Selasa, 25 Julai 2023

PARTI JUAL MELAYU




PARTI KETUANAN

MELAYU JUAL

ORANG MELAYU

AMIN 

DUNIA MAKIN TERBAKAR



DUNIA MAKIN

TERBAKAR

AMIN 


HADI TIBAI ANWAR LAGI



Tun M kembali pangkal perjuangan, Anwar teruskan perjalanan – Hadi

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan bekas Perdana Menteri,  Dr. Mahathir Mohamad ‘kembali ke pangkal perjuangan’ apabila bersama-sama Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu pernah bersama parti itu sebelum ini.


“Ahli Pas ialah Melayu yang tidak lupa. Sebenarnya Tun Mahathir pernah berada di atas pentas Pas ketika beliau dipecat daripada UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kapar di Selangor selepas peristiwa 13 Mei 1969.

“Sebelumnya, beliau bersama Pas menentang pelaksanaan jus soli,” kata Abdul Hadi yang membalas sindiran  Anwar Ibrahim apabila Dr Mahathir berdiri satu pentas dengan Pas baru-baru ini.

Beberapa media melaporkan, Anwar berkata, kehadiran Dr Mahathir berkongsi pentas yang sama dengan pemimpin Pas menunjukkan bekas perdana menteri itu sedang terdesak.

Anwar turut mengingatkan ketika berkuasa, Dr Mahathir ‘sangat kejam’ terhadap Pas dan penyokong parti itu termasuk peristiwa berdarah Memali.

Abdul Hadi dalam kenyataan hari ini mengingatkan ketika kejadian, Anwar juga bersama-sama Dr Mahathir di dalam kerajaan.

“Selepas dia menyertai UMNO dan memberi rupa Islam dan wajahnya kepada UMNO bagi menghadapi pengaruh Pas yang kembali bangkit selepas kehilangan Kelantan sebelumnya.

“Bersama topeng Islamisasinya, Anwar berkempen di seluruh dunia Islam dan kepada NGO Islam dengan mewajahkan Pas sebagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh Pas,” dakwa Abdul Hadi.

Abdul Hadi juga mendakwa, Anwar berusaha menguasai UMNO bersama pasukannya bagi mendapatkan kuasa sehinggalah dia dipecat.

Anwar kemudiannya bekerjasama dengan DAP berkonsepkan wala’ yang diharamkan, dakwanya.

Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa Anwar memasukkan pengikutnya ke dalam UMNO dan memecahkan parti itu kepada kumpulan yang lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Pas  menurut Abdul Hadi, hampir mengalami nasib yang sama namun berjaya menyingkirkan pihak yang mahu mengkhianati parti itu.

“Kini, dia sendiri mendedahkan peranannya dalam melumpuhkan politik Melayu dan Islam serta menguatkan DAP. Apabila DAP meletakkannya menjadi poster boy bagi kumpulannya, ia menjadi bukti kepada tujuan tersebut.

“Tun Dr Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya,” katanya.

WOIT

HADI KATA

ANWAR PAKAI

TOPENG ISLAM

KAH KAH KAH

SEMUA JAJA 

AGAMA UNTUK

DAPAT UNDI

KAH KAH KAH

INI PERGADUHAN

ISLAM TOPENG

LAWAN  TALIBAN 

KAH KAH KAH

KHALAS 

JANJI DI CAPATI


Tahanan SOSMA ancam mahu mogok lapar – Kalai

KUALA LUMPUR – Seramai 69 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani akan melancarkan mogok lapar pada 30 Julai ini.

Presiden Kebangsaan Nambikkai,  Dr Kalai Vanar berkata, ia sebagai mesej kepada Perdana Menteri, i Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail agar mengotakan janji untuk membebaskan tahanan atau memansuhan akta itu.

Akta yang sepatutnya dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih gagal ditunaikan sehingga kini, dakwanya.

“Mohon jasa baik Perdana Menteri dengar atas dasar keprihatinan, bebaskan segera tahanan SOSMA yang merengkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah di Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani.

“Ahli keluarga tahanan SOSMA ini menggunakan undang-undang di mahkamah, tapi masih tak berdaya. Sebelum PRU15, calon yang kini ahli Parlimen sudah bersumpah kononnya tahanan SOSMA akan dibebaskan dan Akta SOSMA akan dimansuhkan.

“Tapi sampai sekarang masih tidak ditunaikan,” katanya pada sidang media di Madras Cafe di sini hari ini.

Selain itu, ahli keluarga kepada 69 tahanan juga akan melancarkan mogok yang sama di lokasi yang berbeza pada 31 Julai ini.

