Rabu, 25 Mei 2011

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA




TERKINI :

black hawks ini dalam perjalan ke berunai
untuk satu pertunjukan udara!



BLACK HAWKS MENGELILINGI IPOH?



nota:
telah sampai berita mengatakan
bahawa 2 black hawks telah kelihatan
mengelilingi bandar ipoh?

ini dari mana?

SIAPA BUAT PERJANJIAN INI?


TANYA MALAON INI?



REALPOLITIK SEKALI LAGI




TUAN HAKIM YANG MULIA


Mahkamah Malaysia telah membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim wajib menjawab tuduhan yang diajukan oleh Saiful. Pelbagai reaksi telah saya baca. Ada yang berkata mahkamah tidak telus. Ada yang berkata mahkamah dipergunakan. Dan paling lawak datangnya dari beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyat sendiri yang menganggap Mahkamah Malaysia telah tidak berlaku adil.

Dari apa yang saya baca saya sini saya melihat jelas ada kejulingan. Ada kejulingan yang amat besar yang sedang dihadapi oleh ramai aktivis politik dalam PKR. Kejulingan ini juga terdapat dikalangan beberapa pimpinan PKR sendiri.

Kejulingan ini muncul hasil dari kegagalan memahami apa itu politik. Kejulingan ini menjadi buta jika gagal memahami hubungan antara politik dan ekonomi. Gagal memahami politikal ekonomi maka gagallah semua pembacaan dan analisa politik terkini.

Kejulingan pandangan politik ini telah juga mempengaruhi orang biasa – orang ramai yang bacaan dan analisa politiknya kurang. Ini menjadi bahaya besar. Bayangkan kalau tuan gurunya juling dan rabun bolehkah anak muridnya mendapat pencerahan.

Oleh itu untuk memahami apa yang berlaku sekarang mari kita kembali memahami salasilah politik Tanah Melayu. Pada satu ketika dahulu Tanah Melayu ini mengamalkan sistem feudal. Kunci dan asas sistem feudal ialah tanah sebagai punca ekonomi yang utama.

Dalam sistem ekonomi feudal semua kekuasan dimiliki oleh Raja dan kaum kerabat Istana. Kaum feudal ini memiliki dan menguasai semua tanah yang menjadi punca ekonomi pada ketika itu. Semua orang Melayu dan Orang Asal pada ketika itu tertaklok dibawah kuasa Raja dan Istana.

Untuk memastikan sistem feudal ini kukuh dan berkuasa – si Raja telah mengupah apa yang kita kenali sebagai panglima dan juak juak istana. Mereka inilah yang menjadi penguat kuasa dalam sistem feudal. Mereka menjadi pemungut cukai dan juga tukang pukul.

Sistem ekonomi feudal Melayu ini diubah oleh penjajah British yang memperkanalkan sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma sebagai sistem ekonomi telah lama berkembang di Barat. Negara-negara kapitalis Barat - Britain, Peranchis, Jerman, Italy, Portugal dan Sepanyol semuanya mencari tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk menambah harta kekayaan negara mereka.

Di Tanah Melayu dengan licik British telah mengubah dari sistem Raja Mutlak kepada sistem Raja Berperlembagaan. Apabila Tanah Melayu dikatakan merdeka pada tahun 1957 dahulu, British telah meninggalkan sistem ekonomi kapitalis dan lembaga-lembaga aparatus yang menjalankan tugas untuk memastikan sistem ekonomi kapitalis ini bertapak dan berkembang maju di Tanah Melayu.

Semenjak tahun 1957 – Tanah Melayu meneruskan sistem ekonomi kapitalis dalam sistem Raja Beperlembagaan. Melalui Perlembaagan Tanah Melayu ini telah diwujudkan Parlimen sebagai lembaga pengubal undang-undang. Di wujudkan Lembaga Kehakiman untuk menjadi pereka dan pentafsir undang-undang. Untuk memastikan undang-undang ini dikuat kuasakan telah didirikan apa yang dipanggil Lembaga Kepolisian. Raja-Raja Melayu terus diwujudkan sebagai Raja Berperlambagan untuk mastikan timbang tara adil kepada warga anak semua bangsa.

