Rabu, 8 April 2020

JANGE LUPA DEMO BUKE ARAB







DEMO JANGE LUPO

DEMO BUKE RAB






-------

KETIKA BELUM TAHU GOTU






KETIKA BELUM

TAHU GOTU
Antara ponyokong Abam yang sanggup jalan atas bara ketika itu adalah Tuan Haji TT. Tapi syukur las las TT norimo hidayah dan tak rela lagi dibontotti ..goligoman dio bilo terbayang pisang bengkok Abam .. 
on 
MAT RAKUS 
JADI MAT FINLAND
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 08/04/20

Ra






-------

BERKORBAN UNTUK KITA SEMUA





BERKORBAN

UNTUK KITA

SEMUA

66 pegawai polis positif Covid-19, sebanyak 1,225 dikuarantin

KUALA LUMPUR – Seramai 66 pegawai polis disahkan positif pandemik Koronavirus 2019 (Covid-19) sehingga 7 April lalu dan sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selain itu seramai 1,225 orang pula dikuarantin di kediaman masing-masing.

“Daripada jumlah itu katanya seramai 155 orang adalah pegawai kanan polis, manakala 654 orang adalah pegawai berpangkat rendah.

“Manakala 35 lagi adalah penjawat awam di PDRM dan selebihnya 381 orang adalah kontak rapat mereka yang terdiri daripada ahli keluarga pegawai dan anggota,” katanya dalam sidang media khas Covid-19 di Dewan Theatrette, Bukit Aman hari ini.

Menurut Acryl, kebajikan dan kesihatan kesemua anggota PDRM sentiasa diutamakan, oleh itu segala bimbingan untuk menjaga kebersihan diri sepanjang bertugas di lapangan telah dilaksanakan PDRM.

Katanya, setiap tugasan warga PDRM termasuk melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan sentiasa diperhalusi dengan mengambil kira aspek keselamatan anggota dan pegawai sendiri.

Tambah beliau, pihaknya juga menitikberatkan kebajikan anggota bertugas di lapangan dan memerlukan bantuan sebanyak yang mungkin.

Menurutnya, setiap tugasan akan dilakukan mengikut penggiliran bagi memastikan setiap petugas keselamatan sentiasa cergas semasa di lapangan.

Ditanya mengenai insiden orang awam melanggar anggota keselamatan semasa sekatan jalan raya, katanya, bagi mengelak insiden itu berulang, beliau menasihatkan pasukannya supaya memastikan lokasi sekatan jalan tidak berisiko kemalangan.

“Kebanyakan kes rempuh dalam sekatan pemandu berkata mengantuk dan ada yang tidak perasaan polis mengadakan sekatan jalan di hadapan.

“Ada juga pemandu yang leka menggunakan telefon bimbit semasa memandu sehingga mengundang risiko merempuh sekatan jalan pasukan keselamatan.

“Saya berharap supaya petugas keselamatan setiap sekatan jalan menyemak kedudukan lokasi supaya penglihatan pengguna lebih jelas dan mudah dilihat sekatan dari jauh sebagai langkah mengelak insiden rempuh,” katanya lagi.-MalaysiaGazette


TIDAK AKAN

DILUPAKAN


-------

PERANG BERTERUSN DI TIMUR TENGAH







PERANG

BERTERUSAN

DI TIMUR TENGAH











-------

TAHNIAH SEMUA PERTUGAS





TAHNIAH

SEMUA PETUGAS



166 lagi kes Covid-19 sembuh, kata  Dr Noor Hisham




KKM kesan sub kluster tabligh di Rembau



Langgar PKP kompaun RM1,000 mulai hari ini, kata Bukit Aman



Pesakit sembunyi rekod punca petugas kesihatan dijangkiti Covid-19, kata Noor Hisham





