Sabtu, 24 September 2022

80 BANDAR & KOTA LAWAN PAK LEBAI


WARGA DAR 

80 KOTA

PEKAN & BANDAR

TURUN MELAWAN

PAK LEBAI

AMIN

50 TEWAS GUGUR

AL-FATIHAH

AMIN

 KHALAS

HOT HOT HOT TUKAR TIUB PEMECAH BERITA

 


BERITA INI

MUNCUL PADA

22/9/2022

JAM 6.30 PETANG

AMIN

TUKAR TIUB

MELAPOR LEBIH 

AWAL DARI SEMUA

 PORTAL BERITA

 AMIN



BANGUNAN PBB

DI NEW YORK

DI KEPUNG


ISMAIL SABRI
TELAH MEMBAWA RAMAI
KETUA BAHAGIAN UMNO
KE NEW YOK

DUA JET
TELAH BERLEPAS DARI
LAPANGAN TERBANG SUBANG

SATU JET RESMI KERAJAAN
SATU LAGI  UNTUK
KETUA BAHAGIAN UMNO

JANGAN DENGAR 
KHABAR ANGIN 
YANG LIAR  MENULAR

MUSUH POLITIK SABRI
TELAH MELAPORKAN
KETUA KETUA BAHAGIAN INI
  DITERBANGKAN
KE NEW YORK
UNTUK MENGEPONG  
BANGUNAN PBB
KERANA PBB GAGAL
 MENGUNAKAN
BAHASA MELAYU
DALAM URUSAN RESMI
DI PBB

INI FITNAH

KETUA BAHGIAN UMNO
 DATANG BUKAN
NAK BANTU
ISMAIL CAKAP INGGERIS

JADI WAT
IS DE BEKOS

JADI KENAPA 
MEREKA DITERBANGKAN
BERSAMA DELEGASI
RESMI KERAJAAN
KE UNGA DI NEW YORK

JAWABNYA SENANG SAJA

SABRI BERA
NAK TUNJUK PADA ZAHID
BAHAWA SEMUA 
KETUA BAHAGIAN INI
ADALAH PENYOKONG SETIA
MAIL BERA
KAH KAH KAH

 SAPA BAAYAR SEMUA INI?

JENG JENG JENG
SAPA SAPA SAPA

ADAKAH DUIT KERAJAAN
ADAKAH DUIT PARTI
APAKAH ADA TOWKAY
AYNG  MEMBERI DANA

PEMBACA TUKAR TIUB
SILA KOREK
AMIN
KHALAS

LAPORAN MALAYSIA KINI
PETANG HARI INI

8 pemimpin Umno sertai 
rombongan PM ke New York

Penyertaan lapan pemimpin Umno termasuk di peringkat bahagian dalam rombongan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, ke New York, mencetuskan persoalan kepada sesetengah pihak.

Naib presiden Umno itu berlepas ke bandar raya berkenaan pada 21 Sept bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.

Menurut sumber Umno, pada awalnya seramai 10 pemimpin parti itu dikatakan akan menyertai rombongan tersebut. Antara mereka ialah termasuk Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, dan setiausaha agung parti terbabit, Ahmad Maslan.

Bagaimanapun Khaled dan Ahmad tidak menyertai rombongan tersebut.

Turut tidak menyertai rombongan itu Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ketua Umno Baling.

Lapan pemimpin Umno yang berlepas ke AS bersama naib presiden mereka itu ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Ab Rauf Yusof; Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan, bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said; Ketua Umno Tanjung Piai, Jefridin Atan; Ahli Parlimen Rompin, Hasan Arifin; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Othman Aziz.

Keberadaan para pemimpin Umno itu di bandar raya New York diketahui umum apabila mereka sendiri menguar-uarkannya melalui hantaran di media sosial. Antara pemimpin yang memuat naik gambar masing-masing di Facebook ialah Wan Rosdy, Ab Rauf, dan Jefridin.

Penyertaan pemimpin Umno dalam rombongan Ismail Sabri itu mengundang spekulasi kerana ia berlaku ketika pemimpin utama parti berkenaan mendesak perdana menteri supaya segera mengadakan pilihan raya umum (PRU).
ADS

Ketiadaan Khaled dalam rombongan perdana menteri ke New York disahkan bekas ahli parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad.

Perbelanjaan tanggung sendiri

Malah melalui hantarannya di media sosial, Shahrir turut menyelitkan sindiran dalam pujiannya kepada Khaled serta Ahmad yang juga pemimpin Umno Johor.

