Rabu, 12 Julai 2017

SAUDI SEKUTU ZIONIS



PECAH TEMBELANG

KELUARGA SAUD

SEKUTU ISRAEL


ARAB GUNA KEPALA LUTUT





TOK ARAB GUNA

Amerika berperang semacam bermain catur ulur askar mengunakan kepala hotak .. ulur bukan sebarang ulur .. ulur yang membawa kekayaan dan kemajuan negara. Lagi lama perang lagi banyak masyuk. Pak Arab perang guna kepala lutut .. macam main dam .. bila ulur.. mau tak mau kena makan dan di makan. 


KEPALA LUTUT

Arab perang untuk menegakan fahaman mahzabnya .. yang membantainya dari belakang adalah bangsanye seigama sendiri. Akhirnya setelah berbelas, beratus dan beribu tahun perang, mereka tetap macam itu. Bila dah penat mereka tuduh angkara Sang Yahudi. Tu lah gwa ingat ada baik jadi Melayu .. bila perang je LARI. on AMERIKA MENERUSKAN PERANG
panglimo potaseh
on 7/12/17



WAJIB ADA

bro..gua susah nak faham apa yg lu carut kan ni..yg penting bg gua hanya la dua kalimah syadah, solat, jaga mata, jaga nafsu batin, zakat, berzakar..tapi nafsu kete, nafsu ferrari itu keperluan idup bro..kalo ada nafsu rm90juta lagi berhukum wajib..



KETE FERARI

gua susah nak faham tulisan lu..lebih baik gua baca quran hadis, takda la susah2 nak memikiorkan semua hal duniawi ni..ini saparti amerika jual senjta kpd saudi, kemudian saudi boikot qatar, kemudian qatar sain MOU terrorist strategi dn amerika kemudian amerika kata akan jumpa saudi utk bincang..susah tul nak fikir..


DUIT 90 JUTA

mudahnya jd islam bila ustaz anti amerika tapi makan Mcdonald..mCd halal jakim bro..err siapa serang yemen? sunnah ke syiah ke atau apa2...malayxia cukup bertuah kerana mbantu.. on AMERIKA MENERUSKAN PERANG
Anonymous
on 7/12/17






----------------

YA ASTAAD





YA ASTAAD 

ckp senang ustaz oi .. hbis ustaz nk bg die org mkn kLau die org brenti keje? ustaz mcmane puLe ngn duit kertas yg kite gune skg .. nape boLehkan puLe? nape kite xgunekan mas n perak? on Alang-alang Masuk Neraka, Biar Sampai Neraka 
JAHANAM! (RIBA)
- Ustaz Ahm...
Publish | Delete | Spam
noname
on 7/12/17





-------------------

TAHAN PASPOT KE SYURGA









TAHAN PASPOT 

Pelukis ini boleh didakwa atas akta hasutan kerana lukisan ini menggambarkan bahawa Rosmah hanya tahu menggunakan cincin, mana rantai, beg birkin dan kasut mahal beliau...mmg menghina, errr yg pakai serban dan perisai warna hijau tu sapa ek....


KE SYURGA 

kalau tu digambarkan sebagai hj hardy, sekali lagi menghina tapi menghina ularmak....lagi besar dosanya, tak kira ulama kluk klak asalkan ularmak, passport ke syurga boleh ditahan on SATU KERJA SENI KLASIK
Publish | Delete | Spam
Hamzah Jamain
at 3:51 PM




--------------------

SIAPA DATANG MENYERANG?







PEMBACA

TAK FAHAM

SIAPA NAK

SERANG?

PERTAHAN 

KERANA APA?



Pertahan Ahli Sunnah Wal Jamaah
ALOR SETAR – Himpunan umat dan munajat perdana bersama ulama-ulama pondok negeri Kedah sebagai menyokong Mufti Kedah,  Tuan Haji  Syeikh Mohamad Baderuddin Ahmad terpaksa ditangguhkan atas nasihat pihak Istana Anak Bukit, semalam.