Di canangkan keseluruh pelusuk negeri bahawa lembaga-lembaga ini memiliki rujukan sendiri. Lembaga-lembaga ini dikatakan bergerak bebas. Badan-badan ini bergerak sebagai neraca - mengimbang dan mengawal perjalanan tamadun moden. Lembaga-lembaga daulah ini diwujudkan untuk memastikan warga negara anak semua bangsa akan mendapat keadilan.

Tersenyumlah para pembaca sekelian. Ini bukan kerana saya membuat lawak. Sebenarnya apa yang saya tulis diatas adalah sandiwara politik dan perlembagaan yang ditinggalkan oleh British. Pada awal kelihatan lembaga-lembaga ini berfungsi seperti yang dicita-citakan. Tetapi lama kelamaan semuanya lupus.

United Malays National Organisation telah berkuasa lebih dari 50 tahun. Hasilnya lembaga-lembaga ini semua telah pudar dan tidak berfungsi seperti yang dicita-citakan. Semakin lama United Malays National Organisation berkuasa semakin mandul lembaga-lembaga ini

Justeru apabila Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah ianya bukan lagi mahkamah yang di terima oleh Tunku Abdul Rahman dari Bristish. Bangunan Mahkamah di Jalan Duta memang dilihat gah kerana ini adalah projek kroni. Mahkamah ini bukan indah khabar dari rupa tetapi tidak ada khabar dan langsung tidak ada rupa. Ini adalah mahkmah peninggalan Mahathir Muhamad.

Sultan Mansor Shah di zaman Melaka dahulu sekali gus menjadi : mahkamah, menjadi hakim dan menjadi pendakwa. Raja-raja di zaman itu tidak berselindung dan bersandiwara. Hari ini lembaga-lembaga daulah yang kita temui masih berselindung dan bersandiwara. Bersandiwara dengan tujuan untuk menipu orang ramai.

Orang ramai perlu diberitahu bahawa – hakim, polis, mata-mata, mahkamah, menteri – tidak ada hubung kait. Semua badan ini bebas bergerak. Anwar Ibrahim dibicarakan oleh Mahkamah yang bebas dan berwibawa. Siasatan dijalankan oleh polis dengan rapi dan berhemah. Hakim pula adalah seorang insan yang telus, jujur dan boleh dipercayai. Jangan ketawa – ini bukan pendapat saya. Inilah adalah lawak yang selalu kita dengar dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim.

Pada hakikatnya semua lembaga-lembaga daulah yang wujud hari ini – Raja, Mahkamah, Kehakiman, Akhbar, Polis, Mata-Mata – malah apa sahaja – semuanya tunduk dan mengikut arahan United Malays National Organisation. Malah kalau di zaman kesultanan Melayu dahulu, jika Raja Bersiong di Kedah zalim - orang Kedah yang dizalami ini boleh berpindah ke Kelantan. Hari ini tidak mungkin lagi. Kalau Sultan Johor zalim, suka ambil bini orang – rakyat boleh bangun melawan dan membunuh Sultan yang zalim ini. Ini tidak mungkin berlaku hari ini.

Kalau di zaman kesultaan Melaka dahulu yang menjadi penguat kuasa dan pemungut cukai hanyalah panglima dan juak juak Sultan. Hari ini dalam sistem kapitalis moden telah diwujudkan satu jabatan khusus untuk memungut cukai. Manakala untuk pertahanan tak perlu juak dan panglima lagi - telah ada bala tentera yang moden termasuk adanya kapal selam dari Peranchis.

Sebagai penguatkuasa - Lembaga Kepolisian dan mata-mata telah ditubuhkan. Polis dan mata-mata ini sama peranan nya seperti panglima dan juak Istana – menjadi kaki pukul. Apa yang berbeza dari zaman Sultan Mansor Shah ialah hari ini polis memiliki pakaian seragam dan tidak lagi menerima itik, ayam atau beras sebagai rasuah. Polis dan mata-mata hari ini menerima wang tunai.

