Jumaat, 27 Mac 2020

SELAMAT BERKHALWAT - RELIEEEK BRO





SELAMAT 

BERKHALWAT

RILIEEK BRO








-----------

JANGAN DEGIL IKUT ARAHAN







AKIBAT DEGIL
 

4 lelaki ingkar PKP dipenjara sebulan


EMPAT lelaki dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana berada dalam kawasan jangkitan tanpa alasan munasabah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan mulai 18 Mac lepas susulan penularan wabak Covid-19. 

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Faiz Aiwan Muhamad Saffei, 21, penghantar makanan dan juga P. Prathabh, 32,  B. Sinniah, 37, serta  Liew Kok Leong ,41, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 23 Mac lepas.

Mengikut pertuduhan, mereka masing-masing didakwa dengan sengaja telah berada dalam kawasan tempatan jangkitan tanpa sebarang alasan munasabah yang mereka sepatutnya berada di dalam rumah di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang sedang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di jalan utama Taman Indah Perdana Kepong pada 5 pagi 23 Mac lepas.

Kesemua mereka dituduh mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang boleh dihukum di bawah Perkara 7 Peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon hukuman berbentuk pengajaran memandang kes Covid-19 semakin tinggi malah kerajaan telah berusaha keras untuk membendung wabak ini daripada terus berleluasa.

“Saya memohon hukuman berbentuk pengajaran supaya masyarakat tidak mengambil mudah tentang perintah kerajaan supaya duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini,“ katanya.

Muhammad Faiz Aiwan juga dihukum penjara dua bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghalang penjawat awam iaitu anggota polis ketika menjalankan tugas di kawasan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 1.45 pagi, 23 Mac lepas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan bapa anak dua itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap 23 Mac lepas.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian Muhammad Faiz Aiwan yang memandu kereta telah ditahan pihak polis bagi tujuan pemeriksaan semasa sekatan jalan raya, namun tertuduh telah merempuh palang tol dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Pada prosiding hari ini, hanya beberapa media dibenarkan memasuki bilik bicara mahkamah untuk mendengar prosiding tersebut dan berikutan perintah PKP itu mahkamah menghadkan bilangan untuk memasuki mahkamah.

Orang awam tidak dibenarkan masuk dalam mahkamah.

Media juga diarahkan oleh polis mahkamah supaya memakai topeng muka dan duduk berjauhan antara satu sama lain. – Bernama, 27 Mac, 2020.


SEMUA UNTUK

KESELAMATAN

KITA BERSAMA




---------

BERITA TER NOWW TER HOTT








BERITA 

TER NOOW

TER HOTT

TER KINI
JAM  7.56 GUA DI DAPOR
NAK BUAT SANDWICH TELOR
TETIBA  GUA DENGAR BUNYI SIREN
DI JALAN RAYA

GUA MENJENGOK DARI BALKONI
TINGKAT 9
MEMANDANG KE BAWAH
NAMPAK
DUA KERETA PERONDA POLIS
LAMPU DISCO
BERPUSING PUSING

TAK TAK DAN EZI
MENINJAU SAMA
KERANA TAK PERNAH
MENDENGAR BUNYI INI

SIREN BERHENTI
PENGUMUMAM DIBUAT
LAMPU DISCO TERUS 
TERPASANG

DENGA KUAT GUA DENGAR
SUARA RAKAMAN
MEMINTA WARGA 
DUDUK DALAM RUMAH
KERANA COVID 19
INI ARAHAN KERAJAAN

MULA  DALAM MELAYU
KEMUDIAN DALAM TIONGHUA
KEMUDIAN DALAM TAMIL

DARI BOLOK GUA 
KERETA PERONDA
BEREDAR KE BLOK LAIN
MEMBUAT PENGUMUMAN
YANG SAMA

TERBAIK
TAHNIAH
AMIN



-------------

BETUL KE ? FITNAH ?






BETUL KE ?