IKUT ARAHAN

JANGAN DEGIL


---------

HERO BERI GARIS TEPAT





HERO BERI

GARIS TEPAT
Hahahaha.. lawak mamat anonymous ni!!! Lepas bencana covid ni, kalau buat pilihanraya balik pun.. aku akan daftar mengundi dan undi PN. Asalkan takde abam ajib, wak jahid, konan the warrior princess, isa sam dan sesapa yg dlm pertuduhan.. aku ok je. Selagi dr,dzul rokok tak masuk balik dgn abam julur pisang takde semuanya akan selamat. 
Kalau la ni PH yg perintah diketuai abam julur pisang, confirm depa pinjam tabung bank donia. Tentu rakyat makin terkontang kanting dgn idea bernas depa. Aku yg bukan org politik ni pun nyampah tgk hari² org dok beratip nak jadi piem. Takde rasa malu ke gamaknya?!!! 
on 
TOK EZI
Publish | Delete | Spam
Amier The Hero
at 15:22

Sat





------------

MAT RAKUS JADI MAT BUNGKUS






MAT RAKUS

JADI 

MAT BUNGKUS
Mat rakus sudah bungkus, tapi apa kesudahan malikul sembab? Boleh kah dia bertahan? Berbilion bilion telah ditabur, sekarang banyak mana sekalipon ditabur cash sudah tidak jadi king lagi, berapa pun rakyat akan ambil, jasa mu belum tentu dikenang... 
on 
MAT RAKUS 
JADI MAT FINLAND
Publish | Delete | Spam
hamim
at 15:07

Si







-------------

MEMASANG NIAT








MEMASANG NIAT
Manusia terbaik adalah proletar dan aristokrat. Disana proletar membangun dan disini aristokrat memikirkan pembangunan. proletar yang berfikrah akan menyertai aristokrat 
on 
MERAKAM SEJARAH - 
PAKSAAN DARI KARONA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 08/04/20

Ke





-------

SOMILANG







SOMILANG
Apolak bungko bona kau ni ..laut ko, daghek ko, baghoh ko ..kok itam panjang borsonggek dipangil SOMILANG ..takdo namo lain doh. 
on 
BAHASA NOGORI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 08/04/20

Ant






----------

GUA RAMAL







GUA RAMAL
KHALWAT

AKAN 

DISAMBUNG

YANG 179 KES APA






MALAYSIA 

KENA SERANG KARONA
DITUDUH KERANA
KERANA KES PINTU BELAKANG
SEKARANG ADA 179 NEGARA
DALAM DUNIA
DISERANG KARONA
MEREKA JUGA ADA KES
PINTU BELAKANG KE?
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH

china kena dulu covid nie dol, 
kerajaan china kerajaan pintu belakang kah... kahakahkahakhakhakhakaaaah.... udah2 la ratib, tak kena la... yg penting, ok ke tak ok keadaan skang... selamat aman tenteram.. sekian... jangan keruh kan lg... 
on 
ADA 180 
BUAH NEGARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 08/04/20

ahhh




------

DEBAR MENUNGGU





DEBAR

MENUNGGU

Status PKP

 diketahui dalam masa 72 jam


BERITA MENYUSUL


---------

TOK EZI







TOK EZI
Tak sabag nak lihat PN dihancurkan ! 
on 
KARTEL
 CERGAS MENYUSUN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 07/04/20

Br




-----------

KARMA KORONA







KARMA KORONA

Khianat mengkritik menghasut hujung karma sampai, kah kah kah tempat yang selalu tidak boleh sampai sudah, itu lah korona, manusia selalu ego yang tun tan seri datuk seri sekarang semua takut duduk rumah, binatang tidak takut, bebas bergerak, nak kuat kuasa PKP? 
Bebaskan singa harimau kat zoo tu, pasti semua tak keluar, harta banyak puluh puluh billion tapi hati kosong, sedekah sikit duit curi tu kepada rakyat yang susah boleh kah ? 
Kah kah kah masih free lagi... 
on
 SETIAP MINGGU DISINI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 08/04/20

ahh





----------

MERAKAM SEJARAH - PAKSAAN DARI KARONA





MERAKAM SEJARAH

PAKSAAN DARI KARONA 

Hari Selasa 7/4/2020  anak semua bangsa warga Malaysa telah selesai  berkhalwat a.k.a PKP – (Perentah Kawalan Pergerakan) selama tiga minggu.  Arahan baru menyambung hingga ke 14 April. Apakah arahan berkhalwat untuk   menjarakkan diri ini akan berterusan  salepas 14 April nanti?  Disambung hingga ke bulan puasa ? Hingga salepas Hari Raya ?  

