Rabu, 26 April 2017

JAMPI JAMPI JAMPOOOK







RAJA BOMOH

DIPAKSA 

TAUBAT

USTAZ JUAL AIR

 JAMPI

MACAM MANA?


SITI AISHAH - SOSMA






f.book

Siti Noor Aishah didapati bersalah memiliki 12 buah buku yang dikatakan berkaitan dengan keganasan.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. Peguam akan failkan rayuan dan bawa kes ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.
Saya berharap, pihak KDN boleh dengan kadar segera mengharamkan buku-buku tersebut, yang masih bebas terjual hingga hari ini. Ia bagi mengelakkan ada individu lain yang menjadi mangsa. Buku-buku tersebut masih belum diwartakan haram hingga hari ini.
Apa pun keputusan, kita akan terus lawan SOSMA.


--------------

SPR TERUS MENIPU






WA CAKAP

LU MASiH TAK

CAYA KE?





f.b




APA itu SPR?
SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya, atau..
SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat ?
Selagi SPR tidak 'dibersihkan' sepenuhnya, selagi itu BN akan terus kekal menang setiap PRU..!!


Frederick Kickka Dh terlambat dh ke belum..org ckp nk jatuhkn umno bkn melalui parti tp spr...tu maklumat yg dpt tahu..yg maklumat xtau myb lg byk
LikeReply23 hrs
Zehariangah Angah Buat lah apa pun atas dunia ini, jangan sampai menyesal di hadapan Allah nanti, banyak tapisan yang akan di tempoh bila mengadap Allah nanti. andaikata kamu merasa kamu boleh merasuah manusia di dunia tidak bagi Allah di akhirat nanti, renung2kan lah.
Sudin Che Hassan yg buat akan jawab dihadapan allah...tidak amanah tunggu balasan allah...
LikeReply419 hrs
Zack Otai Spr Adik bradik sprm.. Smpai bla2 pn bn pasti menang...xbuleh pakai undang2 Malaysia skrg nie xmsuk akal.. Lg tggi blajar lg terselah kebodohan menteri skrg nie..
LikeReply14 hrs
Ealmert Martine pulaukan je pru klu xde pemerhati luar.....buat apa betanding dgn penganjur penipu....!!!!??? buang duit dan tenaga je...
LikeReply121 hrs
Vianz Low Haha tu la Bolehland... Apa saja boleh berlaku... X de alamat penuh pon boleh undi dan yg ade alamat penuh sebaliknya x dpt register sbb ada pembantah yg tanpa sbb... Msia boleh... Bakal menjadi negara ke 3...
Azmiyahaya Azmiyahaya Gasak dan bantai dulu sapa nak kasi. Rsok lain cerita klu buncit perut aku ada kome tanggung.haha
Mansang Kenyalang Bukan saja spr .sprm pun saya kurang yakin dgn ketelusan mereka.melain kan kuasa mereka d bawah yg d pertuan agong.baru saya yakin sepenuhnya
LikeReply17 hrs



-------------------

AL-FATIHAH





AL-FATIHAH

Kerajaan negeri dan seluruh Bangsa Johor berdukacita atas pemergian 'imam cilik' Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi ke rahmatullah sebentar tadi..
Pengerusi jawatankuasa kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan penerangan negeri itu juga mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga





------------

TANPA BOMOH MELAYU AKAN KALAH







KITA DALAM BAHAYA
kita dlm susah, kita dlm bahaya, kita kena bersedia, sebab kapal selam tak boleh aelam, kapal jet tak ada enjin, kapal terbang dek.pakai jiba keluarga, duit taknada, kena rembat semua, apa nak buat? sapa lagi wira negara boleh pertahan negara? adakah botak, adakah badak, fakah mat boroi, afakah sulu, kaum.kerabat free loader kah kah kah...suu masuk berbulan runding kah kah kah on 
MERIAM DAN BOM KITA HILANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/26/17



------------------

GASAK SAMPAI TERBURAI







GST
GASAK SAMPAI TERBURAI







--------------

SAJO TANYO KOBA







RAMAI

BERSEPAH

TERPIJAK

TERLANGGAR

‘Universiti ambil tindakan pensyarah guna gelaran akademik palsu’

 | April 26, 2017
Menteri pendidikan tinggi berkata, kes pensyarah universiti yang menggunakan gelaran akademik palsu kini dalam proses mahkamah.





KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil langkah tegas membendung amalan menggunakan gelaran akademik seperti “Dr” atau “doktor falsafah” (PhD), “profesor” dan “Ir” palsu dalam kalangan pensyarah universiti.

MAHADI MURAD

APA KOBA

SAJO TANYO

SEHAT KO

JANGAN MARAH



------------------

I FAK FAT WOMAN








TER HOTT

BERITA MULA TERSEBAR
MARTIN SCORSESE
PENGARAH FILEM
WOLF OF WALL STREET
TELAH MENGHANTAR AJEN
KE TELOK INTAN
UNTUK MELAMAR RAJA BOMOH
BELAKON DALAM
FILEM TERBARU:
I FAK FAT LADY
KHABARNYA RAJA BOMOH
AKAN MENJADI FAT LADY

 | April 25, 2017
Selepas mengaku bersalah dan menyesali perbuatannya, Ibrahim Mat Zin diperintahkan berkelakuan baik selama 6 bulan dan perlu menjalani kelas.







-------------------

PSIKIK BANI MELAYU - DIMANA SEKARANG?







PSIKIK BANI MELAYU
DIMANA SEKARANG?

Dalam tulisan minggu lalu saya telah memperlihatkan bagaimana psikik Bani Melayu telah digunakan untuk menjadikan  parti Demokratik Action Parti (DAP)  sebagai   'orang jahat’ . Fitnah dan tohmah telah berjaya ditaburkan terhadap DAP. Dalam  masa yang sama DAP juga telah terperangkap dalam sejarah dirinya sendiri. Ini telah meyakinkan Bani Melayu bahawa  segala tohmah dan fitnah ini betul dan saheh.

Hari ini DAP  terus dicap dan diserang  sebagai  musuh dalam usaha, taktik dan stratiji induk  United Malaya National Organisation untuk  mendapatkan sokongan Bani Melayu.

DAP dilihat oleh Bani Melayu sebagai Yang Lain yang telah memporak perandakan tamadun Bani Melayu. DAP juga dilihat sebagai biduk yang sedang memisahkan  kiambang.

Kalau kita menggunakan ilmu kajian   naratrif filem  - maka DAP ini dianggap sebagai ‘disruptor’  atau penggangu. Sang Penggangu ini wajib ditumpaskan agar kiambang  akan bertaut kembali.

Mari kita lihat sekali lagi  filem High Noon arahan  Fred Zinnemann yang dibuat pada tahun 1952. Kita akan bertemu dengan Gary Cooper. Sang Penyelamat  Gary Cooper bangun untuk  menewaskan kumpulan samseng dan kaki busuk yang membuat kacau. Diakhir naratif orang kampong dapat diselamatkan oleh Sang Penyelamat.

Dalam naratif politik Malaysia  Sang Penyelamat ialah United Malaya National Organisation. Musuh yang wajib terus diserang ialah DAP. Orang kampong yang wajib diselamatkan ialah Bani Melayu.

Apabila kita semua memahami suasana politik ini   maka akan timbul satu persoalan hakiki. Bagaimana  pula dengan Malaysian Chinese Association (MCA). Bukankah MCA ini juga parti Bani China. Apakah kabilah ini  juga  wajib ditakrif sebagai  Yang Lain dalam badan politik Malaysia.

Betul dan saheh bahawa MCA juga ialah  Yang Lain. Justeru jangan terperanjat apabila saya  memberi jawapan kepada persoalan ini.

Berbanding dengan DAP parti MCA  ini lebih licik dan amat seni racun politiknya. Kalau DAP berasal usul dari Singapura , parti MCA ini pula berasal dari  Tanah Besar China. Satu gerombolan  Bani China di Tanah Melayu   muncul untuk menyokong Parti Koumintang yang dikepali oleh General Chiang Khai-seik. Ini ketika berlaku perang saudara - (1927 -1949) antara Parti Komunis China dan Parti Koumintang.

Parti MCA ini berhaluan kanan adalah cawangan Parti Koumintang. Koumintang adalah parti pro kaum pemodal justeru  MCA disokong dan didanai oleh  oleh towkay dan  cukong di Tanah Melayu.

Awalnya ada kerja sama yang longgar antara gerombolan United Malays National Organsiation dengan puak MCA ini. Tetapi mereka berhadapan dengan musuh yang sama dizaman kolonial Inggeris. Mereka berhadapan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyokong perjungan Parti Komunis China dibawah pimpinan Mao Zedong.

