Ahad, 17 Mei 2020

NEGARA MISKIN NEGARA KAYA








NEGARA KAYA
DALAM SATU SISTEM EKONOMI
SAMA SAMA DIBAHAM
OLEH KOBID


--------------------



SATU PANDANGAN







SATU PANDANGAN

Rekonsialisasi nasional demi Malaysia


MELIHAT kepada beberapa perkembangan politik negara mutakhir ini, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan dan pengamatan saya selaku seorang politisi muda yang menaruh harapan tinggi kepada cita-cita besar bangsa Malaysia yang tercinta.

Tahun 2020 ini pernah kita canangkan sebagai tahun bilamana wawasan kita bergelar negara maju telah tercapai.

Ternyata mimpi kita itu meleset malah kita ditemukan dengan tiga cabaran besar; politik, ekonomi dan pandemik Covid19 yang benar-benar menguji ketahanan dan kesepaduan kita sebagai bangsa Malaysia.

Dugaan yang kita hadapi bukan calang-calang. Kesan Pandemik Covid -19 bukan sahaja menyebabkan krisis kepada kesihatan awam, malah kepada ekonomi dan pasaran kerja keseluruhannya.

Orang muda berumur 15-29 tahun merangkumi hampir 40% daripada keseluruhan tenaga kerja di Malaysia bersama dengan majoriti rakyat yang lain akan berdepan dengan kepayahan dan kesusahan yang membebankan.

Krisis pandemik Covid-19 yang sedang melanda kita pada hari ini memberi kesan secara langsung dengan meningkatnya kadar pengangguran; terjejasnya beberapa sektor ekonomi termasuk aktiviti ekonomi tidak formal; dan seterusnya menjurus kepada meningkatnya jurang pendapatan - yang kaya menjadi miskin, dan yang miskin menjadi papa kedana.

Dengan anggaran peningkatan kadar pengangguran oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun ini kepada 4.0% berbanding 3.3% pada tahun 2019, golongan orang muda akan terus mendominasi jumlah penganggur.

Laporan Tinjauan Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang melibatkan seramai 168,182 responden berumur 15 tahun ke atas daripada pelbagai sektor telah menunjukkan 46.6% responden bekerja sendiri (tanpa mengira umur) telah kehilangan pekerjaan sepanjang Covid- 19.

Berdasarkan dapatan tinjauan ini juga, jumlah kehilangan pekerjaan disebabkan krisis Covid-19 ini dijangka mencecah 2.1 juta orang.

Hakikatnya, rakyat akan sengsara. Baik peniaga, usahawan sehinggalah kepada golongan pekerja semuanya akan berdepan dengan situasi cukup sukar.

Kekhuatiran saya menjelang beberapa bulan yang akan mendatang adalah; akan ada rakyat yang terpaksa mengikat perut dan bahkan to provide food on the table daily would be a struggle!

Inilah realiti pahit yang kita semua perlu hadapi. Inilah hakikat yang saya harapkan majoriti ahli-ahli politik seperti saya, dapat menjadikan keutamaan untuk difikirkan bersama.

Negara menuntut halatuju kepimpinan daripada kita semua. Langkah Sheraton Kita (baca : politisi) pastinya boleh berbeda pendapat bahkan berdebat bertegang urat mempertahankan apa jua tindakan politik yang telah kita masing-masing pilih sepanjang beberapa minggu yang lalu semenjak Langkah Sheraton.

Namun akhirnya rakyat akan mula jemu mendengar labun kita yang tidak berkesudahan.

Tiba masa rakyat akan menuntut kita memberikan jawapan atau solusi kepada masalah pokok survival yang mereka perlu hadapi pada harihari mendatang.

Majoriti rakyat sudah tidak mahu dengar siapa “penyelamat” atau siapa “pengkhianat”.

Majoriti rakyat tidak mahu tahu siapa yang lebih layak jadi Perdana Menteri hari ini.

