AMERIKA
TUTUP PADAM
Pada Sabtu 20 Januari 2018 yang baru berlalu genap satu tahun Donald Trump menjadi Presiden Amerika yang ke 45. Trump bercadang untuk merayakan pesta ulang tahun ‘Angkat Sumpah ‘ ini di Mar-a-Largo - wilayah peranginan Florida. Tiket jamuan makan malam telah dijual. Tiket termurah beharga 100,000 dolar untuk dua kepala. Yang membeli tiket 250,000 dolar boleh duduk dimeja bulat berhampiran dengan Presiden Trump dan boleh mengambil gambar.
Tetiba Lampu Amerika Tutup Padam.
Didetik ini Presiden Trump telah membatalkan dirinya dari terbang ke Florida untuk menyertai pesta ini. Krisis meledak. Amerika ditutup. Amerika Tutup bermakna semua jabatan kerajaan Amerika tidak bergerak.
Bagaimana dan kenapa ini berlaku?
Ini bukan kali pertama Amerika Tutup Padam. Dizaman Bush, di zaman Clinton dan dizaman Obama Amerika Tutup Padam telah berlaku.
Kerajaan Amerika ditutup kerana ada undang-undang atau belanjawan yang tidak dapat diluluskan oleh Dewan Senate. Dalam kes Trump undang-undang yang tidak disokong oleh Dewan Senate ialah berkenaan pendatang haram.
Trump mahu menghantar pulang 700,000 pendatang haram dari Amerika Latin.
Pendatang haram ini telah menyuludup masuk ke Amerika ketika masih bayi atau kanak-kanak. Kini mereka telah membesar. Jumlah mereka ini menjadi beban sosial kepada Amerika. Justeru Trump mahu menghantar pulang.
Cadangan Trump ini telah di sailang oleh Parti Demokrat. Parti Demokrat berjaya menggagalkan rancangan ini. Maka lampu padam. Maka Amerika Tutup.
Untuk memahami lebih dekat lagi tentang apa yang berlaku kepada Trump kita gambarkan ianya berlaku di Malaysia. Misalnya - di Malaysia telah masuk 700,000 warga China Merah atas nama membeli kondo di Forest City. Pendatang baru bersegama dan melahirkan anak dan bayi. Jumlah bayi ialah 700,000. Mereka membesar di Johor Bahru.
Bangsa Johor monolak warga China Merah ini. Seluruh rakyat Malaysia menolak warga China Merah ini. Semua Parti Politik menolak 700,000 warga China Merah ini dari menjadi pemastautin di Tanah Melayu. Bangsa Johor dan rakyat Malaysia mahu 700,000 pendatang haram ini dihantar pulang ke China Merah.
Tup tup Najib seorang diri telah bangun membantah. Najib mahu 700,000 kepala yang berasal usul dari China Merah tidak diganggu gugat. Najib mengarahkan jangan lakukan apa apa terhadap 700,000 pendatang haram ini. Maka krisis besar melanda Tanah Melayu. Bangsa Johor meledak marah. Mula kedengaran sumpah seranah terhadap perangai warga China Merah. Malaysia ditutup. Inilah yang sedang berlaku di Amerika.
Tapi apa sabenar-benarnya yang sedang sedang berlaku di Amerika?
Saya selalu memberi ingatan bahawa apa sahaja yang berlaku di Amerika kita wajib mengetahui. Kita wajib memahami. Ini kerana apa saja dasar Amerika terutama dasar luar, dasar pertahanan dan dasar ekonomi Amerika akan mempengaruhi dunia. Semua dasar ini akan mempengaruhi Malaysia.
Amerika adalah rakan niaga Malaysia yang ke tiga sesudah Singapura dan China Merah. Amerika membeli dari Malaysia hampir 20 bilion dolar barangan setahun. Hakikatnya ekonomi kita berkait rapat dengan Amerika.
Bukankah menghantar 700,000 pendatang haram itu baik untuk Amerika? Bukankah menolak 700,000 warga China Merah itu baik untuk Bangsa Johor?
Jika baik kenapa dasar Presiden ini ditolak? Kenapa Najib gila sangat hendak mengambil 700,000 warga China Merah?