“Keluarga (tahanan SOSMA) pun akan buat mogok lapar pada 31 Julai ini supaya menteri yang hebat berkokok di pentas tunaikan janji mereka,” katanya lagi.


INI JANJI

DI CAPATI

AMIN

69 TAHANAN INI

TAHAN TANPA

BICARA MACAM I.S.A

AMIN

KES APA ?

TAK JELAS

AMIN

KES POLITIK ?

KES SAMSENG ?

KES DADAH ?

KES LENDIR ?

KES APA ?

KHALAS

BERSETIA KAWAN DENGAN SITI KASIM


Lindungi aktivis daripada keganasan, ancaman, kata C4


KEGANASAN dan ancaman ke atas aktivis tiada tempat dalam mana-mana masyarakat, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) , merujuk kepada ancaman bom terhadap peguam/aktivis Siti Kasim baru-baru ini.

C4 berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyeru polis mengutamakan siasatan dan mendedahkan identiti pelaku.

Ini katanya, bagi membolehkan pelaku dibawa ke muka pengadilan, terutamanya selepas Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan ia cubaan membunuh.

“Kami bersolidariti dengan aktivis menentang keganasan dan ugutan.

“Cubaan bunuh terhadap Siti Kasim baru-baru ini mencemaskan dan tidak boleh diterima sama sekali kerana ia menunjukkan persekitaran bahaya yang dihadapi oleh aktivis tempatan dan pembela hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 21 Julai, satu objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti - ia kemudiannya disahkan sebagai IED (bahan letupan buatan sendiri) oleh polis.

Razarudin berkata polis sedang mengesan pelaku yang meletakkan bom itu.

Menurutnya polis sedang mengesan cap jari pada bom dan menganalisis bukti lain untuk mengesan suspek.

“Bom itu (diletakkan di bawah kereta Siti) adalah jenayah yang serius dan adalah seperti cubaan membunuh. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis Kuala Lumpur,” beliau dipetik sebagai berkata.

C4 berkata, Siti telah lama berkempen bagi pihak Orang Asli, baik sebagai aktivis mahupun sebagai peguam yang membela mereka di mahkamah, dan kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum dia sepatutnya memandu ke Kelantan untuk hadir ke mahkamah.

“Siti juga terkenal dengan sikap lantang menentang ekstremisme agama di negara ini.

“Akibatnya, dia telah menghadapi banyak kritikan dan permusuhan daripada orang yang menentang kerja dan kepercayaannya.

“Kami menyeru pihak berkuasa untuk memberikan perlindungan yang diperlukan oleh Siti di bawah undang-undang.”

C4 berkata kerajaan mempunyai kewajipan mempertahankan hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara.

“Mereka yang menggunakan hak ini mesti dilindungi daripada ugutan dan ancaman terhadap nyawa dan anggota badan mereka.

“Oleh itu, siasatan terhadap perkara itu mesti dilakukan secepat mungkin dan efisien, mengutamakan penahanan individu atau kumpulan yang bertanggungjawab sebelum mereka boleh bertindak semula.”

Tambahnya perkara ini mesti dipandang serius oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan normalisasi dan peningkatan keganasan terhadap mereka yang bersuara menentang ketidakadilan seperti yang mereka lihat.

“C4 bersolidariti dengan Siti dan semua pembela hak asasi manusia.” – 25 Julai, 2023.

APAKAH

AKTIVIS NGO

AKAN DI ANCAM ?

AMIN

INI BAHAYA

INI MALAPETAKA

AMIN

MALAYSIA MENUJU

KE ARAH

AMERIKA LATIN

AMIN

WARTAWAN NGO

AKTIVIS DIBUNUH

AMIN

KHALAS

KES CEPAT KAYA



SPRM tahan penganjur konsert artis India

SEORANG ahli perniagaan yang terkenal kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan di Malaysia ditahan agensi antirasuah awal pagi tadi di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Abdul Malik Dasthigeer ditahan bersama seorang lagi rakan.

Malik dan rakannya dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi sebelum ditahan. Kedua-duanya masih belum dibebaskan, kata sumber.

Katanya lagi, Malik disiasat kerana didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat.

Siasatan ketika ini tertumpu kepada dua kedai emas milik ahli perniagaan itu.

Malik, yang juga lebih dikenali sebagai Malik Stream, ialah pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution. – 25 Julai 2023.

WOIT

APA PROJEK

CEPAT KAYA ?

