Isnin, 26 Disember 2022

PERANG UKRAINE BERDAMAI ???


DAMAI ??

PERANG UKRAINE

AKAN BERDAMAI

KHALAS

MAULUD NABI ISA


SELAMAT

MENYAMBUT

MAULUD NABI ISA

KHALAS

Unknown commented on
 "SELAMAT BERCUTI"

Ada puak Lebai kata mengucap Merry Christmas Haram, ada juga ikut sunah Lebai Lebai ini, kah kah kah guna akal, guna logik, ada kebaikan kepada sesiapa? Ada saja kerja tak baik diusahakan Lebai Lebai tak ada kerja berfaedah, tak ada modal lain selain kucar kacir kacau ganggu agama orang lain, tak payah sibuk, tak payah kacau, buat kerja sendiri sudah, kah kah kah Selamat menyambut maulud Nabi Isa kepada semua pembaca penyokong peminat tukar tiub, amen

KENAPA TAKADA NABI MELAYU ?

 



KENAPA TAKDA

NABI MELAYU

KHALAS

Unknown commented on

 "PAK LEBAI MENGENTOT DI LUAR NEGARA"

bro..walaupun beribu bantuan datang membantu kami, walaupun anwar hulur tangan dan bantuan kewangan, walaupun negeri2 liberal dtg memberi bantuan namun keimanan kami kepada agama islam pas, keimanan kpd tok guru yg khatam berpuluh kitab suci hukum hakam tidak dpt dijual beli.sesungguhnya para sahabat meletakkan nyawa sbg balasan syahid syurga, apalah sangat diuji dgn bah dan banjir.sesungguhnya rezeki itu ketentuan illah walaupun kami terpaksa bekerja di negeri2 liberal.seperti khadijah, kami juga rela ditalak 3 demi kedudukan dan kekukuhan kewangan islam pas.khadijah memberikan hartanya utk perjuangan, maka kami juga melakukan perkara yg sama.


malahan kami juga menggunakan teknologi komunis china tiktok demi islam PAS walaupun kami melabelkan dap sbg komunis.disbkan kami menggunakan teknologi komunis tiktok inilah maka presiden komunis china telah dtg ke negara mekah utk berdagang dgn arab saudi tanah org2 pilihan.islam PAS kami adalah islam pilihan..semoga tuhan sekalian alam meletakkan makam islam pas lebih tinggi berbanding islam arab tinggal muhammad.mengapakah tuhan tidak melahirkan nabi dan rasul dialam melayu?

EKONOMI DUNIA AKAN RUNTUH



AWAS !!!

BERSEDIA EKONOMI

DUNIA AKAN

 RUNTUH

KHALAS

REFORMASI ITU APA ?



 R E F O R M A S I  !!!


Tamrin   Ghafar

Ahad -  25/12/2022



1.   Sebagai  sahabat  lama ,  bermula  dengan  membantu  memenangkan  beliau  sebagai  Ketua  Pemuda  UMNO  Malaysia  dengan  menewaskan  Hj. Suhaimi  Kamaruddin  pada  tahun  1982


2.  Dr. Mahathir ,  ketika  itu  Perdana  Menteri   memberi  sokongan  kuat  justeru  memberi  perangsang   kepada kami  memenangkan  beliau  walaupun  akhirnya  menang dengan 10 undi

3.  Saya  tumpang  gembira  melihat  beliau akhirnya   berjaya juga  mencapai  cita - cita  nya   apabila disahkan  oleh  majoriti  Ahli Parlimen  sebagai  Perdana  Menteri  ke10

4.  Ayah  kami ,  Tun Abdul  Ghafar Baba  ( Alfatihah di baca )   yang  dipertanggung  jawabkan  oleh  Dr. Mahathir ketika itu  menentukan  keahlian  Anwar  sebagai  Ahli  UMNO  bagi  membolehkan  beliau  bertanding  Pilihanraya   di'backdated' kan ,  akhirnya  TERPAKSA  mengalah  dengan  melepaskan  semua jawatan  bagi  memberi jalan kepada  Anwar  dilantik  sebagai  Timbalan  Presiden  UMNO  dan  Timbalan  Perdana  Menteri

5.   Tindakan  arwah  menarik  diri  dari  semua  jawatan  tersebut  kerana bagi  mengelakan  UMNO ,  Parti  Melayu  yang  disertai dan dicintai nya sejak 1951  berpecah  selain  dari  tidak  berkemampuan   wang ringgit

6.  Sama ada  secara  kebetulan  atau  hukum  ALLAH  SWT ,  jika dibuat kajian  ,  UMNO  mula  bergolak  sehingga  ke hari ini  selepas  arwah  TERPAKSA   letak semua  jawatan ,  Wallahulam  !!