Majoriti rakyat tidak ambil pusing siapa dapat jawatan atau siapa hilang kedudukan.

Yang saya percaya rakyat mahu tahu hari ini adalah; apakah esok hari mereka masih lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyara hidup?

Adakah seorang peniaga dapat mengembalikan keuntungan beliau untuk mengatasi kerugian yang telah mereka alami?

Apakah setahun dari sekarang, wabak Covid-19 akan tamat dan negara bebas dari ancaman?

Saya yakin dan percaya inilah persoalan-persoalan lebih mendasar yang sedang bermain di benak pemikiran majoriti rakyat Malaysia hari ini.

Situasi krisis Covid-19 yang kita hadapi kini adalah satu pertarungan.

Sebagai sebuah negara kita berada di dalam peperangan melawan ‘musuh-musuh’ yang bukan hanya hadir sebagai ancaman wabak, tetapi bertimpa dengan kemelesetan ekonomi yang sangat melelahkan!

Pada tahun 1940 semasa Perang Dunia Kedua, Sir Winston Churchill telah dipilih menjadi Perdana Menteri dan mewarisi “war cabinet” yang telah dibentuk menggabungkan pimpinan politik daripada parti pemerintah dan pembangkang serta pimpinan ketenteraan bagi merangka strategi dan halatuju negara British mendepani ancaman Nazi ketika perang itu.

Kegiatan dan percaturan politik terus berjalan, tetapi kepentingan negara mengatasi segala bentuk pertimbangan pada ketika itu.

Matlamatnya satu iaitu negara British dan Tentera Bersekutu memenangi Perang Dunia Kedua.

Isnin ini buat julung kalinya, Parlimen akan bersidang dengan Perikatan Nasional berada di kedudukan kerajaan, manakala Pakatan Harapan kembali di kedudukan pembangkang.

Sepanjang tempoh menjelang kepada persidangan ini, pelbagai langkah dan percaturan politik berjalan dengan rancak demi memenuhi matlamat politik masing-masing.

Ada untuk mempertahan kuasa, ada juga untuk merebut kuasa. Semua ini berlaku di setiap peringkat.

Pengalaman cetek saya berada dalam arena politik negara semenjak lebih 12 tahun lalu bermula sebagai kader sebuah parti politik, saya sering dididik bahawa wadah politik harus menjadi medan untuk mengangkat ketamadunan bangsa dan memenuhi aspirasi membentuk sebuah masyarakat yang adil, bebas dan mandiri.

Sehingga saat ini, saya masih percaya dan berpegang teguh kepada prinsip itu.

Rekonsialisasi Nasional Atas kesedaran ini, saya mahu mengutarakan rekonsialisasi nasional atau pendamaian kebangsaan untuk dimulakan oleh semua politisi baik daripada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

Ini adalah pilihan agung yang perlu kita semua (terutamanya politisi dari pemerintah mahupun pembangkang) fikirkan demi menjamin kelangsungan kita sebagai sebuah negara bangsa pasca pandemik Covid-19 ini.

Sebab itu saya menyeru kepada semua senior-senior saya dalam politik, termasuk yang seangkatan dengan saya, baik daripada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan; kini adalah masa untuk rekonsialisasi nasional.

Pasca pandemik Covid-19 ini kita mengadaptasi norma baharu. Menyedari ancaman wabak yang masih belum selesai, rakyat dan negara perlu menyesuaikan diri dalam masa sama memulihkan dan membangunkan semula ekonomi negara.

Ini memerlukan koordinasi holistik dan pengenalan kebijakan-kebijakan baru yang peduli kepada rakyat.

Mandat rakyat kini bukan mengenai waima PH atau PN yang berkuasa.

Mandat rakyat hari ini adalah mereka mahu sebuah pemerintahan yang menawarkan halatuju kepimpinan untuk negara.

Rakyat mahu kestabilan. Rakyat mahu sistem penyampaian yang telus dan cekap. Rakyat mahu negara kembali pulih dan kita semua kembali kepada kedudukan yang selamat dan selesa.