Pada ketika ini masih belum ada jawapan. Semuanya  bergantung kepada langkah dan perjalanan  dan tindak tanduk Virus Karona. Kemana virus ini akan menyusup. Amin.

Bayangkan hari ini kita semua ditahan atas tuduhan Akta 39B.  Ini rang undang-undang kanun keseksaan  Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati kerana memiliki dadah. Hukuman ini bukan hanya boleh menahan warga  Malaysia tapi  sedang  menahan   seluruh warga dunia. 

Dalam dunia ini ada 195  buah negeri yang diiktiraf sebagai  negara oleh Pertubuhan  Bangsa Bangsa Bersatu. Sebanyak 180 negara sedang diserang oleh Covid-19.  Serangan Covid-19 ini sama saperti hukuman 39B akan  mensabitkan hukuman mati kepada yang bersalah.  Memang tidak ada sesiapa  membawa  berkilo ganja , kokain atau syabu. Tetapi inilah perasaan umat manusia diseluruh dunia ketika  berhadapan dengan  virus karona.  

Semua umat manusia merasai  diri mereka sedang  menunggu hukuman 39B. Ertinya kita sedang  berhadapan dengan maut. 

Akibat dari 39B ini kita diarahkan   berkhalwat dirumah. Tetapi hidup kita dalam kerisauan dan tidak tentu masa depan. Perasaan gentar, cuak,  takut takut dan was was berterusan saban hari. Kita merasa sangsi apakah sosok dihadapan kita ini akan membawa kita ke 39B.  Apakah jiran disebelah rumah akan membawa 39B.

Kita boleh tidur tapi dalam keadaan kurang  selesa.  Resah gelisah. Kita bersendirian melayan fikrah bertanya apa akan terjadi sesudah ini. Kita semua sedar diatas tangga  39B sedang menapak. Bila-bila pintu akan diketuk.

Apakah tulisan saya kali  ini bagitu pesimis. Terlalu  fatalistik. Tidak.    Saya tidak pesimis. Saya juga tidak fatalistik. Saya realis tetapi  risau. Saya juga dilamun oleh angst. Kerana saya  juga  sedang  berhadapan dengan Akta 39B.  

Berkhalwat dalam budaya Melayu bertujuan bersendirian untuk mencari ketenangan. Berkhalwat tahun 2020 bermakna menjarak dari dari bakal pembawa 39B. Saya sedar bahawa kita sedang berkhalwat dalam  suasana tidak  menentu.  

Tetapi pada  hemat saya ketika berkhalwat inilah masa  munculnya  peluang   terbaik untuk kita sesama berfikir dan menilai kembali arah  diri.  Membaca tujuan hidup. Bertanya makna hidup. 

Virus Karona sedang memaksa kita umat manusia – anak semua bangsa – dan bangsa semua agama bertanya : umat manusia ini  dari sini kita hendak kemana. 

Karona telah memaksa  umat manusia untuk bertanya akan soalan soalan hakiki yang selama ini tidak kita endahkan. Soalan yang selama ini kita simpan dalam almari.  Soalan yang sering  pulang tersepak pergi terlanggar. Musik kehidupan moden terlalu bising untuk kita bertanya dan memikirkan soalan ini.

Kita anggap soalan dan wacana  hakiki  tentang arah hidup ini hanya  dikupas oleh sosok yang memiliki fikiran kritikal. Atau ini persoalan dan perbincagan ahli flasafah. Atau majoriti warga adalah dari kaum kerabat  Pak Turut yang hanya mengikut apa kata Orang Surau. 

Atau soalan sabagini hanya ditimbulkan oleh mereka yang bukan CEO Bank atau Pengarah GLC atau tidak memiliki  kerjaya  lumayan. Kita memperlekeh soalan sabagini kerana ianya disuarakan oleh  para gagalis  yang tidak  memiliki bunglo di Taman Tun atau  tidak memiliki   kondo disebelah KLCC. Soalan hippie daru zaman John Lennon yang tak perlu diambil pot.

