaunya. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

--------------

TERKINI TERHOTT TERNOW









TERKiNi

TERNOWW

TERHOTT

12:30 DEMO


ANTI NAJiB

Di PWTC


Muhyiddin akan sertai protes 'wira' tuntut Najib berundur

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dijangka menyertai penyokong sembilan pemimpin cawangan yang dihadapkan ke lembaga disiplin parti petang ini.

Ketua Wanita Umno Gopeng  Hamidah Osman yang dipecat minggu lalu dikatakan sedang menghimpunkan ahli-ahli parti untuk berkumpul di ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap presiden Najib Razak.



 | December 2, 2015
UMNO
Ia bagi memberi sokongan kepada sembilan ketua UMNO cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin UMNO ...More ››

Muhyiddin to join protest to back 'heroes' who wanted Najib out


Umno deputy president Muhyiddin Yassin is expected to join the supporters of nine branch leaders who fill face the disciplinary tribunal this afternoon.
Axed Gopeng Umno leader Hamidah Osman has been rallying members to gather at the party headquarters in PWTC to express their dissatisfaction towards the president Najib Abdul Razak.
"Let's gather today at 12.30pm to defend the plight of the nine branch leaders who will face the disciplinary tribunal.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/321854#ixzz3tCBdf9ua


KiTA TUNGGU

DAN L
iHAT

KAH KAH KAH

-----------------

MALAM INI - JEMPUTAN FORUM








FORUM

 MALAM INI 

DEWAN CHINA




RADIO 

BANGSAR

SIARAN 

LANGSUNG






------------

NAJIB ADA KES TUDUHAN






KES TUDUHAN

APA Ni

TAK SANGKA 

NAJiB KENA

TUDUH


KDN: Kertas pertuduhan Najib masih disiasat


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan siasatan terhadap kertas pertuduhan yang tersebar beberapa bulan lalu mengaitkan Perdana Menteri, Najib Razak masih berjalan.

Timbalannya, Nur Jazlan Mohamed berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Gobind Sing Deo (DAP-Puchong) pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2016.


KAH KAH KAH
woit
tak sangka ada kes
tak tahu najib ada kes
kes apa hah?
kes dengan siapa?
senyap aje tak ade berita
ini kes PD ke?
ini kes amal jariah mana?
kes apa ni - tak jelas
kah kah kah

ADA KES LAGI


-------------

BODOH BUKAN JENAYAH






BUKAN

JENAYAH



Pas yakin rampas kembali Kedah dan Terengganu – Nik Abduh

Keyakinan itu dilihat apabila Pas sudah mula diterima rakyat setelah menolak mereka UMNO dan Barisan Nasional
PETALING JAYA: Pas yakin akan merampas kembali negeri Kedah dan Terengganu yang pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti selain, mengekalkan negeri Kelantan yang ditadbir sejak 1990.
Keyakinan itu disuarakan, Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila menyatakan, aura parti Islam itu semakin diterima rakyat.

BANGANG

BODOH

DAN ANGAN2

BUKAN SATU

JENAYAH

KAH KAH KAH



----------

BETUL KE BOCOR?







SAJE TANYA

JANGAN

MARAH

Sarawak Hidro nafi Empangan Bakun bocor


Sarawak Hidro Sdn Bhd (Sarawak Hidro) hari ini menafikan khabar angin kononnya terdapat kebocoran di Empangan Bakun seperti yang tersebar melalui sistem pesanan ringkas SMS dan aplikasi WhatsApp. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sarawak-hidro-nafi-empangan-bakun-bocor#sthash.lyIwSM97.dpuf


KAH KAH KAH

ingat tak

macam mana

baca media

di malaysia

KAH KAH KAH



-------------

AL-FATIHAH








Seniwati Mariani atau Mariam Ismail telah meninggal dunia pada jam 7.32 malam tadi. Disahkan sendiri oleh anaknya, @melissa_saila ...Al-Fatihah






------------