Selasa, 8 Oktober 2024
AHAD CUTI - JUMAAT CUTI ?
PERTUKARAN
HARI CUTI DI JOHOR:
JUMAAT BEKERJA
DAN AHAD CUTI REHAT
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu di Johor bukan sekadar cuti biasa.
Ia ada makna dari segi sejarah dan budaya Johor.
Johor adalah sebuah negeri Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu dari kumpulan Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu.Sama seperti negeri-negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah.
Di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ini, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ini adalah negeri yang paling kurang pengaruh jajahan Inggeris yang mengenakan pengaruh budaya ke atas tanah jajahannya seperti negeri-negeri Selat: Melaka dan Pulau Pinang serta negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang kesemua negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini dipaksa cuti ikut kehendak penjajah Inggeris iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
Jadi perubahan yang akan berlaku di Johor ini dalam soal hari cuti hujung minggu ini mempunyai makna yang tersendiri iaitu melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor itu sendiri.
Johor dirahmati Allah dengan segala kemajuaan duniawi dari segi kebendaan dan material berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia walaupun cuti hujung minggunya selama ini adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam budaya Islam.Di Johor adalah antara negeri yang paling banyak mesjid.Hari Jummat punya pengertian yang besar bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor.Rakyat Johor yang bukan Islam menerima hakikat budaya dan sejarah politik Johor mengapa hari Jumaat adalah hari cuti di Johor.
Perubahan untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja dan hari Ahad sebagai hari cuti di Johor pernah berlaku beberapa tahun yang lalu Tetapi perubahan itu tidak bertahan lama kerana rakyat Islam di Johor tidak menyokongnnya.
Jadi pada pandangan saya, walaupun sebagai rakyat biasa, sebagai seorang ahli parlimen biasa dari negeri Johor saya tidak boleh berbuat apa-apa.Tetapi saya masih ada satu hak untuk bersuara.Hak itu tidak boleh ditekan dan dirampas dari saya.
Dengan rendah hati saya selaku anak jati Johor seorang anak Melayu berbudaya Melayu dan beragama Islam yang menghormati sejarah dan budaya Johor maka izinkan saya menzahirkan rasa tidak bersetuju saya dengan perintah yang dibuat oleh raja pemerintah negeri Johor ini yang ingin menukar hari Jumaat menjadi hari bekerja dengan menggantikan hari Ahad seperti yang dikehendaki penjajah Inggeris selama ini sebagai hari cuti.
Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Isnin 07 Oktober 2024
TAMRIN BERTANYA
DI MANA MEREKA ?
Isnin - 07/10/24
1. Tentu pehak Imegresen TIDAK SETUJU malah ada yang marah jika di katakan Jabatan imegresen AMAT LEMAH malah mungkin ada pegawai - pegawai nya sudah di beli oleh agen - agen tertentu atau dalam kata mudah , RASUAH
2. Pegawai - pegawai tersebut menggunakan berbagai cara atau taktik bagi mengelakan diri dari di hidu dan di tangkap Pegawai - pegawai dari SPRM atau Polis
3. Malangnya pula ada pegawai - pegawai dari Jabatan tersebut pun makan sama
4. Ini yang di katakan :
HARAPKAN
PEGAR
PEGAR
MAKAN PADI
5. Di hujung minggu dan hari cuti umum terutama di beberapa lokasi
di Kuala Lumpur ramai orang Bangla yang berniaga ; di sekitar KLCC sebagai contoh mereka berhimpun seolah - oleh Negara ini sudah di kuasai mereka
