Sabtu, 25 Disember 2021

MEOR DALAM KENANGAN

 


MEOR

DALAM KENANGAN

AMIN


KAWAN KAWAN - KENALAN
DAN 
SESIAPA SAHAJA 
YANG BAIK HATI
YANG
INIGIN MEMBANTU 
INGIN BERSEDEKAH
APA YANG TERMAMPU
KEPADA
BALU & KELUARGA ARWAH MEOR
SILA
GUNAKAN BANK AKAUN
CIMB BANK
ROSLINDA HASHIM
70-29-42-44-61
TERIMA KASIH
AL-FATIHAH

APA MAKNANYA INI ?

 




Umno tangguh perhimpunan agung susulan banjir, kata Ahmad Maslan

UMNO menangguhkan perhimpunan agung tahunannya bagi 2021 yang dijadual berlangsung pertengahan Januari ini susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak minggu lalu, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Penangguhan itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan termasuk jawatankuasa pengurusan parti dan Majlis Kerja Tertinggi Umno, katanya.

“(Penangguhan) Ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

“Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian kerana dilanda musibah banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua 191 bahagian Umno sepatutnya mengadakan mesyuarat serentak pada 18 Disember, hari yang sama banjir melanda terutamanya di beberapa daerah di Selangor.

Ahmad bagaimanapun tidak menyebut tarikh baharu Perhimpunan Agung Umno 2021, yang sepatutnya berlangsung pada 12 hingga 15 Januari ini.

Dalam pada itu, Ahmad merakamkan dukacita Umno terhadap rakyat yang terkesan akibat bencana dan ini.

Beliau berharap jentera Umno dan Barisan Nasional serta kerajaan negeri dan pusat terus membantu mereka.

Hujan lebat yang berterusan sejak 16 dan 17 Disember menyebabkan beberapa bahagian di Lembah Klang terutamanya Shah Alam, Klang dan Hulu Langat dilanda banjir teruk, dengan air di sesetengah tempat menenggelamkan bumbung rumah.

Banjir juga melanda beberapa negeri lain antaranya Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Setakat ini sekurang-kurangnya 41 orang disahkan meninggal dunia sementara lapan lagi masih hilang. – 25 Disember, 2021.

 

APA MAKNA

BERITA INI?

AMIN

MAKNANYA

ZAHID AKAN

TERUS  JADI

PRESIDEN

AMIN

MAKNANYA

SUSAH UNTUK

SABRI 114

GANTI ZAHID

AMIN

MAKNANYA

POLITIK  

GEROMBOLAN

POLITIK BANDUAN

MAKIN MENARIK

KHALAS





OMICRON MULA MEREBAK

 


AWAS

Kes varian Omicron dijangka meningkat, kata Khairy

ADA kemungkinan besar varian Omicron sudah menular di negara ini melalui jangkitan tempatan yang dikesan di Sarawak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kemungkinan Omicron sudah berada di dalam komuniti adalah agak tinggi disebabkan kes di Sarawak ini adalah seorang yang tidak ada sejarah perjalanaan ke luar negara,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Jangkitan tempatan itu membabitkan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun.

Lelaki berkenaan telah menjalani ujian Covid-19 pada 18 Disember kerana mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember.

Sampel kes telah dihantar ke Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Univerisiti Malaysia Sarawak untuk ujian penjujukan genom, dan disahkan positif untuk varian Omicron pada 23 Disember.

Lelaki itu dimasukkan ke pusat kuarantin di  Hospital Umum Sarawak pada 20 Disember. Dua kontak rapatnya telah diberi arahan kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari.

“Kita menjangkakan kes-kes ini (Omicron) akan meningkat kerana sudah berada dalam komuniti,” kata Khairy.

Katanya, tahap serius kes membabitkan Omicron bagaimanapun masih belum dapat dipastikan walaupun beberapa kajian menunjukkan varian baharu itu tidak seteruk varian Delta.

“Epidemiologi di United Kingdom dan di Malaysia adalah berbeza, jadi apabila gelombang Omicron tiba, kita tidak tahu sama ada ini akan menyebabkan kemasukan ke hospital meningkat atau tidak,” katanya.

Kerajaan, tambah Khairy, akan mengambil langkah pencegahan termasuk meningkatkan pemberian dos penggalak.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang ingin ke luar negara mendapatkan suntikan dos penggalak terlebih dahulu, menambah selang masa suntikan dos penggalak Covid-19 akan dipendekkan, yang akan diumum minggu depan. – 25 Disember, 2021.