7.   Walau apapun  terjadi ,  sebagai  pengamal  politik  yang  berpegang  kepada  konsep demokrasi ,  ikhlas  dinyatakan   sehingga kini  saya  tidak  pernah  menyimpan  dendam  samada kepada  beliau  mahupun  kepada  Tun Dr. Mahathir  yang  dilihat  ketika itu memimpin  Anwar  sebagai  orang  no.2 nya

8.   Semoga  segala  perjuangan  dan  pengorbanan  arwah   yang  lebih  dikenali  sebagai  Chegu  Ghafar  atau  Che' Ghafar   di Rahmati ALLAH  SWT ,  dan  pada masa  sama  kita  doakan  Anwar  sebagai  Perdana  Menteri yang baru  akan  melakukan  yang terbaik  terutama untuk  bangsa  yang  masih  mundur  dan  negara  yang  sedang  di bebani  hutang yang  mengerunkan

9.  Tulisan  saya pada  hari  Khamis  29hb November 2022 
( tamrintunghafar.
blogspot.com )  bertajuk  

TAHNIAH  ANWAR

SEMOGA   PAHAT
TIDAK  BERBUNYI
LAGI

Rupa - rupanya   'dentuman' pahat  tersebut  makin hari  makin kuat ;  boleh  kedengaran  dimana  -  mana  saja

10.   Kita bukan sahaja  patut  beri peluang  malah  perlu  sama - sama  membantu   dalam usaha  murni  beliau  membangunkan    negara  agar  dihormati  semula  seperti disatu ketika  di zaman  Dr. Mahathir  dulu  apabila  Malaysia  digelar

     THE  ASIAN  TIGER

11.   Jika  Germany  dan  Jepun hancur  semasa  Perang  Dunia  dulu  dan  Vietnam  pula  di musnahkan  tentera  Perancis dan  kemudian nya  tentera  Amerika Syarikat boleh  bangkit semula  sebagai  negara  maju  dan dihormati ,  maka  TIDAK  MUSTAHIL  kita  juga  boleh lakukan  sedemikian dengan  beberapa  syarat  :

i.   Menghapuskan  segala  bentuk  'ketirisan'   wang  negara

ii.  Memerangi  rasuah  habis -  habisan    TANPA  pilih bulu ;  kawan  atau  lawan

iii.   Mengenepikan  segala  perbalahan

iv.   Bersatu  dan  menyokong  segala  usaha  yang  baik untuk  negara dan rakyat

12.  Anwar ,  Menteri - Menteri  dan  'orang - orang  sekeliling'   beliau   harus  menerima  pandangan  yang  mungkin tidak  digemari  dan  kritikan  dengan  hati terbuka  BUKAN   memandang  rendah , mendendami  atau  'cop'   mereka samada  dari kawan atau lawan 

13.  Melalui   'PUISI'  teguran  Hassan  Karim ,  Ahli Parlimen  Pasir  Gudang , Johor  dari  PKR  yang  juga  merupakan  sahabat  karib  Anwar  harus  diberi perhatian  serius  kerana walaupun  kritikan nya terhadap  Anwar  itu  sinis  dan  tajam  namun ia adalah  luahan  yang  BERASAS ;  disertakan  ketiga - tiga   PUISI  tersebut  untuk  ditatap  bersama  :

i.   KU SIMPAN  
     RISALAH  
     REFORMASI
     DI  DALAM  PETI

ii.  KUASA  
     MENGUBAH
     SEGALA - 
     GALA NYA

iii. SATU  DEKLARASI

14.  Kerajaan  yang  BAIK  ialah  Kerajaan  yang  selalu  bersedia  mendengar nasihat ,    pandangan ,  kritikan dan teguran  dari rakyat   BUKAN ( BUKAN )  menggunakan  undang - undang  bagi  melenyapkan  ,  menakut  dan  menekan  

15.   Apakah  mengekalkan  SOSMA   atau  mana - mana undang  yang  boleh  digunakan  bagi  menekan  rakyat yang  membuat  teguran  sebahagian  dari  perjuangan
R E F O R M A S I  ? yang  PKR , kini  PH  BERJANJI  akan  menghapuskan  segala  undang - undang  yang  MENINDAS ?

