Sabtu, 2 Julai 2011
HIP COOL AND SWING
COOLEST DUDE IN TOWN
BN HANYA TAHU JAGA TEMBOLOK SENDIRI BUKAN RAKYAT KATA NIK AZIZ - minsider
Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan polis menahan aktivis Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) “tidak boleh diharap” untuk menjaga kepentingan rakyat.
Sebaliknya Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan ini menegaskan Umno-BN hanya tahu menjaga “tembolok” sendiri.
Nik Aziz (gambar) juga menegaskan Umno-BN sudah tidak berupaya untuk menjaga kepentingan Islam dan amalan demokrasi negara.
“Membaca berita-berita politik tanah air, semakin ramai yang ditangkap kerana Himpunan Bersih 2.0.
“Hakikatnya pada hari ini Umno nak diharapkan menjaga Islam pun tak boleh, nak jaga demokrasi pun tak mampu, apa lagi yang diharapkan pada Umno? BN? Hanya jaga tembolok sahaja,” kata menerusi akaun Facebook beliau.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… THIS IS COOL DUDE…. kah kah kah..
kah kah kah…TAK TAHAN BILA TAHU NIK AZIZ ADA FACEBOOK….. kah kah kah....
kah kah kah...DULU NIK AZIZ TWIT... kah kah kah..
kah kah kah...HARI INI DI FB.... kah kah kah..
kah kah kah…ROCK MY MAN….SWING HARD... kah kah kah..
kah kah kah…SAYA WUJUD KERANA SAYA ADA FACEBOOK…. kah kah kah…
SELAMAT TINGGAL DARI ORANG YANG BAIK
JANGAN KAU TANGASI
bila kau membaca berita ini
jangan kau tangisi
bila kau membaca berita ini
jangan kau bersedih
semuanya telah terlambat
semuanya telah terlewat
peluit telah didenar
loceng telah berbunyi
bangsi telah ditiup
keretapi itu telah bergerak
keretapi iti telah meninggalkan stesen
jangan kau tangisi lagi
jangan kau bersedih lagi
lihat lah muka dalam cermin
lihat dan amatilah diri sendiri
sedar dan sedarlah
bila kau lihat muka dalam cermin
pasti kau akan senyum puas
kau masih lagi orang yang baik
kau masih lagi orang berbudi
kau masih lagi orang yang warak
kerana itulah negara tergadai
kerana yang baik
kerana yang berbudi
kerana yang warak
tidak melakukan apa apa
AKAN DIRUNTUHKAN
KAMPUNG MELAYU TERGADAI – berita hairan
Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.
Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah.
Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.
Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.
Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas.
Pengerusi TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Kerajaan Pusat perlu campur tangan supaya kampung itu tidak dibangunkan dengan cara yang boleh menjejaskan pemilikan tanah oleh orang Melayu yang pasti tidak mampu membeli hartanah atau rumah lain di negeri ini kerana harganya tinggi.
“Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga perlu menyemak kembali pembangunan di kawasan itu supaya tidak menjejaskan jumlah penduduk Melayu, termasuk memantau urusan jual beli tanah di antara pemilik tanah dan pemaju,” katanya.
Penduduk, Osman Jaafar, 74, berkata pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira penduduk awal menyebabkan banyak kampung Melayu terhapus dan penduduknya terpaksa berpindah.
SELAMAT TINGGAL TANJONG PAGAR - meloya
Tepat pukul 11 malam ini, perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat selama-lamanya.
Setelah hampir 80 tahun beroperasi, kini perkhidmatan yang menjadi sisa-sisa lambang penyatuan ‘sebuah’ negara suatu ketika dahulu hanya tersimpul rapi sebagai lipatan sejarah.
Kereta api terakhir, ‘membawa’ semua memori suka-duka perkhidmatan KTMB kembali semula ke tanah besar Semenanjung.
Suasana di stesen agak riuh rendah sejak pukul 5 petang apabila ia diserbu oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar detik-detik bersejarah hari ini dan membeli cenderamata KTMB.
Bagaimanapun putaran lagu Salam Terakhir nanyian Allahyarham Sudirman Arshad sepanjang petang ini menambahkan suasana pilu terhadap orang ramai dan kakitangan KTMB di stesen itu.
NOTA:
lihat dan fahami
makna dua berita ini
lihat dan sedari
apa yang tersurat
lihat dan sedari
apa yang tersirat
NOTA:
siapa sebenarnya jual tanah melayu ini?
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
PROGRAM PROGRAM UNTUK SEMUA
PETANG INI JAM 3.00 DEWAN CHINA
NURUL DI CHINESE ASSEMBLY HALL - ROCK
Ahli parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar bakal menjadi tetamu dalam satu persembahan seni untuk "Selamatkan MerdekaReview". Antara pasukan muzik yang bakal terlibat dalam program "Rescue MerdekaReview to uphold independent Voice" ini termasuklah Fetus, Maharaja Commision, Seconds to Collide, Think! Tadpole! Think!, NAO, Carburetor Dung, Xerpent dan lain-lain lagi.
Program ini akan diadakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu), antara jam 3 hingga 6 petang di MCPA Theater, Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur-Selangor - bertujuan mengumpul dana untuk melanjutkan kelangsungan media internet, MerdekaReview. Sebelum ini, MerdekaReviewberdepan dengan masalah kewangan untuk meneruskan operasinya. Bagaimanapun, dengan sokongan yang diberikan pembaca, MerdekaReview kini mampu bertahan untuk sementara waktu, pada masa yang sama merancang untuk mencari pelabur yang baru.