BERHATI HATI

AMIN

OMICRON CEPAT

MEREBAK

AMIN

KITA JAGA KITA

KHALAS

ROSMAH MANSOR & RIZAL MANSOR

 


ROSMAH MANSOR

DAN

RIZAL MANSOR

AMIN

Unknown commented on

 "RIZAL BELOT - 

ROSMAH TERSEKSA"

Saya panggil Rizal dan beritahu dia, jika dia berminat hendak jadi ahli politik dengan bertanding jadi Ketua Pemuda, bukan sahaja dia kena berhenti kerja sebaliknya juga perlu ada wang yang banyak. Dengan kerja di JPM, gaji dia memang tidak seberapa untuk masuk politik. Kah kah kah satu saja Ros cakap betul betul betul nak main politik kena ada duit money dollar,.kenapa politik perlukan duit adakah ini digelar rasuah politik atau money politik kah kah kah? 


Nak masuk politik kena banyak melabur, kena banyak menghulur kena banyak kowtim kena jaga perwakilan mengundi, begitu lah bayar duit Makan minum, duit shopping duit hotel duit Minyak duit tol duit segalanya untuk masuk jawatan, selepas berjaya dapat jawatan, apa akan buat ? 


Mestilah cari projek mesti cari lubang sedap supaya duit masuk kah kah kah, kalau jawatan Ketua Pemuda perlu duit banyak bagaimana tahap President , tahap timbalan president kah kah kah, jangan salah mereka,salah yang menerima rasuah, yang memberi terpaksa, yang menerima ini ada pilihan mahu terima atau menolak, ada paham kah atau buat buat tak paham, buat guna ayat ke berapa pulak ini ? Amin kah kah kah Selamat Hari Natal kah kah kah

JANGAN SIBUK TUHAN ORANG

 




JANGAN SIBUK

TUHAN ORANG

AMIN

Unknown commented on 

"BUDAYA KAPIR

 IKUTAN SEMUA"

Sapa cakap Kafir tak percaya Tuhan? Bodoh piang, sejak zaman jahiliyyah kafir ada Tuhan sendiri, api Majusi, matahari alam segala menjadi Tuhan mereka, itu masing-masing punya hal, tak payah sibuk bab Tuhan orang lain, masing-masing jaga Tuhan sendiri sudah, jaga diri jaga kelakuan sendiri sudah, 



tak payah sibuk jaga Tuhan orang tak payah sibuk jaga moral kote Sajat, jaga diri, cermin diri tanya diri samada diri itu dah sempurna ker? Yang nampak sekarang lagi banyak rasuah curi rompak siapa di negaraku, yang cerdik yang sekolah 3.8 pointer ke atas, yang degree yang master yang phF semuanya cukup tapi otak curi otak penyamun nak salah agama lagi ??? Kah kah kah

PETANG KRISMAS

 



 PETANG KRISMAS

KL BERJEREBU

AMIN

SABTU PETANG 25/12/ 2021

JAM 5.57 PETANG
KUALA LUMPUR
 BERJEREBU

HOKKIEN BERBAHANG
RINTIK RINTIK
HUJAN TAK JADI
UDARA BERLENGAS
AMIN



BILA ANWAR LETAK JAWATAN DAP TERBANG..OPPS SILAP

 


BILA ANWAR LETAK JAWATAN

DAP AKAN TERBANG

OPPS...SILAP

BABI AKAN TERBANG

KAH KAH KAH

Unknown commented on

 "ANWAR BUAT

 TRIK BARU"

Isham jangan mimpi! Kalau Anwar lepas jawatan PKR, matahari terbit di barat. Kalau DAP tolak Anwar, khinzir boleh terbang! Jangan mimpi, Isham


CHINA MERAH NUMBO SATU

 


CHINA MERAH

NEGARA 

TERJAHAT DALAM

DUNIA

AMIN

Unknown commented on

 "AWAS ! VIRUS WUHAN 

PROJEK BUAT DUIT 

SAMBIL KURANGKAN UMAT"

Kenapa cakap berulang ulang, manusia paling jahat ada orang kata Yahudi, kemudian ada yang kata Mamak, turutan lagi Cina Merah, entah lah betul atau tidak, tapi nampak sekali Cina Merah nombor satu dunia sekarang, bagi penyakit bagi ubat ini satu bisnes yang lumayan, sampai orang putih pun terkapai kapai kah kah kah mampooosssss

DARI KITA HEBREW

 

SALAM

KEAMANAN

AMIN

Unknown commented on 

"MASUK LOKAP 

ROCK N ROLL"

L'Chaim tuvim ul'shalom !

