Rabu, 5 April 2017

DUIT MASUK KELMARIN








MASUK

375 RM


KUTIPAN DAH 

LINTAS

16 RIBU 

TAPI MASIH

BELUM SAMPAI SASARAN

BERITA MALAM INI
DAPUR JALANAN
ADA BERITA BAIK
TENGOK AKAUN
   ADA DUIT MASUK



PEMBACA

BUDIMAN

DAPUR JALANAN

MASIH 

MEMERLUKAN

BANTUAN

UNTUK MEMBELI

SEBUAH VAN

TANGAN KEDUA

SILA ULUR 

BANTUAN KE

AKAUN CIMB SPKL 

800 172 7849


KUTIPAN 


HARI INI


TAMBAH

375 RM





JUMLAH

RM16,485


TERIMA 


KASEH











--------------------

KOREA UTARA AKAN DI BOM?



BERSEDIA

JIKA TRUMP

SERANG 

KOREA UTARA

RINGGIT AKAN

MELEDAK JATUH

 


Is The United States About To Bomb North Korea? The White House Says ‘The Clock Has Now Run Out’

I got chills when I saw a CNN report that said that a White House official has just warned that “the clock has now run out” on North Korea’s nuclear program and that “all options are on the table”.  

That second phrase has been repeatedly used by members of the Trump administration in recent days, and everyone knows what it means.  When I wrote that a conflict with North Korea could be “Trump’s first war” last month, I was still hoping that cooler heads would prevail and that a military conflict could be avoided.  

Unfortunately, it appears that a peaceful solution is not in the cards, and that means that the United States may soon start bombing North Korea.  And of course if that happens the North Koreans will strike back with whatever they can, and that includes nuclear weapons.



-----------------

AWAS - EKONOMI AKAN MELEDAK







AWAS


SINAR DAH MULA
ADA HENTI KERJA
LAPAN MAJALAH TUTUP
ANTARANYA
MIDI UMPAN PC


NEW STRAIT TIMES
DAH TAK LAKU
EDARAN 30 RIBU SEHARI
UTUSAN JATUH MUFLIS
RTM TV3 
UTANG UTANG UTANG

PETRONAS
MAKIN BANYAK BUANG PEKERJA
FELDA & FGV
HAMPIR MUFLIS

EKONOMI MALAYSIA
SEDANG MERUNDUM
NAJIB ROSMAH
SALAH SATU SEBAB

BUKTINYA
HANYA RINGGIT TURUN
BHAT RUPIAH SING DOLAR
SEMUA STABIL

AWAS JAGA JAGA
ROAD BLOK TIAP SIMPANG
INI JADI SAYU INDUSTRI
CARI DUIT
SAMAN SANA SINI


--------------

MANA DIA PEMIKIR MELAYU?






FIKRAH MELAYU
Tidak banyak kajian ttg Melayu. Jika ada pun, semuanya disorokkan, dihilangkan, disusahkan mencarinya, diaktakan haram, disosmakan, tidak boleh dibincangkan di tempat awam. Mcm jual belacan dlm filem P Ramlee ja. Jadi hal sensitif, menghasut dan segala haramjadah jembalang kosakata lagi dipetakan utk membonsaikan fikrah Melayu. 
Hasilnya lihatlah Melayu hari ini. Yg alim berjubah serban tiada adab dan disiplin, yg haprak makin menjadi-jadi melampaunya. Mereka tiada etika untuk hidup dgn disiplin dan hilang fokus masa depan di dunia apatah lagi utk akhirat. Bukannya tidak wujud spesis Melayu berdisiplin dan fokus. Tapi berapa kerat sangat yg ada? Jika kita amat-amati, berbuat baik di alam Melayu ini adalah syirik dan sudah menjadi perkara khurafat. Cakap ostat berdegar-gegar. 
Manakala berbuat bodoh piang, pemimpin dgn idea merapu, ulamak olok-olok pula menjadi sanjungan dan amalan murni. Alahai, dimanakah Umar Abdul Aziz alam Melayu? Dimana pula Sultan Mehmet Al Fateh malay version? on 
YB SIBUK CARI KERUSI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/5/17





--------------------

PRESIDEN TRUMP DISERANG

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

LAGI DITANGKAP AKTA HASUTAN









FACE BOOK

Perkembangan Terkini Kes Ahmad Taufik Bin Mohd Ali (Akta Hasutan)

Saudara Ahmad Taufik belum didakwa dan penahanannya adalah untuk tujuan siasatan pihak Polis. Saudara Taufik telah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan Reman di hadapan Majistret Dain Fazlin pada jam 11:30 pagi ini. Pihak polis telah memohon untuk mendapatkan reman 4 hari bagi menjalankan siasatan & mengambil keterangan. Majistret telah meluluskan reman selama 2 hari.

