DUA PULUH
SEMBILAN
BAHASA MELAYU
SEMBILAN
BAHASA MELAYU
TWENTY NINE
BAHASA INGGERIS
BAHASA INGGERIS
VINGT- NUEF
BAHASA PERANCHIS
BAHASA PERANCHIS
ISHIRINI NA TISA
BAHASA SWAHILLI
BAHASA SWAHILLI

------------





Pada 20 Julai 2016 yang lalu satu dunia telah heboh. Semua akhbar dunia buat laporan. Semua tv dalam dunia ada berita ada tentang sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch. Hanya di Korea Utara, Malaysia dan Negara Johor berita ini tidak ada laporan media dan liputan tv.
Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch telah diampit oleh empat sosok bukan tiga. Aduh. Silap besar kerana gua tulis tiga pengapit. Empat sosok ini bukan kecik anak. Bukan pegawai kerajaan. Mereka ini tiang negara Amerika.
Andrew Mccabe ini ialah orang kedua dalam FBI- Timbalan Pengarah FBI. Sosok ini bukan kecik anak. Ini membuktikan kes Anak Rosmah dan China Tembam di Amerika ini bukan kes rompak seluar dalam. Bukan kes seludup dadah. Bukan kes pecah rumah. Bukan kes curi kasut di masjid. Ini kes sejarah yang paling besar dalam alam samesta ini. Tak pernah kes saperti ini berlaku dalam dunia.
Bila gua dengar nama FBI datang menyiasat gua jadi kecut mecut. Kalau gua Anak Rosmah, kalau gua China Tembam - gua akan makan ubi gadung, gua akan telan 200 gram cendawan tahi lembu, gua makan satu gengam pucuk kecubung dan gua kunyah 10 butir buah perah mentah. Untuk melicinkan tekak - gua akan minum satu liter air ketum dari Bendang Raja Kedah. Jika tercekik dan hendak menyedapkan selera gua basuh dengan air champagne Dom Perignon.
Kendati Rosmah menghadiahkan saekor buaya jantan berkulit lembut dari Afrika untuk dijadikan beg kepada Encik Andrew - kes 1MDB ini tetap akan berjalan. Amin.
Malah Peguam Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa tidak ada apa-apa salah laku dalam 1MDB. Ini NCA - No case to answer.
Ha ha ha. Mari sini gua nak royak. Kes harta Anak Rosmah dan China Tembam menjadi kes jenayah kerana semua duit yang membeli harta dan pelaburan itu adalah duit curi. Duit Anak Rosmah dan duit China Tembam telah dicuri dari 1MDB. Mereka jadi kaya raya kerana mencuri duit 1MDB.
Kleptokcracy ini bahasa Greek yang memberi makna - kerajaan di kepalai oleh pencuri dan perasuah. Pada bulan Ogos 2006 Jabatan Kerajaan Amerika - State Department America ada memberi penjelasan apakah makna undang- undang yang baru diluluskan ini. Hakikatnya undang-undang ini melawan dan menumpaskan kerajaan yang dipimpin atau dikepalai oleh perasuah atau pencuri.
Dalam kata yang senang kleptokrasi ini ialah kerajaan penyamun, kerajaan kaki rembat atau kerajaan kaki songlap. Mengikut undang-undang Amerika ini kerajaan yang mengamalkan kleptokrasi wajib dilawan, wajib ditumpaskan, wajib dihapuskan kerana negara yang mengamalkan kleptokrasi menjadikan warga negara itu terseksa. Suasana ini membahayakan dunia.
Kalau tetiba Puan Loretta Lynch membuat sidang akhbar nak rampas harta Sultan Berunai atau harta Syarikat Balak Nik Abbaduh - maka ramai akan bersetuju untuk mentakrifkan bahawa kerajaan Amerika sudah gila. Tetapi dalam kes Anak Rosmah, China Tembam dan 1MDB tidak ada sesiapa yang mengatakan Puan Loretta ini sasau.
Bani Ketuan Melayu dan suku sakatnya amat bebal untuk memahami kes 1MDB ini. Atau mereka sengaja membebalkan diri. 



KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873