Sabenarnya jawapan  terhadap persoalan hakiki tentang  makna hidup ini cukup enteng. Jawapannya ada dihadapan mata kita. Saban hari kita terbaca tentang persoalan ini. Hanya ramai yang gagal untuk memahami apa yang tersadai dihadapan mata mereka. 

Yakinlah semua jawapan persoalan ini ada pada Virus Karona.  Memahami Virus Karona adalah memahami  falsafah kehidupan umat manusia hari ini.

Virus ini  dari unta. Virus ini mungkin datang  dari tenggiling, dari kelawar, dari  burung, dari babi atau  pun dari bilik makmal. Dari mana asal usul Sang Karona ini pada tahap ini tidak penting. Yang penting ialah kita umat manusia  wajib memahami perangai dan tingkah laku virus ini. Kita wajib mengamati sifat dan kelakuan Sang Karona.

Dari tenggiling Sang Karona  mahu berpindah. Darah dan tubuh badan  Sang Tenggiling tidak manis lagi.  Karona memerlukan tuan rumah baru untuk bertapak.  Justeru Sang Karona pindah untuk mendapat Tuan Rumah   baru. Paling cocok ialah tubuh badan manusia.  

Sesampai sahaja  wilayah baru ini Sang Karona  mula  bercucuk tanam dan beranak pinak. Mula membiak. Membuat tamadun. Membuat jalan. Hisap sana. Hisap sini.Gali sana gali sini.  Tebuk sana dan tebuk sini. Berusaha untuk mendirikan  lebuh raya baru untuk terus membiak. 

Jika Tuan Rumah marah maka Sang Karona akan memperkuatkan diri. Jika Tuan Rumah  melawan  atau mendapat bantuan maka Sang Karona akan  menjadi kebal. Berubah wajah.  Bercambah dengan rupa bentuk baru tapi watak peragai  masih sama. Hisap sana. Hisap sini. 

Sang Karona terus membiak dan beranak pinak. Dari beberapa  kumpulan kini Sang Karona telah berbilion bilon. Hisap, gali, salur dan sedut untuk mendirikan tamadun baru. Kini Karona ialah satu tamadun untuk seluruh alam.

Akhirnya   Tuan Rumah tidak berupaya menampong tamadun Sang Karona. Akibat dari gali sana korek sini akhir  tamadun Sang Karona menjadi bagitu berat . Tuan Rumah  mengaku kalah. Maut datang menjemput.  Bila Tuan Rumah mati  maka Sang Korona pun mati sama. Sang Karona mati Bersama Tuan Rumah.  Dan   belum sempat berpindah mencari Tuan Rumah baru.

Mustahil tidak faham kesah Sang Karona ini.

Untuk saya umat manusia  yang pada hari ini adalah virus.  Manusia ini adalah  virus. Tingkah laku dan perangai  umat manusia hari ini sama saperti perangi  virus.  Manusia dan virus adalah sama.

Apakah ini kata-kata lucah lagi kasar  dari Hisamuddin Rais. Kenapa berani menyamakan umat  manusia dengan virus. Hishamuddin Rais akan membuktikan kevirusan umat manusia. Khalas.

Kita adalah pendatang di Bumi Manusia ini. Umat manusia  hanya ada satu bumi.  Umat manusia  adalah tamu kepada bumi  ini. Bumi inilah ialah tuan rumah umat manusia. 

Sila lihat apa yang sedang umat manusia  lakukan kepada bumi ini. Umat manusia dengan rakus lagi gelojoh sedang menjarah bumi ini. Sama saperti yang sednag dilakukan oleh Covid-19.

Tamadun manusia moden sedang menggasak bumi ini. Atas nama ekonomi umat mansuia merobek  bumi ini. Atas nama pembangunan dan kehidupan umat manusia mengoyak rabakkan bumi ini. Gaya hidup umat manusia moden  sedang mengancam dunia  ini.

Saperti Sang Karona yang hidup membiak dengan memakan darah Tuan Rumah. Umat manusia  juga sedang menghisap  darah Bumi Manusia ini.  Syarikat minyak sedang  menyedut darah bumi.  Bijih timah,  tembaga, perak,   emas sedang  digali.  Lombong dan loji bangun disana sini. Loji dan lombong ini mencurahkan seribu satu macam kimia. 