16.  Di negara - negara lain Kerajaan  mereka  mengambil  pendekatan  berbeza dengan  negara kita tapi  masih boleh  mengawal  keadaan

17.   Rakyat  MENYOKONG  PH   kerana  SEGALA  yang  di janjikan  sebelum  dan  semasa  berkempen  baru - baru ini  namun  setelah  berkuasa  Kerajaan  MELAKUKAN  sebalik nya ;  jika  Kerajaan Anwar  terikut - ikut 'SINDROM  PENAFIAN'   yang  di praktikkan  UMNO  ,  berkemungkinan  ia  tidak  akan  bertahan   lama 

18.   Yang  paling penting  bagi Zahid  ialah beliau  TIDAK  DI PENJARAKAN  seperti  Najib  atas  47  tuduhan  yang  sedang  dibicarakan

19.  Anwar  mempunyai  seekor  penyengat  atau  tebuan  didalam  bilik tidurnya yang  boleh  menyerang  beliau  pada  bila - bila masa sahaja

20.  Lupakah  kita  bagaimana  Zahid  membelasah  Ahmad  Bazli di satu ketika  dahulu  ( sila  lihat  lampiran )  begitu  juga  perlantikan  semula Ahmad  Jazlan Yaakub  , pengampu  utama  beliau  di Kelantan  sebagai  Pengurusi  Felcra  sedangkan  Kabinet  yang beliau turut hadir  MEMBATALKAN  semua  perlantikan  politik  GLC  dan  anak - anak  syarikat nya

21.  Kita  puji  tindakan  Anwar  membatalkan  perlantikan itu  yang  di umumkan  Zahid

22.  Selain dari  perlantikan  Zahid  yang  perlu dilakukan  bagi  mendapat  sokongan 30  Ahli  Parlimen   UMNO/BN walaupun  Anwar  dan Timbalan nya ,  Rafizi  , menegaskan  NO  UMNO  dan  NO  Zahid dan  Perhimpunan UMNO  ( PAU )  pula  menolak  PKR Anwar dan DAP rakyat  perlu  diberi pejelasan  berhubung  perlantikan  Zafrul  sedangkan  Anwar  BERJANJI   tidak  akan  melantiknya  sebagai Menteri 

23.  Berbagai  spekulasi  kedengaran  ,  mereka  MAHu  penjelasan  sebenar  mengapa  Zafrul diberi jawatan  Menteri  sedangkan   Dr.  Zulkify  Ahmad  mantan Menteri  Kesihatan  ditinggalkan  begitu  saja 


24. YANG  MENANG 
DITINGGALKAN
YANG  KALAH
DIBERI  JAWATAN

25.  Jika  Zafrul   SANGAT diperlukan  kerana  ' 'kehebatan'  beliau  mentadbir urus  Kewangan  Negara  ,  mengapa  pindahkan  beliau  ke Kementerian  lain -  sebenarnya  beliau sebagai  Menteri  Kewangan   GAGAL  

26.  BAGI  MEMAJUKAN  NEGARA  DAN  RAKYAT ,  ANWAR  HARUS  PUNYAI  PASUKAN  KABINET  YANG   LEBIH HEBAT , YANG  BOLEH  BERFIKIR , BUKAN  'YES MAN'  DAN  BUKAN  
DI BELENGGU  DENGAN   KEHADIRAN  ZAHID  DAN  ZAFRUL  YANG  DI BENCI  UMUM

27.   Rakyat  akan  lebih  jelas  jika  sekiranya  PKR  atau  PH  BOLEH  menyenaraikan  
R E F O R M A S I   yang  diperjuangkan


Wassalam
Terima  Kasih

EKONOMI EKONOMI - RAKYAT TERTEKAN


Gabungan manifesto BN, Pakatan perlu selesai kos sara hidup dan ekonomi, kata penganalisis


KERAJAAN perlu pastikan manifesto gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memberi keutamaan kepada soal menangani kenaikan kos sara hidup, kata penganalisis.

Ia berikutan isu membabitkan kos sara hidup dan ekonomi yang semakin menekan kehidupan rakyat merupakan antara tumpuan utama dalam manifesto kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mereka.

Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali berkata manifesto kedua-dua parti itu boleh digunakan dalam membantu menyelesaikan isu rakyat.