Saudara Taufik telah diwakilkan oleh Peguam Chan Yen Hui. Merujuk kepada peguam, penahanannya dibuat berdasarkan satu laporan polis yang telah dibuat terhadap Taufik atas dua kenyataannya di laman sosial Facebook dalam isu tiga kanak-kanak mati lemas di bekas lombong bauksit.

Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat di sekitar Malaysia terhadap Taufik atas isu yang sama (kenyataaannya di laman sosial Facebook). Ini bermaksud saudara Taufik mungkin akan ditahan bila-bila masa untuk siasatan laporan polis yang lain.

Angkatan Muda KEADILAN Pahang mendesak Kerajaan Barisan Nasional supaya mengotakan janji Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2012 dan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Akta Hasutan bukan sahaja bertentangan dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa “setiap rakyat mempunyai hak kepada kebebasan bersuara” malahan kelihatan berunsur menyekat netizen daripada bersuara secara bebas.
Wong Chun Yuan
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pahang
010-9020925



-------------

PEMIKIR DARI PARSI SEMUANYA




PEMIKIR DARI PARSI
Jgn ibnu sina saja, tanya balik siapa albukhari, muslim, annassai, attirmidzi imam2 hadis.. kenapa mai dari parsi zoroaster? Ke arab saudi xwujud lg? Hehehe 2 kali kena piang, Kali ke 3 ada minyak, masyuk duit visa haji boleh la menyalak, lepasni minyak habis raja2 wahabi menyorok dgn dhab balik la.. on 
WARGA PARSI BUKAN ARAB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/5/17





---------------------

BERI INGATAN - PERMIT KEADILAN







INGATAN

INI SATU INGATAN
TERUTAMA PADA
PARA YB & PEMIMPIN PKR
JUGA KEPADA
SEMUA PEMIMPIN
PAKATAN HARAPAN
JANGAN SIBUK REBUT KERUSI
INGATLAH PERMIT KDN
UNTUK CETAK AKHBAR
SUARA KEADILAN
AKHBAR RESMI PKR
SAMPAI HARI INI
BELUM 
DIBERIKAN OLEH NAJIB
APAKAH MASUK AKAL
NAJIB AKAN BERIKAN
PUTRAJAYA
KEPADA PAKATAN HARAPAN
SAJE BERI INGATAN
JANGAN MARAH







------------

PERSATUAN MAT BERAK SOKONG MAT MONGOL








KAH KAH KAH

KITA TUNNGU

DUA HARI LAGI

KAH KAH KAH
Persenda PM: Najip Ali 

diberi tempoh mohon 

maaf hingga Jumaat ini
Personaliti hiburan Singapura, Najip Ali perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kenyataannya yang menghina dan mempersendakan Najib dalam sebuah rancangan hiburan di Singapura.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata persatuan itu memberikan tempoh sehingga Jumaat ini, dan akan membuat laporan polis jika Najip gagal berbuat demikian.

JANGAN RISAU

TAKDA APA

INI SEMUA

PERSATUAN

MAT BUNTAL

MAT BERAK

MAT BODEK

HOT HOT

CHIKEN SHIT

KAH KAH KAH

NAK BUAT

LAPORAN POLIS

BUAT AJELAAA

KAH KAH KAH




------------------

SATU KAPIR SATU ISLAM









FACE BOOK



NAJIB RAZAK SATU-SATUNYA... perdana menteri di dunia yang terima 'derma' masuk terus ke akaun peribadi Najib dgn sejumlah RM2.6 bilion tanpa disedari dikesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketika itu..
NAJIB RAZAK SATU-SATUNYA... pemimpin negara dlm dunia yg terlibat dgn Skandal Kewangan Yang Terbesar di Dunia..
Setelah dibongkarkan & didedahkan oleh WSJ ke seluruh dunia barulah pihak berkuasa di M'sia dan Bank Negara M'sia nak ambil tindakan..
SEBELUM ITU 'MEREKA' BUAT APA ??!