6. Di Pasar Selayang Pendatang boleh berbuat apa saja sehingga di satu ketika dulu Pendatang ini MENUNTUT Kemerdekaan sendiri
7. Pehak Berkuasa seperti Imegeresen , Polis dan Majlis Bandaran dan DBKL bertindak seperti :
MELEPASKAN
BATUK
DI TANGGA
mereka TIDAK BERSUNGGUH - SUNGUH , malah ada yang gilakan publisti murah samada melalui rakaman TV dan ada yang sudah disogok
8. Tidak lama selepas operasi , perkara sama akan berulang
9. Di Singapura , di Australia dan di England sebagai contoh , BUKAN SENANG hendak masuk ke Negara tersebut , apatah lagi HENDAK BEKERJA DAN BERNIAGA
10. Di Taman Connaught , Cheras pula ia di penuhi oleh mereka dari Afrika , buka Bar dan Kelab Malam
11. Isu yang PALING SERIUS ialah kira - kira 1.2 juta rakyat China yang masuk ke Negara ini sebagai Pelancung tapi sehingga hari ini mereka 'HILANG' ; Imigresen
'TIDAK' DAPAT MENGESAN' mereka ? - ini namanya
PELIK BIN AJAIB kerana Imigresen yang mengeluarkan Visa kepada mereka
12. Keadaan bertambah rumit lagi dengan ribuan kemasukan mereka atas konsep MM2H , mereka di beri beberapa kemudahan dan kelongaran Khas sepert Cukai dan lain - lain lagi asalkan mereka membeli unit perumahan di beberapa Kawasan tertentu seperti di Forest City , Johor Bahru ; saya TIDAK MENUDUH tapi ingin tahu apa keistimewan projek tersebut sehingga Kerajaan Tatakelola SANGGUP memberi keistimewan kepada pembeli Forest City terutama dari China , Singapura , Hong Kong dan Indonesia
13. Apakah ini merupakan Projek Istimewa Kerajaan Tatakelola sehingga SANGGUP menjadikan Agong kita semacam peminta sedekah dengan MENGHANTAR beliau
yang kebetulan dari Johor juga MELOBI BANTUAN KEWANGAN CHINA untuk projek High - speed Train ( HST ) dari Kuala Lumpur ke Singapura TAPI MISTI melalui Forest City
14. Sepatut nya dari segi Protokol Menteri Luar atau dan salahseorang Timbalan Perdana Menteri ikut sama sebagai Menteri Pengiring BUKAN HANYA menghantar Anthony Loke , Menteri Pengangkutan dan Nga Koh Meng , Menteri Perumahan walaupun Agong ini punyai darah Cina dan Inggris
15. Walaupun ramai Bangsa Johor menggangap Agong , yang kebetulan dari Johor juga mempunyai kepentingan peribadi dalam Forest City ini , saya yakin beliau seorang yang berpelajaran tinggi tambah pula telah BERSUMPAH dengan nama ALLAH AKAN memerintah secara Adil dan Mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang Negara TIDAK AKAN membenarkan diri nya di perguna oleh sesiapa pun
16. Mulut Ahli - Ahli Parilmen seolah - olah TERKUNCI
17. Dr. Akmal , Ketua Pemuda UMNO dan Wan Faisal , Ketua Pemuda BERSATU boleh bersuara dan mengarahkan setiap Pemuda Bahagian dan Cawangan BERTINDAK sehingga mereka di usir keluar dari Negara ini
18. Ahli Kabinet JIKA bercakap pun terpaksa berhati - hati kerana ini MENYENTUH rakan setia mereka , DAP
19. PMX TERPAKSA IKUT RENTAK DAP JIKA MAHU KEKALKAN JAWATAN NYA WALAUPUN MENGGADAI BANGSA SENDIRI
Wassalam
Terima Kasih
DAPUR INDONESIA
Indonesia lancar program makanan percuma tahun depan
JAKARTA: Indonesia akan melancarkan ribuan dapur di seluruh negara bermula tahun depan susulan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Presiden, Prabowo Subianto melaksanakan program makanan percuma berjumlah berbilion dolar, kata ketua agensi yang mengendalikan inisiatif itu hari ini.
Prabowo akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang baharu pada 20 Oktober ini.
Dalam fasa pertama pelan ini, makanan akan diberikan kepada sekitar 20 juta pelajar mulai Januari dengan kos sebanyak 71 trilion rupiah (RM20.61 bilion).