“Kurangkan kos sara hidup, itu matlamat utama sekarang, fokus terhadap bagaimana kurangkan harga dan menambah bekalan dalam pasaran, antaranya telur ayam, harga ayam meningkat, ini perlu diatasi dulu.

“Untuk menangani peningkatkan kos hidup rakyat, matlamat manifesto adalah memperbaiki ekonomi, mewujudkan ekonomi yang mapan, pertumbuhan ekonomi meningkat, itu kunci penyelesaian isu berkait kos hidup rakyat,” kata Mazlan, kepada The Malaysian Insight.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli pada 20 Disember berkata, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa diketuai Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali bagi menunaikan janji manifesto pilihan raya mereka.

Jawatankuasa itu kata Rafizi akan meneliti dan menggabungkan janji manifesto, berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim merupakan gabungan beberapa parti yang mempunyai manifesto berbeza sewaktu tempoh berkempen pada PRU15, November lalu.

Dalam manifesto PRU15, Tawaran Harapan: Kita Boleh PH, gabungan itu mengemukakan 10 tawaran kepada pengundi, yang salah satunya merupakan komitmen bagi menguruskan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Antara cadangan mereka termasuk penghapusan monopoli dan kartel dalam sektor bahan makanan dan membuka persaingan bagi mengelakkan kegiatan mengaut keuntungan melampau.

PH juga memberi komitmen untuk meningkatkan pemberian insentif pengeluaran makanan khususnya barangan keperluan asas agar tekanan kenaikan harga boleh dikurangkan dalam tempoh jangka masa panjang.

Sementara BN, dalam manifestonya Perancangan Amal dan Usaha (Padu) yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran, turut menyentuh isu peningkatan kos sara hidup, dengan komitmen meningkatkan pendapatan rakyat melalui pemberian skim bantuan pendapatan asas.

Melalui skim tersebut, kerajaan akan mengkreditkan bantuan tunai secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.

Tingkat pendapatan

Mazlan berkata, kerajaan juga perlu meningkatkan hasil dan pendapatan negara bagi membolehkan dana mencukupi dapat diperolehi untuk menanggung keperluan subsidi kepada rakyat dalam usaha mengurangkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Kalau ekonomi negara baik banyak hasil boleh digunakan sebagai subsidi kurangkan kos sara hidup rakyat.

“Isu segera yang boleh diberi perhatian juga adalah mewujudkan mekanisme tarik pelabur asing.

“Ini perlu diberi perhatian jawatankuasa itu, antara langkah yang boleh diambil adalah memperbaiki hubungan dengan negara luar, tingkatkan kerjasama serantau bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI), ini kena dibuat segera,” katanya.

Dalam tawaran Padu, BN memberi komitmen untuk mengehadkan pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam sektor tertentu bagi mengelakkan agensi berkenaan merebut peluang syarikat swasta.

Selain itu, komitmen juga diberikan untuk negara terlibat lebih agresif dalam rundingan perdagangan bebas dengan negara serantau, negara membangun, dan juga negara maju.

Manakala PH turut menyentuh soal peningkatan ekonomi dengan komitmen untuk menyediakan lebih banyak dana strategik yang mengukuhkan kapasiti syarikat milik Malaysia untuk melibatkan diri dalam pelaburan langsung domestik.
.
Mereka turut menawarkan pewartaan Zon Perdagangan Bebas di Sabah, dan menyediakan lebih banyak insentif eksport untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa.

Manifesto kedua-dua gabungan itu turut dilihat menyentuh soal jaminan keselamatan makanan, yang mana PH menawarkan reformasi tanah pertanian selain pertanian pintar melalui program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

BN pula memberi komitmen membuka enam lembah makanan negara dan melahirkan 5,000 generasi petani moden di bawah umur 40 tahun di samping menghapuskan Permit Import (AP) dalam agro makanan dan penetapan 10% ladang milik GLC diperuntukkan bagi penghasilan makanan.

Kesaksamaan wilayah

Mazlan berkata, kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada kesaksamaan antara wilayah seperti Sabah dan Sarawak.

Pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan Putrajaya bersetuju memindah kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri berkenaan.

Langkah itu kata Mazlan menunjukkan komitmen kerajaan sebagai sebahagian usaha memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

PH dan BN juga menyentuh soal pembangunan belia dengan BN menawarkan penubuhan Jawatankuasa Belia bagi semakan polisi di Parlimen, di samping dana keusahawanan belia bernilai RM300 juta dan kuota belia sebagai senator dalam Dewan Negara.