Program anjuran Majlis Gabungan Pertubuhan Sunni Kedah itu bagaimanapun diteruskan dengan perjumpaan ringkas sebagai menghargai lebih 500 umat Islam yang berkumpul di Masjid Jamek Al Shahab, Kepala Batas, di sini, dengan menunaikan solat hajat dan zikir munajat.

Difahamkan, tujuan perhimpunan itu diadakan adalah untuk menyatakan pendirian bahawa umat Islam mula diserang di segenap penjuru sebagai usaha merosakkan akidah umat, merosakkan pegangan Imam Syafie dan tasawuf.

Pemerhatian Sinar Harian mendapati orang ramai mula memenuhi pekarangan masjid berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi walaupun keadaan cuaca kelihatan sedikit mendung.

Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat ratusan umat Islam tanpa mengira jantina, peringkat umur dan pangkat untuk sama-sama berkumpul di dalam masjid berkenaan menyatakan sokongan kepada Mufti Kedah dalam usaha mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Sunni Kedah, Tuan Haji Mukhtar Ahmad berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai usaha bersama untuk memperkukuhkan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menyatakan sokongan kepada kepimpinan Mufti Kedah.

ADAKAH DOJ

MENYERANG

USA SERANG

TRUMP KE?

SIAPA SAPA?

CAKAP CAKAP

CISS MATLOHE

MAT LEKOK?

ATAU 

MAT YAKOB

MAT WAHOB

MAT WAHIB

MAT WAHAB

MUSUH TIDAK

JELAS 

KAH KAH KAH



---------------

SATU KERJA SENI KLASIK









KLASIK
SATU LAGI CONTOH
KERJA SENI KLASIK
BINGKAI DAN ISI
SEPAKTA HATI


PERANAN HADI

 KAH KAH KAH

PUNAHSEHAT

NAJIB

KAH KAH KAH

NOTA
siapa kenal
pelukis ini?






-------------------------

LAGI SATU KONSPIRASI









APAKAH INI

JUGA

RANCANGAN

JAHAT DOJ

TENDANG

NAJIB

Perancis sekat minyak sawit, Malaysia ugut balas

 | July 11, 2017
Ia selepas langkah Kesatuan Eropah mengehadkan pembelian minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia.





KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin mengkaji semula perdagangannya dengan Perancis termasuk mengurangkan import produk Perancis berikutan langkah negara itu mengehadkan penggunaan minyak sawit dalam bahan api bio.

Khamis lalu, Perancis berkata ia akan mengambil langkah untuk menyekat penggunaan minyak kelapa sawit dalam pengeluaran bahan api bio dalam usaha untuk mengurangkan pembasmian hutan di Malaysia.


SAJE TANYA

KERANA 

BANYAK

PEKARA JADI

SEMUA 

BERBENTUK

TIBAI NAJIB






---------------

AMERIKA MENERUSKAN PERANG





PERANG SERANG
 MENYERANG

Ketika  saya menggarap tulisan ini Perang Iraq masih berterusan. Warga Iraq yang telah gugur berjumlah 1,455,590. Jumlah soldadu Amerika yang gugur dalam Perang Iraq ialah 4,802. Jumlah soldadu sekutu Amerika yang tewas dalam Perang Afghanistan ialah 3,487.

Ini belum diambil kira yang cedera parah. Yang putus tangan dan kaki. Yang cedera  saraf. Yang cedera jiwa. Yang terus merana gila akibat dadah.

Jumlah perbelanjaan perang di Irag dan Afghanistan ialah $1,772,537,275,740 dolar.  Ini belum diambil kira perbelanjaan perang di Syria.

Selesai sahaja saya menggarap tulisan ini jumlah  kos perbelanjan tentera akan terus meningkat.