"Takkan mesyuarat war room Umno Malaysia diadakan di New York sempena UNGA.

"Tak betullah berita di medsos (media sosial) kononnya naib presiden kita, Khaled Nordin, dan SUA Ahmad Maslan pergi ke New York.

"Tahniah kerana meletakkan kerja parti di atas syiok sendiri berada di New York," katanya.


Khaled merupakan bekas menteri besar Johor, manakala Ahmad kini ahli parlimen Pontian.

Shahrir memuat naik kenyataan itu diiringi hantaran media sosial Khaled yang menunjukkan beberapa pemimpin kanan Umno mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, meminta Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Katanya, kerajaan perlu menjelaskan kos yang ditanggung untuk membawa pemimpin Umno terbabit ke AS dan kewajaran mereka menyertai rombongan tersebut.

"Rombongan PM ke UNGA di New York dikatakan seramai hampir 30 orang termasuk pimpinan Umno .

"Naik private jet (kapal terbang peribadi). PMO mesti jawab secara rasmi kos rombongan Umno ini. Umno is Umno," katanya dalam ciapan di Twitternya.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas pemimpin Umno yang menyertai rombongan itu, namun setakat ini belum menerima sebarang respons daripada mereka.

Sementara itu sumber kerajaan mengesahkan penyertaan pemimpin Umno dalam rombongan perdana menteri namun sebahagian besar daripada mereka adalah kakitangan PMO.

"Perbelajaan tetamu perdana menteri semua ditanggung mereka sendiri," katanya kepada Malaysiakini.


TUKAR TIUB

TEPAT & BENAR

KAH KAH KAH

MI SPIK

NO INGLISH

KAH KAH KAH

INI CARA 

MAIL BLURR

KEMPEN UNTUK

LAWAN ZAHID

KAH KAH KAH

BAWAK SEMUA

KETUA BAHAGIAN

DATANG KE NEW YORK

AMIN

KHALAS


AKAL BERBUDI ADA LAGI


Satu lagi kes mahkamah menanti Zahid


MAHKAMAH Tinggi Shah Alam mungkin membebaskan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 40 pertuduhan rasuah berkaitan sistem visa luar negara (VLN) awal hari ini tetapi presiden Umno itu masih mempunyai 47 pertuduhan daripada satu lagi kes jenayah yang sedang berjalan.

Perbicaraan bagi 47 pertuduhan itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB).

Dua belas daripada pertuduhan itu berhubung pecah amanah jenayah membabitkan lebih RM31 juta dana YAB, 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dan lapan pertuduhan rasuah membabitkan RM21.25 juta.

Perbicaraan yang bermula pada 18 November 2019, sedang didengar oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, manakala pasukan pembelaan diketuai oleh Hisyam Teh Poh Teik.

Raja Rozela dan Hisyam masing-masing mewakili kerajaan dan tertuduh dalam kes VLN membabitkan Zahid.

Seramai 99 saksi pendakwaan setakat ini sudah memberi keterangan dalam perbicaraan YAB.

Penghujahan pada akhir kes pendakwaan bermula pada September tahun lalu, dan mengambil masa 24 hari sebelum selesai pada 6 Disember.

Pada 24 Januari, Mahkamah Tinggi memerintahkan pengerusi Barisan Nasional itu membela diri bagi kesemua 47 pertuduhan.

Hakim Sequerah ketika menyampaikan keputusannya, berkata beliau mendapati kes prima facie terhadap Zahid bagi kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Tiga pilihan diberikan kepada Zahid - memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, yang membolehkan beliau disoal balas oleh pendakwa; memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang saksi, di mana beliau tidak boleh disoal balas; atau memilih untuk berdiam diri.

Hisyam memberitahu mahkamah yang tertuduh memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Pasukan peguam Zahid pada mulanya memberitahu mahkamah mereka akan memanggil 43 saksi pembelaan, sebelum mengurangkannya kepada 40, tidak termasuk tertuduh.

Pada 13 April, Zahid mengambil keterangan di hadapan saksi. Pada 30 Ogos, selepas 17 hari perbicaraan, Zahid selesai memberi keterangan.

Pada masa ini, pihak pendakwaan memohon untuk menolak saksi pembelaan dalam perbicaraan itu, yang kenyataannya di mahkamah dikatakan berbeza dengan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Raja Rozela membuat permohonan itu ketika menyoal balas kontraktor Jefri Jamil, saksi pembelaan ketiga dalam perbicaraan Zahid.

Jefri adalah saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan apabila Zahid diperintahkan membela diri.

Hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menolak saksi dan menetapkan 31 Oktober bagi prosiding pendakwaan.

WOIT

ADA 40 ATAU 47

LAGI KES

KAH KAH KAHH

CUNT PIUS

RAMAI KES

PAYAH NAK KIRA

KAH KAH KAH

INI BERAT

INI TAK ADIL

AMIN

INI DAKWA

SAMPAI MASUK

PENJARA

KAH KAH KAH

MACAM KES

SHAHRIZAT 

TIPU UNDI 

MENANG DI

LEMBAH PANTAI

AMIN

SPR ARAH KIRA

SAMPAI MENANG

KAH KAH KAH

AMIN

MUSUH WAJIB DIKENALI


BN mesti jadi musuh Perikatan, tegas Muhyiddin


BN perlu kekal menjadi musuh untuk memastikan gabungan PN tidak kecundang dalam pilihan raya umum akan datang, tegas pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu juga berkata, setiap komponen PN harus bertindak selari dengan ketetapan itu.

“Kalau kita komited dan ahli yang lebih 700,000 ini, didukung PAS dan Gerakan (dengan jumlah) mungkin dua juta ahli, ini gerakan politik besar dengan syarat bergerak satu pasukan menuju satu hala tuju.

“Jangan Bersatu kata begini, PAS kata begini, Gerakan kata begini. Kalau tak tunjuk kesatuan kita akan kalah pasal mesej di bawah tak jelas siapa musuh kita.

“Apabila tiba masa PRU15 diadakan, maka PN didukung Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP, gerakkan semua jentera kita,” katanya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan di majlis sambutan ulang tahun keenam Bersatu itu, Muhyiddin juga berkata, PN tidak mengambil kira kerusi yang akan ditandingi BN dan juga PH.

“Saya tak nak bincang soal PH, itu hal dialah. Umno nak tanding semua kerusi tandinglah,” kata Muhyiddin, di hadapan kira-kira 1,000 ahli parti yang hadir.

Ucapan Muhyiddin itu mensasarkan PAS yang masih berharap untuk menjalankan kerjasama dengan parti tunjang BN, Umno dalam PRU15.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada 20 September menyebut pintu rundingan kerjasama masih terbuka untuk Umno memandangkan parti Islam itu tidak menjadikan mereka sebagai musuh.

Takiyuddin berkata, PAS tidak bersetuju menjadikan BN sebagai musuh politik mereka dalam pilihan raya umum sebaliknya menjadikan PH sebagai musuh utama.

Kenyataan Muhyiddin juga susulan laporan mengenai usaha menghidupkan semula kerjasama PAS dan Umno melalui Muafakat Nasional.

Ia berkait pertemuan pada Selasa yang berlangsung di antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin dalam sidang medianya berkata beliau akan mendapatkan pengesahan Hadi terlebih dahulu berhubung perkara itu.

“Saya baca kenyataan itu, saya juga nak tahu apa berlaku, saya perlu dapatkan pencerahan bila saya bertemu Hadi, Isnin atau Selasa.

“Saya akan tetapkan tarikh dan kita akan bincangkan banyak isu yang penting, sudah tentu dapatkan pencerahan beliau betulkah ada perbincangan itu, apa hasil perbincangan itu.

“Adakah Umno setuju namun apakah kedudukan PN dalam rundingan itu, buat masa ini saya akan tunggu peluang bertemu Hadi minggu hadapan,” kata Muhyiddin.

Namun setiap komponen PN bebas untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa selagi tarikh pilihan raya umum belum diumumkan, katanya.

“Tapi bila nak dekat dan hampir PRU kita akan ada satu keputusan bersama, sekarang setiap parti ada kebebasan nak buat apa saya tak boleh kata jangan itu jangan ini.

“Kita nanti atas semangat PN akan bekerja dan berbincang atas semangat musyawarah,” kata Muhyiddin lagi. – 24 September, 2022.