PH pula menawarkan tiket kapal terbang pada kadar harga tetap RM199, dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, kad belia, dan dana subsidi berjumlah RM500 untuk latihan oleh HRD Corp.

“Walaupun matlamat fokus yang agak berbeza antara manifesto PH dan BN, ada beberapa isu yang ada persamaan.

“Justeru saya cadangkan jawatankuasa yang akan diwujudkan ini boleh beri fokus kepada beberapa perkara yang BN dan PH kongsi matlamat sama,” kata Mazlan lagi.

Keperluan asas

Sementara itu, pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada keperluan asas dan kehidupan rakyat seperti sektor pemakanan, pertanian dan harga tarif elektrik.

Menurutnya, jangka masa terbaik untuk melihat hasil pelaksanaan gabungan manifesto itu adalah berperingkat, iaitu tiga bulan selepas kerajaan dibentuk untuk jangka masa pendek, sehingga sembilan bulan hingga setahun untuk tempoh masa seterusnya.

“Sebagai kerajaan pemerintah adalah menjadi tanggungjawab tunai manifesto terutama gabungan manifesto yang boleh beri keselesaan hidup untuk tangani kos sara hidup rakyat,” kata Awang Azman.

Tambahnya, fokus utama adalah mengenai usaha memastikan atau mencari penyelesaian kos sara hidup yang tinggi dan bagaimana penyelesaian itu dapat dilaksanakan dengan pelbagai strategi.

“Bukan satu strategi tetapi pelbagai strategi, sektor pemakanan harus diberi keutamaan dan sektor tenaga,” katanya lagi.

Pada PRU15 tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan bersendirian dengan PH menang kerusi terbanyak sebanyak 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 74 kerusi dan BN 30 kerusi.

GPS menang 22 kerusi, manakala GRS menang di enam kerusi Parlimen sementara Warisan menang di tiga kerusi.

PH kemudian membentuk kerajaan perpaduan bersama BN, GPS, GRS, dan kemudiannya disertai parti lain seperti Warisan.

Pada 16 Disember lalu, PH turut menandatangani memorandum perjanjian persefahaman bersama empat gabungan berkenaan bagi mengukuhkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar. – 26 Disember, 2022.

DALAM MASA

TAK LAMA

EKONOMI DUNIA

AKAN MELEDAK

RUNTUH

AMIN

BERSEDIA

BERHADAPAN DGN

KRISIS INI

KHALAS

ISLAM UNTUK MERCEDES

 


ISLAM PAS

UNTUK MERCEDES

KHALAS

Unknown commented on

 "BERITA BARU MASUK"

gua baca berita taliban mengharamkan wanita belajar.taliban taknak wanita2 islam terpengaruh dgn barat.taliban cuma mahu anak2 perempuan mrk saja yg bersekolah, demi meneruskan pembodohan melalui agama. tanpa islam, apalah nak diperjuangkan oleh taliban dan pas.teknokrat keparat juga tidak bole mengunakan akal.tanpa islam, kuasa dan pangkat tidak bole dikuasai.

Unknown commented on

 "BERITA BARU MASUK"

ini beza pemimpin negara kafir dgn negeri islam..pemimpin kafir akan meletakkan jawatan, pemimpin islam akan mengatakan islam terancam. kpd mangsa2 dan kematian itu, sesungguhnya maut dan ajal itu dikuasai tuhan.mati tetap mati walaupun menteri besar aero angkasa ada diterengganu.ajal maut disbkan tuhan bukan disbkan MB.

Mb hanya la sosok lemah yg tiada upaya dan melakukan kesalahan dan tiada duka dgn takdir yg melanda tganu kerana isteri dan ferrari porsche mewah menceriakan kan bala.disebalik kejayaan sang suami,pasti ada isteri dibelakangnya.begitu la kami, disebalik tganu dilanda bah banjir dan kematian, isteri kami menjd penghibur kami.balasan tuhan? 

bukankah tuhan itu maha pengasih dan penyayang bahkan tuhan itu maha pemaaf..masakan azab dikenakan kpd kami kerana tugas kami utk mempertahankan islam sudah kami lakukan..bersyukur la dgn bah dan banjir.tanpanya, keislaman nombor ahli pas tiadala gunanya.islam wajib mengorbankan masa,tenaga, harta dan nyawa..korbankan harta utk kami pakai merc,korbankan masa dgr takzirah2 kebencian kaum dan agama,korbankan nyawa demi islam menguasai putrajaya..manusia lahir dgn tangisan, manusia mati dgn tangisan..

