FITNAH
BERITA FITNAH
MEDIA JAHAT
DIBAYAR KARTEL
PKR ambil tindakan jika Farhash terlibat kes pukul
PKR akan mengambil tindakan ke atas Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kalau betul beliau bersalah dalam satu kes pukul yang sedang disiasat oleh polis, kata sumber parti.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, kedudukan Farhash, yang juga pengerusi PKR Perak, dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti pada Rabu lalu.
“Memang (mesyuarat pada Rabu) ada bincang isu Farhash.
“Presiden ada kata jika betul Farhash salah, parti akan ambil tindakan. Mungkin boleh pecat (dari ahli) juga,” kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.
Dalam pada itu, seorang lagi pimpinan yang juga tidak mahu dikenali berkata parti menunggu siasatan polis dan tidak membuat sebarang kesimpulan.
“Kita berpegang pada kata-kata Farhash terlebih dahulu dan tunggu siasatan polis. Lagipun Presiden pun dah kata minta Farhash bantu siasatan polis,” kata sumber yang juga seorang ahli Parlimen.
Semalam, Anwar menggesa Farhash, yang juga setiausaha politiknya, tampil untuk membantu siasatan polis.
“Walaupun dia kata laporan polis sudah ditarik balik, bila polis minta jumpa dia kena beri kerjasamalah,” kata Anwar.
Kelmarin, polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di Ampang, Selangor. Mereka yang bekerja sebagai jurulatih seni mempertahankan diri muay thai menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
FARHASH JUJUR
BAIK ALIM
LAGI WARAK
JUSTERU ANWAR
AMBIL DIA JADI
SET POL
LANTIK KETUA
PKR PERAK
LU JANGAN
BUAT FITNAH
LU INGAT ADA
APA APA KE?
----------