MENYAMBUT ROH NABI ISA

 


MENYAMBUT ROH

NABI ISA

AMIN

JANGAN HINA BADAK

 

JANGAN 

HINA BADAK

AMIN

Unknown commented on

 "ROSMAH YANG JUJUR 

DIA BUKAN KAMBING ITAM"

Kesiannya badak satu binatang suci di sama kan dgn manusia jahat lagi hina, TT ptut samakan dia dgn binatang yg haram di makan dan di sentuh.. Hehehehehe

Unknown commented on

 "ROSMAH YANG JUJUR 

DIA BUKAN KAMBING ITAM"

Dia nie heboh kate baik la, konon nak placing kambing hitam la... Bebuih mulut isteri ckp, lu bukan kambing la, lu badak... Dulu seybuk attend mesyuarat² mngalahkn menteri tu buat ape... konon dah buat kerja, pastu layak claim 'gaji' la... Skang jawab la.. datuk seri peguam, mohon sergah badak liar nie bg masuk zoo cepat²...

ROSMAH SUAMI TERSAYANG

 



ROSMAH

SUAMI TERSAYANG

KHALAS

Jigit commented on

 "ROSMAH YANG JUJUR

 DIA BUKAN KAMBING ITAM"

"Can I advise you something!".... Dengan nada suara yang menggerunkan bukan saja manusia tapi segala makhlok Allah yang lain termasuk iblis, jin dan tonik si Rosmah ini telah menengking Najib. Well .....that is a classic case of a truly humble wife ....yang tak boleh masuk campur dalam urusan tok laki....perangai sial jenis apakah ini yang cuba menegakkan bulu puki basah... 


Najib masa tu ada berpuluh-puluh punahsihat di pelbagai bidang....punahsihat biawak hidup bertaraf mintri pun ada... Tapi penasihat bertaraf BADAK ini yang paling digeruni Najib. Sekadar boleh respond ".....hhmmmm... ok...I will..." Semoga syurga tempatmu kelak Najib kerana hidupmu telah cukup tersiksa di dunia ini tidur bertemankan jin bengis gemok itu....

BERITA MELEGAKAN

 



Jumlah mangsa banjir menurun di 4 negeri, Kelantan kekal

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka, Perak, Pahang dan Selangor menunjukkan penurunan manakala jumlah mangsa di Kelantan kekal, malam ini.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di 306 PPS di Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur setakat malam ini adalah seramai 46,524 orang.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir menurun kepada 37 mangsa daripada 13 keluarga setakat jam 8 malam ini berbanding 77 mangsa daripada 21 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Cuthbert John Martin Quadra berkata, semua mangsa masih ditempatkan di dua PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai lapan mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah dan baki 29 mangsa daripada sembilan keluarga pula masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Benteng, di daerah Jasin.

Di Perak, jumlah mangsa banjir di negeri itu mencatatkan penurunan lagi malam ini kepada 105 mangsa daripada 28 keluarga berbanding 111 orang daripada 30 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, dua keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan pulang ke kediaman mereka di Batu 7½ Lorong Mesra, Changkat Jong.

Katanya, seramai 61 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan manakala 44 mangsa daripada 10 keluarga berada di PPS dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Di Pahang, menurut Info Bencana JKM merekodkan penurunan bilangan mangsa banjir malam ini apabila 26,494 orang ditempatkan di 193 PPS daripada 29,611 orang di 212 PPS petang tadi.

Jumlah daerah yang dilanda banjir kekal sembilan iaitu Kuantan, Maran, Jerantut, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Pekan.

Menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula, Sungai Bera masih berada di paras bahaya dengan trend menaik, turut berada di paras bahaya adalah Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Di Selangor, Info Bencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir pada malam ini menurun kepada 17,656 orang di 99 PPS di negeri itu berbanding 17,891 orang petang tadi.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Facebook rasminya memaklumkan dua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah Petaling dan Kuala Langat terpaksa ditutup sementara esok berikutan kejadian banjir membabitkan Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 19, Shah Alam di daerah Petaling yang akan dipindahkan sementara perkhidmatannya ke KK Taman Medan, Petaling Jaya.

Manakala bagi daerah Kuala Langat pula, CAC di KK Jenjarom dipindahkan perkhidmatannya ke KK Telok Datok, Banting.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan masih kekal seramai 974 orang daripada 332 keluarga ditempatkan di lima PPS yang kesemuanya dibuka di jajahan Pasir Mas, setakat 10 malam ini.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya dengan dua sungai sahaja berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas. – Bernama, 24 Disember, 2021.