HARGA MINYAK AKAN NAIK !!!


AWAS !!!

HARGA MINYAK

AKAN NAIK

AMIN

EKONOMI DUNIA

TERANCAM

KHALAS

BANJIR DI KB SATU RAHMAT



BANJIR DI KB

SATU RAHMAT

AMIN

BANJIR DI KL

TANDA BALA

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "BANJIR DI NEW ZEALAND?"

gua tgh tunggu majlis syura pas mengeluarkan dalil.kelantan dan tganu ni, kalo di landa musibah..korang buat rilek je.korang ingat mereka akan menukar pemimpin korup teknokrat?mrk akan kata ramai jutawan2 kosmetik memberi bantuan kpd mereka tanpa bising2, mrk akan kata banjir sbg ujian syurga keahlian PAS, mrk akan tunduk tawaduk kpd tok guru yg dimulutnya bergantungan ayat2 suci tuhan walaupun perangainya tidak sesuci ayat.

sikap dan pemikiran org2 pantai timur memang sedemikian,tidak bole diubah walaupun ramai cerdik pandai kronisma dpt kerja dijabatan2 kerajaan.maka benarkan suatu cerita, kota bharu itu adalah kota gay.menutup sikap salah dgn serban dan jubah.menutup balak dgn sutut hudud.sewajibnya org2 berfitnah ni wajib dihudud dgn kematian kerana dosa fitnah itu sgt besar.

TERIMA KASIH


TERIMA KASIH

AMIN


Unknown commented on 
"SELAMAT BERCUTI"

Merry Christmas tuan TT

Unknown commented on
 "SELAMAT BERCUTI"

Selamat bercuti TT dan team, tapi mulut manusia khusus di negara ini tidak pernah cuti cuti, ada saja hasad dengki, ada cerita nak dibawa ke sini sana, kalau otak pemimpin pembangkang, semua nak bangkang, nak pusing nak cakap semua bodoh nanti marah pulak, kah kah kah, apa saja jadi isu, tikus sampai bilik tidur jadi modal TikTok kah kah kah Selamat Merry Christmas

BOXING DAY


HARI MENGKOTAK

SENIN 26/12/2022
HARI  BOXING DAY
MASIH CUTI LAGI

DI UK
HARI PERTAMA SESUDAH X-MAS
DI PANGGIL BOXING DAY
HARI INI LEBIHAN KUIH
LEBIH MAKANAN
DI MASUK KE DALAM KOTAK
UNTUK HADIAH FAKIR MISKIN
AMIN

SELAMAT PAGI
SELAMAT BERCUTI
DARI TAK TAK & EZI

AMERIKA
33 WARGA TEWAS
AKIBAT TAUFAN SALJI
YANG MELANDA AMERIKA UTARA
HINGGA KE CANADA

DI AUSTRIA
10 WARGA TEWAS
BILA SALJI RUNTUH

CUACA DUNIA
MAKIN BERUBAH

HUJAN MASIH TURUN
KELANTAN GANU PAHANG
MASIH SERIK BANJIR

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL KELAM

SENIN MASIH CUTI
TAK DENGAR DERAMAN KERETA
YANG KUAT SIMPONI CENGKERIK

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
DARI BAKONI GUA
SINAR MATAHARI DAH KELIHATAN

DI HUTAN DEPAN FLET
MURAI BEKICAU  RIANG
BERBALAS BALAS
TANDA GEMBIRA
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SENIN
DENGAN SENYUMAN

BRO
ALAM INI KACAU BILAU
JANGAN TOLAK
JEMPUT DATANG

BRO
CINTA LAHIR DARI DUA HATI
YANG AKAN MENJADI
SATU HATI

BRO
JANGAN LAWAN BENCI
DENGAN BENCI
LAWAN BENCI DENGAN
KASIH SAYANG

BRO
PERSAHABATAN ITU
CINTA PALING AGUNG
TIDAK MENGHARAP APA APA
TIDAK ADA SYARAT
KITA GEMBIRA MEMBERI

BRO
CINTA INI CUKUP GAGAH
CINTA MENYERANG KEPALA
CINTA MENYERANG HATI
CINTA MENYERANG PERASAAN

BRO
FIKRAH YANG TENANG
BILA LU DAPAT
MENERIMA KEADAAN  SUSAH
YANG TENAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI  INI

SELAMAT BERCUTI
BOXING DAY