Amat jelas bahawa semua lembaga-lembaga ini telah menjadi pekakas untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Lalu timbul persoalan - kenapa dan apa yang mengikat lembaga-lembaga dan sosok yang mewakili lembaga-lembaga ini? Kenapa mereka terus tunduk kepada kuasa United Malays National Organisation?

Bila persoalan ini timbul maka saya ingatkan kembali betapa pentingnya memahami politikal ekonomi. Apa yang mengikat lembaga-lembaga ini dengan United Malay National Organisations ialah kepentingan ekonomi. Polis, soldadu, mata-mata, pegawai kerajaan dan para hakim semuanya makan gaji. Mereka dibayar upah oleh kerajaan. Jelas, ekonomi mereka bergantung kepada kuasa yang ada pada United Malays National Organisation.

Jika telah dapat memahami apa yang saya tulis diatas maka amatlah mudah untuk memahami kes Anwar Ibrahim. Kita tidak perlu memiliki apa apa illusi, atau termimpi-mimpi akan keadilan. Atau seperti beberapa pemimpin PKR yang terperanjat dengan keputusan Mahkamah Jalan Duta.

Anwar disingkir oleh Mahathir Muhamad kerana Anwar mengganggu perjalanan ekonomi kapitalis yang dikepalai oleh Mahathir Muhamad. Mahathir dan kuncu-kucunya tidak lagi yakin kepada Anwar sebagai pembela dan penjaga kaum pemodal seperti Daim, Ananda, Vincent, Lim Goh Tong. Kaum pemodal yang menjadi kroni Mahathir sedang menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1997/98. Anwar mengabaikan kepentingan para pemodal dan cukong ini. Ini kesalahan Anwar. Bontot Azizan atau Lubang Saiful ini hanyalah sandiwara.

Pada hemat saya apabila Anwar berjaya mengumpulkan tenaga dan membawa satu politik baru pada pilihanraya yang lalu – kaum pemodal dan para cukong yang dahulunya memusuhi Anwar merasa diri mereka dalam bahaya. Musuh-musuh lama Anwar berkumpul kembali. Mereka berkomplot untuk menetaskan Lubang Saiful sebagai stratiji baru. Kali ini Anwar Ibrahim wajib ditamatkan – politik dan terakhir ini dalam kes sabotaj kereta – membuktikan hayat Anwar juga wajib ditamatkan.

Pada ketika ini kita bukan lagi di zaman Sultan Mansor Shah – berRaja dimata dan berSultan dihati. Justeru, perlu ada sandiwara untuk meminggirkan Anwar dari orang ramai dan dari penyokongnya. Anwar sekali lagi di tuduh meliwat dan dibicarakan.

Sandiwara ini juga dipentaskan untuk memuaskan hati beberapa Ngo, badan hak asasi luar negara dan negara-negara luar yang berniaga dengan Malaysia. Sandiwara ini hendak membuktikan bahawa kita bukan lagi di zaman Sultan Mansor Shah. Tetapi hakikatnya kezaliman yang wujud sekarang lebih buruk lagi dari zaman Sultan Mansor Shah dahulu

Tuan Doktor, pegawai polis, mata-mata, hakim, peguam, Peguam Negara, Pendakwa Raya – semua ini adalah pelakon yang dibayar upah oleh United Malays National Organisation. Mereka semuanya menumpang hidup dengan kuasa United Malays National Organisation. Kenaikan pangkat, derajah kebesaran yang mereka dapati – mereka dipanggil Datuk dan Tan Seri - semuanya bergantung kepada United Malay Natyional Organisations. Mereka ini adalah aparatus dan pekakas dalam sistem ekonomi kapitalis.

Mereka akan dianggap gila dan sasau jika mereka berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan skrip yang telah ditulis. Hari ini para pelakon telah dilatih. Prop dan pentas telah disediakan. Mak Andam telah dilanggan. Babak akhirnya ialah Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan akan masuk ke penjara.