BERITA BAIK

TAPI WAJIB

BERSEDIA KERANA

TUNGKUJUH MASIH

BELUM BERMULA

AMIN

BUKU DALAM LOKAP RUMAH PASONG

 


BUKU DALAM

LOKAP 

RUMAH PASONG

AMIN

Arymanchino commented on

 "MERAKAM SEJARAH

 SUDAH SIAP"

TT ni buat promosi jual buku mcm bayar saman PDRM je..Ni mkin sobab dio dah belajar kawtim dulu bilo d sumbek dlm lokap jil rumah pasong


PESAN AWAL 

DAPATKAN HARGA SPESIAL
DARI HARI  INI 
HARGA TAWARAN KHAS
 HANYA UNTUK 16 HARI
AMIN

PESAN DISINI:


MEOR DALAM KENANGAN

 

MEOR

PAGI INI KAU GUGUR

SUARA  DENDANG KAU

AKAN TERUS BERLAGU

AMIN

KERAJAAN GAGAL DAH MULA JADI ZALIM

 



SKMM cuba padam ciapan kritik kerajaan, dakwa pengguna Twitter


BEBERAPA pengguna Twitter hari ini mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cuba meminta Twitter padam ciapan yang mengkritik cara kerajaan tangani banjir.

Ada yang berkongsi tangkap layar e-mel daripada pasukan perundangan Twitter menunjukkan aduan SKMM kepada syarikat media sosial itu.

Bagaimanapun, Twitter tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ciapan tersebut.

“Atas dasar ketelusan, kami memaklumkan anda yang Twitter telah menerima permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung akaun Twitter anda yang mendakwa kandungan berikut melanggar undang-undang Malaysia,” menurut e-mel Twitter Legal merujuk kepada ciapan asal yang dilaporkan oleh SKMM.

“Buat masa ini, kami tidak ambil sebarang tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan,” tambahnya.

Gergasi media sosial itu berkata ia menghormati dan mempertahankan suara rakyat, oleh sebab itulah syarikat tersebut memberitahu pengguna Twitter terlebih dahulu selepas mendapat permohonan undang-undang sedemikian.

Pengguna dengan nama @cheryltanxr berkata dia mendapat amaran yang ciapannya telah melanggar undang-undang negara.

Twitter tolak arahan SKMM padam ciapan kritik kerajaan

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata ia perlu melaporkan tanda pagar yang menyinggung perasaan kepada Twitter untuk menegakkan undang-undang Malaysia.

Pengawal selia internet berkata ia menghormati pengguna Twitter, namun bertanggungjawab memastikan pematuhan undang-undang.

“SKMM bertanggungjawab untuk memastikan adanya pematuhan undang-undang yang tersedia dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk kepentingan negara,” kata SKMM kepada The Malaysian Insight dalam satu kenyataan ringkas.

“Oleh itu pihak SKMM telah mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak Twitter berhubung penggunaan beberapa tanda pagar yang jelik.”

Beberapa pengguna Twitter hari ini mendakwa SKMM minta Twitter padam ciapan mengkritik cara kerajaan tangani banjir baru-baru ini.

Ada yang berkongsi tangkap layar e-mel daripada pasukan perundangan Twitter menunjukkan aduan SKMM kepada syarikat media sosial itu.

Bagaimanapun, Twitter tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ciapan tersebut.

“Atas dasar ketelusan, kami memaklumkan anda yang Twitter telah menerima permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung akaun Twitter anda yang mendakwa kandungan berikut melanggar undang-undang Malaysia,” menurut e-mel Twitter Legal merujuk kepada ciapan asal yang dilaporkan oleh SKMM.

“Buat masa ini, kami tidak ambil sebarang tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan,” tambahnya.

Gergasi media sosial itu berkata ia menghormati dan mempertahankan suara rakyat, oleh sebab itulah syarikat tersebut memberitahu pengguna Twitter terlebih dahulu selepas mendapat permohonan undang-undang sedemikian.

Pengguna dengan nama @cheryltanxr berkata dia mendapat amaran yang ciapannya telah melanggar undang-undang negara.

“Sebahagian daripada anda mungkin tertanya-tanya mana perginya ciapan saya tentang salah satu tempat perlindungan yang mendiskriminasi warga asing. Sekadar ingin kemas kini di sini yang saya telah mendapat amaran daripada Twitter dan SKMM yang meminta saya memadamkan ciapan saya kerana saya telah melanggar undang-undang Malaysia,” katanya melalui satu ciapan.

Selain itu, @BadBoy2662 berkata ciapannya yang menjadi sasaran SKMM itu adalah mengenai kritikannya terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar.

Rakyat mengkritik Putrajaya kerana lemahnya penyelarasan agensi-agensi berkaitan bagi membantu mangsa banjir, selain dakwaan ada beberapa menteri yang menggunakan bencana ini untuk meraih publisiti murahan. – 23 Disember, 2021.