Hutan dirobek. Bukit didatar. Gunung ditebuk. Semua untuk membuat lebuh raya. Hasilnya jutaan  kereta menghitamkan  pasir yang puteh. Arang yang digali kemudian dibakar. Asapnya  sedang mengancam  Bumi Manusia. Lombong menjadikan bumi ini lopong sama saperti paru-paru manusia yang lopong kerana diserang  Covid-19. 

Tak jauh dari rumah kita – di Kelantan -  hutan dara tropical ialah wilayah pengeluar oxygen yang bersih.  Tetiba hutan dara ini digasak untuk  memastikan Pak Lebai dan Tok  Imam mendapat fulus. Akibatnya  banjir melanda.  Ini sama saperti  perangai Covid-19 meyerang  alat penafasan mangsa sehingga tidak dapat bernafas.

Tak jauh dari rumah kita – di Gebeng – racun dibawa dari Australia. Semua dilakukan atas nama modal, teknoloji  dan kekayaan. Dolar, ringgit dan dinar menjadi jurumudi kehidupan manusia moden.

Tidak cukup dengan  hutan dara dirogol  kita juga mengancam diri kita sendiri dengan budaya tidak puas puas memiliki.  Sang Karona tidak puas hati. Apabila masuk ketubuh badan manusia Sang Karona juga  berlawan lawan untuk memiliki sebanyak mungkin wilayah untuk digasak. Sang Karona menggasak  tubuh badan manusia untuk terus hidup dan membiak. Manusia menggasak bumi atas nama kehidupan untuk membiak.

Hari ini umat manusia di seluruh Bumi Manusia ini  sedang  berhadapan dengan Akta 39B. Dihadapan  umat manusia   ialah maut yang akan datang bila-bila masa.   Sebenarnya Sang Maut telah lama  duduk diatas tangga. Tetapi umat manusia ini cukup degil sama saperti degilnya  mereka yang ditahan polis kerana melanggar PKP.

Umat manusia  yang degil ini gagal memahami kenapa berbulan-bulan hutan di Australia terbakar. Umat manusia gagal memahami kenapa  katak hijau hilang dari sawah.  Anak sekolah dikampong hari ini tidak lagi ternampak  burung But But dan burung Tempua. 

Sang Karona ketika membaham Tuan Rumah akan mengeluarkan racun bisa yang akhirnya akan mematikan  Tuan Rumah. Manusia juga sama peragainya saperti  Sang Karona.  Umat manusia menimbun tambah Bumi Manusia ini dengn plastic. Ini adalah racun yang akan membunuh Bumi Mansuia. Sama saperti Sang Karona yang pasti mati Bersama Tuan Rumah. Umat  manusia juga akan mati bersama Bumi Manusia.

Apakah masih  ada  pembaca yang tidak yakin bahawa perangai umat manusia moden hari ini  tidak ada bezanya dari perangai dan kelakuan  Karona Virus.

Dari mana datangnya virus ini?  Kenapa umat manusia  memiliki perangai sama saperti  Sang Karona. Soalan ini adalah bukti bahawa iklan wayang telah selesai dan kita sedang masuk ke permulaan babak pertama wayang yang saya janjikan minggu lalu. Babak saterusnya tunggu minggu hadapan.  (TT)





----------

TALK IS CHEAP





CAKAP 

MANYAK SINANG

LU BIKIN LAA

PN ni kera penyemburit nasional, mana mungkin orang yang bijak akan berbuat sesuatu yang bodoh pada masa yang kurang tepat.Disitulah wabah corona disitulah puak ini melangkah sheraton, disitu juga diangkat lobai pelabel bodoh diangkat sebagai duta asia timur.
Apakah Orang arabia sukakah orang yang tabiatnya/hobinya pelabel segala anjing, gembala babi dan sewaktu denganya menjadi perantara mereka dengan negara malaysia.Tu belum lagi segala kempen bodoh BMF, negara arab pun tak kenai tu BMF hanya beli yang berkualiti sahaja,Sakit tenat ni Penyemburit Nasional, gara² terhutang budi tergadai body 
on 
DEDAK DARI AZMIN 
TAK SAMPAI LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 07/04/20