FITNAH KE ?

malaysiakini buat fitnah lagi. tadi keluar pecah berita bagitau satu keluarga di TAMAN TAMPOI INDAH, JOHOR BAHARU tak makan dan polis beli makanan utk depa. 
ishhhh mana mungkin org johor yg kaya raya tak mampu beli makanan??? fitnah ni. err.. dah takde lagi ke org nak tabur duit 1 juta utk org johor shopping?? https://www.malaysiakini.com/news/419434 
on 
TERIMA KASEH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/03/20

Ag






------------

TAMPAL TAK SELESAI MASALAH PERLU UBAH STRUKTURAL





TAMPAL TAMPAL

TAK SELESAI 

MASAALH

PERLU UBAH

STRUKTURAL

tak perlu bayar gaji/elaun menteri. elaun MP tu pun ada boleh diguna belanja pun tak habis 3bulan. seorang MP makan sehari semalam 3kG beras, 3kg gula, 3kg garam, 3tan ikan, 3tan daging ke? hari itu gwa dah remind PM agar dia patut batalkan jawatan menteri kesihatan. 
hari ni gwa nak sambung batalkan juga lagi 25jawatan menteri lain. bantu orang di bawah sana tu. ada yang tak berniaga, takda gaji, takda beras, anak yatim anak tunggal mak ayah takda, ibu tunggal anak 5 etc isham rais ok sebab dia belanja ciput jadi sekelian MP - freeloader sila ikut cara isham rais itu. 
ameeennnn. 
on 
TAK BERAPA PENTING
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/03/20

ma






----------

ITU DULU






ITU DULU
Mana pegi dermawan yang dulu belanja RM1 juta di Tesco TebrauJB .Tempat warga M40 keatas dibelanja barang2 keperluan percuma. Sekarang dalam keadaan dharurat takkan rakyat Johor yang miskin tak boleh di beri pertolongan... S____D B__ on 
TERIMA KASEH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:50

ba




---------

UDAH SEJUK





UDAH SEJUK
Rumah taowkey lendir bukit gasing..??!!! 
Wahhh.. ini kna cerita lebih bng TT.. 
dh lama nk dgr cerita panas2 mcm nie.. tgh ketagih story sensasi.. 
hahahhaaa..! 
on
 PERGI KE SHERATON
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 26/03/20

K





-------------

SAMBAR ANAK IKAN





SAMBAR 

ANAK IKAN
Mentang mentang warna burong tu kuning sama warna pisang PP kata nama burong tu burong balun anak ikan, Kingfisher atau burong Rajaudang warna biru, paroh panjang, buat sarang dalam tanah, burong abam buat sarang dalam lubang, lubang depan belakang boleh, tak caya tanya Hisham.... 
on
 BURUNG KENG KENG
Publish | Delete | Spam
hamim
on 26/03/20

tt





----------

GEMOK HOTOK BAWA BAHAYA








GEMOK HOTOK

BAWA BAHAYA

bagus jugak ni biar org malaysia sedar sikit. selama ni melantak isi tembolok ikut hawa nafsu. makanan mewah sangat sampai pakar2 semua bimbang sebab ramai rakyat yg obese.
 lepas ni biar semua sedar diri. kau tengok la masa buka posa sebelum-sebelum ni, berlambak-lambak lebihan makanan. lepas ni diharapkan rakyat malaysia selim melim macam org vietnam. 
on 
HAYATI 
AMARAN INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 26/03/20

Nok




----------

WAT IS DE BEKOS




WAT IS DE BEKOS
Sebutan english kau jang
 bukan main seksa kau nak lontarkan. 
on 
JANG 
KAU CUBOLAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/03/20



Gagal laa org buat video kau mat.
tak stim.mcm ala jaafar on.
tak ghetto hihi
 on 
JANG
 KAU CUBOLAH
Publish | Delete | Spam
ABU
on 27/03/20

tt pun a


-------

NOKIA GUA






NOKIA GUA
Nokia bunyi congkorek ko tok tt... nie otak org handal klu pakai smartphone, mosti lg poning hidup nie kan... asyik totunduk jo kopalo... sakit2 urat tongkok... 
on 
PESANAN 
MASUK TALIPON
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 26/03/20

Tu

---------

ANGKA BERTAMBAH LAGI









AL-FATIHAH


Korban Covid-19 meningkat 24 orang

WABAK Covid-19 memakan seorang lagi korban rakyat Malaysia malam tadi, menjadikan keseluruhan mereka yang meninggal dunia setakat ini 24 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Korban yang tidak dinyatakan jantinanya berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac lalu.