KERAJAAN

SABRI 114

ADALAH

KERAJAAN GAGAL

LAGI MANAI

AMIN

BILA GAGAL

DI LAWAN OLEH

RAKYAT MAKA

IANYNYA MULAI

JADI ZALIM

AMIN

SEMUA KERAJAAN

GAGAL AKAN JADI

KERAJAAN ZALIM

UNTUK TERUS 

BERKUASA

KHALAS

AWAS ! TENGKUJUH BELUM BERMULA

 


AWAS

Banjir monsun timur laut belum berlaku, kata tentera

SEMUA agensi perlu bersedia menghadapi bencana lebih buruk kerana banjir yang sepatutnya dibawa monsun timur laut masih belum berlaku, kata Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang.

Katanya, pasukan itu sendiri sudah membuat persediaan untuk operasi menyelamat apabila ia melanda empat negeri yang lazim terlibat banjir monsun itu.

“(Banjir monsun timur laut) ini belum terjadi lagi. Semua anggota kita sudah bersedia di negeri berkenaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kami lebih bersedia, maknanya (ancaman monsun timur laut) ini kita sudah tahu apa hendak jadi, semuanya sudah diletakkan dalam keadaan siap siaga.

“Tetapi ingin saya ingatkan banjir ini tidak seteruk yang akan sampai. Monsun belum sampai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor,” katanya.

Banjir buruk yang berlaku sejak hujung minggu lalu pula disebab kesan cuaca berkaitan dengan luruan Taufan Rai yang melanda Filipina dan Vietnam.


Sedia hadapi luruan monsun, kata Nadma

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengingatkan pasukan penyelamat dan petugas bantuan bersiap sedia berhadapan luruan monsun yang dijangka bermula minggu hadapan.

Ketua Pengarah Nadma Aminuddin Hassim berkata, pasukan itu harus menyelaras agensi masing-masing dan bersedia agar pengurusan banjir dan bencana dapat dilakukan dengan lebih baik.


KITA WAJIB

BERSEDIA

AMIN

SEMUA INI

AKIBAT

PEMANASAN

DUNIA

AMIN

LEBIH TERUK 

AKAN SAMAPI

SEHINGGA UMAT

MANUSIA SEDAR

AMIN

WAJIB SEDAR

CARA HIDUP KITA

HARI INI

MEMBAWA MUDARAT

YANG KITA 

ALAMI & RASAI

SEKARANG

KHALAS

APA ITU MUKA TARPAL

 




APA ITU 

MUKA TARPAL?

AMIN

Arymanchino commented on

 "NAJIB TALIPON TUAN IBRAHIM -

 BANJIR & ALAM SEKITAR"

Woi..confirmed itu bukan suara Mak Badak.Suara Mak Badak sgt lembut dan ayu mcm muka tarpal dia.Itu suara Altantuya lah dgn Bos Ku Penyamun..TT kau tahu tak ape tu muka tarpal?Klu tak tahu buka kamus smula..



Unknown commented on

 "NAJIB TALIPON TUAN IBRAHIM -

 BANJIR & ALAM SEKITAR"

Cerita korek korek korek pun sampai sekarang tak ada apa apa, inikan pulak cerita Ros advisor kepada isteri, hubungan suami isteri lain level lah, sembang lubang sembang lantai sembang komisyen semua halal tak ada apa apa berlaku, tak tahu pulak Kak Ros belajar law pandai pulak jawab ya, mungkin ajaran peguam hebat belaka, 


jatuh hukum boleh rayu jatuh hukum lagi beg rayu, terbaik pabila jatuh hukum masih boleh shopping ke Singapura keluar negara, memang lah kayangan ini untung belaka, orang masuk Mydin ambik makanan kerana kelaparan ditangkap didakwa dipenjara, ini curik billion tarak apa apa, memang untung jadi kayangan, mana nak cari tiket masuk kayangan ini TT? Kah kah kah

AL-FATIHAH PEMUSIK JALANAN - KAU GUGUR DI PAGI INI

 


AL-FATIHAH

MEOR

PEMUSIK JALANAN

KAU GUGUR

 DI PAGI INI

AMIN


KAWAN KAWAN - KENALAN
DAN 
SESIAPA SAHAJA 
YANG BAIK HATI
YANG
INIGIN MEMBANTU 
INGIN BERSEDEKAH
APA YANG TERMAMPU
KEPADA
BALU & KELUARGA ARWAH MEOR
SILA
GUNAKAN BANK AKAUN
CIMB BANK
ROSLINDA HASHIM
70-29-42-44-61
TERIMA KASIH
AL-FATIHAH