Jumaat, 6 Oktober 2023
JANGAN SUSAHKAN ORANG ASLI
Koo Ham mahu kerajaan padam ‘Islam’ pada kad pengenalan 137 Orang Asli
KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta supaya bertindak secara pentadbiran untuk membetulkan status 137 Orang Asli Bateq Mayah dengan memadam perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalan mereka.
Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berkata, kerajaan perlu menegakkan kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Saya merujuk kepada tindakan mahkamah yang difailkan oleh 137 Orang Asli Bateq Mayah memohon pengisytiharan bahawa mereka bukan beragama Islam.
“Mereka jelas tidak menganuti atau mengamalkan agama Islam. Tindakan mahkamah mereka dibatalkan atas alasan-alasan teknikal. Tidak ada paksaan dalam agama.
“Saya menyeru kepada kerajaan supaya bertindak secara pentadbiran untuk membetulkan status mereka dengan memadam perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Pengerusi DAP Perak itu berkata, kebebasan fikiran, hati nurani dan beragama adalah hak manusia yang tidak boleh ‘dirompak’.
“Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan seperti berikut
‘Setiap orang berhak atas kebebasan pikiran, hati nurani dan agama; dalam hal ini termasuk kebebasan berganti agama atau kepercayaan, dengan kebebasan untuk menyatakan agama atau kepercayaan dengan cara mengajarkannya, melakukannya, beribadat dan mentaatinya, baik sendiri mahupun bersama-sama dengan orang lain, di muka umum mahu pun sendiri.’
“Melainkan kita membetulkan keadaan di atas di negara kita, kita tidak mempunyai kedudukan moral untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenai kebebasan beragama di mana-mana tempat lain di dunia,” katanya lagi.
Pada 3 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 137 Orang Asli daripada etnik Bateq Mayah untuk membatalkan status Islam mereka berikutan penukaran agama beramai-ramai yang didakwa menyalahi undang-undang 30 tahun lalu.
Hakim Zainal Azman Ab Aziz membenarkan permohonan lima daripada enam defendan iaitu kerajaan persekutuan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pengarah dan pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP).
Alasan lain yang disebut ialah isu yang dibangkitkan dalam tindakan sivil itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Pahang dan bukan Mahkamah Sivil Kuantan.
Kumpulan Orang Asli tersebut melalui peguam daripada firma guaman Fahri Azzat & Co memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lepas sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Mei tahun ini.
Tindakan sivil itu menamakan enam defendan iaitu JAKOA, pengarah dan pegawainya, MUIP, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan.
Orang Asli terbabit mendakwa penukaran agama yang salah dan haram itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Benchah Kelubi, Merapoh, Kuala Liipis, Pahang pada April 1993.
WOIT
JANGAN SUSAHKAN
KEHIDUPAN
ORANG ASLI
AMIN
MEREKA SUKA
MAKAN BABI
BIARKAN MEREKA
MAKAN
AMIN
MEREKA TAK
MINAT ENTOT
BIDADARI
BIARKAN MEREKA
MELEPAS
KAH KAH KAH
KHALAS
KES LIWAT DIBUKA LAGI
Siasat Papagomo
kerana fitnah PM –
PAYAAM
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama digesa supaya menyiasat rakaman enam individu yang telah menggunakan akaun media sosial TikTok untuk memfitnah i Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.
Presiden Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (PAYAAM), Suhaimi Ibrahim berkata, beliau telah meneliti rakaman itu dan percaya tuduhan yang dilemparkan oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai ‘Papagomo’ sebagai satu tuduhan melampau.
BETUL INI
TUDUHAN
MELAMPAU
AMIN
SIASAT DAN DAKWA
PAPAGOMO
AMIN
BAGAIMANA DENGAN
SI SAIPOL ?
JENG JENG JENG
BAGAIMANA DENGAN UTUSAN
KHALAS
DARURAT DARURAT DARURAT !!!
Kalimantan Tengah diisytihar darurat akibat pencemaran udara, kebakaran hutan
PIHAK berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari mulai Jumaat (6 Oktober), berikutan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, kata Gabenor H. Sugianto Sabran.
Beliau berkata indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Oktober, dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500 meter pada 2 Oktober akibat asap tebal.
“Data yang dikumpul dari 1 Januari hingga 2 Oktober menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.
