SILA TONTON
Najib sebelum ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu 1MDB sebelum penghujung tahun 2015.


Apabila tuan hamba membaca tulisan hamba ini yakinlah tahun telah berganti. Tahun 2015 telah melintas hilang dan tahun 2016 telah sampai. Ini maknanya umur hamba dan umur tuan hamba bertambah setahun lagi.
Hamba rasa penghinaan terhadap pemimpin Agong Bani Melayu ini adalah racangan Yahudi. Mereka cemburu kerana negara Bani Melayu ada menara berkembar bernama KLCC. Kita boleh berbangga kerana kita ada LRT. Kita ada MRT. Dan kita juga ada GST. Negara lain mana ada macam kita.
Hamba akan terus mengingati tahun 2015 yang cukup menyedihkan kerana maruah Bani Melayu selalu dicabar. Sepanjang tahun 2015 maruah Bani Melayu dicabar berpuluh kali. Maruah Bani Melayu dicabar dalam kedai talipon bimbit. Maruah Bani Melayu dicabar di Jalan Petaling. Maruah Bani Melayu dicabar apabila 500,000 warga negara Malaysia turun ke jalan raya anjuran Bersih.
Hamba juga ada mendengar memang ramai orang bersedih pada tahun 2015 terutama orang Pahang. Ramai anak muda Pahang menyimpan hati hendak memetik bunga sekutum ditaman Rosmah. Tup Tup entah macam mana bunga sekuntum ini telah disambar helang Kazakhtan. Punan jantan-jantan Pahang.
Tapi bukan ini yang hendak hamba kesahkan. Hamba hendak berkesah tentang seorang Jantan dari Astana yang telah bersusah payah membuat potokopi surat berhenti sekolah. Membuat salinan sijil sekolah. Membuat sijil TOEFL yang membuktikan Jantan ini boleh berbahasa Inggeris. Semua sijil-sijil ini dicap cemerlang dengan kepujian kelas A+++.
Dibelakang cerita kahwin ini ada cerita pelik tetapi benar. Ada besi berani yang merapatkan dan menarik mereka. Inilah kuasa Yang Maha Kuasa. Ini Karma segala Karma dalam dunia ini.
Pusing punya pusing kitar punya kitar baru baru ini akhbar New York telah melaporkan bagaimana Ibu kepada Jantan Kazakhtan ini telah membeli berbelas-belas beg tangan Hermes. Seperti telah tersurat dalam Loh Mahfuz si Ibu ini telah enggan membayar harga beg yang hampir satu juta dolar Amerika.
Disebut sahaja nama Mumammad Najib - fail FBI terbuka luas. Ini kerana dikatakan FBI sedang menyiasat kes mendobi duit di Amerika. Dalam masa yang sama Jantan Kazakhtan ini juga sedang dicari FBI. Kini ditambah satu lagi kes - Ibu pulak lari dengan beg Hermes. Semua menjadi berita terkini lagi sensasi tahun 2015, maka New York jadi heboh.
Sambung punya sambung - kesah terus berkesah - cerita bertambah takjub apabila akhbar New York melaporkan bagaimana Ibu ini dikatakan terlibat dalam kes bunuh kekasih suaminya. Aduh! Bila berita ini muncul hamba macam tak percaya. Hamba terus teringat kepada arwah Altantuya. Betulkan laporan dari New York ini?
Membaca semua ini membuatkan hamba duduk bertafakur. Hamba bertenang diri. Maka inilah bukti kuasa Yang Maha Kuasa. Walau pun dunia ini ada lapan bilion punduduk tetapi apabila saekor perempuan dari Astana dan saekor dari Putrajaya ingin dipertemukan maka mereka akan bertemu juga. Seribu halangan seribu rintangan semuanya dilupus. Pertemuan dua watak seirama ini terjadi juga akhirnya.
Mungkin tuan hamba tidak percaya apa yang hamba tulis ini. Saekor perempuan suka beg Hermes. Saekor lagi suka beg Birkin. Dua-dua ekor perempuan ini bukan saja menjadi besan, bukan sahaja memiliki sejarah yang sama malah perempuan dua ekor ini amat suka dengan Jacob Arabo tukang jual intan berlian di Manhattan. Pelik tetapi benar. Inilah kesah takjub lagi menakjubkan untuk tahun 2015. Sedih tetapi saheh. Amin. Selamat tahun baru. (TT)

Oh Ei Sun - bekas setiausaha politik Najib - dipetik sebagai berkata bahawa 1MDB dilihat oleh Pejabat Perdana Menteri sebagai satu cara untuk membiayai projek-projek yang mampu meningkatkan populariti Umno.
Mengikut laporan akhbar, Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) telah mengumumkan penyelesaian GST kad pra-bayar telco. Mengikut laporan The Star, syarikat telco akan memberi rebate 6% GST kepada warganegara Malaysia sepanjang tempoh 1 tahun sahaja. Lanjutan rebate selepas 1 tahun belum ditetapkan.
KEADILAN tolak penyelesaian terbaru daripada kerajaan. Ini amat tidak adil kepada golongan pendapatan rendah, pesara dan orang muda yang percaya kepada janji kerajaan. Selepas 1 tahun, GST 6% kad pra-bayar akan kembali.
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873