Mengikut kajian pemenang Hadiah Nobel Ekonomi Joseph E Stiglitz dan pensyarah ekonomi  Linda J. Bilmes dari Jabatan Ekonomi Havard  Universiti setiap minit jumlah belanja perang di Iraq akan bertambah  500,000  dolar. Ertinya perang Iraq memakan belanja  720 juta dolar sehari.

Jumlah dana yang digunakan sehari dalam Perang Iraq boleh  mendirikan rumah untuk 6,500 keluarga Amerika atau memberi khidmat perubatan percuma kepada 423,529 kanak-kanak Amerika. Atau  memberi tenaga leterik percuma  kepada 1.27 juta rumah di Amerika. Data  ini dilaporkan oleh  akhbar Washington Post pada 22 September 2007.

Ini laporan satu dekad dahulu. Kini Perang Iraq dan Perang Afghanistan  telah berjalan selama 16 tahun. Pasti jumlah angka bertambah.  Ini adalah perang yang paling lama untuk Amerika. Tarikh tamat masih belum dapat dilihat.

Lalu timbul persoalan hakiki. Apakah para pemimpin politik di Amerika tidak menyedari hal ini? Apakah para intelektual Amerika tidak tahu pekara ini?

Apakah rakyat Amerika tidak sedar tentang hal ini?

Kes Amerika ini ada persamaan dengan apa yang kita hadapi di Malaysia sekarang.  Sama saperti kes Najib mencuri duit dari 1MDB. Sama saperti Rosmah merembat duit 1MDB untuk membeli intan berlian. Sama saperti kes anak Rosmah merembat duit 1MDB untuk membuat filem di Hollywood.

Rakyat Malaysia dibutakan. Rakyat Amerika juga menjadi kabur tidak dapat melihat apa sebenarnya sedang berlaku.

Pada ketika ini ada persekongkolan antara lembaga-lembaga daulah yang dapat menutup kes perang di Iraq, di Afghanistan dan di Syria. Ini sama saperti  Najib dan Rosmah berjaya menjadi kebal kerana PDRM, Peguam Negara, Hakim Negara, SPRM dan pemilik media - semuanya lantikan dari pilihan Najib dan Rosmah. 

Yang berbeza antara Amerika dan Malaysia hanya jumlah dana yang dirembat. Amerika ialah sebuah empire memiliki kepentingan diseluruh dunia. Manakala Malaysia hanya memiliki kepentingan di Sabah dan Sarawak.  Skalanya agak berbeza tapi pendekatan adalah sama.

Bohong, tipu, putar dan bohong lagi.

Dari lojik akal pasti warga Amerika, ahli Dewan Kongres dan Dewan Senat akan bersuara untuk mempersoalkan  atau sekurang-kurannya bertanya akan hal perang yang berlanjutan ini. Ini tidak berlaku.

Apa yang berlaku ialah disebaliknya. Hakikatnya warga Amerika telah berjaya dikaburkan mata mereka. Dibantutkan fikrah mereka.Mata telah juling dan dedak telah bertaburan masuk.

Untuk memahami apa yang sedang berlaku di Amerika dan dunia kita hari ini kita wajib kembali melihat Ledakan 9/11. Tidak dapat tidak ini adalah permulaaan garis politk baru di Amerika. Ledakan 9/11 adalah tangga patukan perubahan politik dunia.

Ini bukan bermakna sebelum 9/11 Amerika ini syumul dan suci. Apa yang berlaku sesudah 9/11 ialah perubahan dasar  - satu dasar baru untuk Amerika melihat dunia.

Sesudah selesai Perang Dingin. Satelah runtuhnya kuasa Soviet Rusia pada tahun 1991 satu dunia baru seharusnya muncul. Bahaya perang dari Perang Dingin telah diketepikan. 

Segala dana - dolar, ruble, riyal dan ringgit - bujet Perang Dingin -  seharusnya digunakan untuk kebajikan umat manusia. Berbilion-bilon dolar dapat diselamatkan dari bujet pertahahan akan membawa masa depan yang menjanjikan bukan sahaja untuk warga Amerika tetapi untuk umat manusia.