“Ini menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah (kira-kira RM33 juta), untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas. – Bernama, 6 Oktober, 2023.
INI SALAH SATU
PUNCA JEREBU
AMIN
DI SUMETERA
APA CERITA ?
AMIN
KHALAS
RAJA BOMOH GANTI ANWAR
RAJA BOMOH
GANTI ANWAR
KAH KAH KAH
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"RAJA BOMOH MENTERI KEWANGAN BARU"
Gwa sgt setuju jika Raja Bomoh ni jadi Menteri Kewangan .. mintak Pak Raja ni kompol semua Toyol dan pi curik atau yg sebenarnye pulang balik duit rakyat yg berjumlah liyun-liyun yg telah di sakau oleh menteri UMNO & Kroni nye.
Pak Bomoh ni pun boley pegang 2 jawatan menteri .. Menteri Kewangan dan Pertahanan. Pak Bomoh ni boleh lah lancarkan Parang Terbang nye jika ada musuh ngacau di Laut China Merah. Dari kita berbelanja 10 biliyun untuk beli Kapal yg status nye ade beli ke tidak .. lebih baik kita beli Parang Kontot yg harga nye sebilah RM20 je .. kok seribu bilah baru boghapo jo.
USTAD HOWARD AL-DAP
USTAD HOWARD
AL - DAP
KHALAS
Unknown commented on
"ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN ???"
oit mangkuk..howard le cuma baca terjemaahan bukan seperti hindu dalam PAS yg bermimpi jumpa nabi dan disahkan oleh tuan ibrahim tuan man timbalan presiden pas.ini teknik nak melupakan 5jawatan tertingi pas tidak dipertandingkan ke?melayu bukan saja ditipu bahasa arab tapi ditipu dgn ilmu sakai..
OLIGARKI DAN CUKONG
OLIGARKI DAN
CUKONG
Minggu lalu saya telah menulis tentang oligarki. Asal perkataan oligarki ini dari bahasa Greek – Yunani. Untuk lebih jelas pemahaman perkataan oligarki mari kita tanya apa kata Lebai Google.
Mengikut Lebai Google : Oligarki merupakan suatu pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil yang berkuasa. Ia berkait rapat dengan nepotisma dan kronisma.
Ini konsep asal oligarki dari Lebai Google. Kini oligarki telah berubah makna. Oligarki bukan lagi konsep tapi sosok. Oligarki ini bermakna sosok – individu – yang kaya raya.
Kekayaan ini datang melalui kuasa. Kuasa ini datang dari kekayaan. Kekayaan dan kuasa kait berkait ikat berikat. Tanpa kekayaan tak wujud kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud kekayaan.
Dalam dunia kita hari ini kuasa yang membawa kekayaan ialah kuasa politik. Kekayaan ialah kekayaan ekonomi.
Dalam sistem ekonomi kapitalis politik ialah mengurus dan mentadbir kuasa untuk mencari kekayaan dan sara hidup.
Kaya ekonomi bermakna banyak harta, luas ladang dan tanah, tersergam gedung, bertimbun wang ringgit dan bergantang-gantang emas intan berlian.
Justeru – mana yang dulu ? Kaya dulu atau berkuasa dulu ?
Ketua Cabang PKR, Ketua Bahagian United Malays National Organisation atau Ketua Lajnah Ekonomi Parti Islam – bukan sosok kaya. Mereka tidak kaya tapi ingin berkuasa.
Mereka amat arif dan sedar bahawa melalui kuasa politik mereka boleh mendapat kekayaan ekonomi.
Kekayaan ini juga akan di balut dengan kemegahan nilai harga diri. Kaya akan melimpah kan penghormatan orang ramai. Saham derajat diri akan melonjak naik. Jadi kaya ini di selubungi oleh glamor.
Dalam dunia dari zaman berzaman hingga ke era Internet hari ini kaya dianggap berjaya. Sosok-sosok kaya disanjung dan di rayakan oleh warga media sosial. Justeru tidak mustahil ramai nak jadi kaya. Jalan pintas dan cepat kaya dalam negara dunia ketiga seperti di Malaysia ialah melalui kerusi YB di Parlimen atau jadi ADUN.