Kuasa kolonial Inggeris dalam usaha untuk mengalah Parti Komunis Malaya telah memaksa budak suruhannya Tunku Andul Rahman untuk bekerjasama dengan MCA. Dengan cara ini sokongan Bani China di Tanah Melayu kepada PKM dapat dikurangkan.

Dari suasana politik inilah mucul apa yang hari ini dipanggil - KONTREK SOSIAL - yang dipaksakan oleh Inggersi kepada Bani Melayu. Kontrek sosial ini  memaksa Bani Melayu menerima Bani China dan Bani India untuk menjadi warga negara Tanah  melayu berasaskan ‘ jus soli’. Ini berlaku pada tahun 1945.

Ini fakta sejarah bukan lebong dari Hishamuddin Rais.

Hari ini kalau Presiden China Merah  Xi Jinping  mencadangkan agar 700,00 China pemilik kondo  di Eco Park Johor diberi  hak kerakytatan atas dasar jus soli -  saya  bertanya apakah  parang panjang akan berterbangan  sekali lagi?

Gerombolan MCA ini dengan modal  dengan licik lagi halus telah menggunakan parti United Malays National Organisation. Dari sejarah kita dapat membaca bagaimana para cukong dan para towkay ini telah melabor dana memberi sokongan  dolar dan ringgit kepada bengolan-bengolan pemimpin United Malays National Organsoiation.

Dengan bekerja sama dengan United Malays National Organisation  parti  Bani China ini telah menjauhkan diri dari psikik  kemarahan dan ketidak puasan hati Bani Melayu terhadap Pedatang Asing

Sebagai pulangan dari pelaburan  dan sokongan kepada United Malays National Organisation para cukong ini telah berjaya merembat tanah yang asal usulnya  milik negara atau milik Bani Melayu. Justeru kita melihat bagaimana Bukit Genting tergadai menjadi ladang judi. Ini contoh terbaik gaya kerja gerombolan MCA yang licik menyamar.

Akhirnya kita  melihat semua pekan dan kota di  Tanah Melayu ini menjadi hak milik Bani China. Dari sini timbul persoalan hakiki - dimana Bani Melayu hari ini? Apa pengaruh pekan dan kota ini terhadap psikik Bani Melayu?

Persoalan ini wajib saya jawab secara teoritikal. Kaum Marxis memiliki teori   alienation atau pengasingan - untuk memahami sifat  umat manusia dalam dunia moden  hari ini.

Mengikut teori alienation ini kaum buruh bekerja  membuat benda-benda yang mereka sendiri tidak gunakan. Pekerja dikilang  kereta tidak menggunakan kereta. Pekerja membaiki helikopter tidak akan memiliki helikopter. Buruh yang membangunkan  kondo  lima bintang hanya akan pulang ke flet PPRT. Suasana ini ditambah pula dengan kedaan sekeliling dimana wujudnya orang kaya manakala diri mereka terus miskin memburuh. Suasana inilah dipanggil olek Karl Marx sebagai estarangmen/alinenation. Kaum buruh  merasa terasing justeru  hilang sifat kemanusiaan mereka.

Berasaskan  teori ini saya ingin menambah  dan mencelah keatas pandangan Karl Marx  dan kaum Marxis ini. Padangan dan teori saya khusus mengenai Bani Melayu yang saya amati.  Saya mengajukan - selain  dari terasing  Bani Melaayu juga DIKETEPIKAN.

Mengenepikan  Bani Melayu ini dilakukan secara terancang dan secara tidak terancang. Untuk memahami apa yang saya tulis kita semua wajib memahami apa makna kota dan apa tanda yang dibawa oleh kota. Dalam kontek dunia moden kota dan pekan adalah tanda dan simbul tamadun bangsa.

Kota dan pekan adalah wilayah kelahiran  bentuk budaya, bentuk seni, gerakan intelektual dan gedung ilmu. Dari limpahan tanaman  dan panen kaum tani luar bandar maka bandar  dapat berkembang. Semuanya disokong oleh wilayah desa yang ekonominya  seratus peratus pertanian.

Kota Paris muncul kerana kaum tani Peranchis  dari Lyon atau di Epernay  menyokong kota ini.  Brussel lahir membesar kerana kaum tani dari Liege atau dari Wavre bersedia mendirikan dan menyokong kota ini.  Kota Baghdad  dibina kerana sokongan warga dari Najaf atau Karbala atau Mosul.   Cairo berdiri gagah kerana sokongan kaum tani di lembah  Sungai Nil yang subur. Dari kota-kota inilah lahirnya tamadun Peranchis atau tamadun Belgium atau tamadun Irak atau Mesir. Dari kotalah tamadun bersarang,  menetas dan berkembang  untuk mentakrif tamadun bangsa.