Ahmad Abdullah Apabila RM 2.6B dimasukan keakaun peribadi PakJib oleh Arab Saudi sepatutnya Pihak Bank Negara awal2 sudah memaklumkan kepada Umum.. tetapi apabia Gabnur Bank Negara telah tamat dari perkhidmatan barulah timbul pelbagai oleh mereka2 yang berkepentingan...See More
LikeReply7 hrs
Semut Merah klu btul Mngkin dia nk cari saham dosa untuk akhirat t..merangkak la cari rkyat sorang dmi sorang nk mntak halal t... innalillah,kita tk punya apa2.
LikeReply14 hrs
Tg Mohd Khairul Annuar Sejahat2 trump ban muslim ada jugak dia menderma...
However trump ialah billionair yg nk jadi president to see amarika great again...
Najib pula PM yg nk jadi billionair to see rakyat suffer...
LikeReply94 hrs
Ariffudin Ariffin Abistu ko ingat nk soh najib sedekah gaji dia 3 bulan kat negara ke..?? Ko nk tgk body kak mah jd mcm Neelofa ke klu x mkn 3 bulan...???
-------------

DARI MANA DATANGNYA PSIKIK MELAYU



DARI MANA DATANGNYA
 PSIKIK MELAYU

Pada 3 Febuari 2017 Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Peguam Negara tentang langkah Malaysia menfailkan permohanan semakan berhubung keputusan Mahkamah Antarabangsa  (ICJ) dalam kes Pulau Batu Puteh.

Mahkamah Antarabangsa (ICJ) ditubuhkan oleh Bangsa Bangsa Bersatu pada tahun 1945 sesudah Perang Dunia Ke Dua.  Mahkamah ini bertempat di kota Den Haque Belanda.

Pulau Batu Puteh ini - terletak di bahagian Selatan Johor antara pertemuan Selat Tebrau dengan Laut China Selatan Melaka. Belanda memanggil pulau ini Pedra Branca  - Batu Puteh. Pulau   ini dari zaman berzaman adalah sebahagian dari Tanah Melayu.

Pada 23 Mei 2008  pulau ini telah diberikan kepada Singapura mengikut keputusan Mahkamah Antarabangsa.

Ibu Sina ahli fikir dari Parsi ( 908-1037) telah menunjukkan bahawa semua ilmu pengetahuan, semua yang berlaku, apa sahaja terjadi pasti ada sebab, sesuatu pekara itu tidak wujud  dan tidak mungkin difahami jika tidak diketahui sebab yang menyebabkan sesuatu pekara itu  berlaku.

Apakah sebab yang menyebabkan Pulau Batu Puteh diambil oleh Singapura? Ini  menjadi persoalan nasional.

Saya menimbulkan berita Pulau Batu Puteh ini kerana inilah salah satu ( sic)  dari contoh yang amat jelas punca dan sebab musabab dari mana datangnya psikik Melayu dan konteks persoalan nasional. 

Minggu lalu saya  menulis : Psikik ini bersangkutan dengan fikrah, minda. Ianya diluar dunia yang kita pegang , yang kita cium dan yang kita  rasa. Psikik ini tidak pisikal. Ianya roh, jiwa, perasaan  dan pandangan dunia.

Psikik Melayu ini bukan wujud dan dilahirkan dalam sehari. Psikik Melayu ini adalah sejarah dan pandangan dunia  Bani Melayu yang bertambun tambah dari generasai ke generasi.  Psikik ini bukan saperti istilah ekonomi  cetiris paribus - sama dan tidak berubah-ubah. Psikik Melayu berubah dengan zaman dan masa. Pandangan dunia Melayu berubah-ubah.

Yakinlah ketika Benggali Puteh de Segueira  datang   ke Melaka pada tahun 1509 atau ketika Belanda datang  pada tahun 1641 pandangan dan psikik Melayu terhadap Yang Lain ini berbeza-beza. Juga  ketika armada Laksamana  Chen Ho datang  ke Melaka pada tahun 1456 atau ketika Puteri Hang Li Po datang , psikik Melayu terhadap Bani China tidak sama dengan psikik Melayu   memandang Bani China hari ini.

Psikik berubah dengan masa, suasana dan iklim politik. Iklim politik akan berubah sealir dengan iklim ekonomi. Wajib disedari bahawa panglima dan jurumudi  kehidupan ialah ekonomi.
Untuk terus mendalami pemahaman kita tentang psikik Melayu mari kita kembali ulang lihat projek Malayan Union. Projek ini telah dijaja Inggeris pada tahun 1946 sebagai taktik untuk meneruskan penjarahan oleh  kuasa kolonial ke Tanah Melayu sesudah Perang Dunia Ke2.