Menurut Noor Hisham, beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac selepas mempunyai tanda-tanda jangkitan sejak lima hari sebelumnya.

---------

KAMPONG DI JELEBU





NAMA KAMPONG

 DI JELEBU
Kenaboi, Kongkoi, Puom, Chenak, Kampai, Kerangai, Petaseh ..tompek kek planet mano nih ..atau namo watak film Harrison Ford. on WARIH DEN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 26/03/20

si





-------------

PENCERAHAN SANTAPAN







PENCERAHAN

Sos/sauce..? Hahahaaa.. gravy la bng.. best aku gelak besar td.. tq bng isham..! Nanti aku cuba resepi itik msk lomak cili api tu.. klasik! 
on 
JANG 
KAU CUBOLAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 26/03/20

BUKAN MAKAN

INI SANTAPAN

Gravy: Gravy is a sauce made from meat juices, usually combined with a liquid such as chicken or beef broth, wine or milk and thickened with flour, cornstarch, or some other thickening agent. ... Sauce: The word “sauce” is a French word that means a relish to make our food more appetizing.


----------

TERIMA KASEH







TERIMA KASIH

Apa jadi dengan duit ZAKAT setiap negeri....????? Takat ni, hanya negeri Selangor sahaja menyumbang dua or is it 3 juta untuk para asnaf yang kesempitan di waktu dzarurat ini. Di JOHOR ada keluarga tidak makan sampai polis terpaksa keluarkan duit mereka sendiri membeli makanan untuk satu keluarga di TAMAN TAMPOI INDAH, JOHOR BAHARU. 
Si suami diberhentikan kerja di Singapura kerana tiada permit. Si isteri tukang cuci bangunan. Anak tiada susu terpkasa diberi minim milo kosong. Mana pergi duit zakat negeri JOHOR....??? Terima kasih Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Kobstabel 204588 Mudirikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut. Inilah masanya yg paling sesuai duit zakat digunakan. 
Alangkah baiknya jika Pusat Zakat membeli makanan seperti beras, gula, minyak masak, tepong dan susu kanak-kanak supaya mudah diagih kepada golongan asnaf yg memerlukannya di ketika bencana ini. Tolong ingat ya, pegawai-pegawai Zakat, Duit Zakat untuk asnaf yang memerlukan. Inilah 
on 
SEMUA
 WAJIB BERKORBAN
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 27/03/20

Gagal






-----

UBAH UBAH UBAH






PASCA COBID

SEMUA WAJIB

DIUBAH

2.4 juta orang dijangka hilang kerja akibat Covid-19

INSTITUT Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan hilang kerja akibat wabak Covid-19.

Kira-kira 67% daripada jumlah itu membabitkan pekerja tidak mahir dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap, kata MIER dalam kajian terkini mengenai kesan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini adalah dapatan seumpamanya yang dijalankan oleh mana-mana badan pemikir mengenai kesan keseluruhan ke atas ekonomi akibat pandemik yang setakat ini menyebabkan 16 kematian dan 1,624 kes jangkitan di Malaysia.

Badan pemikir itu berkata jumlah pendapatan isi rumah terkumpul sebanyak RM95 bilion dijangka hilang, iaitu penurunan 12% dari tahap asas sebelum PKP dimulakan pada 17 Mac.

Berdasarkan jumlah pendapatan yang diunjurkan, MIER menggesa kerajaan memberi tambahan RM75 bilion selain pakej rangsangan bernilai RM20 bilion yang diumumkan sebelum ini.

“Peruntukan itu penting terutamanya untuk mengelak syarikat muflis, kehilangan pekerjaan serta kebajikan dan pendapatan isi rumah terjejas melalui sokongan perniagaan, memberi nafas baharu kepada PKS dan program jaringan keselamatan sosial,” kata MIER dalam satu kenyataan.

