HANG PEKASAM BERSAMA DENGAN PEMUDA MIC
KETUA PEMUDA UMNO TAWAR DIRI BERTANDING SEBAGAI CALON BEBASHULU SELANGOR 14 April - Pengalaman hidup bersama golongan berpendapatan rendah mendorong Johan Mohd. Diah (gambar) memutuskan untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Beliau yang aktif berpolitik sejak 10 tahun lalu menyifatkan dirinya seperti "Hang Jebat" yang ingin menegakkan kebenaran walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan.
"Saya tahu saya mungkin terkorban dalam perjuangan ini. Namun, walau apa pun yang terjadi nanti, saya akan terus memperjuangkan nasib penduduk di sini terutamanya kawasan Felda kerana saya adalah anak jati kawasan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pengumuman calon bebas yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.
Johan yang menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan bersama isterinya merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Puncak Perdana U10 dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.
Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Biro Kerjaya dan Sumber Manusia Pemuda UMNO Shah Alam, Pengarah Pemuda PDM Monterez, Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan Pengerusi Zon A7 Pemuda UMNO Shah Alam.
Johan juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Belia U10.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa slogan 'Johan Rakyat, Kualiti Diutamakan' berupaya menarik sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.
Selain itu, manifesto "menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk taat setia kepada Presiden UMNO" juga akan dijadikan azimat pada pilihan raya kali ini.
"Saya tidak menjanjikan projek pembangunan yang besar untuk penduduk di sini.
"Bagaimanapun saya akan memastikan modal insan dapat dibangunkan untuk kebaikan generasi depan," katanya.
Bilik gerakan beliau akan mula dibuka mulai esok berhampiran dengan rumahnya di Felda Sungai Tengit di sini.
KAH KAH KAH…woit…
MAKIN RANCAK… MAKIN GEMPAQ… kah kah kah…
kah kah kah…
MAKIN HEBAT…. SIAPA AGAKNYA YANG MENAJA MALAOAN INI?...kah kah kah..
woit…
ADAKAH DI TAJA OLEH KJ? kah kah kah..
woit….
ADAKAH DI TAJA OLEH MUKHRIZ… kah kah kah…
woit…
ATAU DI TAJA OLEH TOYO…. NAK JATUH KAN NOH OMAR… kah kah kah..
kah kah kah..
. ATAU DI TAJA OLEH ALTANTUYA... kah kah kah..'