Fikirkanlah teman-teman ahli politik sekalian. Terlalu lama pertarungan politik kita ini telah berlangsung.

Mungkin ada baiknya kita muhasabah seketika, dan kembali memikirkan apakah keutamaan kita sekarang.

Saya menyeru kepada semua, selami hati kita, padamkan seketika keegoan kita masing-masing, letak ketepi cita-cita peribadi kita, redakanlah pertelingkahan kita dan bersamalah kita utamakan kepentingan rakyat dan negara!

Berdamailah demi Malaysia! – 12 Mei, 2020.
* Dr Afif Bahardin, Adun Seberang Jaya dan pengasas pertubuhan bukan kerajaan PEMUDA NEGARA

BERBUKA KALI KE 24






BERBUKA  KE 24

HARI INI KUALA LUMPUR PANAS
TAK PANAS TERIK
ANGIN BETIUP SEJUK

PETANG INI GUA
MASUK KWANTUNG JAM 5.30
BERANGIN  KENCANG
LANGIT GELAP
AWAN HITAM SUDAH BERKUMPUL
GURUH BERSUARA JAUH
HUJAN AKAN TURUN
TAK TAHU DIMANA
AWAN HITAM MEMBUSAR

DILUAR BALKONI
MURAI HEBOH
MEMANGGIL HUJAN

GURUH BERBUNYI
EZI DAN TAK TAK JADI TAKUT
ENGGAN MAKAN DI BALKONI
TERPAKSA  GUA BAWA
MASUK KE RUANG TAMU

GUA HAIRAN
KENAPA ANJING TAKUT GURUH
APAKAH BINATANG LAIN
HARIMAU GAJAH
TAKUT GURUH JUGA

PETANG INI
GUA ADA SPESIAL
KAWAN  ANTA NASI KERABU
TEMPE SUP TULANG
DAN CEKODOK
TAPI GUA BUKA PUASA
MASIH DENGAN
AIR SUAM KURMA DAN PISANG
PETANG NI
TAK ADA BUBUR KOBID

ADUH 
HIDUP INI
SATU PERJALANAN
JANGAN DIBERATKAN
DENGAN  ANGAN ANGAN

KEBAHAGIAN BUKAN
DARI APA YANG DIMILIKI
KEBAHAGIAN  TERSIMPAN
PADA 
JIWA YANG GUMBIRA

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT 

CABUT DARI PKR







APA DAH JADI

MAKIN RAMAI 

CABUT DARI PKR

TABIK PADA

SRIKANDI INI

KELUAR PARTI

DAN LETAK

JAWATAN


Ketua Srikandi PKR letak jawatan, keluar parti


EXCO sayap Wanita PKR yang juga ketua sayap Srikandi parti, Nurainie Haziqah Shafii mengumumkan letak jawatan dan keluar parti hari ini kerana hilang percaya terhadap perjuangan parti.

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang dipegangnya atas kedudukan sebagai ahli PKR.

“Keputusan ini diambil kerana saya tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurainie mengumumkan keluar PKR ketika bekas ahli parti yang dipecat atau keluar parti sedang bergerak sebagai badan masyarakat sebelum sebuah parti baharu ditubuhkan secara rasmi.

Kebanyakan mereka yang dipecat atau keluar parti, yang jumlah mencecah lebih 600 orang, adalah kumpulan yang menyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali, yang terlibat dalam gerakan politik yang menukar kerajaan di Putrajaya dan kini di empat negeri.

Mereka kini bergerak dalam dua badan masyarakat iaitu Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara.

Awal bulan ini, Nurainie sendiri dilaporkan dilantik mengetuai sayap wanita Penggerak Komuniti Negara yang dinamakan Penggerak Wanita Muda.

The Malaysian Insight difahamkan apabila parti baharu ditubuhkan nanti Penggerak Komuniti Negara akan menjadi parti di bahagian sementara Pemuda Negara diserap sebagai sayap pemuda parti. – 17 Mei, 2020.