Para demokrat dari semua negara bangsa  pada ketika itu mengharapkan tamadun manusia ,  demokrasi dan hak asasi manusia sejagat akan dinobatkan.

Ini tidak berlaku. Harapan tinggal harapan.  Kenapa ini tidak berlaku?

Yang sampai ialah Ledakan 9/11.

Harus diakui bahawa Ledakan 9/11 adalah projek yang diatur dan disusun oleh daulah terpendam/deep state. Deep state Amerika ini  bertanggung jawab menjalan projek  meledakan bangunan WTC di New York. 

Tujun ledakan ini ialah untuk menarik pandangan rakyat  Amerika bahawa Amerika dalam bahaya. Justeru jika dalam bahaya maka rakyat Amerika wajib bersedia untuk berperang. Ini dipanggil projek mengolah persetujuan.

Dibelakang projek Ledakan 9/11 ini adalah kumpulan pimikir Neocon yang memberi nasehat kepada Presiden Bush.

Manakala dibelakang Neocon ini ialah Komplek Industri Persenjataan (KIP). Lembaga KIP ini adalah kumpulan syarikat gergasi yang membuat senjata pelbagai bentuk dan genre. Pelbagai jenis senjata - kecil dan besar - dari roket ke jarum - akan direka, akan dibuat untuk memusnahkan musuh. 

Industri senjata adalah industri paling menguntungkan untuk ekonomi Amerika. Senjata ini  bukan hanya untuk soldadu  Amerika tetapi untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

Contoh paling  akhir yang kita baca  ialah Saudi Arabia membeli senjata   berjumlah 110 bilion dolar. Pejanjian jual beli ini baru sahaja dibuat ketika Trump selamat bertawaf di Saudi sebelum bulan puasa.

Ketika perang dingin berjalan musuh Amerika ialah  blok sosialis dari Rusia/USSR.  China Merah, Vietnam, Cuba dan Korea Utara pada ketika itu dianggap   sebagai musuh sampingan.

Ketika Perang Dingin berjalan industri senjata bergerak rancak. Ada sahaja senjata baru direka untuk menandingi senjata buatan Rusia. Justeru apabila Perang Digin tamat maka KIP menjadi kendur.

Hakikatnya KIP memerlukan perang. Tanpa perang senjata tidak dibuat. Perang memerlukan musuh. Maka musuh terus dicipta.

Apabila blok sosialis  Rusia  tidak lagi  wujud sebagai musuh maka KIP wajib menimbulkan dan mencipta  musuh baru. Kali ini musuh ialah Aran dan Islam. 

Arab dan pelbagai jenis anak didik Amerika telah sedia wujud terlatih dari perang di Afghanistan yang bermula pada tahun 80’an. Osama ben Ladin seorang Arab adalah boneka yang dieram dan menetas dalam reban  CIA.

Dunia mengetahui bahawa 19 orang yang terlibat dalam ledakan WTC adalah Arab  dan majoriti  adalah warga  Saudi Arabia. Dunia juga megetahui bahawa mereka ini diatur, dilatih  dan dididik oleh CIA.

Para Arab yang dididik oleh CIA ini telah meledakan WTC. Amerika terperanjat. Warga Amerika marah. Ketika marah ini warga Amerika telah menelan laporan media yang berjaya mengolah persetujuan. Media  telah diyakinkan bahawa Amerika   dalam  bahaya.  Islam dan  Arab adalah musuh baru mereka.

Sesudah musuh baru ini dibukti wujud maka Rumah Puteh diyakinkan oleh para pemikir Neocon bahawa jangan sesekali dibenarkan mana mana negara memiliki keupayaan untuk bersaing atau berupaya menandingi  kekuatan militer dan ekonomi Amerika. 