Mari kita lihat satu persatu. Mari kita fahami ada apa dibelakang tabir. Apa cerita dibawah cerita. Apa pintu dibelakang pintu. Apa kotak dalam kotak.
Hakikatnya Donald Trump bukan calon yang disokong oleh kaum oligaki Amerika. Oligarki? Apa itu oligarki? Oligarki adalah kumpulan kecil yang memiliki kuasa politik dan kuasa ekonomi. Mereka ini bergerak dibelakang tabir. Malah kumpulan ini juga adalah sebahagian dari daulah terpendam atau deep state.
Pada pandangan kaum oligarki Trump ialah orang luar. Trump ahli perniagaan yang kaya raya. Pengalaman politik Trump ialah membuat kekayaan. Trump menginding dan menyelitkan dirinya untuk Parti Republikan. Dengan modal duit sendiri Trump berkempen menawarkan dirinya untuk menjadi Presiden Amerika.
Mimpi basah kuam oligaki Amerika ialah Hillary Clinton. Mimpi basah kaum liberal, kaum feminist, pasak kiri adalah Puan Hillary Clinton. Media arus perdana milik kaum pemodal Amerika semuanya menyokong Hillary.
Pemodal gergasi dunia Rothschilds telah menghantar anak gadisnya Lady de Rothschilds untuk membantu kempen Hillary.
Untuk pengetahuan para pembaca dalam dunia kita hari ini tidak adalah sosok dibelakang tabir yang paling berpengaruh di bumi kita ini saperti keluarga Rothschilds.
Kalau dizaman Nabi Musa, Rothschilds ini adalah Firaun Remses yang mengumpulkan semua ahli-ahli sihir di Mesir untuk melawan Nabi Musa. Firaun boleh mematikan atau menghidupkan sesiapa saja dizamam Nabi Musa. Hari ini kuasa sademikian dimiliki oleh keluarga Rothschilds
Hillary Clinton Minah ini ialah isteri Presiden Clinton dan pernah menjadi Setiausaha Negara Amerika. Hakikatnya Minah ini adalah ‘orang dalam’ bukan ‘orang luar’ saperti Donald Trump.
Kempen untuk menawan Rumah Puteh berjalan. Media arus perdana mentertawakan Trump. Kaum elit dan kaum liberal memandang rendah dan memperlekehkan keupayaan Trump.
Pada 9 September 2016 terpancut dari mulut Hillary kata-kata yang menyifatkan penyokong Trump sebagai ‘deplorables’ atau dalam bahasa Melayunya penyokong Trump ialah Mat Lekeh dan Minah Lekeh yang menyedihkan.
Inilah gambaran pandangan elit politik Amerika terhadap kaum buruh, penganggur dan warga miskin. Kumpulan yang dianggap lekeh inilah yang terus setia menyokong Trump hingga ke hari ini.
Bila undi dikira Trump menang. Kaum oligarki Amerika kelam kabut. Elit politik dan elit ekonomi Amerika terperanjat. Kelas liberal dan kaum feminist terperajat. Pengamal media dan tukang pungut suara untuk buat ramalan terperanjat berok bila semua ramalan mereka kantoi. Apa sudah jadi?
Bagaimana Pak Cik Trump yang rambutnya sering ditiup angin ini boleh menjadi Presiden Amerika ke 45?
Maka daulah terpendam, pemilik media para oligarki, kauam permodal mula berkumpul dan menjalankan jarum untuk memastikan Trump terpancut keluar dari Rumah Puteh sacepat mungkin.
Oligarki, daulah terpendam, elit politik, elit ekonomi bersama media arus perdana mula menjalankan jarum untuk menjatuhkan Trump.
Kabinet Trump menjadi tunggang langang. Ada yang meletak jawatan. Media terus menyerang Trump. Maklumat dalaman bocor disana sini. Rumah Puteh dilihat tidak stabil.
Dalam suasana ini kaum Zionis mengambil kesempatan. Trump yang kena serang cuba membuat sesuatu yang diharapkan akan memberikan dia ruang bernafas. Kaum Zionis mendorong Trump mengistiharkan Baitulmuqadis sebagai ibu negeri Israel.