SRIKANDI NI

TAK GILA

BERATIP NAK

JAWATAN 

KAH KAH KAH

PASAR JADI PUSAT KOBID





BUKAN PASAR

KITA SAJE KENA

SERANG 

DI LATIN AMERIKA

PASAR PUN

JADI SARANG

VIRUS KOBID 


'Hubs of infection': how Covid-19 spread through Latin America's markets


Empat dari lima pedagang di pasar buah utama di Peru menguji positif coronavirus, mengungkapkan tahap jangkitan yang mengejutkan - dan menimbulkan ketakutan bahawa pusat perdagangan tradisional Amerika Latin mungkin telah membantu menyebarkan Covid-19 ke seluruh wilayah.

Tujuh puluh sembilan peratus pemegang gerai di pasar buah borong Lima diuji positif untuk Covid-19, sementara ujian spot di lima pasar makanan segar yang lain di bandar ini mendedahkan sekurang-kurangnya setengahnya membawa virus itu.

Hasilnya muncul ketika pihak berkuasa tempatan dari Mexico City ke Rio de Janeiro berjuang untuk menegakkan langkah-langkah sosial dan jarak jauh di pasar borong dan runcit, yang menjadi andalan ekonomi tempatan.


SEMUA BERMULA

DARI PASAR

WUHAN

AMIN

MUHYIDDIN TAKUT APA?





APA  YANG  NAK  DITAKUTKAN?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 15/05/2020

1.  6 hari lepas  iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun  Pakatan Harapan  atau PH  mengingati HARI  KEMENANGAN  RAKYAT.

2.  Tarikh  itu 2 tahun  yang lepas, buat pertama kali  dalam sejarah negara rakyat telah  menggunakan kuasa mereka menukar Kerajaan UMNO / BN  sejak Merdeka 61 tahun dahulu.

3.  Kebencian rakyat terhadap Kerajaan UMNO / BN  yang diseliputi najis rasuah dan kezaliman tidak boleh dikawal lagi, justeru  rakyat  MENOLAK mereka.

4.  Polis di bawah Khalid Bakar yang diberi gelaran Mr. Twitter ketika itu bagaikan  ROBOT, bertindak keras termasuk  menangkap dan mendakwa sesiapa saja  yang lantang menentang pemimpin - pemimpin yang terang - terang MEROMPAK  harta negara/ rakyat.

5.  Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan seperti Peguam Negara  sama ada dipecat atau ditukarkan ke Jabatan lain.

6.   Selain Tun Mahathir yang  DIHALANG meneruskan ucapan di Majlis  'Nothing To Hide' , polis juga pernah  merakam kenyataan Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang  ketika itu sudah pun berusia 92 tahun kerana menghadiri Perhimpunan Wanita di Kuala Lumpur membantah kenaikan harga barang dan lain - lain lagi.

7.  Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO  dibuang begitu saja  seperti sampah oleh Najib dan Majlis Tertinggi UMNO  kerana MENDEDAHKAN cerita sebenar 1MDB; begitu juga nasib yang sama  yang menimpa Shafie Apdal yang pada masa itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

8.  Saya sendiri bersama rakan - rakan lain seperti  Tian Chua, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Peguam Haris Ibrahim dicampakan ke dalam lokap Balai Polis Jinjang kerana tak puas hati dengan keputusan Pilihanraya.

9. Peristiwa RAMPASAN KUASA yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Azmin terhadap Tun  pada 23hb Februari 2020  mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di Italy  di zaman The Roman Empayar kira - kira  1000 tahun  dahulu di mana Brutus dan rakan - rakan  MENIKAM  Julius Caesar sampai mati.

10.  "Et Tu Brute ?"  atau   Kau Juga Brutus ?" -  apakah soalan sama Tun terhadap  Azmin  yang dianggap  sebagai  ANAK EMAS beliau sehingga SANGGUP BERSUBAHAT  MENIKAM  DARI  BELAKANG?