Hakikatnya pembudayaan negara bangsa lahir dari dalam kota.

Ini TIDAK berlaku di Tanah Melayu. Kota dan pekan di Tanah Melayu tidak melahirkan tamadun Melayu. Pekan saya Kuala Klawang  di Jelebu adalah pekan Bani China walhal disekeliling pekan ini ada orang perkampongan Bani Melayu. Pekan Kuala Klawang wujud kerana sokongan ekonomi Bani Melayu. Tetapi warga pekan Kuala Klawang tidak ambil pot tentang ketamadunan bangsa - jauh sekali tentang sastera dan seni. Mustahil warga Kuala Klawang memikirkan ukiran bangunan mereka dengan kesinambungan  Melaka atau Minang.

Justeru kota dan pekan kita dilihat sebagai hampeh yang tidak mengambarkan ketamaduan  pemilik asal bumi ini. Kota Baghdad nampak Arabnya. Kota Lahore nampak Pujabinya. Kota Amsterdam nampak Belandanya. Kota Tehran nampak Parsinya.  Tapi Kuala Lumpur tidak kelihatan Melayunya.

Ini maksud saya - Bani Melayu diketepikan.

Keadaan ini berlaku diseluruh Tanah Melayu. Pehatikan  rapi-rapi  untuk memahami bahawa ini semua bukan lebong Hishamuddin Rais.

Jika Karl Marx hadir di Kuala Lumpur hari ini pasti dia akan faham  pencelahan saya  keatas teori  keterasingan manusia moden. Bani Melayu bukan saja terasing malah mereka sedang diketepikan.

Saya memiliki bukti  yang paling jelas bagaimana Bani Melayu dketepikan.

Gerombolan yang bertanggung jawab  pastilah para cukong dan towkay yang sedang berkerjasama dengan bengolan dari parti Ketuanan Melayu. Dengan menggunakan slogan Ketuanan Melayu  dan Hidup Melayu - parti United Malays National Organsiation sedang bersekongkol untuk memusnahkan rupa bentuk dan sejarah ketamaduan Bani Melayu.

Contoh terbaik kita lihat apa yang sedang berlaku dalam Kuala Lumpur.

Dengan lucah dan kurang ajar para cukong telah menghilangkan nama-nama  Bani Melayu. Kemana hilangnya Kampong Haji Abdullah Hukum?  Apa terjadi dengan Kampong Pantai Dalam?  Kenapa ada nama Bangsar South? Apa dia  Gombak East.

Semua ini adalah niat  jahat para cukong yang  bernaung dibawah MCA. Niat ini ialah untuk mengalih dan memupuskan babak-babak sejarah kota Kuala Lumpur dari tamadun Bani Melayu.

Semua ini menjadikan psik Melayu terus tidak yakin kepada Bani  China. Dengan licik lagi terancang pemusnah sejarah Bani Melayu ini  telah berselindung dibelakang jubah United Malays National Organisation.

Yakinlah semua ini sedang diperhatikan  oleh mata  Bani Melayu dikampog-kampong  dan pendalaman dengan penuh kesedaran.  Dan penuh kemarahan yang menunggu masa.

Sekali pandang mungkin  ada yang menganggap apa yang saya timbulkan ini pekara remeh. Tetapi yakinlah  ini sama saperti langkah Zionis Israel mengubah nama Tebing Barat kepada Judea dan Samaria. Hakikat mengubah  nama Kampong Kerinchi untuk menjadi Bangsar South  memiliki naik jahat. Yang menetaskan niat jahat ini adalah para cukong yang sedang menyedikan pasarana baru untuk kedatangan pemain baru.

Pasarana ? Pasarana apa? Pemaian baru?

Apakah para pembaca lupa tentang Eco City? Apakah pembaca lupa bagaimana tanah Keretapi  Tanah Melayu di Tanjung Pagar hilang dirembat oleh Lee Kuan Yew?  Apakah para pembaca lupa tentang projek pelabuahn Melaka. Apa tidak terbaca tentang tuduhan Mahathir terhadap Najib yang sedang menjual negara ini kepada Bani China - bukan China tempatan - bukan DAP atau MCA tapi China Merah.

Ada lagi Bani China yang akan datang? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



-------------------