Dalam projek Malayan Union ini  Inggeris mahu Singapura  dikeluarkan dari  Tanah Melayu. Ini telah mendapat tentangan dari gerakan nasionalis kiri dan dari gerakan Melayu yang berpayung dibawah United Malays National Organisation. 

Lihat apa yang terjadi apabila Inggeris mengundurkan diri pada tahun 1957. Raja dan Sultan Melayu tetap wujud tetapi pulau Singapura telah tidak ikut bersama  - telah dikeluarkan dari  ibunda Tanah Melayu. Ini stratiji licik Inggeris. 

Inggeris membuat bising dan gempak dihilir dan mengapi-apikan pekara yang tidak penting kemudian  menuai di hulu.  Singapura - pusat ekonomi dan military -  terus dibawah Inggeris adalah lebih stratejik dan penting dari memilihara 9 Raja dan Sultan Melayu.

Maknanya  pada tahun 1957 sebahagian dari perojek Malayan Union telah berjaya dilaksanakan oleh Inggeris dengan terpisahnya Singapura.

Bani Melayu di Singapura dan  Semenajung hanya memandang pembelotan dan penghinaan  yang  sedang berlaku. Bani Melayu melihat bagaimana Tanah Melayu telah dipecahkan  sekali lagi. 

Pulau Singapura yang terpisah dari Tanah Melayu mempunyai impak yang amat besar kepada psikik Melayu. Ini adalah contoh besar  punca psikik  dan  perasaan Melayu yang tidak  yakin dan tidak mahu menerima Yang Lain hingga ke hari ini.

Pulau Singapura yang  terkeluar dari Tanah Melayu pada tahun 1957 ini sama saperti Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 dan Anglo-Thai 1909. Semua perjanjian ini telah dipaksakan kepada Bani Melayu. Dengan kekuatan senjata kuasa politik Bani Melayu telah ditundukkan.

Yakinlah hingga ke hari ini rancangan jahat Inggeris dan pembelotan Tunku Abdul Rahman  yang bersetuju mengeluarkan Singapura  tidak terlepas dari pandangan  Bani Melayu. Rata-rata Bani Melayu di Semenanjung dan Singapura menolak rancangan British ini.

Untuk rakaman sejarah Parti Komunis Malaya, Parti Buruh , Parti Rakyat dan juga Parti Islam yang nama asalnya PMIP - Pan Malayan Islamic Party tidak menerima pemisahan Singapura pada tahun 1957. Dalam Perlembagaan mereka -  parti-parti politik ini   masih lagi menganggap  Singapura  sebagai sebahagian dari Tanah Melayu. 

Kepada parti-parti ini Malaya itu bermakna   Semenanjung termasuk  Singapura. Ini fakta sejarah bukan bukan fakta yang dibuat-buat oleh Hishamudddin Rais.

Wajib disedari PKM, Parti Buruh, Parti Rakyat dan PMIP - pada tahun- tahun  40’an hingga ke tahun 60’an memiliki pengaruh yang amat-amat luas.  Parti-parti dan gerakan merekalah  yang menjadi tulang belakang Tanah Melayu. Merekalah yang mula mememikkan MERDEKA. Pemimpin dan kader dari parti-parti inilah yang berkempen ke hulu ke hilir dan   telah  bertanggung jawab melahirkan konsep Melayu. Justeru mewujudkan psikik Melayu.

Parti-parti ini dilihat sebagai musuh oleh Inggeris. Kuasa kolonial memburu, membunuh dan memenjarakan pemimpin dan kader dari parti-parti ini. Sesudah Inggeris berundur budak suruhan Inggeris pula menindas mereka. Tapi peranan besar mereka mewujudkan konsep Melayu dan psikik Melayu terus tidak pernah padam-padam.

Apabila Singapura terpisah, maka pulau ini dilihat  telah menjadi wilayah asing. Singapura dilihat telah menjadi milik Orang Lain. Ini terbenam dalam psikik Melayu hingga ke  hari ini. Singapura dengan jelas dan terang dilihat  telah diambil oleh  oleh Bani China. 

Jika Ibu Sina mahukan sebab musabab kenapa Bani Melayu memiliki was was dan rasa  kurang yakin  dengan Yang Lain maka sebab musabab yang terpahat bagitu lama dalam psikik Melayu ialah pengalaman tergadainya Singapura.

Justeru kes Pulau Batu Puteh ini hanyalah pengulangan sejarah. Malah kes Batu Puteh ini wajib dilihat sebagai nota kaki untuk membincangkan  sebab musabab dan asal usul kemunculan psikik Melayu yang wujud pada hari ini.