11.  Jika dikaji, rampasan kuasa  itu  tidak berlaku dalam sekelip mata,  sebenarnya TELAH  DIRANCANG  lebih awal lagi dengan cermat dan teliti yang melibatkan UMNO  dan PAS  - masakan Tun pernah menyatakan beliau berbangga mempunyai sokongan hampir keseluruhan Ahli - Ahli Parlimen.

12.  Bagi mengelak diri dari dituduh, Muhyiddin, Azmin dan seorang dua lagi dari tuduhan MENIKAM  TUN  DARI  BELAKANG mereka telah  menggunakan 'orang tertentu'  sebagai  'pendinding atau alibi' seolah - olah orang inilah yang bertanggungjawab 'menjatuhkan' seorang Perdana Menteri yang mempunyai pengelaman amat luas.

13.  Sejak tertularnya rakaman suara siri 1 dan 2  mesyuarat MPT  BERSATU  yang berlangsung pada 23 dan 24hb Februari 2020 barulah RAKYAT  SEDAR siapakah SEBENARNYA  yang BERBOHONG - Tun atau Muhyiddin?

14.  Sejak Mengangkat  Sumpah  Jawatan Perdana Menteri pada 1hb Mac 2020 sehingga sekarang sebahagian rakyat masih percaya cakap - cakap KONONNYA  Muhyiddin TIDAK  BERMINAT Jawatan Perdana Menteri.

15.  Ramai juga yang bertanya :

i.  Jika tidak berminat  mengapa SANGGUP membawa  BERSATU keluar dari Pakatan Harapan  atau PH dan bergabung dengan UMNO  dan PAS  yang telah ditolak rakyat dalam Pilihanraya dahulu?

ii.  Jika benar tidak berminat mengapa tidak bawa kembali BERSATU  ke PH dan serahkan  Jawatan Perdana Menteri tersebut pada yang berhak, Tun?

iii.  Bagi MENENTUKAN  kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri  TIDAK  TERGUGAT, seramai hampir 80 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan, ini selain dari melantik Ahli - Ahli Parlimen dan beberapa Ketua Bahagian UMNO  dan Parti - Parti yang menyokongnya sebagai Pengurusi GLC.

NOTA :  
a ) Amerika Syarikat  yang maju dengan jumlah penduduk lebih 300 juta orang HANYA  mempunyai 18 orang Menteri sahaja.

b )  China dan India yang maju dan masing - masing  mempunyai seramai lebih 1.2 Billion rakyat HANYA diwakili tak lebih 40 orang Menteri sahaja.

c )  Jiran kita Indonesia  hanya mempunyai tak lebih 30 Menteri yang memberi khidmat kepada hampir 300 juta rakyat  yang tinggal merata 7000 pulau negara tersebut.

16.  Pada mulanya Sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan Mac  telah ditangguhkan ke 18hb Mei ini atas alasan memberi ruang kepada Menteri - Menteri baru terutama  Menteri yang kurang cerdik dari  Parti Lebai menyiapkan  diri.

17.  Atas desakan Ahli - Ahli 'Pembangkang' yang sebenarnya 'Kerajaan' , Speaker telah bersetuju  membenarkan usul melanjutkan hari PERDEBATAN  daripada hanya  1 hari ke 8 hari.

18.  Atas SEBAB - SEBAB  PENTING  UNTUK RAKYAT  dan PERLU  DIBAHASKAN  maka  Usul Undi Tak Percaya Ahli Parlimen Langkawi , Tun Dr. Mahathir terhadap Muhyiddin Yassin sebagai  Perdana Menteri juga diterima untuk dimasukkan dalam aturun peraturan Mesyuarat Parlimen.

19.  Difahamkan Menteri Undang - Undang yang juga bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen TELAH  memaklumkan kepada wakil PH Agenda Mesyuarat Sidang Parlimen 18 Mei ini.