KAH KAH KAH

JUAL LENDIR 

LAMBAT KAYA

AMIN

JUAL BANGLA

LAMBAT KAYA

AMIN

JUAL DADAH ?

JENG JENG JENG

ATAU  SELUDUP

EMAS KE INDIA

KAH KAH KAH

PAKAI ARTIS

SEBAGAI KALDAI

KAH KAH KAH

ATAU JUAL

SENJATA DARI

UKRAINE

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

HARI HARI AKHIR SAEKOR RAMASAMY



HARI HARI AKHIR

SAEKOR RAMASAMY

AMIN 

HADI LAWAN ANWAR


HADI LAWAN

ANWAR

AMIN

Unknown commented on 
"LAUK UNTUK PN ?"

Laki bini pun cerai berai apa lagi puak politikus kahwin ikut kemajuan politik kita, tak hairan lah kalau Mahathir pun dah sama pentas dengan PAS? Tak ada luar biasa apa pun, musuh bersama boleh kawan untuk lawan, musuh mereka sekarang bukan PH tapi sosok bernama Anwar Ibrahim kah kah kah sejak 98 sampai sekarang musuh tetap sama kah kah kah, kenapa musuh sampai begitu sekali?


 Apa nak takut sangat? Kah kah kah hanya yang buat salah tahu apa salah dia begitu jugak Pak Polisi yang nak tangkap sumbat lain lain tak tahu kah kah, semuanya akan digunakan supaya elak masuk geng kluster mahkamah, untuk itu cerita lama boleh lupa buka cerita baru janji ada masuk masuk masuk amin semuanya halal belaka kah kah kah

KITA NI NAK KE MANA ?


KITA INI

NAK KEMANA ?

KHALAS

Unknown commented on
 "WARGA KELANTAN
 SUDAH BERUBAH"

Negara negara sekeliling kita sedang maju, kita asyik asyik cerita sama, lawan British lawan kaum lawan agama, lawan moral orang lain, kita fikir kita manusia terbaik dalam dunia, air pun tak payah settle asal ada tiket first class, itu fikiran kita saja, samada sampai atau tidak tak tahu lagi?
 Susah sangat mengatur orang yang kurang oksigen kah kah kah, oksigen penting kepada manusia itu pun susah nak faham kah kah kah makanan pun import masuk sawah tanam makanan semakin kurang, kita nak rumah molek karpet nak kereta besar Audi ada class tapi perangai sama, masih pecah belah ikut style Arab ikut style Korea ikut style Jepun tapi perangai baik susah nak ikut kah kah kah

KEBAKARAN LEBIH GANAS


MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

TERBAKAR LEBIH

KERAP LEBIH 

GANAS

KHALAS

CUBA BUNUH SITI KASIM



Bom pada kereta Siti Kasim disyaki cubaan bunuh – KPN

KUALA LUMPUR – Penemuan bom buatan sendiri di bahagian bawah kereta milik Siti Kasim disyaki satu cubaan bunuh.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain menyifatkan perbuatan itu sangat serius dan siasatan secara agresif sedang dilakukan termasuk mengesan cap jari serta bukti-bukti lain berkaitan kejadian itu.

“Ini satu kesalahan serius, ancaman bom umpama cubaan membunuh.

“Pihak polis akan ambil tindakan agresif dalam siasatan ini, yang mana jenayah sebegini tidak boleh dibiarkan kerana memberi peluang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan perkara sedemikian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Susulan itu, Razarudin mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut dan kes berkenaan sedang diuruskan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Kes berkenaan masih sedang disiasat di bawah Seksyen 7 Akta letupan 1957.

Pada kejadian jam 1 tengah hari Jumaat lalu, Siti Kasim yang menghantar keretanya ke bengkel untuk servis dikejutkan oleh pekerja bengkel berkenaan dengan penemuan objek menyerupai bom di bawah tayar belakang kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Toyota itu.

Susulan itu, pasukan Unit Pemusnah Bom dari PDRM turun ke lokasi dan melakukan penyiasatan lanjut terhadap dua botol plastik yang diikat pada bawah tayar kereta tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain yang bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian mengesahkan, objek yang ditemui pada kereta peguam itu adalah bom buatan sendiri dan polis sedang menyiasat serius kes tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor turut mengesahkan objek mencurigakan yang ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kassim adalah bahan letupan termampat (IED).

Bagaimanapun, polis belum dapat mengesahkan sama ada bahan letupan itu masih aktif atau sebaliknya.