Tidak cukup dengan ini Trump juga didorong untuk membatalkan perjanjian nuklear dengan Iran. Tidak cukup dengan ini Trump juga didorong untuk menyerang Korea Utara.
Untuk pertama kali dalam sejarah Amerika - Presiden Amerika sendiri telah dipersoalkan kewarasan otaknya. Ada yang mencadangkan agar otak Trump dipereksa samada dia siuman atau tidak.
Tetiba minggu lepas berita meledak. Berita bocor. Satu laporan dalaman telah menunjukkan bahawa ketika Trump berkempen lembaga FBI, CIA , kumpulan intel telah berkonspirasi dengan oligarki, dengan Hillary dengan Obama untuk memastikan Doland Trump tidak akan menjadi Presiden Amerika ke 45.
Kumpulan ini telah merancang lebih awal lagi. Mereka membuat persediaan untuk memastkan Trump kalah.
Kenapa ini berlaku? Kenapa Trump diserang?
Jawabnya kerana ketika berkempen Trump secara terbuka telah menggariskan dasarnya. Pertama: Trump menganggap Rusia bukan musuh tetapi rakan niaga. Kedua: Trump mahu Amerika didahulukan.
Semua dasar Amerika wajib mendahului Amerika bukan negara luar. Justeru slogan - Make Amerika Great Again - menjadi laungan kemenagan untuk kaum buruh dan kelas tertindas di Amerika.
Contoh - sebaik sahaja Trump menang dia telah membatalkan perjanjian TTPA. Ini perjanjian yang tidak menguntuntungan warga Amerika. Ini perjanjian yang rakyat Malaysia tentang. Yang menyokong TTPA ini hanya Najib yang ingin menjualkan Tanah Melayu kepada China Merah.
Dua dasar ini tepat dan lojik untuk kepentingan Amerika. Tetapi dasar ini bercanggah dengan kepentingan oligarki. Dasar ini berlawanan dengan daulah terpendam. Paling penting dasar menjadikan Rusia sebagai rakan niaga ini akan ditentang mati-matian oleh kompleks industri senjata.
Komplek industri senjata amat amat memerlukan musuh. Tanpa musuh luar maka kilang senjata akan ditutup. Tanpa Rusia sebagai musuh maka Amerika tidak lagi perlu membuat senjata nuklear. Amerika tidak perlu kilang kereta kebal. Amerika tidak perlu saban tahun memunculkan senjata terbaru, terkini dan terbaik untuk membunuh teramai umat manusia.
Untuk kepentinagn kompleks industri senjata - Amerika wajib ada muush. Selagi ada musuh maka kilang senjata akan terus berjalan.
Justeru Trump dilihat sebagai Presiden Amerika yang membawa bahaya keatas kepentingan kaum industrialis senjata. Jika industri senjata ini padam maka badan saperti CIA dan lembaga risikan yang lain akan dilihat tidak berguna.
Lihat apa yang Trump telah lakukan dalam setahun ini. Semua aliran senjata secara gelap dan terang kepada ISIS telah ditamatkan. Amerika tidak mahu lagi menyokong kumpulan pengganas ISIS. CIA diarah untuk memutuskan hubungan dengan ISIS.
Presiden Trump juga secara terbuka menamatkan sokongan dana kepada Pakistan. Ini adalah langkah tepat kerana Pakistan adalah satu-satunya negara yang membuka ‘sekolah rendah dan sekolah menegah’ untuk pengganas yang memakai jubah Islam. Ajaran Takfiri dieram, menetas dan membiak dari Pakistan.
Dimana tamatnya krisis Amerika Tutup Padam ini? Jawabnya: komplek industri senjata dan daulah terpendam tidak akan berhenti dari menjalankan usaha memastian Trump terpelacut dari Rumah Puteh.
Penyokong Trump - Mat Lekeh dan Minah Lekeh pasti tidak akan membenarkan Presiden mereka disingkir. Kaum buruh dan kelas tertindas telah mula sedar bahawa 700,000 pendatang haram ini adalah malapetaka untuk Amerika.
Hanya kita di Malaysia dan Bangsa Johor masih belum sedar bahawa 700,000 warga China Merah yang akan menerbus masuk ke Tanah Melayu akan membawa malapetaka kepada kita semua. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------------------