Pengurangan pendapatan isi rumah ini disebabkan oleh penurunan 11% perbelanjaan pengguna walaupun harga barangan turun sebanyak 4.4%.

Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2020 dijangka pada kadar -2.95%, iaitu turun 6.9% daripada unjuran terdahulu.

Kadar pertumbuhan KDNK negatif menandakan kemelesetan ekonomi.

Unjuran ini berdasarkan kepada kesan kelesuruhan ke atas ekonomi susulan pelaksanaan PKP bermula 18 hingga 31 Mac ini, yang berkemungkinan akan dilanjutkan untuk dua minggu lagi. – 25 Mac, 2020.


TERBUKTI

SISTEM EKONOMI

KAPITALIS

PASARAN BEBAS

TIDAK MAMPU LAGI

BERTAHAN UNTUK

UMAT MANUSIA

SATU SISTEM

EKONOMI BARU

AKAN MUNCUL

MEMBAWA NILAI

BUDAYA 

KEMANUSIAAN

BUKAN HANYA

KEUNTUNGAN


------------

TAK BERAPA PENTING







TAK BERAPA

PENTING

jumudkan timbalan menteri, membazir jer bayar gaji depa time2 mcm ni. krisis pun mau makan tahun, sila kecilkan atau gabung kementerian. tak perlu menteri yg berlambak2 tu buat masa sekarang. tapi kesian pulak bila dikenangkan, menteri2 tu baru nak merasa gaji pertama. 
on 
TERBAIK TAPI 
BANYAK LAGI 
BOLEH DIBUAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 26/03/20

terim



--------

TAK KAN BERLAKU






TAK KAN BERLAKU

Gwa rasa Korona ni akan renti ngigit bila semua mentri, mantan mentri, Ketua Jabatan dan Toke Igama pulangkan duit yang di songlap dari rakyat dan nogaro ..takat potong gaji nak boli kondom pon tak lopeh .. 
on 
SEMUA 
WAJIB BERKORBAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 27/03/20

S




--------

JANGAN DEGIL IKUT ARAHAN








JANGAN DEGIL

YANG PENTING

IKUT ARAHAN

Jangkitan dari Sri Petaling berlapis-lapis 5 generasi, kata Noor Hisham


JANGKITAN Covid-19 dari kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling dikesan berlapis-lapis sehingga sudah masuk ke peringkat generasi kelima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, apabila virus itu didapati tular sehingga terkena pada orang yang keenam.

Katanya, jangkitan yang berlapis-lapis itu menyebabkan siasatan kes rumit dan memakan masa.

“Daripada 711 kes indeks, kita dapati ada kes yang menjangkiti misalnya ahli keluarga iaitu generasi pertama, dan kemudian menjangkiti pula jiran mereka contohnya, dan jiran itu menjangkiti kawan mereka… kita sudah lihat ada lima generasi jangkitan.

“Setiap orang yang menjangkiti seorang yang lain, sudah lima kali,” katanya, pada sidang media perkembangan harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham menjelaskan apa yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan selama ini ialah cuba mengenal pasti kontak yang rapat dengan jemaah tabligh yang hadir ke perhimpunan itu, sama ada dalam kalangan ahli keluarga, jiran, atau rakan.

“Jadi itu sebabnya siasatan ini rumit sendiri, ia memakan masa. Contohnya, (boleh lihat) macam mana kita boleh kesan jangkitan sampai ke generasi kelima,” katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan setakat ini 13,762 peserta perhimpunan jemaah tabligh sudah disaring, dengan kes positif dikesan sebanyak 1,117 atau lebih kurang 55% daripada keseluruhan kes di Malaysia.

Sebanyak 2,564 kes masih menunggu laporan ujian, sementara baki 5,646 kes negatif.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan sekali lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pihaknya, perhimpunan yang berlangsung antara 28 Februari hingga 3 Mac lalu, disertai sehingga 16,000 orang.