Awal wahid sosok-sosok ini mungkin aktif , mungkin bijak, mungkin pandai bercakap dan memiliki watak memimpin dalam parti. Mungkin mereka memulakan perjalanan untuk berkuasa dengan menjadi Ahli Majlis yang di lantik oleh parti atau menjawat Ketua Cawangan atau Bahagian.
Atau bijak menjadi tukang kipas pemimpin yang berkuasa. Atau menjadi Mat Setia yang bebal dan sentiasa bersedia mengangguk untuk apa saja. Akhirnya dipilih untuk bertanding kerusi parlimen atau kerusi DUN.
Awas ! Ada lagi satu genre walau pun tidak aktif, mungkin kurang cerdik tetapi masih mahu mendapat kuasa. Sosok-sosok ini dari genre baka.
Mukhriz anak Mahathir. Najib anak Razak. Nurul Izzah anak Anwar . Hishammuddin anak Hussein Onn.
Bagaimana dengan Khairy ?
Dalam kes Khairy Jamaluddin agak berbeza. KJ bukan dari baka tapi mencelup ke dalam lubang baka dengan berkahwin dengan anak Abdullah Badawi. Tapi masih dianggap genre baka.
Sosok-sosok bergenre baka ini akan menjual nama baka mereka. Mereka ini macam benih Musang King lebih mahal dari benih durian kampung. Baka ini menjadi cap mohor produk yang boleh diiklankan untuk dijual. Bebal atau manai tidak menjadi persoalan.
Waspada ! Untuk bersama dalam elektoral politik atau politik undi memerlukan dana. Tidak kira tak ada bakat atau ada baka.
Politik undi mengundi bukan murah. Malah bertanding sebagai Ketua Bahagian memerlukan ribuan ringgit. Ini belum lagi bertanding sebagai calon Parlimen atau calon ADUN.
Satu Malaysia pernah mendengar kes klasik – Six Million Dolllar Man – dari Pasir Salak. Maklumat ini dibocorkan oleh Mahathir apabila ada bakal calon yang membelanjakan 6 juta ringgit hanya untuk merebut kerusi Ketua Bahagian dalam parti United Malays National Organisation.
Dana diperlukan untuk jamuan, untuk cetakan banting dan poster, untuk berpropaganda dan untuk duit minyak ke hulu ke hilir. Ringgit dan sen wajib ada.
Awalnya para proto YB mungkin pakai duit sendiri, bantuan kawan-kawan atau sokongan sanak saudara. Periuk kecil keraknya kecil. Periuk besar keraknya besar. Lagi tinggi jawatan yang di rebut lagi besar modal yang di perlukan.
Dari mana dana nak di cekau ?
Disini muncul cukong. Sapa cukong ?
Perkataan cukong menjadi pop di Tanah Melayu ketika krisis ekonomi tahun 1998 . Perkataan cukong menyeberang dari Jakarta ketika Jeneral Tuan Haji Muhamad Suharto dibantai oleh anak muda yang berdemonstrasi.
Mengikut takrifan Lebai Google : Cukong adalah menunjuk kepada pengusaha-pengusaha pemilik perusahaan besar. Perusahaan besar-besar di Indonesia. Kata ini sendiri berasal dari bahasa Hokkien.
Cukong ini tidak ada bezanya dari oligarki. Cukong di Indonesia dan di Malaysia terdiri dari China. Kalau yang bukan China mereka ditakrif oligarki.
Selama 30 tahun di belakang kuasa politik Jeneral Suharto ialah para cukong. Cukong yang membuat harta kekayaan di seluruh Indonesia. Pada krisis ekonomi 1998 cukong dibantai oleh anak-anak muda peribumi.
Tahun 1998 lahir kesedaran peribumi Indonesia.
Bagaimana dengan Malaysia ?
Apa yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998 telah berlaku 20 tahun lebih awal di Malaysia. Mei 13 1969 di Kuala Lumpur sama juga seperti Mei 21 1998 di Jakarta.
Cara cukong atau oligarki menyerap masuk ke dalam badan politik negara – sama ada di Jakarta atau di Kuala Lumpur adalah sama.
Para cukong akan memerhati sosok manakah yang berkemungkinan menang dalam pilihan raya. Para cukong akan meneliti parti manakah yang berpotensi untuk menang dan mendapat kuasa.