20.  Tiba - tiba tanpa ambil kira penerangan  Menteri Undang - Undang kepada wakil PH, ATAS  ARAHAN  PERDANA  MENTERI, Speaker TERPAKSA   menghadkan masa Sidang Parlimen ini HANYA  bagi mendengar Titah Yang DiPertuan  Agong sahaja TANPA sebarang perbahasan sehinggalah bulan Julai akan datang.

21.  Memandangkan  berkemungkinan alasan  wabak COVID 19  ini boleh menjangkiti  mana - mana Ahli Parlimen dan mungkin  terkena pada  YDP Agong sendiri, maka  YDP Agong boleh mengeluarkan Perintah atau Arahan agar Perasmian Sidang Parlimen pada Isnin 18hb Mei ini diadakan secara 'LIVE' - YDP Agong jika perlu mengenakan Pakaian Rasmi yang lengkap dan bertitah dari Istana Negara.

22.  Adalah AMAT ANEH   Agong dan 222 Ahli Parlimen TERMASUK  Speaker dan  pegawai - pegawai Parlimen yang bertugas TERPAKSA memakai 'face mask' semasa berucap dan hadir nanti.

23.  Difahamlan hampir semua Ahli Parlimen termasuk dari Sabah dan Serawak sudah berada di Kuala Lumpur lebih awal dari 18hb Mei ini.

24.  Bayangkan jumlah kos termasuk tiket kapalterbang, hotel, makan minum dan elaun hadir mesyuarat bagi 222 orang Ahli Parlimen yang mesti  hadir lebih awal  begitu besar  sedangkan rakyat TERPAKSA  menunggu ehsan bantuan Kerajaan.

25.  Persoalannya JIKA  MUHYIDDIN  YAKIN  PUNYAI  SOKONGAN  KUAT  DI PARLIMEN, MENGAPA  BERDOLAK DALIK  TAKUT  BERHADAPAN  DENGAN  UNDI  TAK  PERCAYA ?

Wassalam
Terima Kasih.

RAKYAT SOKONG











SOKONG

KAMI MASIH

TAKUT

Rakyat Malaysia mahu peraturan lebih ketat, kata Ismail Sabri

SEBILANGAN besar rakyat Malaysia mahu Putrajaya mengetatkan perintah kawalan pergerakan dan prosedur operasi standardnya untuk terus mengekang penyebaran Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Berdasarkan tinjauan baru-baru ini Menteri Pertahanan itu berkata Majlis Keselamatan Negara mendapat maklum balas positif daripada individu yang mahu Putrajaya melaksanakan SOP yang ketat terutamanya semasa Hari Raya Aidilfitri.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci tinjauan berkenaan.

“Sebenarnya kita menerima maklum balas daripada orang ramai yang mahu kita mengetatkan SOP dan tidak menjadikannya santai.

“Tujuannya bagi mengelakkan penyebaran virus kepada ahli keluarga lain semasa hari raya. Itulah sebabnya kami hanya membenarkan 20 orang berada di sebuah rumah pada raya pertama dan perjalanan antara negeri tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media hariannya hari ini. – 17 Mei, 2020.

BUKAN KERANA RASUAH





BUKAN KERANA

RASUAH
Mukhriz tak perlu malu hilang kuasa kerana bukan rakyat buang dia sebab dia pencuri dan penyamum. Dia hilang kuasa kerana ada orang tamak haloba, gila kuasa , tergila-gila mahu jadi MB. 
on 
SAH SAHEH
Publish | Delete | Spam
cikminah
at 15:23

M

BERITA PENAMAT






BERITA PENAMAT
Kesian boboi boy. Huk...huk....huk... Abah tolong boboi abah!!!!!! Matdey Kutty=Abah punnnn Lingkup Nakkkkk.Macam Nak Toooolong
 on 
ANWAR NAJIB MADEY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/05/20

Xdak lain s

ESOK APA AKAN JADI?