Apabila program makanan percuma ini diadakan dalam kapasiti penuh, ia secara tidak langsung dapat menamatkan masalah kekurangan zat makanan di negara itu yang setakat ini mencapai 83 juta penerima, termasuk ibu hamil serta menelan kos sekitar AS$28 bilion (RM127.12 bilion) setiap tahun.
Ketua agensi pemakanan nasional, Dadan Hindayana memberitahu sebuah forum pelaburan bahawa sekurang-kurangnya 5,000 dapur yang dipanggil 'unit perkhidmatan', akan ditubuhkan tahun depan, sebelum meningkat kepada 30,000 unit menjelang tahun 2027.
"Unit ini bukan sahaja akan beroperasi sebagai dapur tetapi juga akan berperanan sebagai pembeli bagi produk pertanian tempatan," kata Dadan, sambil menambah bahawa unit-unit itu akan memberikan lebih sejuta pekerjaan baharu.
Menurut pengiraan Reuters berdasarkan data agensi dan mengambil kira enam hari seminggu, jumlah keseluruhan makanan yang dianggarkan di bawah program ini untuk tahun depan adalah sebanyak 312,000 tan beras, 546,000 tan daging ayam atau 4.68 bilion biji telur, 936 juta liter susu dan 546,000 metrik tan sayur-sayuran.
Dadan berkata, satu dapur yang akan memberikan perkhidmatan kepada 3,000 kanak-kanak akan mempunyai penggunaan harian sebanyak 200kg beras, 350kg daging ayam atau 3,000 biji telur, 600 liter susu dan 350kg sayur-sayuran.
Agensi pemakanan akan mengutamakan pengambilan makanan daripada petani tempatan dan juga akan menyesuaikan menu berdasarkan ketersediaan, kata Dadan. - REUTERS
WOIT
KITA DI KL
ADA DAPUR
JALANAN
SETIAP PETANG
AHAD
AMIN
INDONESIA ADA
MAKAN PERCUMA
UNTUK SELURUH
RAKYAT
AMIN
INI SAH KERAJAAN
RAKYAT
AMIN
KITA HARAPKAN
PROJEK INI
BERJAYA AGAR
BANYAK NEGARA
AKAN IKUT SAMA
AMIN
KHALAS
PERANG DI TERUSKAN !!!
PERANG
DI TERUSKAN !!!
AMIN
Unknown commented on
"BERSEDIA PERANG
SETAHUN LAGI !!!"
kalau israel guna senjata nuklear, segala-galanya akan selesai dalam 30 minit. Dengan kau sekali. Kah kah kah!
Unknown commented on
"SELAMAT PAGI"
kata israel dah kalah, tenteranya cabut lari. bagaimana pula mereka boleh mengebom lubnan? gua cuntfuse. siapa yang berbohong ? Kah kah kah!
nknown commented on
"BANGUN DAN LAWAN"
ayuh angkat senjata dan lawan israel di gaza. mari beramai-ramai ke gaza. Kah kah kah!
SABH SARAWAK MERDEKA !!!
Jangan pandang mudah perbuatan turunkan Jalur Gemilang, kerajaan digesa bertegas
KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa bertindak pantas dan tegas terhadap mana-mana pihak yang berkempen dan berusaha bagi mempromosi gerakan mendesak Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi sedemikian tidak boleh diambil mudah meskipun sesetengah pihak berpendapat gerakan tersebut tidak serius atau agak mustahil untuk berlaku.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, walaupun kumpulan pendesak itu tidak bertapak di negara ini, namun doktrin tersebut pastinya ditanam oleh rakyat Malaysia sendiri atau yang mempunyai hubung kait dengan negara ini.
Menurut beliau, perbuatan sekumpulan individu yang menurunkan Jalur Gemilang untuk digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak yang berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lalu seperti yang tular di media sosial sangat membimbangkan.