Daripada jumlah itu, lebih kurang 14,500 rakyat Malaysia dan baki kira-kira 1,500 adalah rakyat asing dari 25 buah negara.

“Kita sudah maklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa kesihatan di 25 negara,” katanya.

Beliau sebelum ini menjelaskan pihak Kementerian Kesihatan tidak maklum mengenai perhimpunan tersebut, yang berlangsung ketika wabak Covid-19 sudah lebih sebulan dikesan menular di negara ini.

Beliau hanya maklum selepas diberitahu oleh rakan sejawatnya di Brunei mengenai kes jangkitan pertama di negara itu pada 9 Mac, tujuh hari selepas perhimpunan itu berakhir.

Setakat 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan mengesan 235 lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini mencecah 2,031.

Ini adalah jumlah kes harian yang tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini dua bulan lalu.

Menurut Dr Noor Hisham, 60 kes baharu melibatkan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling sementara baki 175 kes masih dikesan puncanya.

Sementara itu, kes kematian meningkat kepada 23 korban. – 26 Mac, 2020


KEDEGILAN

BAWA BAHAYA

PADA KELUARGA

DAN

ORANG RAMAI

LAKUKAN APA TERMAMPU - KURANGKAN MEMBEBEL






LAKUKAN APA

TERMAMPU DAN

KURANGKAN

 MEMBEBEL
Sang kuning kalau stop gaji 6 bulan pun tak da masalah. Penjawat awam tu kalau 2 bulan, aku rasa menggelupur dah. Mesti ramai yg dok maki dalam hati, hanat lu, mandai2 mintak 2 bulan stop gaji, lu gaji besar, 2 bulan kami belum sama 1 bulan lu
 on 
CONTOH TAULADAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/03/20

&




------

SEMUA WAJIB DIUBAH






SEMUA  WAJIB

DIUBAH

2.4 juta orang dijangka hilang kerja akibat Covid-19


BERITA MENYUSUL





---------

JANGAN BERKOKOK






JANGAN 

BERKOKOK AWAL

Alhamdulillah..sekurang kurangnya mereka meyumbang..yang belah sana yg kata kalu hari ni kami memerintah esok harga minyak turun tu camne...berkokok je lebih..apa.yg dibuat semua tak betul...tapi ada la juga jasa depa..bagi 30 hengget kat rakyat malaysia...
kah kah kah
 on 
SEMUA 
WAJIB BERKORBAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 26/03/20

Kenab



-------

CADANGAN BAIK



CADANGAN BAIK
sita dan lelong harta jho lo yg ada di tanah melayu, gunakan duit tu utk perangi wabak covid19. elaun2 rajagopal gopal pun elok ditamatkan buat masa ni. 
on
 TERBAIK TAPI 
BANYAK LAGI
 BOLEH DIBUAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 26/03/20

jumudkan timbalan menteri, membazir jer bayar gaji depa time2 mcm ni. krisis pun mau makan tahun, sila k






-------

HUBAYA HUBAYA







HUBAYA HUBAYA

Jangkitan dari Sri Petaling berlapis-lapis 5 generasi, kata Noor Hisham


BERITA MENYUSUL





---------

NAMANYA KOBID GEN






NAMANYA

KOBID GEN
lepas musim khalwat ni.. 9 bulan kemudian.. December 2020 ~ January 2021.. Apa yang dapat TT jangkakan.. Hospital akan kembali meriah.. dengan perempuan nak beranak.. hahaha..
 on 
PETANG INI
 KUALA LUMPUR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/03/20

Sa



---------

HILANG KERJA




HILANG KERJA
Belum hilang kerja, dah ramai rakyat Msia yang habis wang simpanan nak beli makanan. Tapi kerajaan nampak tak peduli je. Bagi 8 tan makanan kepada UAE pulak. Habis rakyat kita makan apa? Makan akar, rumput dan tali pinggang kulit ke? https://www.malaysiakini.com/news/516951
 on 
KITA
 SESAMA BANTU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 18:47

N




---------

HARI KE 10





BERKHALWAT

MASUK 

HARI KE 10








-----------