ESOK APA JADI

Esok semua kena covid18 
on
 ESOK 18 MEI 
APA AKAN TERJADI
Publish | Delete | Spam
hamim
on 17/05/20


Bsk 18hb Mei Anuar 
akan terus beratip.
Dia akan meroyan sepanjang hayat.. 
on 
ESOK 18 MEI 
APA AKAN TERJADI
Arymanchino
on 17/05/20

Ke

TAK DA SOKONGAN LETAK JAWATAN JANGAN TIPU




TAKDA UNDI

LETAK JAWATAN

JANGAN TIPU

I VE THE NUMBER

Mukhriz ‘menyerah kalah’, umum letak jawatan esok?

KUALA LUMPUR – Bukan lagi satu rahsia dalam kalangan pengamal media di Kedah, esok jam 10 pagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan satu sidang media tergempar bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Oleh yang demikian, Mukhriz yang sebelum ini masih lagi ‘yakin’ dapat bertahan akhirnya akur dan membuat keputusan untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Menteri Besar baharu untuk memegang tampuk kuasa negeri itu.


TAK PERLU

PUTAR PUTAR

TAKDA SOKONGAN

LETAK JAWATAN

JANGAN TIPU

KAH KAH KAH

SAH SAHEH





SAH SAHEH

Mukhriz Mahathir bukan lagi menteri besar Kedah


MUKHRIZ Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas enam wakil rakyat yang menyokongnya berpaling tadah, menyebabkan beliau hilang majoriti sokongan di Dewan Undangan Negeri.


KHALAS

SHARATON BERJAYA






SHARATON 

BERJAYA

MALAYASIA 

SELAMAT

DARI KENAA PAU
Sebab orang mcm kau laa bollock!dihujung hayat kau..kau dipandang hina termasuk kawan kawan kau.Kena lebong di azmin sheraton..kantoi..last last kitar semula story sama.Untung Pas AMeNO,bersatu ada lembu mcm kau.Kau jadi alat lawak.News kau jadi org utk gelak pada kau je hihihi 
on 
KENAPA 
PAKATAN JATUH
Publish | Delete | Spam
ABU
on 16/05/20

K

ESOK 18 MEI APA AKAN TERJADI






ESOK 18 MEI

APA AKAN

TERJADI ?

ANWAR NAJIB MADEY






ANWAR 

NAJIB MADEY

Sayfool simpan berak tiga hari, Sayfool huluq kubor untuk kesenangan duniawi, Sayfool jumpa Najib, Sayfool dapat habuan dari Najib, Anwar jumpa barang jambu, Apa lagi enjoy lah, kah kah kah apa pun muka tak malu, hulur jubor rakan sejenayah, satu kena satu lepas, macam curi susu untuk anak kelaparan, masuk penjara, 
curi billion pulang balik separuh lepas terus, kah kah dunia oh dunia, nak kiamat lah nie, harap geng geng ini semua yang tiada moral, tiada prinsip, khianat, tikam menikam semua akan dilaknati Allah SWT segera, hukum maybe lambat tapi pasti akan datang, Mahathir sudah mula merasa bangsa yang dia junjung selama dilema melayu sehingga kini mulae menikam jantung paru paru sekali kah kah kah 
on 
SOKONG TAPI 
JENG JENG JENG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/05/20

K

MUKRIZ KALAH






KALAH LETAK

JAWATAN

Mukhriz ‘menyerah kalah’, umum letak jawatan esok?


BERITA MENYUSUL

TIDAK TERKEJUT







TIDAK TERKEJUT
Kahkahkah najib tu penasihat umno. Umno tu sedang dipujuk oleh malikul sembab. Mesti la umno pau malikul sembab. Kau jgn buat2 terkejut pulak nanti kalau najib dan rosmah pulak yg terlepas. Kahkahkah padan muka. 
on 
PENYAMUN 
TERLEPAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/05/20

D

MUHYIDDIN TAK ADA SOKONGAN






MUHYIDDIN

TAKDA SOKONGAN

DIA SEDANG BELI

SOKONGAN 

PM sendiri tidak pasti dengan sokongan yang diterima, kata pembangkang

PERSIDANGAN Parlimen sehari esok menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak pasti dengan sokongan yang diterimanya dalam Perikatan Nasional, kata ahli Parlimen pembangkang.