Para cukong akan melabur dana. Dengan senyap-senyap sebakul demi sebakul duit akan dihantar. Duit masuk dalam pelbagai cara. Tapi lebih selamat yang sampai duit tunai tidak melalui bank. Ini untuk mengelak dari menjadi bahan bukti jika dituduh menerima rasuah.
Paling cerdik Sang Politikus Moden di Malaysia semunya mendirikan yayasan. Cita dan niat yayasan ini untuk membuat amal bakti kepada rakyat jelata. Dana dari cukong masuk ke dalam yayasan untuk tujuan membuat kerja amal jariah.
Dana ke yayasan bukan dana rasuah. Jika tidak percaya sila tanya peguam atau lebih afdal sila tanya Peguam Negara.
Justeru Zahid Hamidi dengan Yayasan Akalbudi terbukti tidak bersalah. Nama Akalbudi ini dibaca oleh Peguam Negara sesuci embun pagi. Justeru Zahid dibebaskan dari 47 tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Cukong dan oligarki ini tumbuh dari busut mana ?
Asal usul cukong ini agak menarik. Ada yang bermula bekerja sebagai penjual insurans. Ada yang bermula dengan menjual kereta, Ada yang bermula menjual besi buruk.
Jangan hairan dan terperanjat jika penjual insurans akhirnya menjadi pemilik syarikat judi. Menjadi pemilik hotel dan kasino. Menjadi pemilik gedung membeli belah. Atau menjadi pemilik kilang besi.
Vincent Tan, Tan Pek King. Eric Chia atau Lim Goh Tong adalah contoh-contoh cukong di Malaysia. Mereka hari ini menjalankan perniagaan yang halal.
Tapi bagaimana mereka menjadi kaya raya untuk menjadi cukong. Mereka maju jaya melalui orang politik.
Sosok-sosok dikatakan rapat dengan Mahathir Muhamad. Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri sosok-sosok ini mendapat projek mega. Manakala Lim Goh Tong dikatakan rapat dengan Tun Razak hingga berjaya membuka kilang cetak duit bernama Genting Casino.
Dari ini fakta ini terbukti Lebai Google betul dengan takrifan cukong adalah juga kroni.
Surah dan riwayat Mahathir dengan cukong ini telah banyak diperkatakan. Malah kesah Mahathir dengan para cukong telah di jadikan peluru dalam ceramah menghasut di zaman Reformasi.
Lalu timbul persoalan. Zaman Mahathir sudah tamat. Apa jadi dengan para cukong yang bertelur , menetas dan membesar di zaman Mahathir.
Apakah riwayat para cukong ini juga tamat sama seperti tamatnya kuasa politik Mahathir ? Jeng jeng jeng.
Bagaimana pula dengan PMX Anwar Ibrahim. Apakah di belakang Anwar ada cukong atau ada oligarki. Apakah ada cukong yang mem pasak dan memperkukuhkan politik PMX.
Apakah mungkin Anwar dapat membebaskan Malaysia dari rasuah dan budaya cukong dan oligarki.
Dari kempen anti rasuah yang diteraju oleh Anwar jelas kelihatan bahawa Anwar amat serius untuk membasmi rasuah.
Anwar mahu mendirikan tata kelola negara yang cekap bersih dan amanah opps.... maaf... silap. Cekap bersih amanah adalah slogan Mahathir.
Slogan Anwar ialah tata kelola wewenang perpaduan yang Madani.
Keseriusan Anwar membasmi rasuah dan budaya cukong ini dibuktikan apabila mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan mengambil gaji bulanan Anwar Perdana Menteri dan gaji bulanan Anwar Menteri Kewangan. Amin.
Anwar Perdana Menteri bekerja keras bertungkus lumus ke hulu ke hilir sebagai Anwar Menteri Kewangan tanpa gaji. Berita ini telah memeranjatkan satu Malaysia.
Rakyat hairan, terpegun, terkejut dan tertanya-tanya. Najib dalam penjara Kajang pun akan terperanjat sama.
Dalam kehairanan ini ada seorang Mamat bertanya kalau Anwar Perdana Menteri nak beli mancis api dari mana Anwar Menteri Kewangan cari duit.
Ini soalan Mamat yang bodoh kerana Anwar Ibrahim tidak menghisap rokok. Rumah Anwar bukan pakai pelita. Anwar Ibrahim tidak memerlukan mancis api.
