SATU LAGI
PESANAN
DARI ABANG TUA







Ketika saya menggarap tulisan ini sabenarnya saya lakukan dengan latar kesedihan dan kekecewaan. Saya sedih apabila saya memahami apa yang sedang berlaku ke atas muka bumi ini. Dalam masa yang sama saya merasa kecewa kerana saya merasakan diri saya tidak dapat melakukan apa-apa. Saya terkapai-kapai menjadi saksi melihat kemusnahan alam dan muka bumi ini.
Pada tahun 1992 stesen TV BBC telah membuat sebuah filem dokumentri The Elder Brothers’ Warning - Amaran Dari Abang Tua arahan Alan Eriera. Filem BBC ini panjangnya hampir 1 jam satengah. Apabila stesen Public Broadcasting Service dari Amerika membeli program ini maka ianya perlu di pendekkan 5 minit. Ketika itu saya warga kota London - justeru saya mendapat peluang menjadi pembantu Horacio Queiro Tuan Penyunting untuk memendekkan filem yang menggunakan celuloid 16mm. Dua minggu kami bekerja di Soho.
Masyarakat Kogi yang hidup dipergunungan bersalji ini amat mesra alam. Dari pemahaman saya masyarakat Kogi memiliki falsafah hidup sama saperti yang dimiliki Orang Asal datuk nenek moyang saya sebelum kami dipengaruhi oleh budaya Arab.
Dalam filem ini masyarakat Kogi telah memberi amaran kepada kita - Adik Muda. Kita semua yang duduk dibawah gunung dianggap oleh Kogi sebagai Adik Muda. Kogi yang tinggal diatas puncak gunung menganggap diri mereka Abang Tua.
Amaran dari Abang Tua ini disampaikan melalui BBC pada tahun 1992. Ini empat belas tahun dahulu. Hari ini bumi manusia semakin hangat.
Yakinlah ini satu perubahan hakiki. Ini satu ledakan perubahan cuaca yang membawa implaksi yang amat mendalam. Amaran dari Abang Tua kelihatan tepat dan betul. Hanya Adik Muda yang engkar tidak mahu mendengar.
Dunia moden kita yang berpaksikan sistem ekonomi kapitalis telah mengajukan satu budaya gaya hidup konsumer. Falsafah budaya kapitalis ini ialah - kita membeli, kita mememilik dan kita memakai maka kita bahagia. Memilik dijadikan asas untuk mencapai kebahagian. Lagi banyak yang kita miliki, lagi banyak benda yang kita punya maka lagi bahagialah hidup kita. Ini adalah ajaran falsafah budaya kapitalis. Kamu membeli maka kamu wujud. Kamu memiliki maka kamu bahagia. Harta milik individu menjadi rukun iman budaya kapitalis.
Saya telah lama cuba membawa pencerahan untuk menunjukkan kepada anak semua bangsa bahawa sistem ekonomilah yang melahirkan budaya yang kita guna pakai hari ini. Budaya inilah yang sedang membawa kita semua ke dalam kancah malapetaka ini. Hakikatnya krisis pemanasan bumi ini adalah hasil perbuatan manusia sendiri. Lahir dari budaya yang kita amalkan.
Untuk memahami secara jujur apa yang sedang berlaku maka telah sampai masanya kita menganalisa pemanasan bumi ini secara menyeluruh. Bukan penganalisaan tempat tempatan. Bukan penganalisan terpisah pisah. Kita wajib melihat permasalahan pemanasan dunia ini secara menyeluruh.
Pemanasan dunia hari ini juga wajib dianalisa secara radikal dan total. Jika penganalisaan kita tidak radikal maka wujudiah kita di bumi manusia ini hanya mengotorkan oxygen dan mengambil ruang. Segala analisa dengan bergantang-gantang data ilmiah akan dilihat hempeh jika tidak disebutkan semua ini berpunca dari sistem ekonomi kapitalis.
Selama lebih dari 200 tahun samenjak Revolusi Industri berlaku bumi manusia ini telah dijajah oleh sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya urusan jual beli dari negara ke negara melalui kapal layar. Atau saudagar datang berniaga dengan menaiki caravan dari China melintasi Iran ke nagara Arab menuju ke Eropah. Ini di zaman Mercentile Capitalism.
Hasilnya kita melihat Selat Melaka menjadi selat yang paling sibuk dalam dunia. Pantai dan pesisiran Selat Melaka yang 40 tahun dahulu landai berpasir kini menjadi wilayah paling kotor dalam dunia. Selat Melaka kotor kerana banyak kapal lalu lalang. Kapal lalu lalang kerana membawa barang perniagaan. Berniaga ialah sistem kapitalis.
Co2 ini muncul kerana pembakaran minyak dan arang batu. Co2 ini tahun demi tahun bertambah dan terkumpul diruang udara. Pada ribuan tahun dahulu. Semenjak kun fi ya kun - Co2 ini disedut oleh tumbuh-tumbuhan, dedaun kayu kayan dan laut. Kini satengah dari Co2 ini tidak lagi disedut oleh dedaun pokok dan laut. Co2 makin banyak berkumpul diruang udara. Ini yang menjadikan bumi manusia panas.
Jawabnya banyak hutan telah ditebang oleh manusia. Manusia menebang hutan untuk mengambil balak. Balak di Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak makin pupus. Ini belum diambil kira hutan Amazon yang makin mengecut. Hutan Amazon ini mengeluar 30% dari udara oxygen untuk umat manusian di muka bumi ini.
Kenapa balak ditebang? Sila tanya Nik Abduh dari Kelantan, sila tanya Taib Mahmud dan Ting Pek Kiing dari Sarawak, sila tanya Musa Aman dari Sabah. Sila tanya cukong Rimbunan Hijau dari Sarawak dan sila tanya Felda.
Sama seperti media gerombolan, pabila media barat mengheboh-hebohkan sesuatu isu, maka kena bijak sedikit membaca antara garis. Ini bukan bermakna apa yang diberitakan bukan sesuatu yang tidak benar, cuma kena faham bahawa untuk kita yang bukan dalaman, iaitu insiders, memang benar apa yang dikhabarkan tu berita yang memang berita, ini termasuk anak Najib.





KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873