“Beliau hanya melengahkan masa untuk mendapatkan lebih banyak sokongan ahli Parlimen,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong pada sesi siaran langsung ceramah di Facebook malam tadi.

“Beliau telah berikan banyak jawatan dalam GLC kepada ahli Parlimen, dan melantik mereka sebagai duta khas ke Timur Tengah, Asia Timur, China dan sebagainya.

“Beliau juga ada kabinet paling besar dalam sejarah iaitu 70.”


APA WAJIB

DILAKUKAN

JANGAN HANYA

BERCAKAP

BILA NAK BUAT

UNDI TAK CAYA?

AMIN


SAHEH - POLITIK DUNIA KE 3









SAHEH
INI WATAK CIRI POLITIK
SEMI FEUDAL SEMI KAPITALIS
DALAM NEGARA DUNIA KE 3
Negara dah tunggang terbalik..jabatan perundangan..mahkamah..pendakwaraya..hakim..polis.macc dan lain-lain dah berbalik kepada amalan dulu..bertuankan parti politic..rakyat dah muak..dah bosan .. keputusan pendakwaan terhadap penyamun-penyamun yang lain juga dijangka akan sama .. lain kali ..dengan izin allah.. kalau kita dapat betulkan balik .. pilihlah orang yang betul-betul bolih buat kerja..
tak kira bangsa..dan agama..tempatkan orang yang berkelayakan ..bukan ijazah dan kelayakan doktor terbang..hapuskan little nepoleon dalam jabatan kerajaan /GLC dan lain-lain...yang dah jadi kerajaan tu..buat kerja demi kepentingan rakyat dan negara.. bukan berpolitic. bercakaran..cantas-mencantas.. 
lihat apa yang terhasil sekarang..semuanya berpunca dari kamu .. mana reformasi..?? Yang ada cuma semburit bertukar tuan.. kamu dilantik jadi Adun..jadi wakil kepada rakyat.. apa jadi sekarang..?? 
on 
PENYAMUN TERLEPAS
Publish | Delete | Spam
zaharuddin ahmad
on 17/05/20

anji

BETUL JIKA ANWAR MASIH GILA NAK JADI PM







BETUL 
JIKA ANWAR IBRAHIM
MASIH GILA NAK JADI PM

Insyaallah Muafakat Nasional 
akan menang besar pada PRU ke 15...
Aminnnn!!! 
on 
PENYAMUN
 TERLEPAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 16/05/20

an

MUHYIDDIN ADA SOKONGAN ATAU TIDAK





ADA SOKONGAN


ATAU TIDAK

PM sendiri tidak pasti dengan sokongan yang diterima, kata pembangkang


BERITA MENYUSUL

SEDAP DENGAR LABUN






SEDAP TELINGA 

DENGAR LABUN
Faktor Anwar Ibrahim adalah faktor penyedap. Lihat sosok kering dia maka hati melayu sedap.apa yang sedap guru nanak pun tak tahu.tapi nurani yang memerhati akan rasa pelik lihat seorang yg berjaya hidup membantai rakan rakan yang membantunya hidup.kontol apakah ini? 
Gilakah kamu menyepak buntut orang orang yang pertahankan kamu? Maki hamun pula orang menyiapkan nasi ke mulut kamu?
tapi hati melayu akan sedap.sebab telinga yang dengar ceramah akan sedap bila ceramah yang akan buat musang king berbuah tiap bulan,beras siam didapor dan senangin tiap pagi.bukan kerja kuat,buat kerja rewang siapkan bendang,bukan juga kerja ramai menarek pukat. 
on 
SOKONG TAPI
 JENG JENG JENG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/05/20

Buka