SIAPANG MIMPANG NAK JADANG MENTERANG BESANG KERAJANG PERPADUANG SELANGANGPAK KHALID?
PAK ABU ?
PAK ROCK
HARUSSANI ENGGAN DEDAHKAN NAMA PEMIMPIN UMNO PAS - minsider
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tetap dengan pendiriannya tidak akan mendedahkan nama pemimpin Umno dan PAS walaupun dakwaan mengatakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah menemuinya untuk membincangkan mengenai kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu Mei lalu.
Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal mengenai khabar angin itu.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini saya tidak akan sesekali dedahkan nama pemimpin Umno dan PAS yang menemui saya.
“Ia tidak akan keluar daripada mulut saya, biarlah empunyai diri yang mengaku,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog iaitu Malaysia Waves yang secara terang-terang mengatakan pemimpin yang dimaksudkan Harussani ialah Hasan.
“Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali),” katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.
Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.
Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan “kemungkinan Hasan cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja”.
“Mereka yang mengambil video itu tidak mahu mendedahkan video ini kecuali Hasan Ali sendiri menafikan pertemuan ini,” katanya.
Menurut sumber, pertemuan antara Harussani dan Hasan memang berlaku dan ia diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu.
“Ya, pertemuan ini memang berlaku dan mereka (Harussani dan Hasan) membincangkan mengenai cara untuk menyatupadukan Umno dan PAS.
KHALID SAMAD BANGKIR ISU PEMIMPIN PAS JUMPA MUFTI PERAK AHAD INI – minsider
Isu pertemuan pemimpin PAS dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, dipercayai Mei lalu berhubung soal kerjasama dan perpaduan dengan Umno akan dibangkitkan pada sesi munaqasah PAS Selangor Ahad ini, kata Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad.
Khalid yang juga Ahli Parlimen kawasan itu menambah, jika tiada pihak yang membangkitkan isu berkenaan beliau sendiri akan membawa perkara itu untuk mendapatkan penjelasan.
“Kalau tak ada orang bangkit, saya akan bangkitkan,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini pagi ini.
Sesi munaqasah atau perbincangan itu diadakan oleh PAS negeri untuk menghalusi ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahunan yang berlangsung bulan lalu.
Sebelum ini, Harussani mendedahkan terdapat pemimpin Umno dan PAS yang menemuinya berhubung usaha mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.
Dalam blognya semalam, Khalid menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak itu.
“Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak k pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. Sekirangnya ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut tidak wala kepada parti.
KAH KAH KAHwoit….
KANTOI…. kah kah kah..
kah kah kah….
ADA VIDEO…. kah kah kah..
kah kah kah….
MANTOI…. kah kah kah…
( sekali lagi ulang baca )Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.
United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.
United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.