Saya berkata demikian seawal mungkin agar tidak ada sesiapa pun yang akan menganggap Mahkamah Malaysia ini adil dalm kes Anwar Ibrahim. Saya katakan bahawa Anwar Ibrahim akan dipenjara agar para aktivis dan pemimpin PKR lebih banyak membaca dan kurangkan berilusi. Ini bukan pandangan juling, bukan angan-angan atau mimpi-mimpi. Kasar bunyi cakap saya ini tetapi apa yang saya tulis ini adalah realpolitik.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam Suara Keadilan yang sekarang
dalam pasaran. Sesiapa yang ingin
berlanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45

SATU LAGI LUKAH DIPASANG



INDAH LAGI BERSERI






nota:
bangunan ini sudah dapat
cap halal?
kah kah kah

ikan masin bee hoon nasi lemak
keropok rempah rampai - yang ini
selalu di tanya ada cap halal tak
yang merompak di bank
yang merompak tanah hutan
yang buat loji radioaktif
tak tanya - ada lesen halal atau tidak

pooorak... panddy kutty



KERAJAAN DIGESA BEKU PROSES KELUAR SIJIL HALAL HINGGA AUDIT BEBAS SELESAI - minsider

Kerajaan wajar membekukan proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) dan kesemua agensi agama negeri ekoran kes-kes ketidakpematuhan sejak kebelakangan ini, kata Pemuda Umno hari ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu sehingga satu proses pengauditan yang komprehensif oleh sebuah badan bebas terhadap proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh agensi-agensi berkaitan selesai.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..INI SEBENARNYA LUKAH…. kah kah kah..

kah kah kah…LUKAH NAK BUAT DUIT…. kah kah kah..

kah kah kah...JUAL KERTAS BERCAP HALAL.... kah kah kah..

kah kah kah...MACAM AMERIKA JUAL KERTAS HIJAU DIPANGGIL DOLLAR.... kah kah kah..

kah kah kah… TAK TAHU MANA AJARAN YANG DI IKUT…. kah kah kah..

kah kah kah…TAK TAHU AYAT MANA PUNYA AJARAN…. kah kah kah..

kah kah kah…SEMUA NAK PASANG LUKAH NAK CARI DUIT…. kah kah kah..

kah kah kah…DI JALAN RAYA MATA MATA BUAT ROAD BLOK… kah kah kah..

kah kah kah… ADA KERETA … KENA SAMAN EKOR…. kah kah kah..

kah kah kah…MINTA LESEN KENA BAGI DUIT KOPI… kah kah kah..

kah kah ka…MINTA TANAH KENA BAGI ANAK BINI….. kah kah kah..

woit… NAK MAKAN PUN KENA MINTA SURAT DARI GEROMBOLAN… kah kah kah..

kah kah kah..DUIT RASUAH TAK KIRA HARAM… kah kah kah..

kah kah kah…DUIT RASUAH BELI KAPAL SELAM TAK KIRA HARAM … kah kah kah..

woit…PERGI LANCHOEWLAAAA….kah kah kah..

woit…NAK MAKAN TANGGUNG SENDIRI LAAA… kah kah kah..

kah kah kah..SENDIRI MAKAN SENDIRI TANGGUNG…. kah kah kah…

kah kah kah…SEMUA NAK SUSAH KAN ORANG RAMAI…. kah kah kah..

nota:
berani haramkan mekdonald
yang merbahayakan kesehatan

berani haramkan kentucky fried fuck
yang menjadikan watga obese

berani beri cap halal untuk kedai tikam ekor
kah kah kah


KAKI TIPU

SUNNAH WAL RASUAH




HANYA DI MALAYSIA YANG UNIK






nota:
dalam dunia ini hanya malaysia
yang menangkap shia
ini adalah ajaran sunnah wal rasuah
kah kah kah


nota:
malaysia unik
dan ini adalah untuk guiness book of record
kah kah kah


EMPAT ANGGOTA SHIAH DI TAHAN JAIS - mkini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

NOTA DARI PEMBACA

Nakshahbandi Ibni Sahar Qassemi • Works at Pinang Shipping Agency Sdn. Bhd.
sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad saw (malaysiakini).