Tapi bagaimana pula bila 3 Disember 2023 sampai tidak lama lagi. Bagaimana Anwar Ibrahim nak beli coklat sebagai hadiah hari jadi Wan Azizah Sang Isteri tercinta.
Ini pun pertanyaan bodoh kerana Wan Azizah tak minat pada coklat untuk jaga badan.
Justeru amat jelas Anwar Ibrahim Menteri Kewangan tidak perlu ambil gaji. Anwar Ibrahim Perdana Menteri sanggup hidup tanpa gaji demi berkorban untuk rakyat. Amin.
Pelik tetapi benar. Semasa berkempen PRU15 dahulu Anwar Ibrahim yang belum jadi Perdana Menteri dan belum menjadi Menteri Kewangan di lapor berhelikopter ke hulu ke hilir. Jeng jeng jeng.
Ini helikopter milik siapa? Mustahil helikopter milik Mat Sabu. Jika bukan milik Mat Sabu helikopter ini siapa yang punya ? Tunggu minggu hadapan. Amin, (TT)
TULISAN INI DISIARKAN
DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW .COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/10/06/oligarki-dan-cukong
JUGA DAALM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/465403
SATU PENYAKIT BARU
Jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah jentik kemaluan dua murid
PETALING JAYA – Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menanggu kesantunan dengan menjentik kemaluan dua murid lelakinya pada November tahun lalu.
Tertuduh, Terence Ee Soon Lee, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati mengganggu kesantunan anak muridnya berumur 11 tahun dengan menjentik kemaluan dan mencucuk lubang punggung menggunakan kayu.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menjentik kemaluan seorang lagi murid pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
NENEK GUA
PERNAH BILANG
DALAM DUNIA
ADA 9999 PENYAKIT
KAH KAH KAH
APAKAH INI
PENYAKIT
BERJANGKIT
DARI MAT PEDO ?
AMIN
HANYA DOKTOR
PAKAR YG
BOLEH BERI
PENJELASAN
KHALAS
PISTOL JUAL MURAH
4 ditahan disyaki jual pistol diubah suai kepada suspek kes tembak Bangkok
POLIS Thailand menahan empat individu termasuk seorang bapa dan anak lelaki yang disyaki menjual pistol yang diubah suai dan peluru kepada seorang remaja lelaki yang mengamuk di Siam Paragon Mall di Bangkok, hingga mengakibatkan dua orang maut manakala lima yang lain cedera.
Bangkok Post semalam melaporkan bahawa Polis Wilayah 9 menahan dua lelaki berusia 45 dan 22 tahun di wilayah selatan Yala pada 1 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.
“Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Bangkok untuk disoal siasat,” katanya.
Sementara itu, media Thailand melaporkan dua lagi lelaki berusia 31 dan 41 tahun ditahan di Bangkok.
Lelaki berusia 31 tahun itu dilaporkan menjual dan menghantar peluru kepada remaja terbabit.
Polis merampas senjata api haram, peralatan pengubahsuaian senjata api dan peralatan siaran langsung di rumah lelaki berusia 41 tahun itu.
Remaja berusia 14 tahun itu menghadapi lima pertuduhan termasuk pembunuhan terancang dan memiliki senjata api secara haram pada Rabu.
Media Thailand melaporkan siasatan polis mendapati remaja itu membeli pistol yang diubah suai dalam talian dengan harga 16,000 baht dan beberapa butir peluru berharga 1,000 baht.
Pada masa ini, dia sedang menjalani ujian psikiatri untuk menentukan sama ada dia layak untuk dibicarakan.
Remaja itu mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, didakwa menembak mati seorang warga China dan Myanmar serta mencederakan lima yang lain di dalam Siam Paragon Mall pada 4:20 petang Selasa.
Mangsa yang cedera terdiri daripada seorang warga Laos, seorang warga China dan tiga warga Thailand. – Bernama, 6 Oktober, 2023.
WOIT
BOLEH BELI
SEPETOL DARI
INTERNET
AMIN
BUKAN MAHAL
HEBAT SIAM NI
AMIN
KHALAS
KENAPA ANWAR IBRAHIM DUDUK DALAM RUMAH CHINA ?
KENAPA
ANWAR IBRAHIM
DUDUK DALAM
RUMAH CHINA ?
JENG JENG JENG
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)