Dasar inilah yang dijadikan pedoman oleh  Rumah Puteh dari Bush, Clinton hingga ke Obama. Dasar ini lahir dari pemikiran  kumpulan Neocon. Ini ialah satu kumpulan pemikir yang bersubahat dan bekerja rapat dengan gerakan Zionis Antarabangsa.

Mengikut dasar ini - semua negara dalam dunia wajib menggunakan dasar, cara dan pendekatan sosio-ekonomi kapitalis  saperti mana yang sedang  digunakan di  Amerika.

Hegemoni Amerika tidak boleh dicabar. Kuasa mutlak - kuasa tentera dan kuasa ekonomi Amerika tidak boleh dipersoalkan. Hakikatnya  warga dunia  dan setiap negara bangsa wajib menyembah  Rumah Puteh. Ini adalah kurun baru untuk Empire Amerika. 

Semua ini adalah  stratiji dan projek  yang diajukan oleh kumpulan Neocon yang bersarang di Washingtion DC. Sosok-sosok Neocon ini berkumpul sebagai badan pemikir, pemberi nasehat, pengamal media, pemilik media atau pelobi di Washington DC. 

Neocon ini memiliki pengaruh yang maha luas. Ini kerana dibelakang mereka ialah KIP. Industri senjata memberi dana kepada NGO dan lembaga pemikir ini untuk memastikan dasar baru ini akan diguna pakai.

Bersama kumpulan Neocon ini ialah pelobi yang ditaja oleh Zionis Israel. Wujud kerjasama yang amat intim antara Neocon dan Pelobi Zionis. Kerjasama ini terjalin kerana mereka berkongsi idealoji.

Neocon pembawa mazhab kapitalis dan melihat Arab sebagai musuh. Pelobi Zionis Israel juga pendukong tegar mazhab kapitalis dan sedang berperang dengan Arab.

Ikatan kerjasama Neocon dan Pelobi Zionis ini ini sedang dibantu oleh Saudi Arabia. Kerjasama Amerika  dengan Saudi ini bukan satu yang baru. Amerika sedar dan faham bahawa tanpa  kaum kerabat Saud berkuasa di Saudi  Arabia dengan sendirinya Empire Amerika akan runtuh sama.

Jika Saudi dibawah pemimpin Arab jenis Naseer, jenis Saddam, jenis  Gaddafy atau  jenis Bahsar - bukan sahaja keluarga Saud akan lungkup. Dolar Amerika itu akan terbarai tidak laku.

Pada ketika ini kerjasama Saudi dengan Amerika adalah kerjasama dua lanun yang sokong menyokong. Mereka sedar kapal mereka sedag terumbang ambing dipukul oleh tiupan angin baru dari  Rusia , China, Iran dan Syria. 

Dolar Amerika bergantung dengan  dasar yang memaksa semua jual beli  bahan bakar petrolium  dalam dunia ini wajib menggunakan dolar. Ini menjadikan dolar Amerika relevan. Ini menjadikan negara Amerika kuat dari segi ekonomi.

Justeru kita melihat segala keganasan, segala kejahatan, segalan pencabulan hak asasi manusia,  segala jenis penindasan yang dilakukan oleh Saudi  - tidak Amerika, tidak United Kingdom , tidak Obama, tidak Trump, tidak Teresa May dan tidak ada pemimpin negara yang berani menyurakan bantahan.

Hari ini Yakjud Makjud telah sampai. Satu berpusat di Washington DC. Satu lagi berpusat di Riyadh. Hanya Iran, China, Rusia dan Hezbullah yang berani menentang  Yakjud Makjud ini. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45





------------------

MANA FUKWA FUKWI






MANA JAKIM

MENGHILANG

HAL ANJING

CEPAT BUAT

FUKWA FUKWI

HAL 1MDB 

SENYAP BISU

UMAH NAK

TAHU APA

HUKUM PERGI

HAJI DITAJA

OLEH DUIT

CURI 1MDB

SAJE TANYA

TAKUT NANTI

TAK DAPAT 

ENTOT

BIDADARI

BERMATA JELI


----------------