PON KENA TANGKAP... HADOIIIIII....DUNIA~~~~




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…MUSIM UJAN MAT SEKODENG TAK ADA KERJA…. kah kah kah..

kah kah kah...KALAU MALAM VALENTINE MESTI SIBUK... kah kah kah..'

kah kah kah…APA LAGI…. TANGKAP ORANG LAAAA…. kah kah kah..

nota:
bila agaknya kedutaan iran akan ditutup?


KENYATAAN RESMI

25 MEI 2011, 12.30 PAGI

AR RIDHA DESAK GUGUR PERTUDUHAN EMPAT ANGGOTA SYIAH

GOMBAK: Ar Ridha, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), membantah
tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis jamuan
makan dan kesenian yang di adakan di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak
dekat Kuala Lumpur hari ini.

Majlis tahunan itu diadakan sebagai memperingati hari ulangtahun
kelahiran Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah SAW.

Ketika serbuan itu berlaku, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai
bangsa dan agama dalam konteks 1Malaysia sedang menjamu selera dan
tindakan ini adalah sesuatu yang memeranjatkan dan tidak wajar.

Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis
Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam
Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut.

Dalam serbuan tersebut, empat anggota bermazhab Syiah telah ditahan
dan dilepaskan dengan ikat jamin pada petang tadi. Mereka ialah Mohd
Kamilzuhairi Abdul Aziz, Radin Ahmad Faizul, Syed Mohd Shafiq Syed
Husin dan Mohd Asyraf Ahmad.

Mereka dituduh menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu
hanya sekadar majlis jamuan makan yang biasa diadakan setiap tahun.

Tindakan Jais ini dilihat sebagai satu tindakan yang biadap dan
merupakan suatu penindasan kerana Jais bertindak tanpa waran dan tidak
mengikut saluran undang-undang yang betul.

Oleh yang demikian, kami mendesak Jais menggugurkan segala pertuduhan
ke atas mereka kerana majlis itu dianjurkan dengan mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa.

Tindakan Jais dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah
adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang
menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama
lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timor, Kuang,
Selangor pada 7 Jun depan.

Sementara itu,laporan polis telah di buat berhubung dua artikel
berunsur fitnah tulisan Hasliza Hassan di akhbar Berita Harian pada 23
Mei 2011 bertajuk "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan
bertajuk "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" pada 24 Mei 2011.

Sementara itu anggota mazhab Syiah telah menganjurkan solat hajat di
seluruh negara atas sikap biadap Jais.

Ar Ridha
Pengarah,
Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz

INI LANGKAH YANG TEPAT



PADANG BOLA GEROMBOLAN



nota:
lihat dan lihat
inilah padang bola gerombolan
inilah padang bola yang diminta pakatan bermain

spr gerombolan punya punya
padang gerombolan punya
mata mata gerombolan punya
refree gerombilan punya
media gerombolan punya

semua berat sebelah
sampai kiamat tak akan menang



PEMBANGKANG ENGGAN BUBAR DUN DI 4 NEGERI
- berita hairan

pembangkang yang kini mentadbir empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia antara lain bertujuan memastikan jentera pilihan raya pakatan pembangkang bersedia sepenuhnya menghadapi Barisan Nasional (BN) selain menumpukan perhatian untuk menawan kembali Perak.

“DAP akan mencadangkan kepada kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang tidak membubarkan DUN sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini.

“Keputusan (cadangan) ini dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang berlangsung semalam. Bagaimanapun, keputusan bersama mengenainya akan dibuat secara bersama oleh pimpinan pakatan pembangkang tidak lama lagi.

“Pucuk pimpinan DAP juga mengulangi pendirian bahawa kita tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang kembali menguasai Perak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pula berkata kajian dilakukan pihaknya mendapati pakatan pembangkang mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi DUN Perak pada pilihan raya umum akan datang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…INI BARU BETUL…. kah kah kah…

kah kah kah…. GEROMBOLAN AJAK MAIN BOLA…. JAWABNYA : SIBUKLAAA BEEB… kah kah kah..

kah kah kah…GEROMBOLAN TETAP KAN MASA MAIN..JAWABNYA: SOORI BEEB GUA ADA HAL… kah kah kah..