PROGRAM SABTU - AHAD dan ISNIN
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SELAMAT JALAN ORANG YANG BAIK
REST IN PEACE
PEREKA STADIUM MERDEKA MATI - berita hairan
KUALA LUMPUR: Pereka Stadium Merdeka dan Stadium Negara, Tan Sri Stanley Jewkes, meninggal dunia di Florida, Amerika Syarikat (AS), Jun lalu pada usia 97 tahun.
Kenyataan media Badan Warisan Malaysia, semalam, bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian Jewkes yang meninggalkan seorang balu, Ella dan dua anak.
Jewkes berkhidmat dengan Public Works Department (PWD) atau Jabatan Kerja Raya, sehingga 1962 dan menubuhkan Unit Rekaan dan Penyelidikan untuk memastikan keberkesanan kerjaya kejuruteraan dan seni bina.
Beliau mereka bentuk Stadium Merdeka pada 15 Julai 1956 yang juga tempat perisytiharan kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957.
Selain kedua-dua stadium, beliau turut bertanggungjawab membina Taman Merdeka seluas empat hektar di utara Stadium Merdeka serta Menara Jam Merdeka.
Selepas meninggalkan perkhidmatan awam Malaya, Jewkes menyertai kumpulan perundingan antarabangsa di AS dan bekerja di lebih 70 negara serta institusi termasuk Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jewkes bersara ketika berusia 75 tahun.
Almarhum Tunku Abdul Rahman ketika bertitah dalam program sempena perasmian Stadium Merdeka pada 30 Ogos, 1957, turut memuji usaha Jewkes dan petugasnya yang disifatkannya memiliki kemahiran perancangan dan kejuruteraan yang tinggi.
NOTA:
peace be with you brother
may your soul rest in peace – amen
NOTA:
ketika itu membuat bangunan bukan untuk kotrek
ketika itu banguan didirikan untuk bertahan
jenerasi muda akan bertanya apa dia - pwd?
ini bukan pelir wahab dempak
pwd ialah PUBLIC WORKS DEPARTMENT
badan yang menbanguan negara kita sesudah merdeka
bukan kontrektor kelas f
bukan kaum subcon
lihat bagaiaman stadium ini tegak berdiri
dan lihat bagaimana bangunan ini telah diselamatkan
oleh abdullah badawi
selamatkan dari apa?
dari diruntuhkan oleh seorang india
yang bermana kutty
jika sejarah menilai kembali satu peranan abdulah badawi
yang akan diingati untuk selama-lamanya ialah menyelamatkan stadium merdeka/negara
NOTA:
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
adious mon ami!
Labels:
DAYAK BANGUN MELAWAN
LEBAI GEROMBOLAN LEBAI UPAHAN
ARUS PERTUKARAN TELAH BERMULA
KEMPEN ANTI-BERSIH NAIK MIMBAR JUMAAT - mkini
Kempen anti-BERSIH oleh kerajaan nampaknya sudah naik ke mimbar masjid apabila khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini.
Dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbah masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit…JELAS INILAH CONTOH AGAMA DIJADIKAN CANDU…. kah kah kah..
kah kah kah…JELAS BAGAIMAANA AGAMA DIGUNAKAN UNTUK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU…. kah kah kah…
kah kah kah..JELAS BAGAIMANA AGAMA DI GUNAKAN UNTUK MEMASTIKAN YANG ZALIM DAN JAHIL TERUS BERKUASA…kah kah kah
kah kah kah… JELAS ADA AGAMAWAN YANG DI UPAH UNTUK BODOHAKAN MELAYU…. kah kah kah…
kah kah kah…BILA MEAYU TERUS BODOH… GEROMBOLAN DAPAT BERKUASA…. kah kah kah..
woit…BILA MELAYU JADI CERDIK…. GEROMBOLAN GULUNG TIKAR…kah kah kah…
Labels:
anak muda berani bangun melawan
TOLONG JANGAN TIPU MELAYU
UNTUK KEMENTERIAN MENARIK SEMULA RUU PPPKB 2010
Selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, saya ingin menyatakan bahawa pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu bersyukur dan lega kerana RUU PPKB 2010 tidak sempat dibentangkan dalam sesi Parlimen yang baru selesai.
Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menarik balik RUU ini daripada Parlimen dan kembali mengadakan perbincangan serta dialog dengan para pemilik dan pewaris tanah Kg Bharu dalam setiap usaha Kerajaan membangunkan Kg Bharu. Kementerian juga perlu mendapatkan persetujuan semua pemilik dan pewaris tanah dan yang lebih penting mendapatkan persetujuan Lembaga Pentadbiran MAS berkaitan pembangunan Kg. Bharu.
Lembaga Pentadbiran MAS yang telah wujud sejak tahun 1900 perlulah diberikan keutamaan berbanding Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tiada mandat rasmi daripada pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu. Ahli Parlimen yang diberikan mandat secara sah melalui pilihanraya juga sepatutnya dilibatkan aktif bermula daripada peringkat perangkaan lagi untuk memastikan penyelesaian yang terbaik dan adil, terutamanya kepada pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu.
Kementerian juga boleh melakukan apa-apa pembangunan melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sememangnya mempunyai kuasa yang sah dalam mentadbir tanah Kg. Bharu. Jika pembangunan Kg. Bharu memerlukan suatu Akta Parlimen maka pihak Kementerian perlu ikhlas dan telus untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah sebelum mengemukakan RUU yang baru.
Saya sangat berharap pihak Kementerian dapat merealisasikan slogan yang dilaung-laungkan oleh YAB Perdana Menteri berkenaan dengan era "Government knows best" atau "Kerajaan sahaja yang tahu yang terbaik" telah berakhir.
YB Hjh Dr Lo'lo' Datuk Hj Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
NOTA:
RUU PPKB 2010 = Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catatan (Atom)