Wajib saya rakamkan juga disini tentang satu lagi projek Inggeris yang diberi nama Malaysia. Projek Malaysia ini juga adalah sambungan dari projek Malayan Union. Kali ini projek Malaysia adalah taktik dan stratiji Inggeris untuk terus menjarah Bumi Melayu dalam suasana gerakan nasionalis sedang membara terutama dari Indonesia dibawah pimpinan Bung Karno yang mendapat sokongan padu dari Parti Komunis Indonesia (PKI).

Wajib diberitahu sebelum pembunuhan beramai-ramai tahun 1965 oleh  CIA dan General Suhartoo,  PKI adalah parti  komunis yang terbesar dalam dunia di luar blok sosialis  Russia dan China.

Wajib juga saya timbulkan bahawa projek Malaysia inui juga timbul dalam konteks persoalan nasional yang belum selesai. Sebelum projek Malaysia ini wujud telah ada ura-ura dan suara yang melaungkan konsep Melayu Raya. Konsep Melayu Raya ini wujud ketika  gerakan nasionalis berjuang di Tanah Melayu dan di Indonesia. 

Pada zaman perjuangan  nasionalis menuntut merdeka sama ada di Indonesiaa atau di Tanah Melayu konsep pemisahan  dua negara ini masih kabur. Justeru kita akan terbaca nama saperti Mokhtarudin Lasso, Ibrahim Yacob, Shamsiah Fakeh,  Tan Melaka - mereka muncul di Singapura, muncul di Jakarta , muncul di Medan atau muncul di Pulau Pinang mislanya. Ketika inilah  konsep Melayu Raya ada ditimbulkan. Melayu Raya ini ialah perserikatan Indonesia  dengan Tanah Melayu  termasuk Kalimantan Utara. Kalimantan Utara ini adalah istilah  kaum nasionalis  Melayu pada ketika itu. Kalimantan Utara adalah wilayah Sabah, Berunai dan Sarawak.

Psikik Melayu terhadap hilangnya pulau Singapura itu tidak terpadam. Babak babak sejarah terus berubah. Bani Melayu di Singapura menjadi  Orang  Lain. Bani Melayu di Singapura dilihat oleh Bani Melayu di Semenajung sama saperti warga Palestin di Gaza.

Rasa tidak puas hati Bani Melayu kerana Singapura tergadai dalam dilihat  dengan adanya kocakan dalam United Malays National Organisation sendiri.  Kita membaca sejarah bagaimana Hasnul Hadi Setiausaha politik   Tengku Abdul Rahman  Perdana Menteri telah meletakkan  jawatan dan menyertai Parti Rakyat. Ini kerana tidak puas dengan dasar Tunku yang amat setia untuk  menjadi budak suruhan Inggeris.

Untuk memadamkan api  anti penjajah dan api anti budak suruhan kuasa kolonial   Inggeris menimbulkan projek neo koloni yang diberi nama  Malaysia. Kali ini hendak dimasukan Sabah , Sarawak dan Berunai. 

Wajib disedari salah satu dari hujah   ketika United Malays National Organisation menjual projek Malaysia ke kampong-kampong  ini ialah untuk mengimbangi Bani China yang terlalu ramai. Sabah, Sarawak dan Berunai masuk bersama kerana disini semuanya Bani Melayu yang boleh menenggelami angka Bani China dari Singapura. Maka jelas sekali lagi Yang Lain telah menjadi sebab musabab terwujudnya Malaysia.

Wajib dirakamkan disini - Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, Parti Buruh dan PMIP - semuanya menentang Malaysia.  Kesemua parti-parti ini tidak bersetuju dengan kemasukan Singapura bersama ke dalam  gagasan Malaysia. 

Parti-parti ini telah berhujah bahawa  Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Singapura   tidak pernah terpisah dari Tanah Melayu. Konsep Merderka tahun 1957 untuk parti-parti ini hanyalah projek neo-kolonial Inggeris untuk terus menjarah   Tanah Melayu.

Jelas babak babak politik yang saya tuliskan ini semuannya berlatarkan persoalan nasional. Berlatarkjan Yang Lain yang telah masuk ke badan polity Bani Melayu.  Keadaan bertambah rumit apabila ramai  pemimpin  parti politik ditangkap dibawah ISA kerana menetang Malaysia. 

Siapa yang ditangkap? Apa terjadi dengan Singapura.  Tunggu minggu hadapan. (tt)

.
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45









----------------------