woit… APA SAJA CADANGAN GEROMBOLAN… SEMUA NYA TIPU…. kah kah kah..

kah kah kah…GEROMBOLAN KATA OXYGEN PERLU UNTUK HIDUP…. INI PUN TIPU…kah kah kah..

kah kah kah…GEROMBOLAN KATA RADIO AKTIF TAK BAIK…. INI PUN TIPU…. kah kah kah..

woit…. INI KERANA SEMUA RANCANGAN GEROMBOLAN ADALAH RANCANAGN TIPU UNTUK TERUS BERKUASA….. kah kah kah..

kah kah kah.... YAHUDI ADA HOLOCOUST.... kah kah kah..

kah kah kah...WARGA PALESTIN ADA NAKBA... kah kah kah..

kah kah kah…GEROMBOLAN ADALAH MALAPETKA - NAKBA DAN HOLOCOUST - UNTUK ORANG MELAYU…. kah kah kah..

KAKI TIPU



SALUT UNTUK ANAK MUDA!




OMBAK RAKYAT TIDAK TERKALAH





MUBARAK DI DAKWA MEMBUNUH

ini adalah berita baik
ini adalah berita kemenangan untuk anak anak muda
ini adalah berit baik untuk para penunjuk perasaan

ini membuktikan bahawa tunjuk perasaan membawa jawapan

lihat dan baca peranan anak muda
lihat bagaimana dataran tahrir sedang mengubah dunia arab
lihat bagaimana dataran tahrir sedang mengubah dunia

first lady juga akan di dakwa
anak mubarak juga akan di dakwa

kepala spesial branch mata mata mubarak sempat lari
nak lari ke mana?
nak relax di bukit bintang dengan amoi?
kah kah kah

nota:
apa khabar dengan fat lady of malaysia?
apa khabar dengan madey?
apa khabar dengan daim?
bila baca berita ini
terberak tak sangkut ke
kah kah kah


9 JULAI KUALA LUMPUR



HOSNI MUBARAK CHARGE WITH MURDER – guardian london

Egypt referred Hosni Mubarak to court on Tuesday over the killing of protesters and other charges, defying speculation that Egypt's new military rulers would spare the former president public humiliation.

Mubarak was ousted from power on 11 February after mass demonstrations demanded an end to his 30-year rule. He was then detained by prosecutors investigating corruption during his rule and a crackdown on the protesters.

His two sons, Alaa and Gamal, – the latter of whom many had believed was being groomed by his father to replace him, – were also referred to the criminal court on a range of charges, the public prosecutor said in a statement.

The decision was announced before another demonstration planned for Friday in Cairo's Tahrir Square, the heart of the uprising. Activists have called for a big turnout to demand faster reforms and a public trial for Mubarak and others.

"Every time the youth threaten to go to Tahrir Square again with a huge number of protesters, I think they make some concessions," said Hassan Nafaa, a political scientist and longtime critic of Mubarak.

The crimes listed by the prosecutor included "intentional murder, attempted killing of some demonstrators ... misuse of influence and deliberately wasting public funds and unlawfully making private financial gains and profits".

The prosecutor charged the former intelligence chief Hussein Kamal al-Din Ibrahim Salem, who has fled, with the same crimes.

LIHAT DAN DENGAR




PERDANA MENTERI YANG DINAFIKAN




NOTA:
lihat dan dengar
ucapan dari sosok yang telah dinafikan
manusia yang bernama ku li ini
telah dijadikan mangsa oleh mahathir muhamad

sosok yang memiliki fikrah dan ketrampilan
sosok yang memilik pandangan dunia yang luas
sosok yang memiliki keupayaan memimpin anak semua bangsa

dengar bahasa pengucapan ku li
dengar betul betul
dengan bahasa melayu yang tepat
dengan tidak mencampur adukan dengan so eees dat i know

ahli ahli gerombolan terbukti bebal
ditipu oleh saekor eee
ditipu oleh pandy kutty
yang memangsakan pemimpin melayu

mungkin ahli gerombolan lupa
tetapi sejarah tidak akan lupa
bagaimana lampu padam
bagaimana undi bertambah
bagaimana mahathir telah menipu untuk menang

kalau warga yahudi ada holocoust
kalau warga palestine ada nakba
kalau manusia melayu ada malapetaka

nakba dan holocoust melayu ialah
gerombolan memerentah tanah melayu
31 ogos 1957 adalah permulaan nakba untuk manusia melayu!