Tindakan ini, tegas beliau boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia yang hidup harmoni antara satu sama lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Insiden provokasi yang kononnya sebagai simbolik penamatan ‘penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu serta usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah republik boleh mencetuskan ketidakselesaan dan keharmonian antara rakyat di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan juga Sarawak.
“Ini bukanlah kali pertama gerakan dan desakan seumpama ini berlaku.
“Oleh itu, saya bimbang semakin lambat tindakan tegas diambil, kesalahan ini mampu meluaskan pengaruh pemikiran bahawa Sabah dan Sarawak ini dijajah oleh Semenanjung seterusnya membawa kepada desakan untuk keluar dari Persekutuan Malaysia,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau semalam.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, rakyat kini menunggu hasil siasatan insiden tersebut yang dijalankan polis mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ujar beliau, kerajaan harus segera dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap kejadian itu seperti yang dilakukan terhadap kumpulan Al-Maunah yang didakwa kerana menentang Yang di-Pertuan Agong.
“Saya sekali lagi berharap agar perhatian serius diberi terhadap isu ini bagi menghilangkan kegusaran rakyat terhadap isu ini,” katanya. –
WOIT
INI BUKAN
PROVOKASI
INI NIAT NAK
MERDEKA
AMIN
SALAH SATU SEBAB
SABAH SARAWAK
NAK MERDEKA
IALAH MEREKA
TAK SUKA DASAR
PARTI ISLAM PAS
AMIN
HIDUP MEREKA
DIGANGGU
AMIN
PAKAIAN MAKANAN
MEREKA DI HINA
AMIN
HADI PERNAH
LARANG CAWAT
DI PAKAI WALHAL
PAKAI CAWAT ADALAH
PAKAIAN ASLI
WARGA SABAH
WARGA SARAWAK
AMIN
KHALAS
KERAJAAN PALING ROSAK DALAM SEJARAH
KERAJAAN
PALING ROSAK
DALAM SEJARAH
AMIN
Unknown commented on
"RASUAH DISERATA PELUSUK"
kabel ini mmg serata pelusuk mengguna pakai kaedah yang sama.. orang yang dikenali lebih atau direkomendasi oleh orang yang dikenali lebih mudah dapat dari orang yang tidak dikenali. tak kira dalam apa jua situasi. merit akan dilihat perkara kedua terpenting.
contoh kita boleh lihat bagaimana nuar melantik menteri2 bodoh dalam kerajaan..hasilnya kita dapat kerajaan yang paling rosak dalam sejarah malaysia... semoga para rakyat dan pengundi sedar bahaya dan memilih untuk melawan.. amin
BILA NAK DAKWA KES RASUAH ZAHID
BILA NAK
DAKWA KES
RASUAH ZAHID
AMIN
Unknown commented on
"ZAHID ADA 47 KES -
KEMPEN RASUAH GAGAL"
Bukan cerita baru, sudah lama ada begitu, lagi banyak lagi cemerlang, lagi hebat pendekar, sama saja dengan kroni yang menjaga kantung duit politik, setiap projek ada komisen, setiap anugerah ada bahagian, inilah cara orang politik bergerak, mesti ada penjaga duit tunai, siapa tak buat?
Semua buat sama, cuma orang bukan lagi dipercayai, lagi diyakini daripada bangsa agama sendiri, sama saja setakat borak kosong buang masa tetapi semuanya tetap berjalan seperti biasa, kalau kaunter imigresen diupah dijaga kemasukan jangan cerita bab lain buang masa kah kah kah
SENJATA NUKLEAR KOREA UTARA
Korea Utara percepat langkah jadi kuasa nuklear - Kim Jong Un
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata negaranya akan mempercepatkan langkah untuk menjadi kuasa ketenteraan dengan senjata nuklear dan tidak akan menolak untuk menggunakannya jika musuh menyerang, lapor media negara KCNA.
Jong Un berkata demikian ketika membuat ucapan di universiti yang dimiliki sepenuhnya oleh KCNA.
