MARI TEKA
SIAPA
PENYAMUN INI
1- penyamun jerman
2- penyamun jepun
3- penyamun sweden
4- penyamun nigeria
atau
5- penyamun mat indon
SILA TEKA
DENGAN BETUL
Ahli perniagaan mati terkejut rumah disamun
Mangsa yang berusia 72 tahun itu panik selepas mendapati rumahnya di Bangsar dipecah masuk tiga perompak semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan jual beli hartanah bergelar Datuk meninggal dunia akibat terkejut selepas kediamannya dipecah masuk tiga lelaki di Bukit Pantai, Bangsar, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Datuk Abdul Haleem Shah Salamat Shah, 72, dan isterinya yang baru tiba di rumah mereka terdengar bunyi bising dari arah dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata Abdul Haleem Shah yang panik menjerit meminta bantuan daripada orang ramai menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu terus melarikan diri melalui bahagian belakang rumah.
“Sebaik saja tiga lelaki itu melarikan diri, mangsa segera masuk ke bilik tidur utama untuk membuat pemeriksaan namun secara tiba-tiba beliau mengalami sesak nafas dan rebah di biliknya,” katanya.
Sharul Othman berkata mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 10 malam tadi.
“Hasil pemeriksaan di rumah mangsa mendapati terdapat lima kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan namun ‘decoder’ CCTV yang terletak di dalam bilik tidur utama dilarikan suspek bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.
Katanya, suspek melarikan dua bentuk cincin berlian, seutas jam tangan jenama Rolex dan wang tunai mata wang asing yang semuanya dianggarkan bernilai RM60,000.
Sharul Othman berkata suspek dipercayai membakar wayar elektrik sistem penggera rumah dan masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di ruang dapur.
---------------