SEKALI LAGI KWSP KENA ROMPAK




TELAH DIPESAN








FELDA PINJAM KWSP RM6 BILION, ANAK TUNTUT PENJELASAN NAJIB – keadilan daily

Najib Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.

Beliau mempersoalkan tujuan pinjaman itu kerana sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa Felda berdepan krisis kewangan yang kian parah.

“Sebelum ini Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka,” katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari tadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit… DULU SUARA KEADILAN TULIS FELDA BENGKRAP…. kah kah kah..

kah kah kah…. SUARA KEADILAN DI HARAMKAN…. kah kah kah..

kah kah kah… SUARA KEADILAN DI SAMAN…. kah kah kah..

kah kah kah…TARIK LESEN SUARA KEADILAN…. kah kah kah…

woit… HARI INI MAT MOGOL ROMPAK DUIT KWSP UNTUK FELDA… kah kah kah..

kah kah kah... ERTINYA BETUL KAH FELDA BENGKRAP... kah kah kah

kah kah kah…INI KEMBALI MACAM ZAMAN FIRAUN…. kah kah kah…

kah kah kah….DULU FIRAUN NAK SELAMATKAN SYARIKAT ANAKNYA… kah kah kah…

kah kah kah... FIRAUN REMBAT DUIT KWSP... kah kah kah..

kah kah kah...BILA ANWAR MENTERI KEWANGAN TAK SETUJU.... KELUAR BONTOT AZIZAN... kah kah kah

kah kah kah...KALI INI MAT MONGOL PULAK YANG REMBAT.... kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN NAK DUIT BELIKAN BRA UNTUK SUAMINYA PULAK…. kah kah kah…

KAKI REMBAT

KETUAN MELAYU - TAPI CUKONG POWER




SIAPA REMBAT TANAH INI ?






nota:
kita lihat dan tunggu
kita nanti dan baca
siapa akan rembat tana ini?





PENJARA PUDU: UDA JANGAN BOHONGI RAKYAT - meloya

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengurusan UDA Holdings Bhd. diminta supaya jangan membohongi rakyat kononnya tiada syarikat bumiputera yang mampu membangunkan Penjara Pudu kecuali syarikat hartanah dari China.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir berkata, berdasarkan maklumat, terdapat lima syarikat bumiputera yang layak serta mempunyai keupayaan dan kepakaran.

Pada masa yang sama, beliau juga mendesak pengurusan UDA Holdings supaya jangan menghukum syarikat bumiputera lain hanya kerana kegagalan projek Bandar Wawasan dan Plaza Rakyat di ibu negara.

"Saya dimaklumkan lima buah syarikat bumiputera ini bukan sahaja mempunyai pengalaman tetapi juga berkemampuan dari segi kepakaran dan modal. Jadi kenapa syarikat ini langsung tidak diberi peluang.

"Saya beri peringatan kepada pengurusan UDA Holdings terutamanya Nur Jazlan Mohamed (pengerusi) supaya jangan membohongi rakyat," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit… KESIAN KONTREKTOR BUMI…. kah kah kah…

kah kah kah… BUKAN SAHAJA CUKONG YANG TIPU…. kah kah kah…

kah kah kah…UDA YANG BERSUNAT PUN TIPU KONTREKTOR BUMIPUTERA ….. kah kah kah..

kah kah kah...UDA YANG PANDAI PERGI UMRAH PUN TIPU KONTREKTOR BUMI.... kah kah kah..

kah kah kah... NAMPAK SANGAT SIAPA BEKUASA... kah kah kah..

kah kah kah..CUBA TANYA.... kah kah kah

kah kah kah… TANAH TAPAK PENJARA PUDU SIAPA DAPAT?.... kah kah kah

woit…BETUL KE LEBAI VIINCENT DAPAT?.... kah kah kah…