WOIT

APA MUHYIDIN

CAKAP BETUL

AMIN

BILA BERPERANG

WAJIB KENAL

MUSUH

AMIN

MUSUH ADA JENIS

ADA MUSUH UTAMA

MUSUH SAMPINGAN

AMIN

LAWAN MUSUH 

UTAMA DULU

AMIN

JANGAN LAWAN

BANYAK MUSUH

AMIN

INI TEORI PERANG

NAK MONANG

KEMAH BOSA

AMIN

JAMIN KALAH

KEMAH KOCIK

AMIN

HANCUR KALAH

JIKA

PERANG SORANG

DIRI LAWAN

BANYAK MUSUH

AMIN

NAK JADI RAFIZI

OPPS... SILAP

NAK JADI RAMBO

LAWAN SORANG

DIRI HANYA DALAM

FILEM

KAH KAH KAH

AMIN

BEBAS TETAP BEBAS


BEBAS 

TETAP BEBAS

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "ZAHID BEBAS"

Bebas tetap bebas, jangan pertikai yang Arif, faham maksud yang Arif, yang semua tahu, yang semua beres, kah kah dulu ada majalah gila gila, ada Prof Serba Tahu kah kah kah sama lah macam yang Arif Arif kita di negara ini, semua mereka tahu, dia tak pernah nampak envelope boleh masuk 600 k Sing Dollar, kah kah kah woit singapura ada note kertas 10,000 yang Arif tahu tak??? 1satu envelope boleh masuk 60 keeping 10,000 tak yang Arif ??? Tanya lag sebab yang Arif semua tahu, semua tahu semua tahu kan kah kah kah nak buat lawak bukan did mahkamah, buat stand up komidi dekat chow kit lah, kah kah SPRM boleh siasat yang Arif tak? Tanya saja jangan mare mare bise bise je lah orang Tanya kah kah kah

NASEHAT PEGUAM ADA KOS



NASEHAT PEGUAM

ADA KOS

BUKAN PERCUMA

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 

"ZAID IBRAHIM SILAP BESAR"

Memang lah lesu, memang lah lemah sebab vitamin tak masuk, livita tak bagi lagi, kalau vitamin sampai mesti terus terjerit jerit teriak kah kah kah, ini nak solidariti lagu mana, duit tempah bas, makan minum, elaun poket, lain lain siapa bayor???? Aku sangsi sangat dengan peguam UK ini, tetiba jadi lantang, apa cui Bono, apa dia nak dapatkan, kalau dia tahu apa yang kita tak tahu, apa deal Najiba bagi kah kah kah sangsi sangsi semua kah kah

Unknown commented on 
"ZAID IBRAHIM SILAP BESAR"

Siapa saja yang tinggal dalam UMNGOK ni, kah kah kah kah, baik berdiam diri saja dari bercakap, kalau fitnah dah awal-awal lagi mahkamah buang kes, bengap sungguh

BAWA KEMBALI TIM SRI RAM



BAWA KEMBALI

TIM SRI  RAM

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"KES ZAHID KELAM KABUT"

Bawak masuk Sri Ram tengok, Kes boleh kalah atau tidak ? Ramai manai lembik lemah, kah kah kah berlagak pandai tapi tak pandai, ini lah Malaysia, lagi satu senang lembik bila nampak kepala Agung, lah kah lemah Iman kalau ikut kata Tok Lebai, nampak rambut pun terpancut Kes parah ini kah kah kah, mampooos tak boleh harap, tak boleh percaya kalau 40 batu baking satu buah mangga pun tak jatuh, kah ada apa apa sampul coklat sampai kat yang ariff atau teman peguam tak kah kah kah


Unknown commented on 
"KES ZAHID KELAM KABUT"

Dollar Singapore ada dalam bentuk 10,000 dan 1,000 bukan macam ringgit malaysia paling besar RM100.00... Kalau S$600,000 / S$1,000 = 600 keping sap sap sui boleh isi dalam sampul size A4 Kalau S$600,000 / S$10,000 = 60 keping saja mah Boleh panggil BNM demonstrate dalam mahkamah kan, kenapa tidak buat dan tak boleh buat Ingat dulu kes puteri UMNGOK vs Razak Abas mendiang Karpal Singh pun nak demonstrate balik, last last buang kes kih kih kih, yang penting hendak atau tak hendak demonstrate

NAJIB NAZAK TER API SORANG DIRI


NAJIB NAZAK

TER API

SORANG DIRI

DI KAJANG

AMIN

Unknown commented on 
"JANJI KHAIRY"

Najib perlu latihan terapi selama 12 tahun kat Pusat Rehabilitasi Cheras untuk pulih

cikminah commented on
 "JANJI KHAIRY"

Persoalan yang besar ialah, kenapa nak buat THERAPY di spital CERAS....? Spital Besar Kuala Lumpur ada 2 klinik fisothrapy, lengkap dengan pelbagai peralatan therapy, kenapa mesti therapy di spital Ceras...???

KUAM FASIS AKAN BERKUASA DI ITALI ???



 AWAS !!!

MINGGU INI 

PRU DI ITALI

AMIN

KAUM FASIS AKAN

BERKUASA KEMBALI

AMIN

KHALAS