SUHU POLITIK

KITA MAKIN

BERUBAH

AMIN

DULU BOM

DAN PELURU

DIGUNA SAMSENG

SAMA SENDIRI

AMIN

KINI AKTIVIS NGO

JADI SASARAN

AMIN

DULU SEMBAH

ASID PADA KERETA

SIMBAH CAT

KINI CUBA BUNUH

AMIN

NAMPAK JELAS

AKTIVIS NGO

DILAWAN KERANA

KERJA MEREKA

BERFAEDAH

AMIN

JIKA MUSUH

MENENTANG ERTINYA

YG DIBUAT BETUL

AMIN

JIKA MUSUH

TAK AMBIL POT

ERTINYA KERJA

TAK BAWA FAEDAH

KHALAS

MEI13 TERUS JADI SENJATA


Peguam sudah serah bukti kaitan Kit Siang dengan 13 Mei – Annuar

KUALA LUMPUR – Peguam Pengerusi Muafakat Nasional (MN),Annuar Musa telah menyerahkan bukti yang mengaitkan veteran DAP, Lim Kit Siang dengan Peristiwa 13 Mei.

Annuar yang kini ahli Pas berkata, peguamnya telah menyerahkan jawapan balas pada 21 Julai lalu terhadap tindakan saman yang dikemukakan Kit Siang.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bertegas tidak akan meminta maaf kepada Kit Siang selepas mengaitkan pemimpin DAP itu dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Tambah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Kit Siang hanya bermimpi sekiranya menunggu ucapan mohon maaf daripada beliau.

Annuar bertegas, Kit Siang yang sepatutnya meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini.

“Dia berangan-angan bahawa saya akan memohon maaf atas kenyataan saya yang merupakan fakta yang terdapat dalam pelbagai tulisan, hansard Parlimen dan rekod keselamatan.

“Saya tidak perlu memohon maaf kepada Tan Sri Lim Kit Siang dan malah beliaulah yang perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala ungkapannya yang sering menyinggung perasaan dan sentimen orang Melayu dan kaum bumiputera. Apakah beliau bermimpi?” soal Annuar.

Dalam kenyataan hari ini, Annuar mengalu-alukan tindakan saman yang diambil bekas Setiausaha Agung dan Pengerusi DAP itu.

Pada Sabtu lalu, Kit Siang telah mengarahkan peguamnya meneruskan saman fitnah terhadap Annuar.

Beliau turut mengarahkan peguam supaya tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada bekas Ahli Parlimen Ketereh berkenaan sebaliknya meminta pembayaran ganti rugi.

Kit Siang memberi amaran untuk menyaman Annuar sejak 9 Julai lalu setelah mendakwa dirinya terlibat dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebelum ini berulangkali menafikan terlibat dalam tragedi berdarah tersebut.

TRAJEDI MEI13

AKAN TERUS JADI

SENJATA

AMIN

POLITIKUS MELAYU

POLITIKUS CHINA

AKAN GUNAKAN

MEI13 UNTUK

PANCING UNDI

AMIN

SELAGI EKONOMI

BERAT SEBELAH

KESAH MEI13

AKAN TERUS SEGAR

KHALAS

BELAJAR BUAT BOM DARI INTERNET


Kes Siti Kasim: Suspek dipercayai pelajari cara buat bom di internet

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan suspek yang memasang dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim Jumaat lepas mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi Internet.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata andaian itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan sebelum ini terhadap suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuat restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas yang mengaku mempelajari pembuatan IED di Internet.

“PDRM masih menjalankan siasatan motif pemasangan IED (pada kenderaan Siti Kasim) itu, bila bahan itu dipasang dan siapa suspek yang terlibat kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari tempat kejadian bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab meletakkan bahan letupan berkenaan di bawah kenderaan Siti Kasim.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan setakat ini sembilan saksi dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada Jumaat lepas Siti Kasim membuat laporan polis berhubung penemuan dua botol plastik menyerupai bahan letupan yang diletakkan di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial itu.

Siti Kasim menyedari objek tersebut ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta di Jalan Maarof, kira-kira 12 tengah hari. – Bernama, 24 Julai, 2023.

INTERNET ADA

PELBAGI ILMU

AMIN

SEPERTI SEMUA

PEKARA DALAM

DUNIA INI

TERBAGI DUA

AMIN

ADA ILMU BAWA

KEBAIKKAN

AMIN

ADA ILMU BAWA

KEJAHATAN

AMIN

PILIHLAH ILMU

YANG BAWA 

KEBAJIKAN PADA

UMAT MANUSIA

AMIN

KHALAS