Beliau berkata, pihaknya tidak ada niat untuk menyerang Korea Selatan, namun tidak menolak sebarang kemungkinan jika musuh menggunakan kekerasan terhadap Korea Utara.
"Jika musuh cuba menggunakan kekerasan terhadap negara kita, tentera Korea Utara akan menggunakan semua tindak agresif tanpa ragu, dan tidak menolak kemungkinan penggunaan senjata nuklear," katanya.
Menurut KCNA, Jong Un turut menyeru pengukuhan pertahanan Korea Utara secara menyeluruh.
Beliau juga menghantar mesej hari jadi kepada Presiden Russia, Vladimir Putin.
Jong Un yang menggelar Putin sebagai sahabat terdekatnya, berkata hubungan strategik dan kerjasama antara kedua-dua negara akan ditingkatkan ke tahap baru, untuk bekerja dalam mempertahankan keamanan serantau dan global serta keadilan antarabangsa.
KOREA SELATAN
JUGA AKAN
ADA SENJATA
NUKLEAR
AMIN
LEPAS ITU JEPUN
VIETNAM SIAM
INDONESIA
JENG JENG JENG
MALAYSIA ??
JENG JENG JENG
KHALAS
KEBENARAN MANGSA PERANG PERTAMA
MANGSA PERANG
PERTAMA IALAH
KEBENARAN
AMIN
Unknown commented on
"20,800 SOLDADU
UKRAINE TEWAS"
betapa manusia saekor dua yang gila habis orang lain jadi mangsa dunia rosak ekonomi merosot harga barang terganggu jadi mahal menyusahkan lagi orang yang sedia susah.
kepada saekor dua tuan presiden yang gila nak berperang, gwa sedang aminkan doa ini: semoga peluru berpandu sampai ke bilik tidur ketika tuan sedang nyenyak tidur!
Unknown commented on
"20,800 SOLDADU
UKRAINE TEWAS"
Ini cerita perang macam susah nak percaya kah kah kah terlalu perang sampai tak habis peluru dana logistik macam cerita CNN, inilah susah percaya ulang tayang setiap masa sampai percaya kah kah kah dunia oh dunia
RASUAH DISERATA PELUSUK
RASUAH DISERATA
PELUSUK
AMIN
Unknown commented on
"RASUAH PEGAWAI IMIGRISEN"
Semua tempat sama saja, bukan saja imigresen, PBT lagi hebat, penjaja atas jalan , masuk meja dibiarkan, parking sekejap akan disaman ditarik ditolak, tegas amat penguatkuasaan undang-undang kepada yang tidak berbayar, yang bagi sedekah senyuman sampai ke telinga kah kah kah, bukan baru bukan baru sedar dah lama,
sebahagian hidup dengan rasuah duit haram, pun demi menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dibiarkan semata-mata kah kah kah,.mana satu tempat bersih suci murni woit, nak pergi sucikanlah dirimu pun pakai kabel kuota tiket syurga tertentu hampeh sungguh kah kah kah
SELAMAT PAGI
SELAMAT PAGI
SELASA 8 OKTOBER 2024
BERITA PERANG
MASIH DI BACA
LEBANON DI SERANG
GAZA DI BOM
MALAM TADI
KAMI BUAT RAPAT
DEWAN PENUH
TAPI UNTUK GUA
MASIH PERLU KE JALAN RAYA
MAKA
JUMAAT DAN SABTU
KITA KE JALAN RAYA
11 DAN 12 OKTOBER
KITA KE JALAN RAYA
UNTUK SEBARIS
DENGAN WARGA DUNIA
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
TERKUKUR BERLAGU
HA HA
SAEKOR KENG KENG MELINTAS
DI SEBELAH POK ARA
SUARA KUAT SEKALI
CREEP CREEP CREEP
BURUNG KECIL BERSUARA BESAR
HARI INI
AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SANTAI SEJUK
AMIN
BRO
LAKUKAN
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)