Han





-------

BERITA DARI NOKIA








BERITA NOKIA
PASAR SEGAR TERKAWAL 
DIBUKA DI 97 LOKASI 
DI SELURUH NEGARA RUJUK 
www.agrobazaar.com.my
 UNTUK TEMPAHAN AWAL

MAJLIS 
KESELAMATAN NEGARA

SUSUN ATUR AKSI






TAK PUAS HATI

SUSUN ATUR AKSI
Berpijak dibumi nyata la..apa nk kecoh bila geng jidin memerintah..dulu masa geng united front gagal dlm pru depa relax dan cool je...tak hingaq cam geng nuar geng mat sabu..akhir kalam baca balik rukun negara. .masih ada nanti pru..
bersabar la 
on 
KARTEL 
CERGAS MENYUSUN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 07/04/20

TT





-----

TAHNIAH KERJA RAPI







TAHNIAH

KERJA RAPI 

Kemunculan wanita misteri di Menara City One timbul tanda tanya

KUALA LUMPUR – Kemunculan seorang wanita dipercayai warganegara asing secara tiba-tiba di Menara One City menyebabkan suasana agak kelam kabut dan kecoh seketika sebaik sahaja dia mendedahkan latar belakangnya.

Seperti yang umum ketahui, Menara City One merupakan lokasi ketiga kerajaan melaksanakan PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan sejak enam hari lepas.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini mengesahkan terdapat diantara 17 kes positif Covid-19 di kawasan yang terletak di Jalan Munshi Abdullah di ibu negara dipercayai ada kaitan dengan indeks kluster tabligh Masjid Sri Petaling.

Para pengamal media yang berkampung di situ sejak 8 pagi tadi tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan wanita berjubah hitam itu sekitar jam 2.30 petang tadi.

Dia yang menaiki Grab dilihat menjinjing dua beg plastik seperti mahu menghantar sesuatu namun telah diminta oleh pasukan keselamatan yang bertugas 24 jam di situ supaya menunggu.

Suasana agak kecoh apabila wanita itu memberitahu bahawa dia adalah penghuni di situ dan menunjukkan dokumen pengenalan  diri kepada petugas kesihatan yang juga ditugaskan di lokasi berkenaan.

Kelihatan petugas kesihatan memeriksa suhu badan wanita berkenaan sebelum mengiringi beliau masuk ke bangunan tersebut.

Selang sejam kemudian kelihatan ambulans Kementerian Kesihatan tiba di perkarangan Menara City One dan tidak lama selepas itu iaitu kira-kira jam 3 petang wanita itu dilhat dibawa ke dalam ambulans dengan kawalan keselamatan begitu ketat.

MalaysiaGazette kemudian difahamkan wanita itu merupakan suspek Covid-19 yang telah dikuarantin selama dua minggu di sebuah pusat kuarantin.

Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan dari pusat tersebut dan bertindak mengambil Grab untuk pulang sendiri ke kediamannya di Menara City One.

Dia juga dipercayai mempunyai keluarga di kondominium itu namun tidak dapat dipastikan lokasi mana beliau dibawa selepas meninggalkan kawasan yang telah diisytiharkan PKPD itu. -MalaysiaGazette


TUGAS BAHAYA

TAPI WAJIB

DILAKUKAN
------

MAT RAKUS JADI MAT FINLAND







MAT RAKUS

DAH JADI

MAT FINLAND
Gwa pun sangat ingat 1993. Orang kanan dia bilang sama gwa bila gwa tanya dia apa pasal Pak Sheikh buat Pak Ghafar macam tu. Dia bilang Today Ghafar esok Mahathir. Punya la rakus, sombong, tamak, riak dan dengki. Sekarang tengok apa dah jadi pada Abam. 
on 
KARMA SAMPAI
Publish | Delete | Spam
dr chenor
on 07/04/20






------




INI BERITA AMAT BAIK




BERITA BAIK

UNTUK  

EZI DAN TAK TAK

Jangan bimbang Covid-19 dari haiwan kesayangan, kata jabatan veterinar

PEMILIK haiwan peliharaan tidak perlu bimbang akan dijangkiti Covid-19 daripada haiwan kesayangan mereka, sebaliknya mereka yang sebenarnya perlu melindungi haiwan peliharaan daripada dijangkiti, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan itu berkata kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan haiwan adalah terpencil kerana mereka tidak dijangkiti secara semulajadi.

“Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia,” kata jabatan veterinar dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan dikeluarkan ketika ada kebimbangan umum dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan susulan laporan mengenai haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing milik pesakit yang positif Covid-19 juga terkena jangkitan.

Kelmarin, seekor Harimau Malaya di sebuah zoo di New York dilaporkan positif Covid-19, dipercayai dapat daripada seorang petugas yang tidak menunjukkan simptom.

“Masyarakat tidak perlu gusar dan khuatir kerana haiwan kesayangan bukan penyebar virus Covid-19.

“Buat masa ini, pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus Covid-19 pada haiwan kesayangan mereka,” kata jabatan veterinar.

Menurut jabatan itu, penemuan saintifik semasa menunjukkan virus yang ada pada haiwan adalah rendah untuk disebarkan kepada manusia.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan agar haiwan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dibawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan.– 7 April, 2020.

TAPI WAJIB

BERHATI HATI


--------

BAHASA NOGORI






DALAM  SAWAH 
DI  NOGORI  SEMBILAN
BERSENGAT PENDEK ITAM
NAMA NYA SEMBILANG
PANJANG CERAH KELI
PANJANG BERBINTIK BINTK
IKAN LIMBAT
SAWAH JAUH DARI LAUT
sembilang ikan laut bro. nelayan tangkap kt tepi laut biasanya pantai berselut. kalau kek sngai tu ikan keli bro. 
on 
NASIB KAO BAIK - 
KAMPONG MANO
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 07/04/20




-----

TAHNIAH DAPAT IKAN






TAHNIAH 

DAPAT IKAN

GUA DAPAT

DAUN SEMAMBU

Tt..ko tahu tak semenjak PKP ni banyak ikan free datang kerumah... Gini ceritanya..orang cina kat bagan datuk yang kerja tangkap ikan sekarang mula MENSEDEKAHKAN ikan tangkapan kepada orang kampong melayu disini ...pasenya ikan banyak x terjual.. 
Jadi laaaaaaaaaaaaagi elok le lama sikit PKP ni ...banyak rejeki free datang....mmmmmm depa ni dapat pahala ke ...masalahnya pulak melayu x nak bersedekah pada cina... OH INDAHNYA HIDUP INI KERNA SEMUA KAUM BANTU MEMBANTU.. 
on 
NASIB KAO BAIK - 
KAMPONG MANO
Publish | Delete | Spam
Anto nyo beraga @ Antoniobraga
on 07/04/20

s


EZI DAN TAK TAK SENANG HATI




BERITA BAIK

UNTUK 

EZI DAN TAK TAK

Jangan bimbang Covid-19 dari haiwan kesayangan, kata jabatan veterinar


BERITA MENYUSUL

-----

AD 180 BUAH NEGARA





ADA 180 NEGARA

KENA KARONA

PASAI APA ?

Hisham aaa lulu masok pintu bilakang tintu kina aids....sikalang masok pintu bilakang itu colona sulah tunggu, lagi lu mau sokong aaa, itu Tuhan Allah sulah manyak malah ooo 
itu sebab Lia kasi colona kaw kaw sama itu kilajaan pintu bilakang punya olang, sikalang itu mintili semua tak boleh bikin kilija lia olang otak ingat itu covid19 juga...lu fikir la sendili 
on 
KARONA
 DISANA SINI
Publish | Delete | Spam
hamim
on 07/04/20

Lu





-------

SEKARANG ABRU TAHU PENGARUH ORANG JB





SEKARANG  LU

BARU TAU

DE BEKOS

PENGARUH ORANG

JAY BEE
awalnya aku pelik apa pasal tt orang jelebu suka cakap gwa lu gwa lu bila aku baca cerita2 lama budak koleg baru aku tahu yang gwa lu gwa lu adalah bahasa harian di sana. kahkahkah what is the bekaus.... 
on 
SETIAP
 MINGGU DISINI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 08/04/20

Khiana, itu lah k





--------